Menteri Besar Negeri Sembilan seru pelajar tingkat softskill untuk berdaya saing
NILAI, 6 September 2019 – Bertepatan dengan konsep pendidikan iaitu gabungan elemen Sains dan Islam di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin bin Harun berharap agar pelajar baharu bersedia meningkatkan softskill meliputi aspek mental dan fizikal untuk menjadi pelajar yang proaktif dan inovatif serta memanfaatkan ilmu dari tenaga pengajar [...]
Pelajar baharu USIM simpan hasrat tabur bakti untuk masyarakat
NILAI, 5 September 2019 - Rata-rata pelajar baharu USIM berhasrat untuk berkhidmat kepada masyarakat selepas habis pengajian nanti. Semangat dan cita-cita yang tinggi jelas di wajah mereka yang tidak sabar untuk memulakan sesi perkuliahan pada minggu hadapan. Sesi orientasi mereka akan berakhir pada Ahad ini. Antara pelajar yang ditemui berkongsi perasaan gembira dan syukur kerana [...]
24 Jam bergantung pada mesin bantuan penafasan, Ashnawi gembira mendaftar di USIM
NILAI, 4 September 2019- "Tidak boleh digambarkan kegembiraan apabila ditawarkan melanjutkan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sehingga ibu turut menitiskan air mata" itu adalah perasaan yang dikongsikan oleh siswa baharu USIM, Muhammad Ashnawi Azmi,23 yang mengidap penyakit Bronchiolitis Obliterance atau peparu tidak berfungsi yang memerlukannya bergantung kepada alat pernafasan 24 jam. Mula dikesan [...]
EzHifz: Aplikasi Mudahkan Teknik Hafalan Quran
Pembelajaran yang melibatkan kemahiran menghafal Al-Quran adalah satu cabaran besar yang memberi penekanan kepada disiplin diri, daya ingatan dan teknik mengingat yang sistematik. Lazimnya, kebanyakan institusi tahfiz cenderung untuk mengamalkan teknik tipikal bagi menghafal Al-Quran, iaitu melalui teknik pengulangan pada ayat Al-Quran menggunakan mushaf Quran. Kumpulan penyelidik diketuai oleh Ts. Dr Zulkifly Mohd Zaki dari [...]
20 Pelajar Salur Bakti dan Berdakwah Kepada Masyarakat di Karimun, Indonesia
INDONESIA, 30 Ogos 2019 - Sekumpulan 20 pelajar dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) berbangga dapat berdakwah sambil menjalankan aktiviti khidmat komuniti bagi menyantuni masyarakat di Karimun, Indonesia dalam program pengantarabangsaan iaitu Global Islamic Student Outreach (GISO). Menurut Pengarah Program, Hadi Helmi, Kumpulan GISO diberi nama The Pathfinder, menjalankan GISO selama enam hari bermula 24 [...]
Sains dan teknologi jadikan budaya hidup – Dr. Zamir
Dalam usaha mencipta suasana pembelajaran subjek Sains dan Matematik sesuatu yang menyeronokkan, pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Dr. Muhammad Zamir Othman dan kumpulan menghasilkan inovasi makmal yang dinamakan Lab in a Box (FaST LaB). Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa STEM/STREAM menyedari peranan yang harus diperkasakan adalah merapatkan jurang antara universiti dan [...]
Syarahan ISI bicarakan tajuk “Islam dan Sains tiada konflik”
PANDAN INDAH, 27 Ogos 2019 - Institut Sains Islam (ISI) menerusi siri syarahannya bilangan 4/2019 bertajuk “Islam and Modern Science” mengungkap hujah-hujah dari Al-Quran untuk merungkai sains moden, sekaligus menafikan kewujudan konflik antara Islam dan bidang sains moden. Siri syarahan yang berlangsung di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, di Kampus USIM di Pandan Indah, Kuala [...]
USIM tampil Program WAKON, Platform Diskusi Ilmu
NILAI, 26 Ogos 2019- Seiring dengan hasrat universiti untuk menjadikan wacana ilmu lebih dinamik dan mesra penonton, Pusat Kebudayaan USIM tampil dengan konsep wacana dengan persembahan seni budaya yang dikenali sebagai WAKON iaitu penyampaian diskusi secara santai dengan jemputan panel, IKON yang berwibawa beserta diiringi dengan Kumpulan Band Pusat Kebudayaan USIM. Berlangsung di Panggung Budaya [...]