About StraComm USIM [Umaina]

This author has not yet filled in any details.
So far StraComm USIM [Umaina] has created 2476 blog entries.

Universiti bernaratif baharu

Sebagai pendidik saya selalu mengingatkan kepada para mahasiswa betapa pentingnya untuk bersama dan menyumbang kepada masyarakat. Malahan, sebahagian penilaian pemarkahan yang saya bangunkan juga ditentukan berdasarkan sejauh mana tugasan dapat dimasyarakatkan. Mahasiswa perlu dididik ‘hati’ mereka sejak dari awal untuk sentiasa prihatin dan ambil tahu isu masyarakat dan umat. Menteri [...]

By |2018-06-25T12:30:42+08:00Jun 25th, 2018|In our words|

Pakar Kewangan Islam dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Baharu USIM

NILAI, 25 Jun 2018 – Profesor di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam iaitu Profesor Dr. Abdul Rahim Abd Rahman dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) baharu USIM. Pelantikan beliau dibuat oleh Menteri Pendidikan bagi tempoh tiga tahun iaitu bermula 15 Jun 2018 [...]

Lab in a box tarik minat pelajar, mudah eskplorasi sains

NILAI – Pasukan STREAM (Sains, Teknologi, Keagamaan, Kejuruteraan, Kesenian dan Matematik) Fakulti Sains dan Teknologi (FST) USIM mengambil inisiatif menghasilkan produk Lab in a box yang mudah dibawa, untuk menarik minat para pelajar dalam melakukan eksplorasi sains di rumah mahupun sekolah. Lab in box ini mengandungi dua kit/modul asas iaitu Slime making kit dan DIY [...]

By |2018-06-28T11:43:30+08:00Jun 21st, 2018|Al-buhuth wal ibda’|

USIM jalin kerjasama MoU bersama IRM

NILAI, 6 Jun 2018 - Memorandum Persefahaman di antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang ditandatangani bersama Islamic Relief Malaysia (IRM) bagi mengukuhkan lagi hubungan kerjasama yang sedia terjalin dalam menjayakan program USIM GAP Year Volunteerism. Pada tahun lalu seramai enam orang pelajar USIM telah menjadi kumpulan pertama di USIM menjayakan program tersebut bersama masyarakat [...]

Naib Canselor USIM dan PRAGMATIS bersahur bersama anak-anak yatim dan miskin

NILAI, 3 Jun 2018 – Menjengah ke penghujung bulan Ramadan ini, ia sinonim dengan kesibukan menyiapkan kelengkapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan pastinya kanak-kanak adalah golongan yang paling gembira di saat ini. Tetapi bagi kanak-kanak yatim piatu atau datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, perasaan dan persiapan mereka pastinya tidak sama seperti kanan-kanak lain. [...]

USIM dan JKJR Negeri Sembilan lancar kempen keselamatan jalan raya sempena cuti Aidilfitri

NILAI, 8 Jun 2018 – Sempena Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada Jumaat ini, warga kota khususnya kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan mahasiswanya telah mula mengatur perjalanan pulang ke kampung halaman. Keadaan ini pastinya menyumbang secara tidak langsung kepada pertambahan trafik dan kenderaan di atas jalan raya. Statistik kemalangan jalan raya yang [...]

USIM sambut baik Kementerian Pendidikan beri kebebasan penuh anjur program ilmiah dalam kampus

KENYATAAN OLEH PROF DATO’ DR HASSAN BASRI AWANG MAT DAHAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)   NILAI, 8 Jun 2018 - Saya menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkaitan universiti diberikan kebebasan penuh untuk menganjurkan program ilmiah tanpa sebarang sekatan oleh [...]

Geng singgah sahur KKNC USIM santuni gelandangan sekitar Kuala Lumpur

NILAI, 26 Mei 2018 – Ketika rakan-rakan lain sedang lena menikmati tidur malam, sekumpulan siswa-siswi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC) pula sebaliknya dengan berjalan sekitar bandaraya Kuala Lumpur untuk mengagihkan juadah sahur kepada gelandangan di sana baru-baru ini. Program Geng Singgah Sahur KKNC ini  merupakan anjuran Jawatankuasa Kebajikan Siswa/I [...]

Triple Eye Lid: Konsep cooling di edible garden untuk rumah mesra alam

Perubahan iklim merupakan salah satu fenomena yang semakin membimbangkan serta dilihat memberi impak negatif kepada sistem ekologi hidupan dan alam sekitar. Ini termasuklah kadar peningkatan suhu persekitaran terutamanya di kawasan bandar. Kawasan perumahan dalam bandar yang mempunyai ‘kawasan hijau’ yang terhad merupakan salah satu punca terhadap isu ini. Walaubagaimanapun, ianya boleh diatasi melalui pendekatan teknologi [...]

By |2018-05-31T10:48:48+08:00Mei 28th, 2018|Al-buhuth wal ibda’, Risalah USIM|

Transaksi guna QR code, USIM kini jadi kampus tanpa tunai

NILAI, 22 Mei 2018 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melangkah setapak lagi dalam menjadikan kampusnya sebagai kampus digital apabila melancarkan Projek Kampus Tanpa Tunai pada Selasa (22 Mei 2018). Projek Kampus Tanpa Tunai ini adalah antara inisiatif di bawah Projek Smart Kampus Digital Kampus USIM. Inisiatif Kampus Tanpa Tunai ini dijayakan dengan kerjasama USIM [...]

Go to Top