Akibat COVID-19, kaji semula sasaran KPI dan eprestasi tahun 2020

Semua sektor tempat kerja yang ada dalam negara perlu menilai semula semua sasaran kerja mereka serta menilai semula tahap prestasi yang perlu dipenuhi oleh setiap pekerja mereka untuk seluruh tahun 2020 ini dengan mengambil kira keadaan semasa luar jangka yang sedang dihadapi pada ketika ini. Segala sasaran kerja serta tahap [...]

By |2020-08-12T16:35:50+08:00May 4th, 2020|In our words|

Jangan Biarkan Mereka Berjuang Berseorangan!

Perkembangan semasa menyaksikan penularan wabak Covid-19 yang menjangkiti manusia di seluruh dunia belum menampakkan penurunan dan ia semakin membimbangkan. Beberapa negara yang terjejas dengan pandemik ini terus mengambil tindakan drastik seperti melaksanakan kawalan pergerakan, lockdown, perintah darurat atau seumpamanya untuk membataskan pergerakan rakyat masing-masing bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak ini [...]

By |2020-08-12T16:39:06+08:00April 11th, 2020|In our words|

Rakyat Malaysia, elakkan ‘Gatal-Gatal’ dalam tempoh genting ini

Pagi ini terima satu lagi khidmat pesanan ringkas dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang tertera ‘Patuhi arahan PKP. Terus kekal di rumah, tempoh dua minggu ini amat penting untuk kita semua memutuskan rantaian jangkitan COVID-19;. Ringkas dan jelas maksudnya dan ini merupakan salah satu ‘tazkirah’ harian yang MKN hantar kepada [...]

By |2020-08-12T16:40:05+08:00April 7th, 2020|In our words|

Membangunkan budaya intelektual menerusi Kumpulan Jemaah Profesor

Budaya, dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (http://prpm.dbp.gov.my/) bermaksud memiliki cara berfikir dengan akal budi yang sudah maju. Intelektual pula merujuk kepada golongan terpelajar yang kemampuan yang tinggi untuk berfikir. Maka, budaya intelektual terkait dengan tradisi ilmu dengan akal budi pada aras tinggi. Maka, seharusnya budaya intelektual jemaah profesor sebuah [...]

By |2020-08-12T16:43:20+08:00January 20th, 2020|In our words|

Universiti inklusif menjelang 2020

Mewujudkan kesamarataan, kepelbagaian dan inklusif (Equality, Diversity and Inclusive) menjadi satu tugas baharu yang perlu digalas sebagai sebuah Institusi Pendidikan dengan antaranya menyediakan program pengajian formal mahupun yang bukan formal (menerusi pengajian sepanjang hayat) kepada semua lapisan masyarakat. Dalam meraikan kepelbagaian kehendak, idea, memberi hak kesamarataan, dan memenuhi keperluan semua, [...]

By |2020-08-12T16:43:28+08:00December 31st, 2019|In our words|

Menyediakan roadmap USIM sebagai universiti glokal

Ramai sekali yang memperkatakan dan menggunakan perkataan “glokal” suatu masa lalu di Malaysia. Namun hari ini tidak lagi. Bukan lagi terma yang popular apabila “glokal” jarang dijadikan tunjang slogan, visi, iklan atau sebarang bentuk promosi. Namun, bukan popularitinya yang kita debatkan, kerana yang baik belum tentu popular dan mungkin pudar [...]

By |2020-08-12T16:43:36+08:00December 27th, 2019|In our words|

Menghargai ketepatan masa

Masa berdetik setiap saat dan diukur oleh jam. Itu sifat jelas masa mengikut Albert Einstein. Sesuatu yang sangat menarik tentang masa ialah ketidakupayaan kita untuk mengundurkan masa, mahupun memohon supaya masa hadapan dipercepatkan. Perkara yang lalu dipanggil sejarah, yang berlaku sekarang ialah masa kini dan masa hadapan adalah apa yang [...]

By |2020-08-12T16:44:02+08:00December 17th, 2019|In our words|

Bestari diri, Alam lestari

Apakah pandangan kita pada apa yang berlaku di Sungai Kim Kim? Sejauh mana keprihatinan kita kepada isu pembalakan yang berleluasa, masyarakat yang ditindas di tanah air sendiri seperti di Palestin, Syria, Yaman, Rohingya dan Uighur? Apakah yang sedang melanda dunia kita? Siapakah yang bertanggungjawab dalam kerosakan alam [...]

By |2020-08-12T16:46:30+08:00December 9th, 2019|In our words|

Menyediakan USIM roadmap sebagai Universiti Glokal

Glokal ialah gabungan perkataan global dan lokal. Bermaksud sesuatu masyarakat boleh mengetengahkan bakat yang ada diperingkat lokaldan dibawa ke peringkat antarabangsa secara global. YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dalam ucapan beliau ketika merasmikan Persidangan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 19 Julai 2005 menyatakan [...]

By |2020-08-12T16:56:38+08:00November 17th, 2019|In our words|

Sumbangan golongan berilmu kepada masyarakat

Tanggal 5 Oktober diumumkan sebagai Hari Akademia Malaysia bagi menghargai sumbangan kumpulan akademia dan tenaga pengajar di semua institusi pendidikan di Malaysia. Umum mengetahui bahawa universiti bertindak sebagai institusi penyumbang dan pengukuh kesatuan dalam masyarakat. Ahli akademik telah sekian lama menggembeling tenaga bersama masyarakat bagi memastikan kelangsungan agenda negara dalam [...]

By |2020-08-12T17:00:07+08:00October 22nd, 2019|In our words|
Go to Top