MAHASISWA ANAK NEGERI SEMBILAN BERKAMPUNG DI USIM UNTUK SUKNES@U 2015
NILAI,10 FEB 2015 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi tuan rumah penganjuran Sukan Mahasiswa Negeri Sembilan atau singkatannya SUKNES@U 2015 yang berlangsung bermula 8 hingga 10 Februari 2015. Penganjuran sukan ini amat dinantikan oleh mahasiswa Negeri Sembilan ini kerana ia satu-satunya kejohanan sukan yang mana para pesertanya hanya terdiri dari anak anak Negeri Sembilan. [...]