Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

November 2022

USIM rangkul 9 Emas di PECIPTA 2022, galak kerjasama bersama industri

KELANTAN, 4 November 2022 – Bertemakan “Innovation, Creativity, Technology, Entrepreneurship and Society”, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merangkul sembilan Emas, lima Perak dan dua Gangsa bagi produk inovasi yang dipertandingkan di Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa Tahun 2022 (PECIPTA’22) yang bertempat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Bachok. Naib Canselor USIM, Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani mengucapkan terima kasih atas komitmen dan tahniah dengan pencapaian yang ditunjukkan sepanjang persidangan ini berlangsung, dan berharap produk inovasi ini dapat diketengahkan untuk pengkomersialan agar dapat dikongsikan manfaatnya kepada masyarakat. Manakala, Prof. Madya Dr. Nurlida Basir, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (PPPI) USIM berkata, USIM menghantar 16 produk inovasi untuk bertanding di PECIPTA 2022, sekaligus merupakan penyertaan yang terbanyak disertai oleh USIM pada kali ini. PECIPTA’22 menyaksikan Prof. Dr. Azman Ab Rahman, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) mendapat pengiktirafan Best Award Anugerah Kluster Terbaik Pendidikan bagi produk inovasi bertajuk Global Tahfiz Game (GTG). Menurut Prof. Dr. Azman Ab Rahman selaku Ketua Penyelidik, GTG ini merupakan salah satu inisiatif yang dibangunkan untuk memudahkan masyarakat khususnya para huffaz dalam mengukuhkan hafazan dengan konsep gamifikasi serta didik hibur yang lebih inovatif dan efektif. Dibangunkan sebagai produk papan permainan pertama yang berasaskan mashaf al-Quran serta sukatan subjek Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah di bawah subtopik Al-Quran dan Tajwid. “Ia mempunyai tiga aras soalan yang berbeza berdasarkan 30 juzuk al-Quran yang dirangka khas sesuai untuk mereka yang ingin mengukuhkan hafazan. Objektif produk ini adalah untuk meningkatkan kesedaran muraja’ah hafalan Al-Quran melalui medium [...]

Rancakkan kempen #CaknaUNDI untuk galakkan golongan muda keluar mengundi

Pilihanraya umum (PRU) akan datang bakal mencatatkan sejarah tersendiri kerana buat pertama kalinya negara akan menyaksikan rakyat Malaysia seawal umur 18 tahun dapat menjalankan tangggungjawab mereka sebagai pengundi. Berkuatkuasa pada 15 Disember 2021 yang lalu juga, seperti yang diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan, semua pengundi berumur lapan belas tahun dan ke atas termasuk mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi akan didaftarkan secara automotik. Ini bermakna terdapat pertambahan kira-kira 6 juta pengundi baharu yang menjadikan jumlah pengundi pada pilihanraya umum akan datang naik daripada 14.9 juta kepada kira-kira 21 juta pengundi. Penurunan tahap umur pengundi dan pertambahan jumlah pengundi dilihat sebagai satu perkembangan yang baik dalam negara menuju ke arah sistem demokrasi yang matang. Namun kenaikan jumlah pengundi dijangka bakal memberikan implikasi kepada jumlah peratusan keluar mengundi pada PRU ke-15 yang dijangka akan diadakan pada masa terdekat ini. Pada PRU ke-13 dan ke-14 yang lalu, rekod keluar mengundi masing-masing mencatatkan jumlah yang memberangsangkan iaitu sebanyak 85% dan 82%, meningkat daripada 76% berbanding PRU ke-12. Namun dilihat daripada trend rekod keluar mengundi Pilihanraya Negeri (PRN) di Sabah, Sarawak dan Melaka yang diadakah selepas PRU ke-14, peratusan mengundi hanyalah sekitar 60%. Lebih membimbangkan, peratus keluar mengundi pada PRN terkini di Johor yang diadakan pada Mac 2022, dimana buat pertama kalinya mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh keluar mengundi, rekod keluar mengundi hanyalah sekitar 55%. Persoalannnya adakan trend ini akan berterusan pada PRU ke 15 akan datang dan mengapakah perkara ini berlaku? Benarkah anak muda di [...]

Memenangi hati dan minda pengundi Muda: TikTok sebagai platform komunikasi politik

Sebut sahaja tentang platform media sosial TikTok, ramai mungkin membayangkan klip video pendek tular yang memaparkan tarian, gurauan atau ajukan suara-suara lawak yang menjadi satu fenomena di kalangan anak muda hari ini. Namun platform yang mula diperkenalkan pada tahun 2016 ini bukan lagi menjadi sekadar trend media bersifat sementara, tetapi sebagai satu daya kuasa penting dalam ekosistem media. Ia menjadi wadah terutama bagi golongan muda untuk berhibur, mendapatkan maklumat dan bertukar pandangan. Maka tidak hairanlah hari ini TikTok menjadi platform pilihan bagi ahli politik dan organisasi politik untuk memenangi hati dan minda golongan muda. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) terhadap dua ribu bakal pengundi yang berumur 18 tahun dari seluruh negara mendapati bahawa platform TikTok menjadi saluran utama bagi mereka mendapatkan maklumat berkenaan politik (26.3%), di ikuti dengan Instagram (22.2%) dan Facebook (17.3%). Dapatan ini adalah penting kerana golongan pengundi muda ini dilihat sebagai King makers pada pilihanraya umum ke 15 akan datang. Dengan pelaksanaan pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun berkuat kuasa pada Disember 2021, kuasa politik pengundi kali pertama dilihat amat penting. Ini bermakna penambahan 5.8 juta pengundi berumur antara 18 dan 21 tahun menjadikan jumlah pengundi berdaftar negara, yang kini 15.8 juta, meningkat sekitar 40% kepada 21.1 juta pengundi pada pilihanraya umum akan datang. Justeru untuk memastikan pengundi muda turun pada pilihanraya ke 15 nanti, platform TikTok hendaklah menjadi antara platform utama yang perlu dieksploitasi oleh organisasi [...]

Kaunseling Jalan Menuju Bahagia

Jalan menuju bahagia itu ada pelbagai, salah satunya adalah melalui ‘katarsis jiwa’ atau kelegaan emosi yang dapat dicapai semasa sesi kaunseling. Peranan kaunselor dan perkhidmatan kaunseling pada masa kini dilihat sebagai satu keperluan yang penting dalam menambahbaik status kesihatan mental rakyat Malaysia. Hal ini kerana, masalah kesihatan mental menunjukkan trend peningkatan dengan statistik individu yang mendapatkan sokongan menerusi Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) meningkat lima kali ganda berbanding 2020. Statistik menunjukkan pada tahun lalu sebanyak 212,319 panggilan diterima oleh MHPSS berbanding pada tahun sebelumnya dengan 44,061 panggilan. Tambah gusar adalah apabila statistik tingkah laku bunuh diri juga berada pada kadar yang membimbangkan dan peningkatan ketara iaitu sebanyak 81 peratus pada tahun 2021 (1,142 kes) berbanding dengan 631 kes yang dilaporkan pada tahun 2020. Apa yang menyedihkan apabila majoriti masyarakat Malaysia masih mempunyai stigma kepada individu yang mempunyai masalah mental. Disebabkan oleh stigma yang muncul ini, ramai antara penghidap masalah mental malu untuk tampil mendapatkan bantuan kaunseling ataupun rawatan di mana-mana klinik ataupun hospital kerana tidak mahu dilabel sebagai ‘gila’. Justeru, sebagai salah satu langkah dalam mempromosikan perkhidmatan kaunseling dan meningkatkan kesedaran serta pengetahuan masyarakat Malaysia berkaitan isu kesihatan mental ini, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan melancarkan Bulan Kaunseling Kebangsaan. Bulan Kaunseling Kebangsaan ini disambut sepanjang bulan Oktober dan diisi dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh badan-badan seperti Lembaga Kaunselor termasuk agensi kerajaan, Institut Pengajian Awam/Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan lain-lain pihak. Bulan Kaunseling Kebangsaan Tahun 2022 yang bertemakan “Emosi Sejahtera Hidup Bahagia” menampilkan [...]

Seni Budaya Malaysia Pikat Hati Peserta UNESCO Knowledge for Change (K4C) Learning Residency 2022

NILAI, 3 November 2022- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima lawatan kira-kira 41 orang peserta Kursus Residency Knowledge for Change Mentor Training Program (UNESCO K4C MTP) anjuran Pusat Penyelidikan Mizan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM menerusi Mizan K4C Hub dengan kerjasama UNESCO Chair in Community Based Research and Social Responsibility of Higher Education dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) yang bermula pada 30 Oktober 2022 hingga 6 November 2022. Lawatan yang mengambil tempat di Panggung Seni Pusat Kebudayaan USIM berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran peserta diiringi paluan kompang serta dijamu dengan pelbagai hidangan tempatan dan tradisional Malaysia selain dihiburkan dengan persembahan Dikir Barat oleh artis Pusat Kebudayaan USIM. Sempat diperkenalkan dengan busana-busana tradisional Negeri Sembilan, peserta UNESCO K4C MTP juga tidak melepaskan peluang mencuba dan bergambar dengan mengenakan perhiasan tradisional yang disediakan. Hadir sama dalam di majlis tersebut adalah UNESCO Chair in Community Based Research and Social Responsibility in Higher Education Prof. Emeritus Dr. Budd Hall, Ketua Projek Mizan FKP USIM Prof Madya Dr. Mahazan Abdul Mutalib serta Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Encik Ismail Ahmed. Disediakan oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan

MIZAN K4C Hub USIM Tuan Rumah Program UNESCO K4C Learning Residency 2022

KUALA LUMPUR, 1 November 2022 – UNESCO Knowledge for Change (K4C) Learning Residency 2022 merupakan program latihan antarabangsa bagi melahirkan mentor-mentor penyelidikan berasaskan komuniti di kalangan semua penggerak masyarakat yang terdiri daripada ahli akademik dan organisasi sosial dari seluruh negara. Diterajui oleh Pusat Penyelidikan Mizan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi Mizan K4C Hub dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC), program ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan. Pada tahun 2022 ia dilaksanakan di Malaysia, Kursus residensi pembelajaran UNESCO K4C (UNESCO K4C Learning Residency) kali ini menghimpunkan mentor dari kohort ke lima hingga lapan bermula dari 30 Oktober hingga 6 November 2022. Menurut Ketua Projek Mizan FKP USIM Prof Madya Dr. Mahazan Abdul Mutalib, kursus ini yang dikelolakan oleh School of Continuing Studies, University of Victoria (UVic) Canada selama 21 minggu menerapkan tiga komponen utama pembelajaran iaitu aktiviti pembelajaran atas talian dari UVic, pembelajaran menerusi residensi bersemuka selama dua minggu di Kuala Lumpur, dan kerja lapangan yang akan dijalankan bersama komuniti tempatan di lokasi masing-masing. “Seramai 41 mentor dari lapan negara iatu Burkina Faso, Afrika Selatan, Mexico, Ireland, Canada, India, Indonesia, dan Malaysia mengikuti kursus residensi K4C di Kuala Lumpur pada tahun ini dengan objektif utama adalah untuk melatih kemahiran penyelidikan berasaskan penyertaan komuniti (CBPR) menerusi kerjasama pelbagai pihak. Program ini mengiktiraf proses perkembangan ilmu tidak hanya berlaku di universiti tetapi boleh dilaksanakan secara aktif dilapangan. Sementara itu, pada majlis yang sama turut diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara [...]

Oktober 2022

Pusat Governans, Integriti Dan Antirasuah Nasional (GIACC) mengadakan Kunjungan Hormat ke USIM

NILAI, 17 Oktober 2022 – Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 17 Oktober 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, Aras 5, Bangunan Canselori. Delegasi GIACC diketuai oleh YBhg. Datuk Aziz Aban, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Strategik) bersama dengan Bahagian Penyelidikan Antirasuah dan Bahagian Komunikasi dan Media. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mengadakan kunjungan hormat kepada Naib Canselor USIM, YBhg. Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani di samping memberi penghargaan dan terima kasih kepada USIM di atas penglibatan penyelidik dari USIM untuk projek penyelidikan di bawah GIACC. Dua kumpulan penyelidikan dari USIM ini telah berjaya membentangkan hasil penyelidikan pada Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah di Pusat Konvensyen Movenpick pada bulan Mac 2022 yang lalu. Naib Canselor USIM telah meluangkan masa bersama dengan GIACC dengan memberi pengenalan kepada USIM yang mengetengahkan integrasi ilmu naqli dan aqli dan pembangunan projek USIM Podcast yang boleh melibatkan kolaborasi antara USIM dengan GIACC. Pihak USIM dan GIACC turut membincangkan halatuju bagi tahun hadapan untuk pelaksanaan program-program dalam bentuk penyelidikan, seminar, persidangan meja bulat dan sesi perkongsian berkaitan dengan governans, integriti dan antirasuah. Turut serta daripada pihak USIM pada sesi perbincangan ini adalah YBhg. Dato’ Pendaftar, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Ketua Unit Integriti SCIROSH dan dua orang Ketua Penyelidik USIM bagi penyelidikan GIACC Sektor Etnik Orang Asli diketuai oleh Prof. Madya Dr. Izawati binti Wook dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang serta penyelidikan Sektor Institusi Agama diketuai oleh [...]

Galak Pelajar Aktif di Kampus, USIM anjur Karnival Siswa 2022

NILAI, 30 Oktober 2022- Bertemakan “Mencetus Pembangunan Mahasiswa Gemilang”, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi Akademik 2021/2022 menganjurkan Karnival Siswa (KARSIS’ 22) bertempat di perkarangan Dewan Tuanku Canselor baru-baru ini. Bagi menyemarakkan suasana kampus dan merapatkan ukhwah antara mahasiswa-mahasiswi yang telah kembali ke kampus untuk proses Pembalajaran dan Pengajaran (PdP) secara fizikal sepenuhnya, karnival ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan-barisan kepimpinan MPP dan badan-badan pelajar USIM terutamanya kepada mahasiswa baharu Sesi Akademik 2022/2023. Selain itu, ia juga bagi melahirkan generasi mahasiswa yang membudayakan kegiatan berpersatuan menerusi penglibatan diri dalam aktiviti kokurikulum, dan memenuhi kriteria aktif dalam aktiviti kepimpinan dan keusahawanan di bawah elemen holistik bagi Model Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (GIINA). Menurut penyelaras program Encik Mohd Fazhiruddin Kamaruddin, sebanyak 26 reruai daripada Badan Persatuan Pelajar telah menyertai karnival ini. Antaranya Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM), Sekretariat Kesukarelawanan Mahasiswa (SKM), Kelab Nadi Thaqafah, International Students Association (INSAN), Kelab Sahabat Kembara Ilmu (SKIL), Kelab Debat, dan Kelab Pengurusan Persembahan Seni. Sementara itu, saudari Iffah Amirah Jamarluddin, Naib Yang Dipertua 1 MPP merangkap Pengarah program berkata, salah satu kelainan yang ditonjolkan pada penganjuran KARSIS’22 kali ini adalah setiap badan pelajar diwajibkan terlibat di gerai-gerai pameran untuk mengadakan aktiviti interaktif khusus bagi memeriahkan suasana selain merapatkan ukhwah di kalangan kepimpinan pelajar bersama para pengunjung KARSIS’22”. “Saya berharap program ini berpotensi untuk menjayakan hasrat universiti ke arah melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja bersaing memburu kecemerlangan akademik, bahkan memberikan dorongan berkesan kepada mahasiswa untuk meningkatkan nilai tambah dalam konteks [...]

4476 Pelajar USIM Terima Peranti Siswa dari KPT

NILAI, 28 Oktober 2022 - Seramai 4476 mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima sebuah tablet dalam satu Majlis Penyerahan Peranti Siswa yang berlangsung selama dua hari bermula 26 hingga 28 Oktober 2022 bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Program ini merupakan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dan Kementerian Kewangan. Menurut Naib Canselor Prof. Ts. Dr. Sharifuddin Md Shaarani, pemberian peranti ini diberikan kepada mahasiswa dari kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah. “Saya harap peranti siswa yang diterima pada hari ini dapat digunakan untuk pembelajaran dan pengajaran dengan sebaiknya”, ujarnya lagi. Sementara itu, bagi Mohamad Najmi Aiman Nordin pelajar Tahun dua Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada KPT dan USIM atas sumbangan peranti ini kerana beliau dapat menggunakannya untuk mencatat nota dan menyiapkan tugasan kuliah, dan ini merupakan peranti pertama beliau. Manakala Nur Atiqah Mohamad Asri pelajar Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi berkata, saya berasa sangat gembira kerana terpilih untuk menerima peranti siswa pada hari ini. Sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban ibu bapa saya, dan laptop yang ada saya boleh diberikan kepada adik saya untuk kegunaan mereka pula. Majlis Penyerahan Peranti Siswa ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff dan Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Encik Md Ishah Rahman. Disediakan oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan

USIM-JKSM Kerjasama Bangun Modul Latihan Sijil Profesional Sulh-Mediasi

NILAI, 28 Oktober 2022 - Dalam usaha untuk melahirkan ramai pengantara bertauliah yang akan menjadikan penyelesaian pertikaian alternatif (ADR) sebagai wadah utama dalam menangani konflik dalam kalangan masyarakat di Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bergerak proaktif membangunkan modul latihan kemahiran iaitu Pensijilan Profesional Sulh-Medias yang dilancarkan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersempena Persidangan Pegawai Syariah seluruh Malaysia kali ke-18 . Modul latihan yang diketuai oleh Dr Hendun Abd Rahman Shah, Pensyarah Kanan merangkap Ketua Unit Rundingcara dan Mediasi FSU berkata, kursus ini disertai oleh pelajar tahun akhir FSU yang dilaksanakan selama 5 hari atau sekurangnya 40 jam serta sesi penilaian di akhir kursus bagi menentukan kompetensi peserta sebagai pengantara. Sementara itu, Tan Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar dalam ucapannya berkata, Alternative Dispute Resolution (ADR) bukanlah suatu kaedah baharu. Walaupun amalannya diaplikasikan secara rasmi di Mahkamah Syariah semenjak 20 tahun lalu, namun mekanisme sulh ini telah disemi menerusi pengiktirafan yang termaktub dalam al-Quran dan al-Hadith. “Begitu juga pendekatan yang luas perlu diperuntukkan agar ADR boleh menjadi penapis utama sebelum kes dibawa ke Mahkamah, bukan hanya bagi kes-kes tertentu dan terhad semata. Saya menyokong segala inisiatif bagi memantapkan sistem keadilan menerusi penggembelengan ADR ini. Usaha penambahbaikan perlu dilakukan segera seperti mewujudkan bahagian khusus ADR di JKSM, mahupun di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/Mahkamah Syariah Negeri”. “Begitu juga, usaha penyeragaman undang-undang, kaedah, peraturan dan amalan berkaitan ADR di seluruh [...]

Go to Top