Januari 2017
Terapi bermain dalam membantu masalah sosio-emosi kanak-kanak
Kanak-kanak mempunyai autonomi kurang berbanding orang dewasa, dan sering kurang mampu untuk meluahkan pemikiran dan perasaan mereka melalui kata-kata. Jadi bermain boleh menjadi suatu perkara yang penting bagi mereka. Kanak-kanak yang menghadapi masa yang sukar atau menyedihkan, atau yang telah mengalami kesan akibat perpisahan atau kehilangan, boleh dibantu dengan menggunakan permainan supaya mereka dapat berkongsi akan pengalaman yang dilalui. Tidak seperti orang dewasa yang mampu menjelaskan perkara dalam fikiran mereka, kanak-kanak perlu menzahirkan apa yang difikirkan melalui bermain. Apa itu terapi bermain? Terapi bermain adalah satu bentuk kaunseling atau psikoterapi yang menggunakan permainan untuk berkomunikasi dan membantu orang, terutamanya kanak-kanak, untuk mencegah atau menyelesaikan cabaran psikososial. Ini dipercayai untuk membantu mereka ke arah integrasi sosial, pertumbuhan dan pembangunan yang lebih baik, modulasi emosi, dan resolusi trauma. Oleh demikian, bermain adalah merupakan bahasa bagi kanak-kanak. Bermain adalah satu bentuk keriangan, satu aktiviti yang menyeronokkan yang menaikkan semangat dan memberi sisi pandangan lain terhadap kehidupan. Melalui bermain juga, membantu kanak-kanak mengembangkan ekspresi diri, pengetahuan, potensi dan efikasi kendiri. Selain itu, bermain juga dapat melegakan tekanan perasaan dan kebosanan, menghubungkan kita kepada orang lain dengan cara yang positif, merangsang penerokaan dan pemikiran kreatif dan mengawal emosi. Kenapa terapi bermain penting bagi kanak-kanak? Menurut Piaget (1926) dalam teori perkembangan kognitif, perkembangan kanak-kanak melalui empat fasa. Dua fasa terawal adalah fasa sensori motor dan fasa pra-operasi yang merujuk kepada usia kanak-kanak di bawah tujuh tahun. Kanak-kanak dalam fasa ini masih kurang perbendaharaan kata. Kekurangan perkataan menyukarkan komunikasi secara lisan kerana [...]
Integrated education is transforming the Cham Malays of Cambodia
CAMBODIA, Jan 19, 2017 - The Cham Malay community in Cambodia have realized that by providing a balanced education, i.e. conventional and religious education, to children they would be delivering a new generation of better Cham Malays in order to change their socio-economic level and living status in the future. Therefore, a number of private integrated schools was first established by young Cham Malays. These schools integrate the learning of two syllabuses, namely Islamic education, such as Tauhid, Fiqh and Al-Quran, as well as conventional syllabus that includes science, mathematics, chemistry, Khmer language, and English. Those individuals who took the initiative of establishing these integrated schools are mostly graduates from universities abroad, such as Malaysia, Egypt, and Saudi Arabia. Among these schools is I-SMART Center School that is located in Chumnik village in Khmom Tbong state. It was founded in 2013, and it has a total of 185 students, with two schooling sessions, namely morning and afternoon. "Teachers of Islamic studies are from our community, but for conventional subjects, we had to take teachers from public schools to teach as part-timers. We later anticipate that the children we educate through this integrated school would become competent educators who are capable of teaching both religious and conventional subjects". "We have many of those who are competent in the field of Islamic studies, however, in professional fields such as medicine, engineering, finance, and higher education are still small in numbers. This imbalance makes our community a bit left behind, thus, this integrated [...]
Program hi-tea jaringan industri – Solar Decathlon
NILAI, 19 Januari 2017 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya menempatkan diri dengan 19 universiti lain dari seluruh dunia sebagai 20 peserta akhir ke Solar Decathlon Middle East (SDME) 2018 yang telah diumumkan secara rasmi oleh penganjur utama, Dubai Electricity and Water Authority (Dewa). Projek ini bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta mendapat tajaan dari beberapa rakan industri luar. Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad berkata jumlah tajaan itu sebagai permulaan baik untuk USIM sebagai peserta akhir pertandingan akhir yang disertai oleh 22 negara di Dubai, tahun depan. Katanya, tajaan itu bukan hanya dalam bentuk kewangan, malah kepakaran, sistem dan juga bahan yang digunakan untuk menyiapkan rumah pintar itu. “Universiti yang ingin bertanding di dalam SDME perlu mengemukakan cadangan model rumah pintar yang beroperasi sepenuhnya menggunakan tenaga solar dan FKAB USIM bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menghasilkan model Rumah Mizan ini. Rumah ini juga perlu disesuaikan untuk menghadapi cabaran musim panas, habuk dan kelembapan yang tinggi di Dubai.” “Pasukan Rumah Mizan mempunyai masa dua tahun untuk mereka bentuk dan membina rumah yang berciri lestari dan mampan ini. Setelah selesai, pasukan akan terlibat dalam sepuluh pertandingan yang berbeza, antaranya meliputi penilaian seni bina, kejuruteraan untuk kelestarian dan inovasi. Ia memberi cabaran dan pengalaman baharu kepada kami dalam menghasilkan sebuah rumah yang menepati konsep rumah tenaga bersih atau ‘clean energy’, ujar Ar Fadli Arabi, Penyelaras Fakulti Senibina, USIM yang pernah ditemu bual sebelum ini. Pada majlis yang sama, turut dilancarkan buku bertajuk “PEMBINAAN RUMAH KEDIAMAN MENURUT PERSPEKTIF [...]
Mahasiswa manfaatkan misi lawatan ilmiah di Ranau, Sabah
SABAH, 15 Jan 2017- 32 mahasiswa sekretriat Fakulti Sains dan Teknologi (SekreFaST) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyalurkan khidmat bakti kepada komuniti Muslim di Kg. Kilimu, Ranau, Sabah selain turut mengadakan lawatan ilmiah ke Universiti Malaysia Sabah (UMS). Menurut pengarah program, Muhammad Akid Hafriz, antara aktiviti yang dijalankan bersama penduduk kampung adalah aktiviti rawatan terapi perubatan Islam oleh Man Ana Therapy Centre dengan mempelajari teknik akupuntur dan berbekam yang betul serta aktiviti gotong royong membersihkan kawasan kampung dan surau. “Kunjungan ini telah membuka ruang kepada penduduk kampung mencuba teknik baharu dalam perubatan selain adanya ubat-ubatan hospital dan rawatan tradisional yang lain,” kata wakil penduduk kampung yang mana minoriti golongan Muslim adalah 30% Islam dan 70% bukan Islam. Kunjungan ke UMS pada hari ketiga memberi peluang kepada pelajar USIM dan UMS untuk saling berkongsi idea dan maklumat aktiviti untuk diadaptasi ke UA masing-masing. “Diharap segala perkongsian aktiviti yang kami jalankan di UMS dapat memberi sedikit sebanyak idea dan panduan kepada rakan-rakan di USIM,”jelas Saudara Hannan, wakil Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Sumber Alam UMS. Aktiviti akhir iaitu lawatan ke Sekolah Rendah Islam, Kota Kinabalu juga dimanfaatkan dengan menjalankan aktiviti bersama melibatkan pelajar tahun 3 dan 5 berkaitan subjek Sains dan Sejarah selain menerapkan ilmu Naqli dan Aqli dengan harapan mereka mendapat pendedahan awal mengenai USIM. Disediakan oleh: Amirul Afif Misnan Sekretariat SekreFAST Dikemaskini oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri [...]
Dakwah Tatbiqi ke Kampung Sungai Sot Jempol Negeri Sembilan
JEMPOL, 13 JAN 2017 - Program Dakwah Tatbiqi bersama masyarakat kampung orang asli, Kampung Sungai Sot, Jempol anjuran Mahasiswa Tahun 3 USIM jurusan Dakwah dan Pengurusan Islam telah berlangsung pada 11 hingga 13 Januari 2017. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah gotong-royong membersihkan kawasan balai kampung. Di samping itu, pasukan penggerak dari pihak Pusat Dakwah Islamiyah Paroi, Negeri Sembilan juga turun padang untuk membantu mahasiswa USIM mengendalikan program selama 3 hari ini. Aktiviti menanam juga telah dilakukan bersama masyarakat kampung orang asli di balai kampung yang terletak berhampiran dengan rumah penduduk kampung itu. Semua tanaman itu ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bagi mewujudkan kecantikan dan keceriaan halaman kampung tersebut. Selain itu, aktiviti Smart Solat juga dijalankan untuk memberikan pengetahuan yang asas tentang cara-cara solat yang betul. Aktiviti penyembelihan ayam telah mendapat sambutan yang baik dari masyarakat Kampung Sungai Sot. Aktiviti penyembelihan ini dimulakan dengan penerangan ringkas oleh saudara Zuhaili, wakil mahasiswa Tahun 3 jurusan Dakwah selaku pengarah program susulan dakwah tatbiqi ini. Kemudian diteruskan dengan latihan amali oleh penduduk kampong sendiri. Pada sebelah malam pula, sekumpulan band yang diberi nama Keledek Buskers membuat persembahan nyanyian santai bagi mengisi slot Malam Kebudayaan. Kumpulan band ini terdiri daripada mahasiswa USIM sendiri. Program kebudayaan diserikan lagi dengan jamuan makan malam ayam panggang bagi meraikan masyarakat kampung orang asli. Bagi memeriahkan program, sumbangan pakaian dan kasut sebanyak 15 kotak juga diberi kepada penduduk Kampung Sungai Sot hasil infaq daripada orang ramai [...]
USIM laksana misi bantuan pasca banjir di Pasir Puteh
NILAI, 13 JAN 2017 – Musim tengkujuh yang melanda kawasan Pantai Timur telah menjejaskan beberapa kawasan kediaman penduduk yang dilanda bencana banjir baru-baru ini. Di pasir puteh kira-kira sebanyak 49 keluarga telah dpindahkan di 3 pusat pemindahan banjir. Mengambil langkah prihatin dan meringankan beban mereka di kawasan Pasir Puteh Kelantan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif segera melalui program Misi Bantuan Pasca Banjir. seramai 100 sukarelawan sertai misi bantuan banjir ke Kelantan yang terdiri daripada badan-badan uniform pelajar, SMART Team, KREAL, Kelab Wardah, Badan Kebajikan Kakitangan, dan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) dan Pusat Kesihatan Universiti. Misi kali ini fokus kepada empat dun antaranya Kampung tok sudin, Dun limbongan dan parlimen pasir putih dengan memberi bantuan rawatan kesihatan dari rumah ke rumah oleh Pusat Kesihatan USIM, sumbangan bahan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, susu dan tepung dan gotong royong pembersihan tempat awam dan dewan orang ramai. “Ini merupakan satu usaha dan komitmen berterusan USIM kepada masyarakat tanpa mengambil kira sempadan negeri dan negara. Sebagai sebuah universiti, kecaknaan dan kebersamaan dalam menangani isu yang dihadapi rakyat seperti banjir ini adalah genting untuk memastikan USIM terus berimpak dan relevan kepada komuniti,” ujar Dato Musa. Menurutnya lagi, bantuan yang dhulurkan ini seperti suatu ‘tazkirah’ bahawa satu hari nanti warga USIM terutamanya para graduan akan kembali berbakti kepada masyarakat. Pasukan sukarelawan telah bergerak ke Kelantan pada Jumaat malam (semalam) dan misi bantuan ini dijalankan selama dua hari iaitu pada 14 hingga 15 Jan. [...]
56 Pelajar Kolej PERMATA Insan kumpulan ketiga mendaftar
NILAI, 7 JAN 2017 - Seramai 56 orang pelajar Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mendaftar ke Asas satu bagi sesi kemasukan 2017. Pelajar yang mendaftar ini terdiri daripada 22 pelajar lelaki dan 34 pelajar perempuan. Mereka merupakan kumpulan ketiga pelajar Kolej PERMATA Insan USIM. Ini menjadikan jumlah pelajar Kolej PERMATA Insan USIM berjumlah 174 orang di mana pengambilan kumpulan sulung seramai 41 orang pada sesi 2015 dan 64 orang pada sesi kemasukan 2016. Program PERMATA Insan USIM merupakan salah satu rancangan di bawah Program PERMATA Negara bagi menghasilkan bakal ilmuan pemikir Islam yang agung berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Program ini khusus kepada anak-anak beragama Islam, berumur lapan tahun yang mempunyai tahap IQ tinggi dan kecenderungan dalam agama. Pemilihan pelajar Kolej PERMATA Insan USIM sama dengan PERMATA Pintar yang mana mereka akan menduduki ujian yang dibina oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Ujian Kecerdasan (UKM- 1) bagi saringan pertama dan mereka juga akan menduduki peringkat saringan kedua UKM-2 yang sama tahap dengan ujian IQ di Universiti John Hopkins yang bertaraf dunia. Selepas itu, pelajar yang berjaya akan menduduki ujian USIM-1 iaitu ujian kecenderungan agama yang menggunakan kaedah ujian bertulis dan sesi temu duga antara pelajar dan ibu bapa kerana program ini memerlukan sokongan daripada ibu bapa. Pelajar yang mendaftar ini adalah mereka yang berjaya terpilih daripada beberapa saringan awal sebelum ini seperti melalui ujian UKM 1 dan juga temuduga yang dibuat di seluruh negara pada akhir tahun 2016 lalu. Jumlah permohonan yang tinggi ini menunjukkan ibu bapa [...]
Pelajar tahun empat Komunikasi Kewartawanan lancar Journalism Corner pertama di USIM
NILAI, 15 Dis 2015 – Journalism Corner pertama dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI) berjaya dilancarkan oleh pelajar tahun empat komunikasi kewartawanan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di dalam satu majlis pelancaran yang diadakan di ruang legar FKP. Mengangkat objektif utama program ini iaitu untuk memberi pendedahan yang lebih menyeluruh mengenai bidang kewartawanan, 41 perantis daripada pelajar komunikasi kewartawanan di bawah bimbingan Dr. Siti Suriani Othman, pensyarah Komunikasi mengambil inisiatif dengan membuka sebanyak 11 meja bagi mempamerkan hasil karya serta membentangkan hasil temuramah mereka bersama editorial writer di ruang legar FKP dan turut memberi peluang kepada sesiapa sahaja bertanyakan soalan mengenai bidang kewartawanan. Dr Siti Suriani Othman ketika ditemui berkata, idea penubuhan program ini terhasil ketika beliau mengajak para pelajar komunikasi kewartawanan ke Xiamen University bagi melihat Journalism Corner di sana. “Saya telah meminta para pelajar Komunikasi di Xiamen University untuk membuat Journalism Corner bagi tujuan yang sama iaitu sebagai pendedahan tentang dunia kewartawanan selain menambah pengetahuan mereka.” “Saya menjemput pelajar Kewartawanan USIM untuk melihat hasil kerja pelajar Xiamen dan dari situ, para pelajar USIM meminta saya untuk membuat program seperti itu di USIM juga,” tambah beliau lagi. Majlis pelancaran yang turut dihadiri oleh Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin, Dekan FKP. Prof Madya Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin dalam ucapan perasmiannya, mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr Siti Suriani dan semua pelajar tahun empat komunikasi kewartawanan kerana berjaya menganjurkan journalism corner pertama [...]
Lagenda badminton Jalani Sidek suntik semangat atlet pelapis badminton USIM
NILAI, 21 DIS 2016 – Berentap di hadapan bekas jaguh badminton negara, Dato’ Seri Jalani Haji Sidek dan berpeluang mendengar sendiri perkongsian pengalaman hidup beliau dalam sukan ini pastinya satu kenangan indah buat para peserta Kejohanan Badminton Tertutup Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2016. Kejohanan yang berlangsung selama sehari dianjurkan oleh Pusat Sukan USIM bersama Urusetia USIM Shuttler bertempat di KLIA Sports Complex, Nilai disertai 64 orang pemain terdiri dari kakitangan dan mahasiswa USIM. “Kejohanan ini ibarat penutup kalendar sukan USIM 2016. Tujuan utamanya adalah untuk mencari bakat-bakat baru yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai atlet USIM dalam sukan badminton. Badminton antara sukan tumpuan dalam kejohanan sukan antara universiti dan kita mahu menjadikan acara ini antara sukan yang mengharumkan nama universiti di masa hadapan”. “Kita ingin memastikan motivasi peserta tidak terhenti dengan kemenangan atau kekalahan selepas tamat kejohanan ini, juseteru itu untuk kita pastikan semangat mereka dalam sukan badminton terus kuat dan membara, kita ambil kelainan melalui kehadiran lagenda badminton Malaysia, Dato’ Seri Jalani Haji Sidek” ujar Mohd Fauzi Amiruddin selaku Pengarah Kejohanan ini. Selain berkongsi pengalaman perjalanan hidup beliau dalam sukan badminton, Dato’ Seri Jalani turut tidak lokek untuk berkongsi tips dan nasihat bersama para pemain untuk menjadi pemain badminton yang baik. Pada akhir kejohanan yang mempertaruhkan hadiah keseluruhan bernilai RM 1600.00, juara pasangan regu lelaki dan wanita untuk kategori mahasiswa masing-masing disandang oleh Mohamad Nasrullah Mohd Noor dan Harithah Mohd Yaziz serta Syahida Abdul Aziz dan Siti Aisyah Azmi. Menurut penganjur, penyertaan yang sangat menggalakkan dalam kejohanan ini diharapkan [...]
USIM Ads!
ANNOUNCEMENTS!