MONOGRAF BUDAYA SEMBANG BUKAN GEBANG, Bual Bicara Maya Pertama ke Naskhah Penulisan
Program bual bicara atau talk show bermula dari siaran sembang santai di radio yang kemudiannya berkembang ke siaran televisyen pada sekitar tahun 1950-an walaupun ketika itu televisyen belum begitu popular di Amerika. Menurut Thomas Tennant (2019), populariti pengacara radio semakin menyerlah dan sebahagian mereka beralih kepada rancangan bual bicara di televisyen. [...]