Amirah Binti Ahmad Sakri
Amirah Binti Ahmad SakriPelajar, Fakulti Syariah dan Undang-undang

Perkataan ‘dakwah’ diambil daripada istilah Bahasa Arab iaitu dari kata da’a, yad’u, da’watan, da’wan, du’aan. Dakwah dari segi Bahasa bermaksud menyeru, mengajak dan memanggil, meminta tolong, menjemput dan melaung. Dakwah dari segi istilah bermaksud menyeru atau mengajak kepada sesuatu perkara, iaitu mengajak manusia kepada jalan kebaikan seperti menyeru supaya menjadikan agama Islam sebagai arus pedoman yang utama dalam kehidupan. Kata dakwah juga adalah fi’il amr yang membawa erti satu perintah. Sejak zaman Rasulullah S.A.W , pengunaan media telah digunakan ketika itu boleh dikaitkan dengan komunikasi yang dianggap dakwah iaitu menyeru umat menyakini aqidah dan syariat Islam. Dakwah adalah tugas asasi bagi setiap muslim untuk menyeru, mengajak, menyampaikan dan memperkenalkan kepada manusia mengenai ajaran agama Islam. Hal ini betepatan dengan firman  Allah S.W.T

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون

Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar merekalah orang-orang yang beruntung”. Ayat ini menerangkan bahawa wajib setiap daripada kita menyeru manusia-manusia lain kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilarang oleh Allah Azza Wa Jalla.

Medium dakwah yang kreatif dan kaedah penyampaian yang baik serta isi kandungan yang berkualiti memudahkan urusan pendakwah dan memantapkan lagi gerak kerja pendakwah. Hal ini kerana ia merupakan elemen penting dan memberikan impak yang tinggi kepada semua aktiviti-aktiviti dakwah yang dijalankan. Dakwah boleh dilaksanakan pelbagai kaedah yang tidak terhad kepada ceramah, forum, lagu, media massa ataupun dakwah secara fardiah asalkan matlamatnya sama iaitu usaha mengajak manusia kearah kebaikan dan kesejateraan hidup. Pada era massa kini, manhaj atau kaedah dalam berdakwah harus berubah mengikut peredaran zaman sejajar perkembangan teknologi , sosial dan ekonomi. Misalnya , pada abad ke 21 ,pendakwah bijak megambil peluang dan manfaat teknologi untuk merencana gerak kerja dakwah secara sistematik ,berkesan dan dapat diakses oleh masyakat seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Pengunaan media sosial sangat signifikan kepada manusia pada masa kini , ia sudah menjadi satu keperluan utama dalam kehidupan kita. Namun , ada juga yang menyalahgunakan platform jaringan sosial ke arah yang tidak betul dan tidak mengambil manfaat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan juga menyebarkan mesej dakwah Islam. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat unsur-unsur negatif yang tidak bertanggungjawab menggunakan akaun-akaun media sosial mereka untuk penyebaran ajaran agama Islam yang sesat. Platform yang mereka gunakan hanya untuk memaparkan maklumat palsu, fitnah, sekaligus menanamkan kebencian di hati manusia di anatara satu sama lain. Oleh sebab itu, atas nama da’wah mereka memanipulasikan untuk cari pengaruh atas kepentingan untuk diri mereka sendiri. Kemunculan pendakwah yang tidak diketahui latar belakang dan tidak bertauliah ini mempamerkan pengetahuan yang tidak selari dengan pemikiran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kemunculan kumpulan militan atau ekstrimis mungkin tersebar luas menjadikan asbab wujudnya individu-individu yang ingin mencari jalan pintas untuk ke syurga atas pengaruh dengan ketaksuban golongan penceramah bebas yang tidak bertanggungjawab.

Maksud media sosial dapat dikaitkan dengan alat atau pengantara dalam komunikasi ataupun perhubungan ini merupakan medium utama untuk melakukan aktiviti dakwah. Namun begitu, dakwah di dalam media sosial ini masih lagi lesu dan kurang diperlihatkan di arus medan perkembangan teknologi ini. Pendakwah perlu mengambil cakna berdakwah ini mengikut peredaran zaman hal ini bertepatan dengan hadis Sabda Rasulullah SAW: “Ajarilah anak-anakmu sesuai dengan zamannya, karena mereka hidup di zaman mereka bukan pada zamanmu. Sesungguhnya mereka diciptakan untuk zamannya, sedangkan kalian diciptakan untuk zaman kalian”. Dari hadis tersebut, ketahuilah kita bahawa dunia ini senantiasa  berubah. Pihak yang terlibat harus mengambil cakna terutamanya para pendakwah, guru-guru, ibu-bapa mengembangkan ilmu pengetahuan dengan mendidik mengikut generasi pada abad kini untuk masa yang akan datang. Mungkin cabaran dalam mendidik pada zaman dulu berlainan dengan zaman kini.

Oleh itu, pendakwah perlu mengambil inisiatif untuk merealisasikan kepada pendekatan dakwah yang lebih efektif untuk menarik minat pengguna-pengguna media sosial. Usaha-usaha yang proatif ini memberi nafas baru kepada medium dakwah yang berinovasi dan lebih interaktif. Bahan dakwah yang kreatif, padat, ringkas, santai, ringan, dan mudah difahami antara manhaj yang disyorkan untuk dipersiapkan oleh para-para pendakwah. Salah satu interaktif berdakwah dengan menyiarkan siaran langsung iaitu Live di Facebook, Instagram, Tiktok mahupun kesemua platform media sosial, kerana pengguna media sosial akan berasa yakin dalam menuntut ilmu. Persoalannya yang ragu ataupun tidak faham boleh ditanya terus kepada para pendakwah mahupun guru yang mengajar.

Perkara ini dapat dikaitkan dengan isu Palestin yang sudah , seluruh pelosok dunia menyaksikan kejadian benar yang menyayat hati di Gaza. Malah kejadian ini membuka mata dan terbuka hati ‘influencer-influencer’ barat untuk mendalami Al-Quran (Harakah Daily). Antara salah seorang yang mempengaruhi Tiktok terkenal dengan video lucu dan santai iaitu Tiktokers Megan Rice. Detik bermulanya Megan tertarik dengan Islam apabila dia melihat video berkaitan kecekalan dan ketabahan penduduk Palestin berzikir, berdoa, dan bersyukur menghadapi kejaman keganasan dan kezaliman daripada Zionis laknatullah. Perasaan Megan yang ingin tahu sumber kekuatan mereka, menjadi asbab beliau  kemudian cuba mencari tahu tentang kandungan Al-Quran iaitu kitab suci umat Islam. Beliau terpersona dengan isi kandungan Al-Quran yang mengandungi banyak hikmah dan mesej yang menyentuh hati dan fikiran beliau. Beliau tertarik juga dengan gaya penulisan dan keindahan bahasa yang indah di dalam kitab itu. Dengan ilmu yang beliau ada, beliau berkongsi kepada orang ramai melalui platform media sosial di Tiktok dan Discord dengan memuat naik video-video berkaitan Islam melaluinya pembacaannya. Perkongsiannya telah tersebar juga menarik minat ramai non-Muslim khususnya pengikut-pengikut beliau mengenal keindahan Islam yang sebenar. Terbuktilah bahawa pengaruh media sosial sangat memberi kesan dalam penyebaran dakwah secara luas tanpa sempadan. Alangkah terkejutnya beliau tidak gentar sedikit pun atau berasa takut mengakui bahawa beliau sedang mempelajari Islam dan tertarik untuk memeluk agama itu sebagai panduan hidupnya. Penyebaran isu palestin ini telah menyaksikan keajaiban dan kebenaran Islam melalui perjuangan dan pengorbanan rakyat Palestin. Asbab mudah tersebarnya dakwah oleh kerana manfaatnya menjadikan ramai orang-orang yang tidak pernah tahu apakah agama Islam, sudah mengenal keindahan ataupun keistimewaan itu sendiri. Kesedaran tentang isu palestin mereka telah membuka mata hati mereka bahawa Islam bukanlah agama keganasan, tetapi agama Rahmatan lil a’lamin penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Media sosial mempunyai banyak kepentingan yang tersendiri mahupun keburukan. Baik buruk pengunaannya terletak pada tangan pengguna. Medium dakwah di media sosial banyak memberi kelebihan kerana dengan manfaatnya yang efektif iaitu merentasi maklumat-maklumat tidak terbatas juga tidak sempadan antara ruang dan waktu. Informasi dan ilmu pengetahuan yang disebarkan melalui media sosial dapat menjangkau sesiapa sahaja dan di mana sekali pun asalkan mempunyai akses dengan internet. Dari segi kos ianya sangat murah, umat Islam dan seluruh pendakwah mestilah mampu menguasai dan memanfaatkan sebesar-besarnya perkembangan teknologi komunikasi serta menggunakan media sosial sebagai platform dakwah dengan pelbagai kaedah dan untuk berdakwah.