Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Mac 2024

400 pelajar USIM terima infaq makanan iftar

NILAI - Sebanyak 400 pek makanan berbuka puasa yang disumbangkan oleh syarikat Ikhlas Com Travel Sdn Bhd diedarkan kepada para pelajar Tamhidi dan Pelajar Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Kolej Kediaman Satu. Turut hadir ke majlis itu Encik Ikhlas Kamarudin, Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas Com Sdn Bhd; Dr. Fauziah Hassan Pengarah, USIM ‘Alamiyyah; Profesor Madya Chm. Dr. Juliana Jumal, Dekan Tamhidi; dan Encik Mohd Salehudin Sukor, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar. IKHLAS Com merupakan sebuah platform perniagaan baharu di bawah AirAsia yang bertujuan menyokong komuniti Islam di seluruh dunia dengan menyediakan akses yang tiada tandingan kepada amalan berasaskan agama. Profesor Dr. Mohd Radhi Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dalam ucapan aluannya berkata, ini merupakan kali ketiga Ikhlas Com Sdn Bhd berkolaborasi bersama USIM untuk program agihan pek iftar. ”Terima kasih kerana menjadikan USIM sebagai salah satu institusi pilihan bagi program ini. Kami amat berbesar hati dengan usaha murni dari Ikhlas Com Sdn Bhd dan berharap kolaborasi ini dapat dikekalkan pada masa hadapan. Semoga hubungan dua hala yang dibina dapat dipertingkatkan terutamanya dalam mengangkat martabat komuniti Islam diseluruh dunia menggunakan kelebihan setiap pihak”, ujarnya. Turut hadir duta syarikat Ikhlas Com adalah Datuk Rosyam Nor memberi perkongsian kepada para pelajar dan hadirin yang hadir.

USIM Johan Debat Piala Menteri Selangor, tewaskan UKM dan UPNM di peringkat akhir

NILAI - Pendebat Universiti Sains Islam Selangor (USIM) dinobatkan juara Pertandingan Debat Piala Dato' Menteri Besar Selangor di bagi kategori institusi pengajian tinggi yang diadakan pada 10 Mac lalu. Menggunakan format debat presiden, USIM yang diwakili oleh Muhammad Najmie Abdullah, 23, dan Ummu Unaisah Mohd Nordin, 21, menewaskan tiga pasukan bahas lain di pentas akhir untuk membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM8,000, piala pusingan Menteri Besar Selangor, trofi dan sijil. Membahaskan usul ‘Dewan Ini Akan Melaksanakan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Demi Kemaslahatan Setempat’, tiga pasukan lain yang turut ke peringkat akhir adalah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). UKM dinobatkan sebagai naib juara dengan membawa pulang wang tunai RM5,000 manakala tempat ketiga dan keempat disandang oleh UPNM A dan UPNM B dengan masing-masing memperoleh RM2,000 dan RM1,000 bagi setiap pasukan. Menurut Muhammad Najmie, persiapan awal bersama jurulatih dan rakan pendebat lain memberi momentum yang baik untuk mereka ke pertandingan ini. “Menggunakan format debat presiden selain usul yang dibahaskan dari peringkat saringan hingga akhir sememangnya mencabar, ia memerlukan semua pendebat perlu ‘bekerja keras’ untuk menganalisis setiap isu dan hujah yang di bawa oleh pasukan lawan” ujar pelajar tahun tiga Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah ini. Bagi rakan sepasukannya, Ummu Unaisah turut melahirkan rasa gembira berjaya mengharumkan nama USIM di pentas debat kebangsaan selain turut merakamkan penghargaan kepada Pusat Hal Ehwal Pelajar atas sokongan kuat kepada pembangunan debat di USIM. Pelajar tahun dua jurusan Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat ini berharap kejayaan yang diraih menjadi [...]

USIM dan UTW Sdn Bhd, Malaysia Airports Holdings Berhad jalin kerjasama strategik dalam Pembangunan Industri Penerbangan

NILAI - Satu memorandum persefahaman (MoU) telah dimeterai antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Urusan Teknologi Wawasan Sdn. Bhd. (UTW), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sebagai salah satu inisiatif kerjasama dalam menghasilkan penyelidikan yang inovatif dan membangunkan sumber manusia yang unggul dalam bidang industri penerbangan (aviation industry). Bertempat di Lounge Executive pada 13 Mac bar baru ini, USIM diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor, manakala UTW pula diwakili oleh Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd merangkap Ahli Lembaga Pengarah UTW, Encik Mohd Arif Jaafar, dan Pengurus Besar UTW, Puan Ts. Nurshuhaila Mohd Amin. Dalam ucapannya, Naib Canselor USIM menekankan betapa pentingnya peranan universiti sebagai sebuah institusi pengajian tinggi untuk menyokong industri dengan menghasilkan penyelidikan yang relevan dan berkualiti tinggi serta melatih sumber manusia yang beretika dan berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan semasa industri. “Pemetaan hubungan universiti bersama industri telah dihubungkan dan dipadankan oleh pihak Universiti melalui Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) bagi memberikan sumbangan yang signifikan berdasarkan niche area universiti dan bidang kepakaran yang berkaitan terdapat di universiti”, ujarnya lagi. Pada masa yang sama, Ahli Lembaga Pengarah UTW pula menyatakan bahawa pihak industri juga seharusnya berbesar hati untuk menerima tawaran kerjasama daripada pihak Institusi Pengajian Tinggi dalam memastikan perjalanan dan operasi industri sentiasa ditambah baik dan terkini mengikut keperluan semasa. “Pihak MAHB dan UTW sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak USIM dan kita akan melihat [...]

ICLEMCCR 2024 – Himpun empat persidangan antarabangsa di USIM

NILAI – International Congress on Leadership Management, Communication, Counseling, and Religion (ICLEMCCR2024) menghimpunkan empat persidangan antarabangsa iaitu IC-DAIM, ICIMaC, MASEC, dan SIGMA dalam satu platform untuk meneroka perhubungan kepimpinan, pengurusan, komunikasi, kaunseling, dan agama dengan bertemakan ‘Integrating Leadership Management, Communication, Counseling, and Religion in Developing Dynamic and Charismatic Leaders towards the Establishment of Madani Nation,’. Majlis yang diterajui oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan ini telah dirasmikan oleh Profesor Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USIM. Profesor Dato’ Dr. Muhammad Tauffik dalam ucapannya berkata, dalam landskap global yang terus berkembang pesat hari ini, adalah penting bahawa kita merebut pendekatan holistik terhadap kepimpinan yang melangkaui sempadan tradisional dan pelbagai pandangan daripada bidang pengurusan, komunikasi, kaunseling, dan agama. Dengan menggabungkan sinergi antara semua disiplin ini, kita dapat memupuk pemimpin yang tidak hanya mahir dalam bidang masing-masing, tetapi juga memiliki asas etika yang diperlukan untuk menavigasi landskap sosio-budaya yang kompleks.       Sementara itu, telah berlangsung 4TH International Conference on Islam, Media and Communication 2024 (ICIMaC 2024) yang dihadiri seramai 102 peserta secara hibrid iaitu 75 menyertai dalam talian dan 27 menyertai secara fizikal dan dari pelbagai latar belakang dari seluruh negara. Bertemakan Communication and digitisation in the Madani Society, manuskrip yang diterima selepas proses kajian akan diterbitkan sama ada di dalam jurnal SCOPUS / ERA / MYCite / yang diindeks / Penerbitan Buku / Prosiding Elektronik. Persidangan yang dianjurkan ini diharapkan dapat memberi manfaat bukan sahaja untuk pembangunan penyelidikan tetapi juga kepada industri komunikasi dan media, [...]

Imam solat tarawih di Jepun: Pelajar bawa nama USIM ke peringkat antarabangsa

NILAI – Dua pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah diberi tanggungjawab menjadi imam solat tarawih di Osaka, Jepun sepanjang bulan Ramadan yang bakal tiba. Wan Ahmad Mujahid Wan Fajrulhisyam dan Nik Ahmad Nik Aziz merupakan pelajar Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian yang sedang menjalani Latihan Industri di Japan Dakwah Centre (JDC). Mereka berlepas ke Jepun pada 10 Mac 2024 untuk menjadi imam jemputan bagi solat tarawih sempena Ramadan di dua tempat secara penggiliran iaitu di Japan Dakwah Centre dan Osaka Islamic Centre. Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM amat berbangga kerana pelajar USIM dipilih untuk mengetuai solat tarawih di Jepun. Ia menunjukkan bahawa USIM mampu melahirkan pelajar berkelayakan dalam bidang pengajian Islam yang bertaraf antarabangsa sesuai dengan falsafah USIM yang mengamalkan integrasi ilmu Naqli dan Aqli. “Sesungguhnya peluang yang amat berharga ini akan saya manfaatkan sebaik mungkin untuk mengutip ilmu dan pengalaman hidup bagi menabur khidmat kepada masyarakat kelak InshaAllah. Doakan saya agar dapat menggalas tugas ini dengan baik dan mendapat keredaan daripada Allah Taala,” kata Mujahid. “Rasa teruja dan berbesar hati untuk mencabar diri sendiri di negara luar dan semestinya keluar dari zon selesa. Harapan saya, semoga saya selalu diberi kesihatan oleh Allah Taala supaya saya dapat berkhidmat dan berbakti untuk Islam selama saya di sini, di osaka, Jepun,” tambah Nik Ahmad. Mereka akan berada di Osaka selama 40 hari dan dijangka kembali ke Malaysia pada 20 April 2024 untuk menghabiskan Latihan Industri di Pusat Islam USIM. [...]

Kerajaan Negeri Sabah Taja anak muda lanjutkan pengajian ilmu Turath di USIM

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah menjalin kerjasama strategik dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan menyediakan penajaan bagi pelajar negeri Sabah untuk menjalani program pengajian kitab turath secara eksklusif selama tiga tahun di USIM. Kerjasama ini diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, yang menyatakan bahawa langkah ini adalah sebahagian daripada usaha bagi meningkatkan penyertaan belia negeri Sabah dalam mendalami ilmu turath. "Dinamakan sebagai Duta Turath Sabah@USIM, program ini adalah penawaran eksklusif kepada anak negeri Sabah yang ingin menyambung pengajian di USIM. Saya melihat inisiatif ini sebagai satu langkah yang amat penting dalam memperkaya kefahaman ilmu turath dalam kalangan generasi muda kita," kata Datuk Seri Hajiji Noor semasa merasmikan Simposium Antarabangsa Turath Sabah, Malaysia 2024 di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu pada 7 Mac baru-baru ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif. “Saya berharap agar pelajar yang berjaya melalui program ini akan menjadi ilmuan yang mampu memainkan peranan yang penting dalam pemerkasaan turath Islam di negeri Sabah selepas menamatkan pengajian mereka," Tambah beliau Selain itu, Datuk Seri Hajiji Noor turut menggesa umat Islam di Sabah untuk meningkatkan diri melalui pembelajaran ilmu pengetahuan, kemahiran, dan perubahan sikap yang membawa kepada pemerkasaan diri serta masyarakat. "Kita perlu memperkukuhkan pemahaman kita dalam agama Islam serta mengaplikasikan nilai yang terkandung dalam ilmu turath untuk melahirkan generasi yang dinamik dan inovatif," katanya. Datuk Seri Hajiji Noor berharap agar program ini akan memberikan manfaat serta ilmu yang berguna kepada umat Islam di negeri di [...]

USIM gemilang di AKKPT 2023: Mengilhami keusahawanan dalam Pendidikan Tinggi

KUALA LUMPUR – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) cemerlang dengan merangkul kejayaan dalam tiga kategori utama sempena Majlis Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi 2023 (AKKPT 2023). USIM berjaya memenangi tempat kedua Kategori B (Anugerah Perusahaan Pelajar Terbaik) oleh Saudari Iman Tasnim Mohd Shaipudin (FPQS); tempat pertama Kategori C (Anugerah Perusahaan Graduan Terbaik) oleh Saudara Muhammad Amirul Aiman Ahmad Zaihan (FSU); dan tempat kedua Kategori E (Anugerah Projek Keusahawanan Sosial Terbaik) oleh Genba Bakery. Majlis yang berprestij itu telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi di M Resort Hotel, Kuala Lumpur pada 8 Mac 2024 baru-baru ini. Pemenang Anugerah Perusahaan Graduan Terbaik, Saudara Muhammad Amirul Aiman berkata, kejayaan yang diperolehi membuktikan bahawa setiap individu mampu mencapai impian dengan dedikasi yang berterusan dan sokongan daripada pihak yang betul. “Saya amat bersyukur sehingga dapat berada di tahap ini. Bagi yang mengenali saya, ramai yang telah memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dan ilmu itu saya aplikasikan dalam kehidupan seharian saya. Saya turut mendoakan agar kalian semua diberikan kesihatan berpanjangan dan sentiasa di bawah rahmat Ilahi,” tambah beliau. Majlis gilang-gemilang ini dianjurkan bertujuan mengiktiraf kecemerlangan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) serta individu yang memberi sumbangan yang signifikan dalam pembangunan dan pendidikan keusahawanan. Oleh: Fatin Anis Mahirah Mohammad

Inovasi USIM Rangkul 9 Pingat Emas dan Anugerah Khas dalam PIITRAM 2024

NILAI – Pusat Tamhidi (Asasi) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencipta kejayaan manis selaku tuan rumah penganjuran Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi (PIITRAM) 2024 apabila berjaya merangkul sembilan pingat emas. Berlangsung pada 23 dan 24 Februari lalu di Dewan Tuanku Canselor USIM, Pusat Tamhidi juga turut menggondol dua anugerah khas selain meraih tujuh pingat perak dan enam pingat gangsa dalam pertandingan tersebut. Pingat emas disumbangkan dari projek inovasi pelajar iaitu Non-CFCS Refrigerator; Smart Campus Mobility: Innovating Campus Life With Arduino-Based GPS Tracking; Edible Orange Straws; Pedestrian Traffic Gate (PTG); EGIP; dan Bloom Guardian. Kakitangan akademik Pusat Tamhidi juga turut menyumbang pingat emas melalui projek IFACE Version 1.0: A State of The Art Facial Recognition System for Seamless  Attendance Recording; AL-INAS: Model Bahasa Arab untuk Perundangan Islam Melalui Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli; dan IENROLLHUB: Automasi Sistem Pendaftaran Penyertaan Seminar & Pertandingan Inovasi PIITRAM2024. Sementara itu, projek inovasi dari kumpulan pelajar Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi iaitu Smart Campus Mobility: Innovating Campus Life With Arduino-Based GPS Tracking berjaya meraih perhatian juri untuk menerima Anugerah Khas Projek Paling Kreatif. Inovasi ini merupakan penghasilan satu alat pengesan GPS yang dapat membantu pelajar untuk mengesan kedudukan bas yang berada di dalam kampus. Menurut ketua kumpulan, Muiz Irfan,18, idea menghasilkan inovasi ini timbul dari pensyarah mereka selain kesulitan yang sering dialami sendiri oleh beliau dan rakan -rakan lain iaitu ketinggalan bas untuk ke kuliah. “Ada kalanya bas tiba lewat untuk ke kuliah atau bertolak terlalu awal dari yang dijadualkan. Justeru melalui inovasi penciptaan alat GPS yang [...]

Prospek Cerah Sukan USIM, Atlet Tamhidi Menyinar di Sukan Asasi Malaysia (SAM) 2024

KEDAH – Persiapan dan latihan berstruktur lebih awal yang dilaksanakan oleh Pusat Tamhidi (Asasi) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Pusat Sukan USIM untuk atlet ke Sukan Asasi Malaysia (SAM) 2024 berjaya meraih pencapaian yang membanggakan. Berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok Kedah dari 1 hingga 3 Mac 2024, kontinjen USIM yang disertai 132 atlet dan 23 pegawai pengiring bertanding dalam 10 acara dalam edisi kali ini. USIM berjaya membawa pulang lima pingat perak dan dua pingat gangsa untuk berada di ranking kesembilan keseluruhan dari 14 asasi universiti awam dan matrikulasi yang menyertai. Pingat perak disumbangkan dari acara futsal, bola tampar (wanita), ping pong, badminton dan e-sukan manakala pingat gangsa diraih dari acara bola tampar (lelaki) dan catur (lelaki). Kejohanan SAM merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam sejak 2018 dengan kejohanan kali ini Pusat Asasi Pengurusan UUM dipilih selaku tuan rumah SAM 2024. Kejohanan sukan dianjurkan bertujuan untuk menyediakan jaringan hubungan antara program-program asasi universiti awam serta menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan, membentuk mahasiswa yang cerdas, cergas, berdaya saing, tahan lasak dan kreatif. Ketua kontinjen USIM, Mohd Naqiudin Che Ibrahim menyifatkan pencapaian atlet Tamhidi dalam SAM kali ini adalah cemerlang. “Walaupun tiada rezeki untuk menuai pingat emas, tetapi jumlah pungutan pingat kali ini amat baik berbanding tahun lalu. Terutamanya dalam acara yang memberi saingan sengit sejak awal di peringkat kumpulan lagi seperti futsal, bola tampar dan badminton”. “Pencapaian atlet kita di SAM secara langsung memberi harapan cerah untuk mereka lebih cemerlang [...]

Februari 2024

Lawatan ke Selatan Thailand, harapan HEPA kembangkan pembangunan sahsiah pelajar USIM

THAILAND – Sejumlah 8 orang delegasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) telah mengadakan lawatan di beberapa universiti di Selatan Thailand termasuklah Prince Songkla Universiti, Fatoni Universiti dan Yala Rajabhat Universiti pada 14 hingga 18 Februari 2024. Turut menyertai lawatan tersebut ialah Dato’ Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM. Prof. Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff berkata lawatan yang direncanakan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dengan kerjasama Pusat Hal Ehwal Pelajar dan Pejabat Pendaftar adalah untuk membuka ruang kerjasama baharu bukan sahaja dalam aspek pembangunan sahsiah pelajar malah dalam pelbagai ruang lain seperti akademik dan sukan untuk mengembangkan ilmu pengetahuan pelajar USIM khususnya melalui pengalaman di luar negara. Delegasi USIM telah berpeluang berjumpa dengan Pengurusan setiap universiti dan membincangkan hala tuju kerjasama dalam pelaksanaan program kesukarelawanan Global Islamic Students Outreach (GISO), pertukaran budaya dan sukan. Selain itu, perbincangan tersebut turut menyentuh tentang kerjasama dari segi pembangunan akademik meliputi pertukaran pelajar dan staf. Lebih menarik tentang lawatan tersebut apabila Prof. Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff berpeluang menyampaikan khutbah Jumaat di Yala Rajabhat Universiti. Turut dilawati adalah sebuah perkampungan di Narathiwat iaitu Ban Blukasnor yang bakal menjadi lokasi program GISO Perdana USIM pada bulan Ogos 2024 nanti. Prof. Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff berkata hasil daripada lawatan ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) dan akan dilaksanakan sepanjang tahun 2024 ini. “HEPA sangat komited dalam memastikan agenda pemerkasaan mahasiswa dapat dilaksanakan [...]

Go to Top