Projek Sulam “Think Safety, Act Safety” FST USIM Pupuk Minat Murid Sekolah Rendah Teroka Bidang Sains
NILAI, 24 November 2022 – Seramai 48 orang pelajar prasiswazah Tahun Satu Program Fizik Gunaan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bergerak proaktif dengan menjayakan projek SULAM bertemakan “Think safety, Act safety” dengan melibatkan seramai hampir 400 orang murid-murid darjah enam dari sekolah-sekolah rendah di sekitar Nilai, iaitu Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka, [...]