Perbankan Islam perlu lebih inovatif
Perbankan Islam suatu masa dahulu yang hanya merupakan sektor dan institusi alternatif kepada umat Islam kini telah berkembang dengan begitu pesat sekali. Perbankan Islam kini telah menjadi pilihan utama dalam melakukan transaksi perbankan sama ada untuk deposit, pembiayaan mahupun perkhidmatan-perkhidmatan lain oleh orang Islam dan bukan Islam di negara ini. [...]









