Prof. Madya Dr Muhammad Ridhwan Ab. Aziz
Prof. Madya Dr Muhammad Ridhwan Ab. AzizPensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat

Muslims in this country must support the genuine and innovative efforts of establishing waqf banks for the economic benefit of the ummah, considering the several benefits that will be gained through the implementation of these banks that are based on the waqf system. Waqf Banks refer to Islamic banking institutions that offer Shariah-compliant products and services for those who are not capable of acquiring it through the current commercial Islamic banking.

The establishment of a waqf bank is an integration or the combination between the existing Islamic banking system and the waqf system, which has been practiced for years by Prophet Muhammad and his companions. The idea of establishing waqf banks was conceived through the innovation of integrating naqli and aqli knowledges, which was discussed by the early and modern scholars of Islam. Although the use of both naqli and aqli knowledges to produce some rulings has been applied by the early scholars in the field of fiqh, the establishment of waqf banks is a recent invention from the integration of these two knowledges in the Islamic financial system. This is because the concept of waqf was clearly explained through the naqli knowledge based on the sources of the Quran and the Hadith of Prophet Muhammad.

The concept of banks was brought through aqli knowledges, and, historically, the role of banks as money lending institutions originated from the Roman empire where at that time interest had begun to be imposed on borrowers. Banking institutions became more organized in the time of the British empire where it was driven by the inception of the invisible hand concept that Adam Smith introduced in 1776. This is when free markets and the capitalist system was applied in most developed countries in the world. Surely, many weaknesses and disadvantages are encountered through the capitalist and free market systems. These weaknesses and shortcomings can be minimized if a serious effort was taken by Muslims to introduce waqf banks that are based on mutual assistance and helping those in need to equally receive the available benefits and services from the current commercial Islamic banking.

Undoubtedly, the current Islamic banking is commercial in nature, profit-oriented, and originates from the capitalist system framework, which is certainly has a lot of deficiencies compared to the Islamic economic system. The aim that prioritizes profit maximization and neglects the aspect of welfare towards those who are less fortunate and lack access to commercial Islamic banking system are not matters of consideration in any muamalat concept introduced in Islam. The concepts of zakat, sadaqah, hibah, waqf, and others, were introduced to form an Islamic society with members who are helpful and good to each other. Such concepts may not be present in an Islamic banking of a commercial nature. Moreover, some of the contracts introduced in Islamic banking are more to “hiyal” or tricks to legalize contracts and application that are not allowed in Islamic muamalat. In order to address such issues, Muslims as whole need to seek new alternatives and should not remain comfortable with the existing systems. That is to create an Islamic financial institution that is keen on helping and providing welfare for the benefit of the ummah through the establishment of waqf banks, which has many benefits if it can be fully practiced.

Among the benefits of a waqf bank is its ability to provide free financing not only to students at higher learning institutions, but also to help other majorities who need funds and assistance, such as small entrepreneurs and single mothers. The establishment of waqf bank institutions is seen as a new innovation that can be highlighted to boost and enhance the benefits of waqf in the Islamic social financial system, which is not only focused on profiting, but more importantly on the aspects of welfare and benefit of society. If this is achieved, it will be able to build up the economic strength of the ummah, especially in Muslim countries around the world that are still lagging economically.

Furthermore, the target customers who are the less fortunate, a type of the asnaf, the needy, and the poor can be assisted by the establishment of these waqf banks. Such groups should be highlighted and assisted as they are the majority in the country and in other Muslim countries. If these groups were not given the opportunity to improve their economy, this will lead to big problems and crises for the community and the country. Offering a variety of affordable products and services through a waqf banks is possible because depositors and investors in these banks do not only look at material returns, but they rather focus on returns in the form of a good deeds that are everlasting for the hereafter.

In addition, the other benefits that can be obtained through the establishment of these waqf banks are to assist the government in coordinating the existing aid schemes to the poor, students, single mothers, and other target groups. Waqf banks will function as a provider for assistance, either in the form of free financing or financing repayments with minimum rates, therefore, relieving the government from providing these services, because the waqf bank is able to replace the function that the government has played. This can have a big impact on the country in gaining a surplus in the budget, where the government does not need to allocate special funds to assist the groups involved.

It can be concluded that the establishment of waqf banks was conceived through an innovation from the integration of naqli and aqli knowledges that all parties should be aware of. This idea is considered as attractive and has a great potential to be implemented in the future with the cooperation and support of all parties, especially Muslims and stakeholders. All parties involved need to foster their ideas and energies in order to make the establishment of waqf banks a reality in the country, which opens the opportunity for wealthy Muslims to continue to be charitable, and the less fortunate to continue to receive the necessary assistance. Thus, ensuring and sustaining the continuity of the progress and prosperity of the economy of the ummah.

——————————————————————————————–

Bank wakaf: Inovasi daripada integrasi ilmu Naqli dan Aqli dalam kewangan Islam

Umat Islam di negara ini perlu menyokong usaha murni dan berinovasi bagi menubuhkan bank wakaf untuk manfaat ekonomi ummah. Ini kerana banyak manfaat yang bakal dinikmati menerusi pelaksanaan bank yang berasaskan sistem wakaf ini. Bank wakaf merujuk kepada institusi perbankan Islam yang menawarkan produk dan perkhidmatan patuh Shariah kepada golongan yang tiada berkemampuan untuk memperolehinya melalui perbankan Islam komersial semasa.

Penubuhan bank wakaf merupakan satu integrasi atau gabungan di antara sistem perbankan Islam yang sedia ada dengan sistem wakaf yang telah sekian lama diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat RA. Cetusan idea bagi menubuhkan bank wakaf ini lahir melalui inovasi daripada pengintegrasian ilmu naqli dan aqli yang telah dibahaskan oleh sarjana Muslim dahulu dan mutakhir ini. Walaupun penggunaan kedua-dua ilmu naqli dan aqli bagi menghasilkan beberapa hukum telah diaplikasikan oleh ulama’ terdahulu dalam bidang fiqh namun, penubuhan bank wakaf merupakan satu inovasi terkini daripada pengintegrasian kedua-dua ilmu tersebut dalam sistem kewangan Islam. Ini kerana konsep wakaf memang jelas sekali diterangkan melalui ilmu naqli berdasarkan sumber al-Quran dan Hadith Nabi Muhammad SAW.

Manakala, konsep bank lahir melalui ilmu aqli dan jika diselusuri sejarah, peranan bank sebagai institusi pemberi pinjaman wang lahir sejak empayar Roman di mana pada masa itu faedah telah mula dikenakan kepada peminjam. Institusi perbankan menjadi lebih tersusun pada zaman empayar British di mana ia didorong dengan kelahiran konsep “invisible hand” atau tangan yang tersembunyi yang telah diperkenalkan oleh Adam Smith pada tahun 1776. Di sinilah lahirnya pasaran bebas dan sistem kapitalis yang sehingga kini dipraktikkan di kebanyakan negara maju di dunia. Tentunya banyak kelemahan dan keburukan yang terhidang melalui sistem kapitalis dan pasaran bebas ini. Kelemahan dan kekurangan ini boleh diminimumkan jika usaha yang jitu diambil oleh umat Islam dalam memperkenalkan bank wakaf yang berasaskan sifat tolong-menolong dan membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk sama-sama memperolehi manfaat dan perkhidmatan yang disediakan dalam perbankan Islam komersil semasa.

Tidak dapat dinafikan, perbankan Islam semasa adalah bersifat komersil dan mementingkan keuntungan serta lahir melalui kerangka sistem kapitalis yang tentunya banyak kekurangan berbanding sistem ekonomi Islam. Matlamat yang terlalu mementingkan keuntungan dengan mengetepikan aspek kebajikan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan tiada akses kepada sistem perbankan Islam komersil bukanlah satu perkara yang menjadi asas pertimbangan dalam mana-mana konsep muamalat yang diperkenalkan dalam Islam. Sama ada zakat, sadaqah, hibah, wakaf dan seumpamanya, semua konsep-konsep ini diperkenalkan bagi membentuk masyarakat Islam yang dapat saling tolong-menolong dan berihsan sesama meraka. Perkara sebegini mungkin tidak kelihatan dalam perbankan Islam yang bersifat komersil tersebut. Tambahan lagi, beberapa akad yang diperkenalkan dalam perbankan Islam semasa lebih bersifat “hiyal” atau helah bagi mengharuskan sesuatu akad dan aplikasi yang dahulu tidak dibenarkan dalam muamalat Islam. Bagi mengatasi perkara sebegini maka, perlunya umat Islam sejagat mencari alternatif baru dan tidak hanya terus selesa dengan sistem yang sedia ada. Ini bagi melahirkan institusi kewangan Islam yang lebih bersifat membantu dan memberi kebajikan untuk kemaslahatan ummah melalui penubuhan bank wakaf yang tentunya memiliki banyak manfaat jika dapat dipraktikkan sepenuhnya.

Antara manfaat bank wakaf ialah kemampuannya memberi pembiayaan percuma bukan sahaja kepada para pelajar di pusat pengajian tinggi, malah dapat membantu golongan majoriti lain yang memerlukan dana dan bantuan seperti usahawan kecil dan golongan ibu tunggal. Penubuhan institusi bank wakaf ini dilihat sebagai inovasi baru yang boleh diketengahkan bagi merancakkan dan menyemarakkan manfaat wakaf dalam sistem kewangan sosial Islam yang tidak hanya menumpukan kepada keuntungan semata-mata tetapi yang lebih penting lagi kepada aspek kebajikan dan manfaat untuk masyarakat. Jika ini berlaku, ia mampu untuk membina kekuatan ekonomi ummah terutamanya di negara-negara Islam di seluruh dunia yang masih ketinggalan dalam aspek ekonomi.

Tambahan lagi, golongan pelanggan yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan, golongan asnaf, golongan fakir dan miskin mampu dibantu melalui penubuhan bank wakaf ini. Golongan sebeginilah sepatutnya menjadi tumpuan untuk terus dibantu memandangkan golongan inilah yang merupakan golongan majoriti di negara ini dan di negara-negara Islam lain. Sekiranya golongan ini tidak diberi peluang untuk memajukan ekonomi mereka, ini akan mendorong dan membawa kepada masalah dan bala yang besar kepada sesebuah masyarakat dan negara itu. Penawaran pelbagai produk dan pekhidmatan melalui bank wakaf yang lebih murah mampu untuk menjadi realiti memandangkan pendeposit dan pelabur bank ini tidak hanya melihat kepada pulangan berbentuk kebendaan semata-mata malah lebih tertumpu kepada pulangan berbentuk ganjaran pahala yang lebih kekal di akhirat kelak.

Selain itu, manfaat lain yang dapat diperolehi melalui penubuhan bank wakaf ini adalah bagi membantu pihak kerajaan dalam menyelaras skim bantuan yang sedia ada kepada golongan miskin, pelajar, ibu tunggal dan golongan sasar yang lain di mana fungsi memberi bantuan sama ada dalam bentuk pembiayaan percuma atau bayaran pembiayaan dengan kadar yang minimum tidak lagi perlu disediakan oleh kerajaan. Ini kerana bank wakaf tersebut mampu untuk menggantikan fungsi yang telah dimainkan oleh kerajaan. Ini boleh memberi impak yang besar kepada negara dalam memperolehi baget lebihan atau “surplus budget” di mana pihak kerajaan tidak perlu lagi memperuntukkan dana khusus untuk membantu golongan terbabit.

Dapat disimpulkan bahawa penubuhan bank wakaf ini lahir melalui inovasi daripada pengintegrasian ilmu Naqli dan Aqli yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Idea ini dianggap menarik dan mempunyai potensi besar untuk dilaksanakan pada masa hadapan dengan kerjasama dan dokongan semua pihak terutama orang Islam dan pihak yang berkepentingan. Semua pihak yang terbabit perlu mengembeleng idea dan tenaga dalam usaha untuk menjadikan penubuhan bank wakaf ini satu realiti di negara ini di mana ia membuka ruang untuk orang Islam yang kaya untuk terus berinfaq dan golongan yang kurang kemampuan untuk terus menerima bantuan yang sewajarnya. Oleh itu, kemajuan dan kesejahteraan ekonomi ummah akan terus terjamin dan dapat dikekalkan.