NILAI, 1 Mac 2014 – Bertemakan ‘Legacy of Golden Age’, pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat julung kalinya menganjurkan Islamic Festival of Science and Technology (i-FeST) 2014 yang berlangsung selama enam hari bermula 24 Februari sehingga 1 Mac 2014 di Dataran Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP).

Pelbagai gerai, pameran dan seminar telah diadakan antaranya dari PetroSains, Pusat Sains Negara, pameran IQRA dari muzium dan galeri Tuanku Fauziah, dan demonstrasi sains dalam Karnival Sains dan Teknologi Islam dari Universiti Sains Malaysia (USM). Selain itu, turut diadakan bicara mahasiswa cakna, bicara usahawan kampus, hari siswi, minggu keusahawanan dan Young Daie Award bersama Pencetus Ummah (PU) Rahmat.

Seiring dengan tema, pengarah i-FeST saudara Ahmad Akmaluddin Mazlan berkata, ia bagi menyorot kembali zaman kegemilangan tamadun dan cendekiawan Islam dalam penguasaan ilmu dan teknologi pada masa lalu seperti dalam bidang astronomi, matematik dan perubatan agar menjadi motivasi dan inspirasi kepada generasi muda sekarang. Dimana selari dengan tema USIM sendiri iaitu ‘Mempelopori Sains Islam, Memimpin Keilmuan’.

“Dengan penganjuran program seperti ini yang menampilkan pendekatan yang berbeza berfokuskan sains islam sebagai agenda utama, diharap mahasiswa USIM menyedari akan kepentingan ilmu sains seterusnya bercita-cita menjadi saintis muslim yang terkehadapan dalam menyelesaikan isu ummah, sekaligus meletakkan kedudukan Islam sebagai rujukan”, ujarnya.

Program kemuncaki-FeST berakhirdengan Konsert Amal Stairway to Heaven yang diadakan pada jumaat malam yang berkonsepkan tribute kepada Negara umat Islam yang dilandakesengsaraan. Antara pengisian yang menarik pada malam itu adalah persembahan nasyid anak rohingya dari Madrasah Hashimiah  Selayang, saudara Fitri Haris UNIC, Sham Kamikaze, acara pidato Rohingya, Palestin, Somalia, dan Syria.

Disediakan oleh:

Noorumaina Mohamed Yunus

Penolong Pegawai Media