Jangan Biarkan Mereka Berjuang Berseorangan!
Perkembangan semasa menyaksikan penularan wabak Covid-19 yang menjangkiti manusia di seluruh dunia belum menampakkan penurunan dan ia semakin membimbangkan. Beberapa negara yang terjejas dengan pandemik ini terus mengambil tindakan drastik seperti melaksanakan kawalan pergerakan, lockdown, perintah darurat atau seumpamanya untuk membataskan pergerakan rakyat masing-masing bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak ini [...]









