Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

April 2024

Jelajah Sahur Kor SUKSIS bersama Naib Canselor USIM erat ukhuwah dengan barisan hadapan

SEREMBAN – “Barisan hadapan ibarat perisai negara. Mereka perlu disantuni terutamanya pada bulan Ramadan. Kekuatan jasmani dan rohani mereka amat penting dalam mengekalkan keharmonian negara daripada sebarang ancaman,” kata Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menyantuni barisan hadapan sekitar Seremban sempena Jelajah Sahur Kor Sukarelawan Polis Siswa (SUKSIS) bersama Naib Canselor USIM pada 30 Mac 2024 baru-baru ini. Program Jelajah Sahur Kor SUKSIS bersama Naib Canselor USIM diadakan pada setiap tahun oleh Kor SUKSIS USIM dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) USIM bertujuan menyantuni dan menghargai jasa petugas barisan hadapan termasuk Poils dan Bomba yang bertugas sekitar Seremban. Di samping itu, program ini juga bertujuan memperkenalkan ahli Kor SUKSIS USIM kepada petugas barisan hadapan untuk menjalin hubungan baik dan meningkatkan kemahiran insaniah ahli Kor SUKSI USIM.   Agihan set sahur sebanyak 300 bungkus berbentuk makanan dan buah-buahan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dan 10 Balai Polis sekitar Seremban termasuk satu Balai Bomba Rahang. Set sahur tersebut ditaja oleh Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM. “Program seumpama ini wajar diteruskan pada masa akan datang kerana impak jalinan hubungan baik antara USIM dengan petugas barisan hadapan sekitar Seremban amat baik dan secara tidak langsung keselamatan warga USIM lebih terjaga,” tambah Naib Canselor USIM. Jelajah ini turut disertai oleh Profesor Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni); Dato’ Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar; Profesor Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat; [...]

Pengunjung Perpustakaan USIM boleh mengakses lebih 13,000 bahan penyelidikan secara percuma

NILAI – Pengunjung Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) boleh mengakses lebih 13,000 bahan penyelidikan digital secara percuma melalui Sistem Repositori Penyelidikan (SRP) yang baharu. Sistem repositori ini dibangunkan melalui inisiatif Dasar Akses Terbuka di mana USIM adalah antara Universiti Awam yang terawal membangunkan dasar tersebut (2018) dan dikuatkuasakan sepenuhnya sejak 2020. Sistem Repositori Penyelidikan (SRP) dibangunkan dengan menggunakan perisian dari sumber terbuka (open source) dan memberikan akses secara terbuka serta percuma kepada bahan-bahan hasil penyelidikan warga USIM yang telah diterbitkan sejak 2000. Menurut Nor Azzah Momin, Ketua Pustakawan USIM, pembangunan repositori dan pengumpulan khazanah intelektual warga universiti secara digital bukanlah satu perkara asing bagi USIM kerana perpustakaan. Menurut beliau USIM telah melaksanakan aktiviti pendigitan bahan bermula sejak tahun 2005 lagi, di mana ketika itu aktiviti pendigitan tertumpu kepada pengimbasan foto-foto bercetak yang mempunyai nilai sejarah kepada universiti dan disimpan dalam storan khusus. “Aktiviti pengimbasan ini kemudiannya dikembangkan kepada lain-lain bahan seperti kertas soalan peperiksaan kebelakangan, keratan akhbar dan bahan-bahan penerbitan universiti. Bermula 2008, bahan-bahan ini telah dimuat naik ke Sistem Repositori Institusi (eImtiyaz) dan ia boleh diakses oleh para pengguna secara maya”. Ujarnya lagi, sistem eImtiyaz menjadi wadah utama bagi aktiviti pendigitan sumber maklumat kepada Perpustakaan USIM pada waktu itu. “Berfokuskan kepada pendigitan dokumen berkaitan dengan universiti, eImtiyaz menjadi antara pelantar yang sering digunakan untuk mendapatkan bahan bahan yang menjurus kepada sejarah universiti. Antara koleksi yang boleh didapati dalam eImtiyaz adalah Koleksi Keratan Akhbar, Koleksi Ucapan Naib Canselor, Koleksi Buletin, Koleksi Laporan Tahunan dan Koleksi Foto Digital, ” tambah [...]

Majlis khatam Al-Quran USIM pupuk semangat kebersamaan dalam perkongsian ilmu dan kebajikan

NILAI – Semangat kebersamaan warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dizahirkan melalui Majlis Khatam Al-Quran peringkat USIM bersempena Hari Nuzul Quran pada 28 Mac 2024 yang diadakan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM) anjuran Pusat Islam USIM. Seramai 300 peserta hadir memeriahkan program ini termasuk tujuh peserta dari kalangan orang kurang upaya pekak. Pusat Islam turut menghiasi majlis dengan pameran Sirah Nabi, Kaunter Bank Islam, dan Kaunter Zakat Fitrah, menambahkan dimensi keilmuan dan kemanusiaan pada acara tersebut. Program Khatam Al-Quran ini bukanlah sekadar acara tahunan, tetapi satu himpunan untuk memperkukuhkan ukhuwah warga USIM dalam meningkatkan bacaan al-Quran sepanjang bulan Ramadan. Melalui inisiatif ini, ia tidak terhad kepada penyertaan staf dan pelajar USIM sahaja, malah terbuka untuk komuniti setempat. Sesi tadarus berkumpulan disertai oleh staf dan pelajar USIM serta orang awam manakala Dr. Anuar Hasin, Johan Qari Negeri Perak yang juga Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunah USIM, memimpin majlis penutup dengan bacaan khatam. Setiap peserta diberikan masa 1 jam untuk menghabiskan 1 juzuk al-Quran. “Ini bukan sekadar sebuah majlis, tetapi satu titik permulaan untuk lebih banyak perkongsian ilmu dan kebajikan dalam kalangan komuniti USIM dan sekitarnya,” kata Profesor Dr. Mohd Radhi Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang hadir pada majlis tersebut. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah untuk semua program yang dijalankan sepanjang Ramadan.   Oleh: Nik Nur Aein Nik Hud  

Imarah Ramadan (IMRAN) jalin hubungan erat PTPTN dengan USIM

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menjadi universiti pilihan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk mengadakan Program Imarah Ramadan (IMRAN) pada 19 Mac 2024. Program yang dianjurkan oleh Pusat Penerbit USIM dengan kerjasama PTPTN tersebut telah diadakan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM dengan kehadiran Profesor Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni); Encik Dasuki Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN; Puan Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi PTPTN; Puan Hariza Mohd Yusof, Pengarah Pusat Penerbit; beberapa wakil PTPTN dan warga USIM. Program edaran bubur lambuk merupakan sebuah inisiatif sosial yang lazimnya dilakukan pada bulan Ramadan di beberapa negara Islam, terutamanya di Malaysia, Singapura, dan Brunei. Bubur lambuk adalah sejenis bubur yang dibuat daripada beras, daging, rempah, dan sayuran yang dimasak bersama-sama dalam kuantiti yang banyak. Encik Dasuki Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN berkata, "Program Imarah Ramadan (IMRAN) merupakan inisiatif oleh PTPTN yang diadakan sejak 2021 untuk menjalin hubungan dengan masyarakat khususnya pelajar dan pengurusan di institusi pendidikan tinggi.” “Sempena bulan Ramadan yang penuh berkat, sedekah menjadi amalan yang mendapat ganjaran pahala berlipat ganda. Sedekah di bulan Ramadan mengajarkan kita erti kesyukuran di atas nikmat dan menyantuni orang yang kurang berkemampuan,” tambah Profesor Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM. Program IMRAN dimulakan dengan acara memasak bubur lambuk di Dapur USIM, Kompleks Islam Tuanku Muhriz oleh staf PTPTN dan staf Pusat Penerbit. Agihan sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk telah dibuat kepada semua staf [...]

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad Sumbang RM50,000; Bantu Kos Rawatan Perubatan dan Tajaaan Berbuka Puasa Pelajar USIM

NILAI – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyumbang sejumlah RM50,000.00 kepada Tabung It’am Muhtajin (Food for Needy) dan Tabung Infaq Ibnu Sina (Bantuan Perubatan Pelajar USIM), melalui Pusat Wakaf dan Zakat, Universiti Sains Islam Malaysia. Melalui sumbangan ini, sejumlah 100 orang pelajar asnaf USIM layak menerima Bantuan Bakul Rahmah berjumlah RM100.00 setiap seorang, selain daripada tajaan berbuka puasa kepada 800 orang pelajar sempena Program Ihya’ Ramadan di USIM. Tambahan pula, sumbangan kepada kos rawatan perubatan pelajar akan membantu mengurangkan beban kewangan mereka yang memerlukan rawatan di klinik panel terpilih. “Penting bagi kita untuk mensyukuri segala nikmat rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kerana dalam nikmat rezeki tersebut ada bahagian orang lain yang perlu dikongsi,” kata Naib Canselor, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani yang hadir bagi menyempurnakan perasmian Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Bakul Rahmah PUNB-USIM tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Zakat PUNB, Encik Fauzi Zakaria berkata sumbangan ini diharap dapat memberikan manfaat kepada pelajar USIM. “Sumbangan yang diberikan ini tidaklah seberapa namun ia akan meninggalkan kesan mendalam kepada pelajar yang menerimanya kerana pelajar inilah yang bakal memimpin negara kita pada masa akan datang.” PUNB ditubuhkan dengan tujuan meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan dan membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, progresif, dan berdaya tahan. Bermula 2019, PUNB telah disenaraikan sebagai syarikat di bawah Jabatan Perdana Menteri. Majlis penyerahan sumbangan telah diadakan di Executive Lounge, Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM, dan turut hadir pada majlis tersebut ialah Profesor Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal [...]

Mac 2024

Program Kemanusiaan dan Plaestin Jentik Hati Mahasiswa USIM

NILAI - Kehadiran Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Cinta Syria Malaysia ke Program Lepak Lepas Terawih: Kemanusiaan dan Palestin yang diadakan pada 29 Mac 2024 baru-baru ini di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), menjentik hati mahasiswa USIM dengan perkongsian pengalaman mereka sepanjang mengikuti bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin. Nurul A’ina Sofea, alumni USIM yang juga mantan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar berkata, tujuan utama program Lepak Lepas Terawih: Kemanusiaan dan Palestin ini diadakan di USIM adalah untuk memberi kesedaran secara terus menerus terutama kepada pelajar berkenaan isu Palestin yang sedang bergolak sehingga hari ini. “Beliau yang juga salah seorang staf di Cinta Syria Malaysia berkata, selain menghulurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza dan Syria, mereka juga turut membuat pembahagian beberapa kumpulan mengadakan program-program kesedaran tentang Isu Palestin-Israel di seluruh dunia untuk membuka mata dan hati seluruh masyarakat. Sementara itu, Tuan Nadir Al-Nuri, pengasas Cinta Syria Malaysia dan MyAqsa Defenders berkata dalam ucapannya, beliau sangat bangga dengan USIM kerana kebanyakan pekerja dan sukarelawan di pertubuhan beliau adalah merupakan alumni USIM. “Isteri saya juga merupakan salah seorang alumni USIM. Saya sangat berbangga dan bersyukur kerana masih ada lagi dalam kalangan pelajar universiti yang mengingati dan berjuang bersama kami dalam isu Palestin ini kerana semakin hari isu Palestin ini semakin dilupakan. Saya berharap USIM dapat melahirkan mahasiswa yang aktif dan giat dalam program kemanusiaan dan sukarelawan seperti ini” katanya. Salah seorang peserta yang hadir saudari Haifa Umairah, 22, pelajar Komunikasi Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) USIM berkata, program kesedaran seperti ini menguatkan lagi [...]

Online Tadarus Tanpa Suara, kaedah dakwah unik OKU pendengaran seluruh Malaysia oleh SaF USIM

NILAI - Seramai 30 orang peserta daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran di seluruh Malaysia menyertai Program Online Tadarus Tanpa Suara (OTTS) 2024 anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) dan Sekretariat Sahabat FAQEH (SaF) USIM yang berlangsung pada 20 Mac 2024 baru-baru ini. Tampil membawa kelainan berbanding tahun sebelumnya, program pada tahun ini memfokuskan kepada konsep tadarus Al-Quran 30 juzuk berbanding amalan sebelumnya yang memfokuskan kepada membaca surah pilihan. Program ini turut dikendalikan oleh 30 orang asatizah dan 30 orang pembantu asatizah yang terdiri daripada 26 orang Alumni USIM. Penasihat SaF USIM, Dr. Siti Fatimah Mohd Tawil berkata, peserta program akan dibahagikan kepada 30 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada seorang Peserta OKU pendengaran, seorang asatizah dan seorang fasilitator. “Program ini terbahagi kepada dua segmen dan pada segmen pertama, peserta akan didedahkan dengan sesi bacaan Al-Quran secara talaqqi dalam kumpulan dengan pembahagian 1 juzuk yang bagi setiap kumpulan. Segmen kedua program mengetengahkan sesi tadabbur surah pilihan yang akan disampaikan oleh Felo Daie Pekak UMMI. Masa yang diperuntukkan untuk setiap sesi adalah selama 1 jam setiap hari melalui aplikasi Google Meet” ujarnya lagi. Presiden SaF USIM, Saudara Akmal Hazim Mohd Zahidi berkata penganjuran Program OTTS ini dilihat mampu menyumbang ke arah memperkasa komuniti OKU khususnya dalam gerak kerja pembangunan spiritual OKU untuk merealisasi konsep indahnya hidup beragama. “Saya berharap agar program ini dapat disebarkan dengan lebih meluas supaya lebih ramai golongan OKU mendapat manfaat dan pengetahuan mempelajari Al-Quran dalam apa jua keadaan diri [...]

Iftar Perdana USIM rai 2,000 pengunjung; meneruskan tradisi, mengeratkan ukhuwah

NILAI – Lebih 2,000 pengunjung diraikan pada Majlis Iftar Perdana Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM), USIM. Pelbagai pengisian turut disajikan sempena Iftar Perdana tersebut antaranya adalah ceramah khas yang disampaikan oleh Ustazah Asma’ Harun bertajuk Peristiwa Agung di Bulan Ramadan dan pameran berkaitan Al-Quran. Solat tarawih pada malam itu dipimpin oleh Sheikh Abdul Karim Omar Al-Makki, Imam Masjid Negeri Selangor. Iftar Perdana USIM merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Islam bertujuan menyantuni dan merapatkan lagi ukhuwah antara warga USIM dan komuniti sekitarnya. “Budaya iftar secara besar-besaran ini perlu diteruskan dan sentiasa ditambah baik setiap tahun. Ini adalah kerana USIM merupakan Institusi Pendidikan Tinggi yang mempromosikan integrasi ilmu Naqli dan Aqli yang perlu disebarluaskan kepada semua lapisan masyarakat terutama masyarakat sekitar Nilai,” kata Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM yang hadir pada program tersebut. “Terima kasih juga kepada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) kerana sudi memberi tajaan untuk menjayakan program ini. Semoga jalinan hubungan antara USIM dan BIMB yang dibina sejak 2012 akan terus bekekalan dan membuahkan hasil yang baik kelak,” tambah beliau. Program turut mendapat kerjasama daripada beberapa jabatan seperti Jabatan Keselamatan, Pusat Wakaf dan Zakat dan lain-lain. Turut hadir di program tersebut ialah Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Ketua-Ketua Jabatan dan beberapa wakil BIMB.   Oleh: Muhamad Fitri Bin Abdul Razak  

USIM, UNIDA Teroka Kerjasama Melalui Program Kuliah Kerja Nyata

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima kehadiran seramai 3 pensyarah dan 23 pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang program pengajian dari Universitas Darussalam, Gontor, Indonesia untuk menjalankan program Kuliah Kerja Nyata (KKN) bermula 8 Mac hingga 24 Mac 2024. Prof Dr Mohd Radhi Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM dalam ucapannya mencadangkan agar program sebegini boleh diperkuatkan lagi dengan pengisian program agama seperti Turath sains dan juga integrasi ilmu Naqli dan Aqli. “Ini kerana, USIM dan UNIDA mempunyai aliran atau niche pengajian yang sama dengan aspirasi memperjuangkan pengintegrasian antara ilmu Naqli dan Aqli dan juga integrasi Amal demi kebaikan umat Islam seluruh dunia,” katanya pada majlis pentutup program KKN di USIM. Selain itu, beliau juga turut mencadangkan agar USIM dapat mewujudkan program dual-degree yang mana akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak selain bersedia untuk menerima para pelajar UNIDA yang berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana di USIM. Beliau juga mengharapkan agar mengaktifkan semula Konsortium i-Iqra’ bersama UNIDA dan juga universiti lain untuk memperkasakan pendidikan Islam di seluruh nusantara. Sementara itu, Dr Asif Trisnani, M.Ag, Timbalan Rektor 2 Bidang Administrasi, Pembangunan dan Kewangan, UNIDA berkata bahawa ini kali pertama UNIDA menjalankan kegiatan KKN International di Malaysia. “Kami amat berbesar hati pihak USIM sudi menerima para pelajar dari UNIDA dan menyediakan program berbentuk komuniti servis (community engagement) di USIM. Anak-anak juga melaporkan bahawa mereka sangat berpuas hati dapat bersama dengan pelajar USIM dan juga komuniti sekitar di Nilai,” katanya. USIM dan UNIDA juga telah memperbaharui [...]

Kerjasama USIM, Bank Islam Malaysia Berhad sasar peningkatan pemegang akaun Bank Islam bagi 2024

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Jabatan Bendahari telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dalam usaha menyokong projek bersama yang bakal memberi impak kepada kedua-dua buah institusi. BIMB merupakan sebuah institusi kewangan perbankan Islam yang pertama dan terunggul di Malaysia yang sentiasa berusaha meningkatkan dan menguatkan program kerjasama yang telah mengambil pelbagai inisiatif dalam meningkatkan kecemerlangan industri perbankan Islam. Kerjasama pada kali ini memfokuskan kepada promosi pembukaan akaun Bank Islam dengan mensasarkan peningkatan sebanyak 10% pengguna berdaftar dengan Bank Islam pada tahun ini. Encik Zamree Mohamed Pengarah Perbankan Runcit dan Pengagihan, BIMB berkata USIM sebagai rakan strategik dapat membantu dari sudut hebahan maklumat berkaitan pembukaan akaun ini kepada awam dan akan mendapat insentif melaluinya. “Inisiatif seperti ini merupakan usaha kami untuk menghargai rakan strategik kami yang telah banyak menyokong kami sepanjang hampir 41 tahun beroperasi.” “Hubungan kerjasama USIM dengan Bank Islam telah lama dibina sejak 2012 lagi. Pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk membangun, menyokong dan memperkaya pembangunan penyelidikan dan pendidikan dalam bidang yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak,” kata Naib Canselor USIM dalam majlis tersebut. Tambah beliau, hubungan kerjasama yang dibina akan menghasilkan peluang dan ruang yang lebih banyak dalam pelbagai bidang dan akan lebih mengeratkan hubungan antara universiti dan industri. “Universiti era baharu bukan sahaja berperanan membangunkan kerangka kurikulum dan akademik malah perlu lebih kreatif dalam mencipta ekosistem yang menyokong hubungan baik antara universiti dan industri,” ujarnya lagi. Majlis menandatangani MoU tersebut disempurnakan oleh Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, [...]

Go to Top