PUTRAJAYA, 28 SEPT 2016 –  Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI) USIM dan Sekretariat Konvensyen Keusahawanan Islam Kali ke-12 (iCEPS12) buat julung kali bekerjasama dalam menganjurkan ”3rd International Muamalat and Entreprenuership Conference (IMEC 3)” yang berlangsung dengan jayanya bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya yang disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Jamal Abdul Nassir yang juga merupakan pengarah konvensyen iCEPS12, persidangan ini turut menerima penyertaan daripada beberapa negara luar seperti Brunei, India, Jordan, Bangladesh, disamping penyertaan daripada institusi-institusi tempatan.

Majlis yang diadakan ini turut diserikan dengan kehadiran Encik. Hisham Jalil, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri merangkap Presiden Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia (Sukarelawan Malaysia). Dalam ucaptama yang disampaikan, beliau turut menekankan kepentingan bidang keusahawanan dan SME di dalam ekonomi Malaysia dan menyarankan bakal graduan dan golongan belia khususnya menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan memandangkan bidang tersebut dapat memberi pulangan lumayan kepada pengusaha dan memberi sumbangan besar kepada hasil negara.

Malah beliau telah memberikan tips-tips untuk menjadi usahawan iaitu IBU Doa iaitu singkatan kepada Ilmu, Berani, Usaha dan sentiasa berdoa. Disamping itu beliau juga menjawab persoalan tentang situasi ekonomi global dimana Malaysia perlu meningkatkan eksport dan perlu mencari pasaran baru seperti produk untuk golongan pertengahan di China.

Anugerah kertas kerja terbaik telah dipilih berdasarkan kategori emas, perak dan gangsa iaitu hasil penulisan 1) Abiodun Adedeji dan Mustapha Kanneth, dari NIGERIA (Emas), 2) Suhaily Hasnan & Hafizah Marzuki, UTM (Emas), 3) Avylin Roziana Mohd Ariffin, USIM (Perak), Rosnia Masruki, Norailis Ab. Wahab,  Khalid Hussainey, Doaa Aly, USIM (Perak), 5) Siti Nor Amira Mohamad, Mohamad Yazis Ali Basah, Muhammad Ridhwan Ab Aziz, Khairil Faizal Khairi, Hisham Sabri, Nur Hidayah Laili, Mazlynda Md Yusuf, USIM (Gangsa) dan 6) Mr Hassan Shakil, Tauhidul Islam Tanin, Abdul Malik, Alex Rafsanjani, Mohamed Nazar Mohamed Naleef, BANGLADESH, INCEIF.

Manakala Dr. Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali, pengarah IFWMI mengumumkan bahawa persidangan yang mengkhusus kepada muamalat dan keusahawanan Islam ini akan diteruskan dan berkemungkinan akan dianjurkan di Indonesia pada tahun hadapan. Hasil dari kertas kerja yang dibentangkan akan diterbitkan sebagai buku untuk pembacaan masyarakat yang dahagakan ilmu keusahawanan, muamalat dan kewangan Islam.

Ini adalah selari dengan visi IFWMI sebagai pusat rujukan global di dalam bidang kewangan Islam dan Pengurusan Harta.  Disamping itu, IFWMI juga akan menganjurkan persidangan Perancangan Kewangan Shariah (Shariah Financial Planning Conference) pada Oktober 27, 2016.  Panggilan kertas masih dibuka sehingga 10/10/2016 dan maklumat lanjut boleh di dapati di laman web IFWMI http://ifwmi.usim.edu.my/sfpc2016.

 

Dikemaskini oleh:

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204