Oktober 2016
USIM TERBIT BUKU PUISI MAAL HIJRAH
KAJANG, 9 OKT 2016 – Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus bergiat aktif dalam memartabatkan seni puisi dengan menghimpunkan 109 puisi dalam penerbitan Buku Puisi Maal Hijrah yang dilancarkan di kediaman Sasterawan ke 6 Negara iaitu Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh di Impian Golf Resort Kajang. Puisi ini adalah hasil dari penyertaan peserta dalam Bengkel Penulisan Puisi Maal Hijrah yang berlangsung September lepas di Pusat Kebudayaan USIM yang disertai oleh pelajar Sekolah Kluster dan Sekolah Angkat USIM, Kakitangan dan Pengurusan Tertinggi USIM, penyair tanah air terdiri daripada PENA, KHUPAS dan tokoh budayawan tanah air. Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Encik Ismail Ahmed berkata bertemakan Maal Hijrah ini mesej-mesej puisi yang disampaikan memberi gambaran dan pengertian hijrah yang lebih luas maknanya. Kepelbagaian cerita dan luahan diungkapkan dengan cara tersendiri oleh penulis muda, amatur dan tokoh penyair tanah air, di mana ungkapan hijrah menjangkau pengertian besar dalam mengajak manusia berbuat baik di dunia dan sebagai insan kerdil pastinya setiap apa yang kita lakukan menjadi fitrah untuk kembali kepada-Nya. “Pada malam ini juga turut dilancarkan Kumpulan Penyair Nasional (KHUPAS) yang ditadbir urus oleh Pusat Kebudayaan sendiri, di mana mereka adalah terdiri daripada penyair-penyair tanah air dan pelajar Universiti yang mencintai sastera dan budaya”. “Program-program kesenian dan kebudayaan yang telah diadakan seperti ini sebenarnya titik tolak dan penyuntik semangat mahasiswa universiti dalam terus memartabatkan bidang kesenian dan kebudayaan, malah ianya terbukti dapat merangsang skill dan teknik pemikiran selain dapat meningkatkan jati diri dan ekologi moral”, tambah Encik Ismail. Bagi Ahmad Shukor Arifen, [...]
RUMAH MIZAN USIM WAKIL TUNGGAL MALAYSIA REBUT WANG TUNAI AED 10 JUTA DI DUBAI
NILAI, 10 OKT 2016 – Cadangan model rumah pintar yang mesra tenaga oleh Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dinamakan ‘Rumah Mizan’ mengharumkan nama Universiti dan Malaysia apabila menjadi wakil tunggal negara yang terpilih sebagai peserta akhir ke Solar Decathlon Middle East (SDME) 2018 bertempat di Dubai. USIM menempatkan diri bersama-sama 19 universiti lain dari seluruh dunia yang terpilih menjadi 20 peserta akhir ke SDME 2018 yang diumumkan secara rasmi keputusannya oleh penganjur utama, Dubai Electricity and Water Authority (DEWA) di Dubai Convention and Exhibition Centre. Pengumuman ini dibuat bersempena penganjuran World Green Economy Summit (WGES) 2016 yang berlangsung pada 5 dan 6 Oktober lalu yang dinaungi oleh Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, selaku Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Pemerintah Dubai. “Universiti yang ingin bertanding di dalam SDME perlu mengemukakan cadangan model rumah pintar yang beroperasi sepenuhnya menggunakan tenaga solar dan FKAB USIM bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menghasilkan model Rumah Mizan ini. Rumah ini juga perlu disesuaikan untuk menghadapi cabaran musim panas, habuk dan kelembapan yang tinggi di rantau ini (Dubai)”. “Pasukan Rumah Mizan mempunyai masa dua tahun untuk mereka bentuk dan membina rumah yang berciri lestari dan mampan ini. Setelah selesai, pasukan akan terlibat dalam sepuluh pertandingan yang berbeza, antaranya meliputi penilaian seni bina, kejuruteraan untuk kelestarian dan inovasi. Ia memberi cabaran dan pengalaman baharu kepada kami dalam menghasilkan sebuah rumah yang menepati konsep ‘clean energy’ ” ujar Ar. Fadli Arabi, Penyelaras Jabatan Senibina, FKAB USIM. Menurut Naib [...]
ALUMNI USIM TIMBA ILMU SEBAGAI DUTA KECIL ARAB DI KLIA
NILAI, 10 OKTOBER 2016 - Berpeluang menimba ilmu dan pengalaman yang berharga merupakan detik-detik manis bagi sebelas orang alumni Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang membawa kepakaran dan kemahiran mereka ke persada dunia apabila mereka terpilih sebagai Arabic Ambassador yang ditempatkan di kaunter penerangan di Kuala Lumpur International Airport. Mereka adalah Nur Azilah Mohd Razali, Muhammad Saifullah Razali, Siti Nor Afeeqah Md Azhar, Farah Hanim Zahari, Noor Syamilah Othman, Masiha Al-Sakina Adnan, Siti Farhana Ismail dan Siti Aminah Mohamed, Nor Aida Sharina Abdul Razal, Muhammad Faiez Ghazali dan Robiatulhadawiah Ismail. Melalui hasil perjanjian MoA antara USIM dan Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd, program ini dikenali sebagai Arabic Ambassador di mana mereka ditugaskan untuk membantu pelancong dari Timur Tengah khususnya dari segi hebahan dan pengumuman penting, menjawab pertanyaan umum berkenaan waktu dan lokasi perlepasan dan sebagainya. Menurut Nur Azilah Mohd Razali, 24 tahun berasal dari Kelantan yang merupakan alumni dari Program Bahasa Arab dan Komunikasi USIM, memikul tanggungjawab sebagai penterjemah kepada pelancong Timur Tengah bagi menyelesaikan beberapa masalah antaranya seperti visa, passport, pengumuman solat, pertukaran pintu pelepasan, pembatalan pesawat, penangguhan dan kanak-kanak hilang merupakan rutin harian mereka yang menjadikan mereka lebih bersemangat memantapkan lagi bukan sahaja Bahasa Arab bahkan Bahasa Inggeris. “Selain itu kami turut menjadi juruhebah bagi beberapa penerbangan yang menuju ke Timur Tengah seperti Dubai, Riyadh, Kuwait dan Istanbul kerana kebanyakan mereka juga sering berkunjung ke Langkawi dan Pulau Pinang yang merupakan destinasi pilihan mereka”, jelas Azilah. “Cabaran sebagai Arabic Ambassador adalah apabila untuk memahami penggunaan Bahasa ‘pasar’ atau [...]
USIM JAYAKAN SYAIR ALAM NUSANTARA
KUALA LUMPUR, 23 SEPT 2016 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini melebar sayap dalam dunia syair dengan mengadakan kerjasama menjayakan persembahan Syair Alam Nusantara yang bertempat di auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, disini. Program anjuran Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Akademi Seni ND LALA dengan kerjasama USIM sendiri ini membawakan tema syair rentas benua dengan penglibatan pendendang syair hebat dari negara ASEAN iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand. Pengarah Urusan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Mohd Khair Ngadiron, dalam ucapannya berkata pemilihan syair dalam persembahan ini dibuat kerana genre ini semakin kurang diketengahkan walaupun berkembang di Nusantara sejak sekian lama. “Syair sudah sinonim dengan masyarakat kita selain terselit sindiran dan teguran secara halus dan santai,” Syair Alam Nusantara dalam hal ini katanya titik permulaan untuk melihat apa yang perlu diangkat dan diketengahkan disamping mampu menyubur rasa kemanusiaan sejagat melalui bait yang dilontarkan. Tambahnya lagi, persembahan seumpama ini mampu merapatkan hubungan antara negara melalui perkongsian sastera dan mengangkat kembali kegemilangan syair. “Persembahan ini mendapat sambutan luar jangkaan berikutan hebahan di akhbar dan media sosial,” katanya di penghujung majlis. Encik Ismail Ahmed, Pengarah Pusat Kebudayaan USIM berkata persembahan pembukaan beliau bersama pelajar kumpulan kesenian pusat kebudayaan USIM pada persembahan syair ini mengandungi mesej berunsur kemanusiaan dan Islam selaras dengan tema syair rentas budaya. Ujarnya lagi, persembahan ini memupuk pelajar dan generasi muda dalam mengangkat seni syair itu sendiri selaras dengan matlamat Pusat Kebudayaan USIM sebagai Peneraju Seni Berbudaya. Sementara itu, Naib Canselor USIM, [...]
MOHD AQIL IRWAN ABDUL MUTALIB YDP MPP USIM SESI 2016/2017
NILAI, 30 SEPT 2016 – Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diadakan pada semalam, 29 September 2016 (Khamis) berlangsung dengan lancar di lapan buah pusat pengundian yang dibuka seawal jam 9.00 pagi dan ditutup jam 5.00 petang. Lokasi pusat pengundian ini meliputi Kampus Induk di Nilai, Negeri Sembilan; Kampus Satelit di Pandan Indah; Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu; dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh Pahang. Keputusan rasmi Pemilihan MPP USIM 2016 diumumkan pada hari yang sama jam 6.30 petang oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad di hadapan kira-kira 300 mahasiswa bertempat di Dewan Kolej PERMATA Insan. Pada pemilihan kali ini, seramai 35 calon bertanding iaitu 13 calon bertanding di Kerusi Umum dan 22 calon di Kerusi Fakulti untuk mengisi sembilan Kerusi Umum dan 18 Kerusi Fakulti yang diperuntukkan Universiti. Seramai 10 orang calon diumumkan menang tanpa bertanding untuk mengisi Kerusi Fakulti manakala Mohd Aqil Irwan Abdul Mutalib, 21 dari Fakulti Sains dan Teknologi yang bertanding di Kerusi Umum berjaya meraih undi tertinggi iaitu sebanyak 7,326 undian. Merupakan pelajar tahun tiga jurusan Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat), beliau menggunakan slogan “Memimpin Generasi Al Qawiyul Amin” sebagai tema kempennya. Membentangkan tiga manifesto utama iaitu Memperkasa mahasiswa Islam yang berkarisma; Memberdayakan profesionalisme mahasiwa; dan Memperkukuhkan platform suara kebajikan, ia ternyata berjaya menarik sokongan kuat warga kampus kepadanya. “Restu ibu-bapa, sokongan daripada rakan-rakan dan dorongan kuat dari Pentadbiran Fakulti menjadi kekuatan saya untuk ke hadapan sebagai calon dalam pemilihan MPP ini. Pengalaman menerajui [...]
USIM JALIN HUBUNGAN ERAT DENGAN KEDUTAAN ASING
NILAI, 5 OKT 2016 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkasakan jalinan strategik dan hubungan baik dengan Pejabat Kedutaan Asing yang berada di Malaysia melalui majlis pertemuan dan ramah mesra khas yang diaturkan di Dewan Senat Canselori USIM baru-baru ini. Majlis kali pertama dianjurkan oleh USIM Alamiyyah ini melibatkan kehadiran Duta Republik Islam Gambia, Tuan Terutama Abubacarr Jah; Duta Republik Islam Afghanistan, Tuan Terutama Atiqullah Atifmal; Pegawai Kedutaan Republik Kenya, Puan Dorcas Rukunga dan Pegawai Kedutaan Jordan, Dr.Maen Moh'd Sodki Salem Masadeh. Perbincangan dua hala ini dipengerusikan oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato' Dr. Musa Ahmad dengan turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi Universiti antaranya Prof. Dr. Zulkifli Abdul Ghani, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa); Prof. Dato' Dr. Mustafa Mohd Hanefah, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan Prof. Dr. Roshada Hashim, Pengarah USIM Alamiyyah. Melalui perbincangan dua hala ini, USIM berkongsi perkembangan terkininya terutamanya melibatkan bidang akademik yang ditawarkan dan perancangan strategik masa hadapan untuk menjadi institusi pendidikan tinggi Islam yang ulung. Manakala di pihak kedutaan, ia banyak menyentuh situasi semasa pendidikan tinggi di negara masing-masing, peluang rakyat mereka menyambung pengajian di Malaysia, penawaran biasiswa dan peluang kerjasama yang dapat diterokai oleh USIM dengan institusi pendidikan tinggi di sana. "Sesi pertemuan yang diatur pada petang amat dialukan oleh Kedutaan untuk kedua pihak lebih mengenali dan bertukar pandangan. Sistem pendidikan di Malaysia sememangnya antara yang terbaik dan ia menjadi contoh kepada kami untuk mempunyai prasarana dan kelestarian pendidikan seperti ini” ujar Duta Afghanistan. Bagi Pegawai Kedutaan Kenya, ia merupakan [...]
GLOBAL ISLAMIC VOLUNTEER USIM CURAH BAKTI DI BUMI KEMBOJA
KEMBOJA, 25 OGOS 2016 - Seramai 15 orang ahli kelab Global Islamic Volunteer (GIV), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke Kemboja untuk mendekati masyarakat di sana selain memberi khidmat masyarakat kepada penduduk dan murid daif dari aspek sumbangan tenaga ilmu serta melaksanakan misi kesukarelawan dan pengajaran kepada masyarakat di sana baru-baru ini. Bertemakan Travelog Ilmiah Tanpa Sempadan di Kemboja, Program berlangsung selama enam hari di Kampung Chiro, Kemboja itu adalah antara usaha untuk memenuhi komponen bagi melayakkan diri untuk menerima anugerah emas program rakan perdana rakan muda yang juga merupakan salah satu pengiktirafan oleh pihak kerajaan yang bertaraf antarabangsa. Menyahut juga seruan inspirasi Universiti, yang mahu melihat golongan pelajarnya melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan yang memberi kebaikan kepada kumpulan sasaran. Justeru, dengan berbekalkan semangat kesukarelawan yang ada, mereka berangkat ke Kemboja bersama seorang mentor dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak dan menjadikan travelog ilmiah tanpa sempadan di bumi Kemboja sebagai tema. Kepenatan perjalanan yang mengambil masa hampir tiga jam dari Lapangan Terbang Phnom Penh ke Kampung Chiro itu hilang apabila setibanya mereka ke sana, mereka disambut baik oleh orang kampung. Inisiatif kendalian Mumtaz Ahmad Najhi Mohamed berkata, program sukarelawan ini bukan sahaja mahu memberi pendedahan dan peluang untuk mahasiswa berkongsi adat dan budaya di negara berbentuk monarki konstitusianal Asia Tenggara itu, malah untuk melatih mahasiswa supaya kuasai pelbagai soft skill antaranya dari aspek kemahiran berkomunikasi dan kemahiran kerja berpasukan. “Pelbagai aktiviti kesukarelawan yang dijalankan bersama masyarakat setempat antaranya ialah construction of the toilet iaitu membina tandas kepada penduduk kampung [...]
DR HAZMI KONGSI PANDANGAN DI PERSIDANGAN MARITIM AS
NILAI, 3 OKT – Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli adalah satu-satunya ahli akademik dari Asia yang diundang ke persidangan pertama Agensi Penguatkuasaan Maritim Amerika Syarikat yang berlangsung pada 25 hingga 27 September lalu bertempat di Kolej Bowdoin Brunwsick, Maine, Amerika Syarikat. Melalui pembentangan bertajuk ‘Protection of Vital Sea Lines of Communication: Malaysia’s Perspective’ beliau berkongsi pandangan mengenai isu penjagaan alam sekitar marin di laluan perkapalan yang sibuk seperti di Selat Melaka dan juga laluan perkapalan artik utara merentasi Rusia, Kanada dan Amerika Syarikat. “Ini adalah suatu pengiktirafan besar bukan sahaja untuk saya sendiri, tetapi juga untuk USIM sebagai pusat rujukan pengajian undang-undang laut antarabangsa dan juga untuk Malaysia, sebagai sebuah negara yang sudah mengorak langkah dalam bidang ini. Ini membuktikan pakar-pakar tempatan sudah diiktiraf dan diakui di peringkat antarabangsa oleh negara-negara maritim utama seperti Rusia, Amerika Syarikat dan Jepun,” ujarnya. Antara pembentang lain adalah ahli-ahli akademik dari universiti-universiti di Eropah, Amerika Syarikat, Kanada dan badan-badan kerajaan (penguatkuasaan maritim) dari Amerika Syarikat, Jepun, Rusia, Chile dan Argentina. Dr Hazmi pernah berkhidmat di Timor-Leste sebagai Pensyarah Pelawat di Universidade Nacional Timor Lorosa’e pada Mei 2015 juga pernah diundang oleh kerajaan Rusia sebagai Profesor Pelawat di School of Law, Far Eastern Federal University, Vladivostok, Russia yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Rusia pada tahun 2014 dan 2015. Disediakan oleh: Syazlyna Jamil Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : [...]
DEKAN FSU TERIMA ANUGERAH “UPCOMING SHARI’A SCHOLAR 2016” DI GIFA 2016
NILAI, 30 SEPT 2016 – Ahli Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), yang juga merupakan Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Profesor Madya Dr. Zulkifli Hasan, 39, menerima "Upcoming Shari'a Scholar 2016" dalam satu majlis, 6th Global Islamic Finance Awards (GIFA) di Fairmont Hotel, Jakarta, Indonesia pada 29 September. Beliau menerima penganugerahan ini di atas pencapaian cemerlang dan sumbangannya ke arah membangunkan industri perbankan dan kewangan Islam. Menurut Prof Zulkifli, penyertaannya bermula apabila beliau dicalonkan sebagai salah seorang penerima anugerah tersebut pada April lalu. Selaras dengan objektif GIFA iaitu untuk mengetengahkan amalan terbaik serta meraikan kejayaaan institusi atau individu dalam industri, pelaksanaannya sebagai satu tanggungjawab sosial yang patuh syariah dan memberi komitmen tinggi kepada bidang perbankan Islam dan kewangan. Menurut Prof Zulkifli, penglibatannya secara tidak langsung apabila beliau dikehendaki menghantar dokumen berkaitan pencapaian serta pandangan berkenaan objektif pelaksanaan GIFA sepanjang berada dalam industri kewangan Islam melalui kerja-kerja penyelidikan bebas yang pernah dijalankan yang kemudian dinilai oleh Jawatankuasa GIFA. “Saya amat berbesar hati menerima pengiktirafan sebegini kerana penerima anugerah yang lepas adalah mereka yang amat saya kagumi. Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang merupakan inspirasi kejayaan saya kini serta Jawatankuasa GIFA yang terlibat dalam proses penilaian. Adalah menjadi harapan saya supaya industri kewangan Islam akan sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran baru serta mampu memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi semasa dengan berorientasikan pendekatan secara holistik,” ujarnya. Melalui GIFA, pengiktirafan yang diberikan adalah sebagai satu landasan terbaik bagi memperkenalkan individu-individu serta institusi yang telah mempamerkan pencapaian cemerlang serta aktif berkongsi buah pikiran kepada [...]
PELANTIKAN MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI MENTOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
NILAI, 3 OKT 2016 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima khabar gembira daripada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui surat rasmi daripada YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh baru-baru ini yang memaklumkan mengenai pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri Mentor USIM. YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan terus diberi kepercayaan sebagai Menteri Mentor USIM manakala jawatan Timbalan Menteri Mentor digalas peranannya oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pelantikan kedua-dua tokoh ini dibuat oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk tempoh dua tahun iaitu 2016-2018 dengan pemilihan kedua-duanya sebagai Menteri dan Timbalan Menteri Mentor USIM diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Mei 2016 lalu. Di dalam surat pelantikan ini juga, YB Menteri Pendidikan Tinggi turut menyatakan bahawa hubungan yang erat di antara Menteri dan Timbalan Menteri Mentor bersama warga Universiti Awam Malaysia akan meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan tinggi di negara ini. YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah menjalankan tugas selaku Menteri Mentor USIM dengan cemerlang sejak tahun 2014 telah merintis pelbagai kerjasama yang strategik di antara Universiti dan Kerajaan Negeri Sembilan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kesihatan, libatsama komuniti, sukan dan pengantarabangsaan. Antara kerjasama berimpak tingginya ialah penubuhan Klinik Pakar Kesihatan USIM di Nilai Square, Bandar Baru Nilai dan Klinik Pakar Mata Bergerak (KlipMobile) yang memberi rawatan mata khususnya kepada warga emas di seluruh daerah Negeri Sembilan. Sementara itu, pelantikan YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi [...]