Nur Afifah Idrus
Nur Afifah IdrusFakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Anis Nasuha Musa
Anis Nasuha MusaFakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Nur Zaimah Zainal
Nur Zaimah ZainalFakulti Pengajian Quran dan Sunnah

Mutakhir ini, permainan kutu  semakin bergiat aktif di kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita. Permainan kutu ini didefinisikan sebagai satu permainan yang menggunakan wang untuk menabung secara berkumpulan. Ahli-ahli kumpulan perlu membuat undian untuk menentukan giliran mereka mendapatkan wang. Setiap permainan kutu yang dijalankan diketuai oleh seorang ketua yang digelar sebagai “ibu kutu”. Ibu kutu dipertanggungjawabkan untuk mengutip dan menyimpan wang daripada ahli kumpulan mengikut masa yang ditetapkan. Kemudian, ibu kutu perlu mengagihkan wang yang terkumpul kepada ahli kumpulan mengikut giliran yang ditetapkan.

Dalam meniti arus kemodenan ini, permainan kutu disalahgunakan oleh segelintir ibu kutu dengan membawa lari wang ahli kumpulan. Hal ini kebiasaannya terjadi di dalam sesebuah organisasi besar yang menjalankan skim wang kutu. Justeru itu, ibu kutu yang melarikan wang boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 iaitu “Maka adalah salah di sisi undang-undang bagi sesiapa menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu dan seseorang yang menjalankan perniagaan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Hukum main kutu mengikut Islam

Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri berkata harus bermain kutu menurut mazhab Maliki yang membenarkan berhutang dari wakaf dan konsep kerjasama kesepakatan dan persetujuan diantara ahli peserta kutu, (bukannya hubungan antara dua pihak) tanpa melibatkan bayaran riba atau apa-apa skim pelaburan.

Berdasarkan kata-kata Mufti Wilayah Persekutuan tentang main kutu harus menurut Islam menunjukkan bahawa bermain kutu itu tidak salah tetapi yang menjadikannya salah apabila terdapat individu yang pecah amanah dengan melarikan wang kutu adalah salah di sisi undang-undang mahupun di sisi Islam.

Dalam konsep Islam permainan kutu boleh dianggap sebagai hutang yang merupakan sesuatu yang diharuskan. Allah S.W.T. sendiri telah menggariskan beberapa peraturan yang perlu diikuti apabila seseorang itu menjalankan muamalat hutang seperti permainan kutu. Terdapat ayat al-Quran yang menyentuh tentang hutang ini contohnya:

مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ وَلَهُ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh pahala yang banyak. (Surah al-Hadid ayat 11)

Haram bermain kutu sekiranya melibatkan Riba’. Riba’ diharamkan kerana berlakunya kezaliman ke atas satu pihak. Sebagai contoh, ibu kutu mengenakan penambahan bayaran di atas kelewatan ahli kumpulan memberi wang kutu. Selain itu, ahli juga dikenakan caj perkhidmatan oleh ibu kutu yang tidak amanah malah membuat penyelewengan wang di dalam permainan kutu ini.

Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. mengharamkan riba kerana lebih banyak mendatangkan keburukan dalam masyarakat. Terdapat ayat al-Quran yang mengharamkan riba serta ancaman kepada yang memakannya seperti:

وَمَا آتَيْتُمْ مِنْ رِبًا لِيَرْبُوَ فِي أَمْوَالِ النَّاسِ فَلَا يَرْبُو عِنْدَ اللَّهِ وَمَا آتَيْتُمْ مِنْ زَكَاةٍ تُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُضْعِفُونَ

“Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang-orang yang melipat gandakan (pahalanya)”. (Surat Ar-Ruum ayat 39)

Konklusinya, rakyat harus membuka minda bahawa permainan kutu tidak salah disisi Islam dan undang-undang. Tetapi sesetengah pemainan kutu yang disalahgunakan untuk mengaut keuntungan dan menindas ahli kumpulan yang lain itu yang salah. Individu yang bersalah itu harus dikenakan hukuman yang ditetapkan oleh kerajaan.