Ogos 2025
USIM – IDEAS Autism Centre Jalin Kerjasama anjur Sambutan Kemerdekaan
NILAI – IDEAS Autism Centre dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) telah menganjurkan Sambutan Hari Kemerdekaan Ideas Autism Centre pada 28 Ogos 2025 bertempat di Dewan Utama Fakulti Pengajian Bahasa Utama USIM sebentar tadi. Tunku Pro-Canselor USIM, Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz berkenan berangkat ke program tersebut. Keberangkatan Yang Amat Mulia Tunku Pro-Canselor USIM telah menyerikan majlis ini dan secara tidak langsung mencerminkan sokongan padu pimpinan universiti terhadap agenda inklusiviti serta usaha memperkasa komuniti OKU. Naib Canselor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapannya berkata USIM sentiasa bertekad untuk menyokong inisiatif yang bersifat inklusif dan memandang tinggi usaha murni memperkasa komuniti OKU khususnya dalam bidang pendidikan, penyelidikan, pembangunan bakat dan aktiviti kemasyarakatan. “USIM amat mengiktiraf peranan NGO seperti Ideas Autism Centre yang menjadi penggerak utama dalam menyantuni anak-anak istimewa ini. Justeru, kerjasama erat di antara USIM dan NGO sentiasa diperkukuh melalui perkongsian kepakaran akademik, penglibatan sukarelawan mahasiswa, program kesedaran masyarakat serta sokongan sumber yang mampu memperkasa komuniti sasaran,” ujar beliau. Majlis ini turut menyaksikan Pelancaran Buku Model Pengajaran dan Pembelajaran Quran Bagi OKU yang telah dilancarkan oleh Tunku Pro-Canselor USIM, Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz. Buku tersebut merupakan hasil penyelidikan Geran Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pembangunan model ini telah dibangunkan oleh kumpulan penyelidik yang terdiri daripada USIM, Universiti Islam Selangor (UIS) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). IDEAS Autism Centre (IAC) ditubuhkan pada tahun 2012 di Rawang, Selangor, oleh [...]
Majlis Penyerahan Bendera Kukuhkan Tanggungjawab dan Disiplin Warga PALAPES USIM
NILAI – Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melaksanakan Perbarisan Penyerahan Bendera USIM bersempena Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam Ke-43 bertempat di Dataran Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI), USIM pada 24 Ogos 2025. Upacara penuh simbolik ini melibatkan 39 Pegawai Kadet Peringkat Senior yang diketuai oleh 7546377 PRK Abdullah Sani bin Abdul Ghani dengan disertai oleh 15 pegawai, 13 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) serta 15 Pegawai Kadet Pembantu. Penyerahan Bendera USIM telah disempurnakan oleh Timbalan Komandan PALAPES USIM, Mejar Rozaimi Kamarudin dan disaksikan oleh Ketua Jurulatih, Mejar Noor Efendy Hj Samih. Dalam ucapannya, Timbalan Komandan Mejar Rozaimi Kamarudin menegaskan bahawa penyerahan bendera bukan sekadar menyerahkan sehelai kain, sebaliknya ia melambangkan maruah, tanggungjawab, dan semangat perjuangan para pegawai kadet. Simbol ini menjadi pengikat iltizam sepanjang tiga tahun latihan, sekali gus membentuk kepimpinan yang berdaya tahan, berdisiplin, dan cekal menghadapi cabaran. Beliau turut menekankan bahawa bendera yang dikurniakan ini adalah tanda kepercayaan dan amanah daripada pihak universiti serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada pegawai kadet yang bakal ditauliahkan. Sehubungan itu, setiap pegawai kadet diingatkan agar sentiasa menjaga maruah institusi, menunaikan tanggungjawab dengan penuh integriti, serta mengekalkan etos kepahlawanan dalam setiap amanah yang digalas. Majlis ini bukan sahaja memperkukuh semangat kepahlawanan dan kepimpinan dalam kalangan pegawai kadet, tetapi juga menyokong aspirasi universiti untuk melahirkan graduan seimbang dari segi ilmu, sahsiah, dan kepemimpinan. Hal ini sejajar dengan Amanat Naib Canselor USIM, Sasaran Keempat: Ekosistem Pembolehdaya dan Pembangunan Bakat, yang menekankan pemantapan Model Pembangunan Bakat Kepimpinan Berasaskan [...]
Nurul Syafiqkha Azman dinobat Kadet Terbaik Kor Sispa USIM Peringkat Kebangsaan
SHAH ALAM – Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nurul Syafiqkha Azman, 23, dinobatkan sebagai Kadet Terbaik Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) USIM pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Istiadat Pentauliahan Kor Sispa Peringkat Kebangsaan Kali ke-16 yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam pada 16 Ogos 2025 baru-baru ini. Nurul Syafiqkha merupakan antara 918 pelajar ditauliahkan berpangkat Leftenan Muda (Pertahanan Awam). Seramai 24 pegawai mewakili Universiti Awam masing-masing menerima Anugerah Pegawai Kadet SISPA Terbaik. Pengiktirafan tersebut disampaikan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, yang berkenan menyempurnakan istiadat berkenaan. Nurul Syafiqkha, penuntut tahun dua Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Perdagangan (Kepujian) di Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), berkata beliau tidak menyangka dipilih menerima anugerah itu kerana persaingan yang tinggi dalam kalangan kadet lain. “Saya sangat terharu kerana dapat berdiri di hadapan tetamu kehormat dan menerima tongkat daripada Tengku Permaisuri Selangor sendiri. Anugerah ini menjadi penghargaan bukan sahaja kepada diri saya, tetapi juga kepada seluruh pasukan Kor Sispa USIM,” katanya. Beliau berkata cabaran utama sepanjang latihan ialah mengimbangi komitmen akademik, jadual latihan Kor Sispa yang padat serta masa bersama keluarga, namun berjaya diatasi melalui pengurusan masa yang berdisiplin. “Penat itu hanya sementara, tetapi kejayaan yang dicapai akan menjadi kenangan sepanjang hayat. Kalau rasa lelah, berehatlah seketika, tetapi jangan berhenti berusaha,” katanya lagi. Nurul yang berasal dari Putrajaya turut menzahirkan penghargaan kepada keluarga, rakan-rakan serta pensyarah yang banyak memberi sokongan moral dan motivasi sehingga membolehkannya mencapai kejayaan tersebut. Menurutnya lagi, persahabatan dan ikatan ukhuwah yang terbina [...]
Latihan Teras Keyakinan: Ujian Jalan Laju 15 KM Bina Ketahanan Warga Palapes USIM
NILAI – Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melaksanakan Latihan Kolektif terakhir tahun 2025 melalui Ujian Jalan Laju (UJL) sejauh 15 kilometer yang berlangsung di sekitar Kawasan Am USIM pada 22 Ogos 2025. Latihan ini disertai oleh tiga (3) Pegawai Tetap, 16 Jurulatih serta staf PALAPES USIM. Menurut Prosedur Tetap (PROTAP) Latihan Pemerintah Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD), UJL 15 km bertujuan memupuk dan meningkatkan ketahanan mental dan fizikal secara progresif serta berterusan sepanjang tahun. Secara khusus, pelaksanaan ujian ini memberi tumpuan kepada tiga objektif utama iaitu meningkatkan dan mengekalkan kecergasan mental dan fizikal, mewujudkan kesedaran serta kefahaman semangat kesatuan dan setiakawan, seterusnya menguji kemampuan ketua rendah (junior leaders) dalam aspek perintah dan kawalan. Ketua Jurulatih PALAPES, Mejar Noor Efendy Hj Samih berkata, berpandukan objektif ini, warga PALAPES USIM berjaya menamatkan latihan kolektif terakhir sebelum mereka diaturgerakkan ke Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi menyertai Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES UA Ke-43 yang dijadualkan berlangsung dari 25 Ogos hingga 13 September 2025. “Pelaksanaan UJL ini turut menjadi bukti bahawa setiap pegawai dan jurulatih PALAPES USIM berpegang teguh pada cogan kata “Latihan Teras Keyakinan”, yang menekankan pembentukan ketahanan diri, keberanian, serta disiplin sebagai asas seorang tentera. Semangat tersebut bukan sahaja melahirkan anggota yang cergas secara fizikal dan mental, malah mampu beradaptasi dengan apa jua cabaran masa depan”, ujarnya. Seiring dengan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30: Pencapaian Sinergi 3M, khususnya Teras Pertama iaitu Cakna Etos Kepahlawanan, UJL 15 km ini memperkukuh semangat juang, daya tahan, [...]
Transformasi ASEAN: Masa Depan Inklusif dan Lestari Melalui Inovasi AI dan Digital
NILAI – Persidangan Antarabangsa ke-2 ASEAN School of Business Network (ASBN) 2025 telah menghimpunkan lebih 120 perwakilan dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Bangladesh, Nigeria, Palestin dan Timur Tengah. Berlangsung pada 7 dan 8 Ogos 2025, persidangan ini mengukuhkan komitmen ASBN dalam memperluas kerjasama antarabangsa secara inklusif dan lestari. Kemuncak persidangan adalah Majlis Malam Gala bertempat di Rajah Brooke Ballroom, Nilai Springs Resort Hotel diserikan dengan ucaptama disampaikan oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani, bertajuk “ASEAN at a Crossroads: Navigating Disruption with Unity and Innovation.” Beliau menggariskan tiga tonggak strategik USIM, iaitu (Bakat) dengan melahirkan pemimpin berasaskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli, selaras dengan Maqasid al-Shariah serta ESG. Seterusnya (Teknologi) iaitu membangunkan inovasi AI, blockchain dan fintech Islamik yang beretika serta inklusif. Akhir sekali (Transformasi) iaitu menggerakkan perkongsian penta-helix (kerajaan, akademik, industri, masyarakat dan media) untuk perubahan bermakna. Majlis turut menyaksikan pertukaran MoU antara USIM dan KOOP Sahabat, serta USIM dengan Eastern Visayas State University (EVSU), Filipina. Penyerahan mock cek Zakat Wakalah oleh KOOP Sahabat kepada USIM menjadi sorotan penting, di mana USIM diberi mandat mengurus serta menyalurkan dana zakat kepada pelajar asnaf dan komuniti sekitar kampus. Mengikuti pertemuan sulung di Jogjakarta tahun lalu, persidangan kali ini meneruskan peranan sebagai platform penting industri–akademia. Tema “Transforming ASEAN: Inclusive and Sustainable Futures Through AI and Digital Innovation” dipilih seiring aspirasi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 yang menekankan inklusiviti dan kelestarian. Kerjasama strategik USIM, KOOP Sahabat dan EVSU membuka ruang baharu dalam menghadapi cabaran ekonomi global. Dengan integrasi AI [...]
Kerjasama AIM & USIM Lonjak Modul Latihan Berteraskan Qalbu ke Tahap Lebih Tinggi
NILAI– Kolaborasi strategik antara Access Ideas (M) Sdn Bhd (AIM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus membuahkan hasil apabila Program Training of Trainer (TOT) Qalbu Memimpin Insan berjaya dilaksanakan pada 6 Ogos 2025 baru-baru ini. Inisiatif ini memberi nafas baharu dalam pembangunan latihan berteraskan nilai dengan menumpukan kepada pemerkasaan jurulatih melalui kemahiran fasilitasi lanjutan dan pendekatan kepimpinan berlandaskan qalbu. Program ini merupakan antara inisiatif awal hasil pelaksanaan Surat Niat (Letter of Intent – LOI) yang dimeterai antara AIM dan Jabatan Pendaftar USIM. LOI tersebut membuka ruang kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk latihan, pembangunan modul, serta pelaksanaan projek-projek pembangunan insan yang memberi manfaat besar kepada warga USIM khususnya para jurulatih dan pelajar. Menurut Encik Muhammad Rahmat Abdullah Ketua Bahagian, Pembangunan Sumber Manusia berkata, modul ini dirangka khusus untuk melatih jurulatih dalaman yang bukan sahaja kompeten dari segi penyampaian tetapi juga mampu menjadi teladan dalam memimpin masyarakat melalui pendekatan berteraskan nilai Islam. Program ini memberi pendedahan kepada prinsip andragogi, di samping menggabungkan elemen kemahiran teknikal dan pembinaan sahsiah diri. “Para peserta mempelajari prinsip asas fasilitasi berkesan, teknik komunikasi interaktif dan kaedah penyampaian yang menarik. Nilai-nilai teras seorang jurulatih seperti integriti, empati dan tanggungjawab sosial turut menjadi fokus utama bagi membentuk personaliti jurulatih yang holistik”. “Selain itu, peserta didedahkan kepada teknik pembangunan modul latihan secara tersusun dan bersesuaian dengan keperluan audiens. Peserta diberi pendedahan mengenai kaedah menggubal objektif pembelajaran, penggunaan bahan visual dan pengadaptasian kandungan untuk pelbagai latar belakang peserta. Aktiviti role-play dan peer review turut diadakan bagi memperkukuhkan kemahiran penyampaian”, ujarnya [...]
GISO Melbourne 2025: Mahasiswa USIM Mendalami Kehidupan Islam Minoriti di Australia
MELBOURNE – Seramai 21 orang mahasiswa dan mahasiswi Tahun 5 Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama seorang pensyarah pengiring, Dr. Nur Faraheen binti Abdul Rahman telah menyertai aktiviti Pengembaraan Global Islamic Students Outreach (GISO): Into the Garden City in Melbourne, Australia yang berlangsung dari 11 Julai hingga 17 Julai 2025 baru-baru ini. Program ini bertujuan meneroka pendekatan pendidikan, pemerkasaan komuniti Islam, serta pemahaman silang budaya dalam kalangan masyarakat Islam di Australia, khususnya di Melbourne. Peserta GISO juga berpeluang menjalin hubungan erat antara USIM dan institusi serta komuniti Islam luar negara, sambil memperluaskan cakrawala pemikiran melalui pengalaman secara langsung. Menurut Pengarah Program GISO Melbourne, Nur Afiqah Husna binti Suhaimi, program ini bukan sahaja membuka mata peserta terhadap cara hidup masyarakat Islam minoriti di negara maju, malah memberi inspirasi dalam melihat perbezaan sebagai kekuatan dalam dakwah dan penyebaran ilmu. “Melalui interaksi bersama komuniti Islam di sini, peserta dapat menyedari peranan besar yang dimainkan oleh institusi dan individu dalam mengekalkan identiti Islam dalam suasana yang sangat mencabar,” katanya. Sementara itu, Dr. Nur Faraheen turut menegaskan bahawa GISO adalah satu platform pembelajaran holistik yang memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengaplikasikan ilmu dalam situasi sebenar. “Program seperti ini membina kemahiran insaniah, semangat kerjasama, serta menjana rasa syukur atas nikmat dan kemudahan yang dimiliki di tanah air,” tambah beliau. Antara aktiviti utama yang dijalankan sepanjang pengembaraan ini termasuk lawatan akademik ke RMIT University, perbincangan ilmiah bersama organisasi seperti Activate Youth di University of Melbourne, serta sesi perkongsian ilmu bersama komuniti [...]
USIM Raih Pengiktirafan Antarabangsa Melalui Anugerah Projek Terbaik di Indonesia
NILAI – Dua mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) daripada Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) telah mengharumkan nama universiti apabila berjaya meraih anugerah Best Group Project dalam IP-COS Summer Course anjuran Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY), Indonesia. Program yang berlangsung dari 27 Julai hingga 9 Ogos 2025 itu menggabungkan seramai 25 peserta antarabangsa dari pelbagai institusi termasuk Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ateneo de Manila University serta University of the Philippines Diliman. Para peserta bersama-sama menjayakan Pameran Foto Dokumentari di Masjid Mataram, Kotagede, Yogyakarta, yang menjadi medium kolaborasi merentas budaya dan sempadan. Menurut Dr. Muria Endah, Ketua Panitia IP-COS Summer Course, pameran ini merupakan rangkuman projek akhir peserta yang menampilkan hasil foto terbaik mereka. Setiap pelajar turut diberi peluang memberi penerangan kepada para pelawat dan pelancong yang hadir, sekali gus meningkatkan keyakinan serta kemahiran komunikasi antarabangsa. Berkongsi pengalaman, salah seorang peserta USIM, Siti Nur Imanina Zamzuri berkata, banyak benda baharu yang telah diperolehi, tambah pula suasananya pun lain daripada biasa. Lepas menyertai program ini, keyakinan diri semakin meningkat. “Walaupun bahasa Inggeris saya tidak begitu lancar, saya menjadi lebih berani untuk berinteraksi dengan rakan dari Filipina dan Indonesia. Seronok juga sebab dapat belajar beberapa perkataan baharu dalam bahasa Indonesia dan Tagalog. Paling menarik, kami dapat bertukar pandangan serta berkongsi budaya masing-masing. Memang pengalaman yang sukar dilupakan”, ujarnya lagi. IP-COS Summer Course merupakan acara tahunan UMY yang memberi fokus kepada pembangunan kemahiran dalam kewartawanan foto. Antara pengisian utama termasuk kursus dan bengkel mengenai teknik fotografi, penulisan nota lapangan [...]
Kompeni Uthman Affan Dinobatkan Kompeni Diraja Dalam Pertandingan Sukan Antara Kompeni PALAPES USIM 2025
NILAI– PALAPES Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Pertandingan Sukan Antara Kompeni sempena pelaksanaan Latihan Tempatan Siri Ke-10, iaitu latihan terakhir Pegawai Kadet bagi tahun 2025. Pertandingan ini berlangsung pada 9 dan 10 Ogos 2025 di Kompleks Sukan Tunku Najihah melibatkan penyertaan seramai 139 Pegawai Kadet dibantu oleh 3 Pegawai Tetap, 8 Pegawai SUK serta 15 Jurulatih dan Staf PALAPES. Majlis Penutup Pertandingan telah disempurnakan oleh Ketua Jurulatih PALAPES USIM, Mej Noor Efendy bin Hj Samih. Kompeni Uthman Affan telah dinobatkan sebagai Kompeni Diraja setelah berjaya mengumpul 18 mata. Tempat kedua dimenangi oleh Kompeni Umar Al-Khattab (13 mata) manakala Kompeni Abu Bakar As-Siddiq menduduki tempat ketiga dengan 11 mata. Pertandingan selama dua hari ini menyaksikan penyertaan tiga Kompeni Pegawai Kadet iaitu Kompeni Abu Bakar As-Siddiq, Kompeni Umar Al-Khattab dan Kompeni Uthman Affan bersama satu Kompeni Jemputan terdiri daripada Pegawai Tetap, Pegawai SUK, Staf dan Jurulatih serta gabungan Pegawai Kadet sebagai Kompeni Markas. Sebanyak dua kategori utama dipertandingkan iaitu Sukan Ketenteraan (Menembak, Ujian Jalan Laju 3.2 km dan Road Relay) serta Sukan Awam (Merentas Desa 10 km, Bola Tampar, Bola Jaring, Bola Sepak dan Futsal). Dua acara Merentas Desa 10 km dan Menembak telah dilaksanakan lebih awal masing-masing pada 27 April 2025 dan 12 hingga 16 Mei 2025. Program ini bertujuan memupuk semangat kerjasama, memberikan pendedahan serta pengalaman dalam pengendalian acara sukan ketenteraan dan awam, di samping menggalakkan warga PALAPES USIM mengamalkan gaya hidup sihat. Sepanjang pertandingan, semangat kesukanan dan perpaduan jelas terpancar dengan kesemua acara berjaya dilaksanakan tanpa sebarang [...]
PRUPEL USIM Komited Perkasa Tingkat Keselesaan dan Keselamatan Pelajar
NILAI – Demi memastikan kebajikan dan keselesaan warga kampus sentiasa menjadi keutamaan, Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif menyediakan kemudahan laluan pejalan kaki berbumbung di Kolej Kediaman 1 (KK1). Projek ini berjaya direalisasikan melalui kerjasama strategik Pusat Wakaf & Zakat (PWZ) USIM dan Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan Fasiliti (JPPF), dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM100,000.00 yang telah diluluskan oleh PWZ pada Mac 2024. Laluan berbumbung sepanjang 136 meter yang menghubungkan blok kolej kediaman ke perhentian bas di laluan utama kampus pada asalnya merupakan cadangan yang diusulkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Kebajikan Siswa/I Kolej Kediaman (JAKSA) KK1 kepada pihak universiti. Ia bagi memenuhi keperluan keselamatan, keselesaan serta kesejahteraan pelajar yang tinggal di KK1 yang sebahagian besarnya menggunakan kemudahan bas universiti.sebagai pengangkutan utama untuk ke kuliah setiap hari. Majlis perasmian laluan berbumbung ini telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah. Dalam ucapannya, beliau menegaskan komitmen pihak universiti dalam memberikan kemudahan terbaik kepada pelajar. “Kebajikan pelajar adalah teras kepada Keluarga HEPA. Laluan ini dibina demi memastikan pelajar selesa dan selamat. Banyak lagi inisiatif akan dilaksanakan untuk terus memelihara kesejahteraan pelajar USIM”, ujarnya. Tambahnya lagi “Projek pembinaan laluan berbumbung ini telah bermula pada Disember 2024 dan berjaya disiapkan sepenuhnya pada Julai 2025. Saya melihat melalui projek infrastruktur tambahan ini, ia secara langsung melindungi pelajar daripada panas terik dan hujan, sekaligus memastikan pergerakan antara asrama dan fasiliti kampus menjadi lebih selesa dan teratur” katanya. Bagi menyerikan majlis, [...]









