Nilai, 4 April 2009 – Seperti tahun-tahun yang lepas, Pusat Kokurikulum Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Hari Kokurikulum bertempat di Stadium Tertutup Nilai. Program yang diadakan pada setiap semester ini bertujuan untuk menilai dan menghargai pelajar-pelajar USIM yang mengikuti kursus kokurikulum.Program ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad bin Muda, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USIM mewakili Naib Canselor USIM. Dalam ucapannya beliau menyatakan bahawa setiap pelajar perlu mempunyai ketahanan diri yang tinggi untuk berdepan dengan dunia luar berbekalkan ilmu dan kemahiran insaniah yang mantap.

Antara pengisian dalam program tersebut adalah peragaan baju polis dari zaman terawal hingga terkini, simulasi melawan kebakaran, simulasi Bulan Sabit Merah dan persembahan silat.

Oleh :
pro@usim.edu.my
Tel : 06-7988025/8026/8028