Pakar Kewangan Islam dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Baharu USIM

NILAI, 25 Jun 2018 – Profesor di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam iaitu Profesor Dr. Abdul Rahim Abd Rahman dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) baharu USIM. Pelantikan beliau dibuat oleh Menteri Pendidikan bagi tempoh tiga tahun iaitu bermula 15 Jun 2018 [...]

USIM jalin kerjasama MoU bersama IRM

NILAI, 6 Jun 2018 - Memorandum Persefahaman di antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang ditandatangani bersama Islamic Relief Malaysia (IRM) bagi mengukuhkan lagi hubungan kerjasama yang sedia terjalin dalam menjayakan program USIM GAP Year Volunteerism. Pada tahun lalu seramai enam orang pelajar USIM telah menjadi kumpulan pertama di USIM menjayakan program tersebut bersama masyarakat [...]

Naib Canselor USIM dan PRAGMATIS bersahur bersama anak-anak yatim dan miskin

NILAI, 3 Jun 2018 – Menjengah ke penghujung bulan Ramadan ini, ia sinonim dengan kesibukan menyiapkan kelengkapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan pastinya kanak-kanak adalah golongan yang paling gembira di saat ini. Tetapi bagi kanak-kanak yatim piatu atau datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, perasaan dan persiapan mereka pastinya tidak sama seperti kanan-kanak lain. [...]

USIM dan JKJR Negeri Sembilan lancar kempen keselamatan jalan raya sempena cuti Aidilfitri

NILAI, 8 Jun 2018 – Sempena Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada Jumaat ini, warga kota khususnya kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan mahasiswanya telah mula mengatur perjalanan pulang ke kampung halaman. Keadaan ini pastinya menyumbang secara tidak langsung kepada pertambahan trafik dan kenderaan di atas jalan raya. Statistik kemalangan jalan raya yang [...]

USIM sambut baik Kementerian Pendidikan beri kebebasan penuh anjur program ilmiah dalam kampus

KENYATAAN OLEH PROF DATO’ DR HASSAN BASRI AWANG MAT DAHAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)   NILAI, 8 Jun 2018 - Saya menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkaitan universiti diberikan kebebasan penuh untuk menganjurkan program ilmiah tanpa sebarang sekatan oleh [...]

Geng singgah sahur KKNC USIM santuni gelandangan sekitar Kuala Lumpur

NILAI, 26 Mei 2018 – Ketika rakan-rakan lain sedang lena menikmati tidur malam, sekumpulan siswa-siswi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC) pula sebaliknya dengan berjalan sekitar bandaraya Kuala Lumpur untuk mengagihkan juadah sahur kepada gelandangan di sana baru-baru ini. Program Geng Singgah Sahur KKNC ini  merupakan anjuran Jawatankuasa Kebajikan Siswa/I [...]

Majlis Iftar Jama’ie bersama anak syurga

NILAI, 26 Mei 2018 - Penganjuran program Iftar Jama’ie Bersama Anak Syurga yang bertemakan Sejuta Cinta Buat Yang Teristimewa ini merupakan inisiatif pihak Yayasan Pendidikan Al-Quran Bagi Anak Istimewa (Yayasan FAQEH) dalam usaha memberi ruang dan peluang kepada golongan OKU untuk mendekati agama serta meraikan kewujudan mereka yang selama ini seolah-olah terlepas pandang oleh golongan [...]

Transaksi guna QR code, USIM kini jadi kampus tanpa tunai

NILAI, 22 Mei 2018 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melangkah setapak lagi dalam menjadikan kampusnya sebagai kampus digital apabila melancarkan Projek Kampus Tanpa Tunai pada Selasa (22 Mei 2018). Projek Kampus Tanpa Tunai ini adalah antara inisiatif di bawah Projek Smart Kampus Digital Kampus USIM. Inisiatif Kampus Tanpa Tunai ini dijayakan dengan kerjasama USIM [...]

USIM juara Projek Selfy 2017/2018 anjuran AKPK

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2018 - Lima orang pelajar Projek Tiffin Unni daripada Enactus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berjaya ke peringkat akhir di pembentangan Projek Social Enterprise Literacy for Youth (SELFY) 2017/2018 menjadi juara kategori universiti mengalahkan 10 kumpulan lain bertempat di Lanai Kijang, Bank Negara. Dr Hanim Misbah selaku Penasihat Enactus USIM [...]

USIM rangkul 2 emas dan 2 perak di ITEX’18

KUALA LUMPUR, 12 Mei 2018 – Empat penyertaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam 29th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 18) bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre pada 10 hingga 12 Mei lalu tidak menghampakan apabila berjaya membawa pulang 2 emas dan 2 perak. Produk 'Global Faraid Game' yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. [...]

Go to Top