Januari 2017
Mahasiswa manfaatkan misi lawatan ilmiah di Ranau, Sabah
SABAH, 15 Jan 2017- 32 mahasiswa sekretriat Fakulti Sains dan Teknologi (SekreFaST) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyalurkan khidmat bakti kepada komuniti Muslim di Kg. Kilimu, Ranau, Sabah selain turut mengadakan lawatan ilmiah ke Universiti Malaysia Sabah (UMS). Menurut pengarah program, Muhammad Akid Hafriz, antara aktiviti yang dijalankan bersama penduduk kampung adalah aktiviti rawatan terapi perubatan Islam oleh Man Ana Therapy Centre dengan mempelajari teknik akupuntur dan berbekam yang betul serta aktiviti gotong royong membersihkan kawasan kampung dan surau. “Kunjungan ini telah membuka ruang kepada penduduk kampung mencuba teknik baharu dalam perubatan selain adanya ubat-ubatan hospital dan rawatan tradisional yang lain,” kata wakil penduduk kampung yang mana minoriti golongan Muslim adalah 30% Islam dan 70% bukan Islam. Kunjungan ke UMS pada hari ketiga memberi peluang kepada pelajar USIM dan UMS untuk saling berkongsi idea dan maklumat aktiviti untuk diadaptasi ke UA masing-masing. “Diharap segala perkongsian aktiviti yang kami jalankan di UMS dapat memberi sedikit sebanyak idea dan panduan kepada rakan-rakan di USIM,”jelas Saudara Hannan, wakil Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Sumber Alam UMS. Aktiviti akhir iaitu lawatan ke Sekolah Rendah Islam, Kota Kinabalu juga dimanfaatkan dengan menjalankan aktiviti bersama melibatkan pelajar tahun 3 dan 5 berkaitan subjek Sains dan Sejarah selain menerapkan ilmu Naqli dan Aqli dengan harapan mereka mendapat pendedahan awal mengenai USIM. Disediakan oleh: Amirul Afif Misnan Sekretariat SekreFAST Dikemaskini oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri [...]
Dakwah Tatbiqi ke Kampung Sungai Sot Jempol Negeri Sembilan
JEMPOL, 13 JAN 2017 - Program Dakwah Tatbiqi bersama masyarakat kampung orang asli, Kampung Sungai Sot, Jempol anjuran Mahasiswa Tahun 3 USIM jurusan Dakwah dan Pengurusan Islam telah berlangsung pada 11 hingga 13 Januari 2017. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah gotong-royong membersihkan kawasan balai kampung. Di samping itu, pasukan penggerak dari pihak Pusat Dakwah Islamiyah Paroi, Negeri Sembilan juga turun padang untuk membantu mahasiswa USIM mengendalikan program selama 3 hari ini. Aktiviti menanam juga telah dilakukan bersama masyarakat kampung orang asli di balai kampung yang terletak berhampiran dengan rumah penduduk kampung itu. Semua tanaman itu ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bagi mewujudkan kecantikan dan keceriaan halaman kampung tersebut. Selain itu, aktiviti Smart Solat juga dijalankan untuk memberikan pengetahuan yang asas tentang cara-cara solat yang betul. Aktiviti penyembelihan ayam telah mendapat sambutan yang baik dari masyarakat Kampung Sungai Sot. Aktiviti penyembelihan ini dimulakan dengan penerangan ringkas oleh saudara Zuhaili, wakil mahasiswa Tahun 3 jurusan Dakwah selaku pengarah program susulan dakwah tatbiqi ini. Kemudian diteruskan dengan latihan amali oleh penduduk kampong sendiri. Pada sebelah malam pula, sekumpulan band yang diberi nama Keledek Buskers membuat persembahan nyanyian santai bagi mengisi slot Malam Kebudayaan. Kumpulan band ini terdiri daripada mahasiswa USIM sendiri. Program kebudayaan diserikan lagi dengan jamuan makan malam ayam panggang bagi meraikan masyarakat kampung orang asli. Bagi memeriahkan program, sumbangan pakaian dan kasut sebanyak 15 kotak juga diberi kepada penduduk Kampung Sungai Sot hasil infaq daripada orang ramai [...]
USIM laksana misi bantuan pasca banjir di Pasir Puteh
NILAI, 13 JAN 2017 – Musim tengkujuh yang melanda kawasan Pantai Timur telah menjejaskan beberapa kawasan kediaman penduduk yang dilanda bencana banjir baru-baru ini. Di pasir puteh kira-kira sebanyak 49 keluarga telah dpindahkan di 3 pusat pemindahan banjir. Mengambil langkah prihatin dan meringankan beban mereka di kawasan Pasir Puteh Kelantan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif segera melalui program Misi Bantuan Pasca Banjir. seramai 100 sukarelawan sertai misi bantuan banjir ke Kelantan yang terdiri daripada badan-badan uniform pelajar, SMART Team, KREAL, Kelab Wardah, Badan Kebajikan Kakitangan, dan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) dan Pusat Kesihatan Universiti. Misi kali ini fokus kepada empat dun antaranya Kampung tok sudin, Dun limbongan dan parlimen pasir putih dengan memberi bantuan rawatan kesihatan dari rumah ke rumah oleh Pusat Kesihatan USIM, sumbangan bahan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, susu dan tepung dan gotong royong pembersihan tempat awam dan dewan orang ramai. “Ini merupakan satu usaha dan komitmen berterusan USIM kepada masyarakat tanpa mengambil kira sempadan negeri dan negara. Sebagai sebuah universiti, kecaknaan dan kebersamaan dalam menangani isu yang dihadapi rakyat seperti banjir ini adalah genting untuk memastikan USIM terus berimpak dan relevan kepada komuniti,” ujar Dato Musa. Menurutnya lagi, bantuan yang dhulurkan ini seperti suatu ‘tazkirah’ bahawa satu hari nanti warga USIM terutamanya para graduan akan kembali berbakti kepada masyarakat. Pasukan sukarelawan telah bergerak ke Kelantan pada Jumaat malam (semalam) dan misi bantuan ini dijalankan selama dua hari iaitu pada 14 hingga 15 Jan. [...]
56 Pelajar Kolej PERMATA Insan kumpulan ketiga mendaftar
NILAI, 7 JAN 2017 - Seramai 56 orang pelajar Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mendaftar ke Asas satu bagi sesi kemasukan 2017. Pelajar yang mendaftar ini terdiri daripada 22 pelajar lelaki dan 34 pelajar perempuan. Mereka merupakan kumpulan ketiga pelajar Kolej PERMATA Insan USIM. Ini menjadikan jumlah pelajar Kolej PERMATA Insan USIM berjumlah 174 orang di mana pengambilan kumpulan sulung seramai 41 orang pada sesi 2015 dan 64 orang pada sesi kemasukan 2016. Program PERMATA Insan USIM merupakan salah satu rancangan di bawah Program PERMATA Negara bagi menghasilkan bakal ilmuan pemikir Islam yang agung berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Program ini khusus kepada anak-anak beragama Islam, berumur lapan tahun yang mempunyai tahap IQ tinggi dan kecenderungan dalam agama. Pemilihan pelajar Kolej PERMATA Insan USIM sama dengan PERMATA Pintar yang mana mereka akan menduduki ujian yang dibina oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Ujian Kecerdasan (UKM- 1) bagi saringan pertama dan mereka juga akan menduduki peringkat saringan kedua UKM-2 yang sama tahap dengan ujian IQ di Universiti John Hopkins yang bertaraf dunia. Selepas itu, pelajar yang berjaya akan menduduki ujian USIM-1 iaitu ujian kecenderungan agama yang menggunakan kaedah ujian bertulis dan sesi temu duga antara pelajar dan ibu bapa kerana program ini memerlukan sokongan daripada ibu bapa. Pelajar yang mendaftar ini adalah mereka yang berjaya terpilih daripada beberapa saringan awal sebelum ini seperti melalui ujian UKM 1 dan juga temuduga yang dibuat di seluruh negara pada akhir tahun 2016 lalu. Jumlah permohonan yang tinggi ini menunjukkan ibu bapa [...]
Pelajar tahun empat Komunikasi Kewartawanan lancar Journalism Corner pertama di USIM
NILAI, 15 Dis 2015 – Journalism Corner pertama dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI) berjaya dilancarkan oleh pelajar tahun empat komunikasi kewartawanan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di dalam satu majlis pelancaran yang diadakan di ruang legar FKP. Mengangkat objektif utama program ini iaitu untuk memberi pendedahan yang lebih menyeluruh mengenai bidang kewartawanan, 41 perantis daripada pelajar komunikasi kewartawanan di bawah bimbingan Dr. Siti Suriani Othman, pensyarah Komunikasi mengambil inisiatif dengan membuka sebanyak 11 meja bagi mempamerkan hasil karya serta membentangkan hasil temuramah mereka bersama editorial writer di ruang legar FKP dan turut memberi peluang kepada sesiapa sahaja bertanyakan soalan mengenai bidang kewartawanan. Dr Siti Suriani Othman ketika ditemui berkata, idea penubuhan program ini terhasil ketika beliau mengajak para pelajar komunikasi kewartawanan ke Xiamen University bagi melihat Journalism Corner di sana. “Saya telah meminta para pelajar Komunikasi di Xiamen University untuk membuat Journalism Corner bagi tujuan yang sama iaitu sebagai pendedahan tentang dunia kewartawanan selain menambah pengetahuan mereka.” “Saya menjemput pelajar Kewartawanan USIM untuk melihat hasil kerja pelajar Xiamen dan dari situ, para pelajar USIM meminta saya untuk membuat program seperti itu di USIM juga,” tambah beliau lagi. Majlis pelancaran yang turut dihadiri oleh Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin, Dekan FKP. Prof Madya Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin dalam ucapan perasmiannya, mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr Siti Suriani dan semua pelajar tahun empat komunikasi kewartawanan kerana berjaya menganjurkan journalism corner pertama [...]
Lagenda badminton Jalani Sidek suntik semangat atlet pelapis badminton USIM
NILAI, 21 DIS 2016 – Berentap di hadapan bekas jaguh badminton negara, Dato’ Seri Jalani Haji Sidek dan berpeluang mendengar sendiri perkongsian pengalaman hidup beliau dalam sukan ini pastinya satu kenangan indah buat para peserta Kejohanan Badminton Tertutup Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2016. Kejohanan yang berlangsung selama sehari dianjurkan oleh Pusat Sukan USIM bersama Urusetia USIM Shuttler bertempat di KLIA Sports Complex, Nilai disertai 64 orang pemain terdiri dari kakitangan dan mahasiswa USIM. “Kejohanan ini ibarat penutup kalendar sukan USIM 2016. Tujuan utamanya adalah untuk mencari bakat-bakat baru yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai atlet USIM dalam sukan badminton. Badminton antara sukan tumpuan dalam kejohanan sukan antara universiti dan kita mahu menjadikan acara ini antara sukan yang mengharumkan nama universiti di masa hadapan”. “Kita ingin memastikan motivasi peserta tidak terhenti dengan kemenangan atau kekalahan selepas tamat kejohanan ini, juseteru itu untuk kita pastikan semangat mereka dalam sukan badminton terus kuat dan membara, kita ambil kelainan melalui kehadiran lagenda badminton Malaysia, Dato’ Seri Jalani Haji Sidek” ujar Mohd Fauzi Amiruddin selaku Pengarah Kejohanan ini. Selain berkongsi pengalaman perjalanan hidup beliau dalam sukan badminton, Dato’ Seri Jalani turut tidak lokek untuk berkongsi tips dan nasihat bersama para pemain untuk menjadi pemain badminton yang baik. Pada akhir kejohanan yang mempertaruhkan hadiah keseluruhan bernilai RM 1600.00, juara pasangan regu lelaki dan wanita untuk kategori mahasiswa masing-masing disandang oleh Mohamad Nasrullah Mohd Noor dan Harithah Mohd Yaziz serta Syahida Abdul Aziz dan Siti Aisyah Azmi. Menurut penganjur, penyertaan yang sangat menggalakkan dalam kejohanan ini diharapkan [...]
USIM Ads!
ANNOUNCEMENTS!
Sumbangan Dato’ Dr Wan Nasir dalam profesion pergigian diiktiraf
Prof Dato’ Dr Wan Mohammad Nasir merupakan Dekan Pengasas, Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau pernah menerima anugerah “Distinguished Fellow of Asia” bersempena dengan kongres dan konvokesyen Asia-Pacific Region of Section XX, ICD di Kuala Lumpur pada 12 Mac 2016 yang lalu. Anugerah yang diterima oleh beliau adalah hasil daripada pencapaian dan sumbangan sepanjang berada dalam profession pergigian. Beliau telah terlibat dalam proses pembangunan profesion pergigian sejak tahun 1988 sebagai ahli Majlis Pergigian Malaysia (Malaysian Dental Council) termasuk tiga tahun sebagai pendaftar majlis. Sebelum menceburi bidang pendidikan pergigian di peringkat Universiti beliau telah bergerak aktif dalam membangunkan kurikulum program pendidikan auxiliari pergigian untuk menyokong efisiensi dan keberkesanan kerja profesion pergigian semenjak tahun 1980an. “Saya amat bersyukur kehadrat Ilahi di atas penganugerahan ini. Saya sudah melebihi umur 65 tahun dan selagi bertenaga dan berfikiran yang jitu, saya akan terus berusaha menyumbang kepada profesion pergigian dan masyarakat". “Harapan saya ialah anak didik saya dapat terus berusaha dengan ikhlas dan gigih untuk pesakit mereka, masyarakat dan profesion pergigian melalui penghayatan nilai-nilai Islam." Beliau kini memegang jawatan sebagai pengerusi pemurnian dokumen akreditasi program pergigian dan turut dilantik menganggotai Jawatankuasa Teknikal Akreditasi Pergigian mewakili profesion pergigian.
Salam USIM – Street Dakwah : Ambang Tahun Baharu 2017
Puan Hariza susun strategi jangka masa panjang
Hariza Mohd Yusof, Head of Publishing, University Sains Islam Malaysia, has almost 15 years of experience in scholarly publishing, especially at public universities. Since 2003, she has been heading the publishing department in this university with many local and international authors. She is still young and new in the world of publishing, but committed to explore the chances to build up cooperation networks with other publishers, either through licensing or joint publication projects. Recently, her department has successfully concluded licensing agreements with Takushoku University and the Japan-Malaysia Association. She also managed to get subsidiary rights for Arabic scholarly books and journals from the al-Manhal data-base in Jordan. She is also an author, and has contributed content to biographies, general and children’s books. S1Boleh puan ceritakan serba ringkas latar belakang penubuhan Bahagian Penerbitan. Kongsikan juga pengalaman mengurus pada peringkat awal penubuhannya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Penubuhan Bahagian Penerbitan di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) atau kini dikenali sebagai Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bermula pada 10 Februari 2003 dengan pelantikan saya sebagai Pegawai Penerbitan. Pada ketika itu ia merupakan sebuah unit sahaja dan diletakkan di bawah Jabatan Canselori. Memandangkan saya merupakan pegawai penerbitan yang pertama, saya dipinjamkan oleh Prof. Dato’ Muhamad Muda dengan pegawai di bawahnya yang pada ketika itu berada dalam skim sangkutan. Antara yang banyak membantu saya ketika itu ialah Pn. Khairunnajwa kemudian seorang pembantu tadbir diserapkan yang juga merupakan staf baharu di KUIM iaitu Pn. Norhaizan. Fokus utama pada peringkat awal penubuhan Unit Penerbitan adalah bagi [...]







