NILAI, 25 Okt – Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2013/2014 berlangsung lancar dan aman. Sebanyak 8 kerusi umum dan 16 kerusi fakulti menjadi rebutan calon-calon yang bertanding.

Proses pemilihan ini berjalan secara rasmi pada 21 Oktober 2013 (Isnin) dengan sesi penamaan calon secara rasmi dengan 15 calon menawarkan diri bertanding di Kerusi Umum. Bagi kerusi Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) menyaksikan pertandingan 5 penjuru, Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) dengan 4 penjuru dan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) sebanyak 3 penjuru.

Manakala bagi Kerusi Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Pergigian (FPg) tiada pertandingan kerana calon-calon menang tanpa bertanding.

Calon-calon yang menawarkan diri ini diperkenalkan secara rasmi dan diberi peluang untuk membentangkan misi, visi dan manifesto masing-masing dihadapan YBhg. Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail, Pengurusan Universiti dan para pelajar dalam Majlis Pengenalan Calon yang berlangsung di Dewan Kuliah Pusat 3.

Jawatankuasa Pemilihan telah memperuntukkan dua (2) hari berkempen iaitu pada 22 hingga 23 Oktober kepada calon-calon ini dan pembuangan undi pada 24 Oktober (Khamis). Selain menggunakan kaedah kempen perang poster dan berjumpa secara langsung dengan para pengundi, penggunaan kempen melalui media baharu seperti Facebook turut memeriahkan lagi suasana kempen ini oleh calon dan penyokong mereka.

Penggunaan sistem e-Undi seperti tahun-tahun sebelumnya oleh USIM semasa hari pengundian amat membantu dalam melancarkan dan menjimatkan masa pembuangan undi. Pusat-Pusat Mengundi yang mula dibuka secara rasmi mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang (kecuali Pusat mengundi di FPSK dan FPg yang ditutup jam 4.00 petang) dengan 9,198 pelajar layak mengundi pada kali ini.

Pengumuman keputusan rasmi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2013/2014 dibuat oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan. USIM telah mencatatkan peratusan keluar mengundi yang baik iaitu 79.93% (7352 pengundi). Saudari Nurul Syakirin Ahmad Najid (Calon Kerusi Umum No. 13) dari FSU mencipta sejarah apabila mendapat undian tertinggi sebanyak 6879 undi manakala FPg dan FPQS mencatat peratusan pelajar keluar mengundi yang tinggi masing-masing dengan 98.69 % dan 85.62%.

Disediakan oleh :

Mohd Zaini Othman
Penolong Pendaftar StraComm

SENARAI KEPUTUSAN RASMI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR USM 2013/2014

KERUSI UMUM

1.    NURUL SYAKIRIN BINTI AHMAD NAJID – 6879
2.    NIK MUHAMMAD NAQIB BIN AHMAD MOKHJAMIL – 6139
3.    MUHAMMAD AZMIL BIN ABU SEMAN – 5924
4.    MUHAMMAD AZIZI ALIAS – 5689
5.    MOHD FATHI BIN SAIFUL BAHRIN – 5114
6.    RIZA ASMA’A BINTI SAARI – 4268
7.    MOHD TAQWUDIN BIN MOHD YAZID – 4055
8.    KHAIRUNNISA’ BINTI GHAZALI – 3536

KERUSI FAKULTI

FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN
1.    MUSFIRAH NABIELA BINTI MOHD SUHAIMIN – 978
2.    MUHAMMAD FARID BIN ISHAK – 973

FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
1.    MUHAMAD ASRI BIN MOHD ARIF – 723
2.    RAIHAN BINTI NASIR – 597

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
1.    MUHAMMAD IRSYAD BIN NORZAMRI
2.    NABIHAH BINTI FAUZI

*FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA
1.    NOR AMIRAH BINTI AWANG@YAACOB
2.    NURHIDAYAH BINTI SELAMAT

*FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH
1.    AMRINA RASYADA BINTI KAMARUZAMAN
2.    SITI NUR ZUHAIRAH BINTI ABAS

*FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT
1.    AFIFA ULAYYA BINTI MOHD RAZALI
2.    AMINNURRASYID BIN SAHROM

*FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
1.    MUHAMAD HAZIQ BIN SHAMSUL
2.    NUR ATHIRAH BINTI RUSLAN

*FAKULTI PERGIGIAN
1.    NURUL AMIRAH BINTI YUSOF
2.    ZAID BIN AHMAD SHARIFUDDIN

*Menang Tanpa Bertanding