November 2016
PPKS USIM ANJUR PROGRAM INKUBATOR JAHITAN PERTAMA DI IPTA
NILAI, 23 NOV 2016 – Seramai 20 orang perantis bagi inkubator jahitan ini akan memperolehi sijil kemahiran Malaysia yang akan diberikan pada akhir empat modul tersebut iaitu menjahit baju kurung tradisional, baju blaus, jubah dan selendang dalam satu Program Inkubator Jahitan Usahawan Siswa USIM anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS) dengan kerjasama Hani D Unggul Sdn.Bhd. Majlis Perasmian dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad di Pusat Komersial, baru-baru ini. Mengangkat objektif utama bagi melahirkan usahawan bumiputera berimpak tinggi dengan keupayaan sebagai pengeluar dan pemilik dalam bidang jahitan dan fesyen, PPKS USIM mengambil inisiatif untuk menganjurkan kelas inkubator jahitan disamping untuk memberi nilai tambah dan kemahiran kepada para pelajar untuk memulakan perniagaan dalam bidang jahitan dan fesyen. Selain itu, bagi memberi peluang dan ruang kepada para pelajar untuk menjalankan perniagaan secara mobile semasa dalam pengajian dan menggalakkan para pelajar untuk menjalankan perniagaan dengan menggunakan kemahiran yang telah diperolehi untuk mengambil tempahan pakaian, membuka bengkel jahitan dan lain-lain untuk menjana pendapatan. Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad dalam ucapan perasmiannya berkata. pelaksanaan Program Inkubator Jahitan Usahawan Siswa USIM dengan kerjasama Syarikat Hani D Unggul Sdn.Bhd ini merupakan salah satu usaha USIM untuk mengaktifkan dan meluaskan jalinan kerjasama bersama pihak industri selain salah satu usaha USIM untuk melahirkan graduan yang memiliki sifat holistik, berkeusahawanan dan seimbang. Beliau turut mengucapkan tahniah kerana para peserta yang hadir ini merupakan kumpulan pelajar pertama di USIM yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) menerusi program ini. [...]
ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA SEMPENA KONVOKESYEN KE 14 USIM MILIK HANISAH DAN SYAH FAHMI
NILAI, 19 NOV 2016 - Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) dianugerahkan kepada Hanisah Binti Hassan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Muhammad Syah Fahmi Bin Zainal dari Fakulti Sains dan Teknologi. Penganugerahan disampaikan oleh DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Canselor USIM. Hanisah anak kepada pasangan Hassan Bin Basri dan Mutmainnah Binti Ahmad Mardzuki merupakan anak ketiga dari enam adik beradik. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Islam ABIM Sungai Ramal Dalam, Kajang. Kemudian beliau menyambung persekolahan di peringkat Menengah Rendah di Sekolah Menengah Islam ABIM Sungai Ramal Dalam dan berjaya memperoleh 9A dalam peperiksaan PMR 2006 , Kajang, seterusnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga Bandar Baru Bangi pada tahun 2007-2008 dengan dinobatkan sebagai pelajar cemerlang SPM 2008 dengan keputusan 12A1, dan Anugerah Tunas Pemimpin di SMK Jalan Tiga Bandar Baru Bangi. Perjalanan kecemerlangannya tidak terhenti disitu, pada tahun 2009, Hanisah melanjutkan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di peringkat Tamhidi Perubatan seterusnya di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri (MBBS) di Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan (FPSK), USIM. Sepanjang tempoh pengajian di USIM, Hanisah telah terlibat dalam pelbagai aktiviti akademik mahupun kokurikulum dan berpersatuan, bukan sahaja di peringkat fakulti dan universiti, bahkan kebangsaan serta antarabangsa. Beliau amat yakin kepada Allah Ta’ala dalam menetapkan yang terbaik buat hamba-hambaNya. Atas keyakinan tersebut, beliau telah mencabar diri sendiri untuk menerokai bidang perubatan dengan sebaiknya. Justeru, nama beliau tersenarai dalam Anugerah Dekan Semasa semester pertama [...]
USIM terokai peluang kerjasama program pengajian Islam dan Eksekutif halal di Gambia
BANJUL, 27 Nov 2016 – Lawatan Kerja USIM ke Gambia telah diadakan bagi meluaskan lagi jaringan kolaborasi USIM dengan institusi-institusi di Gambia dalam bidang Program Pengajian Islam dan Eksekutif Halal. Lawatan tersebut diketuai oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) serta Mantan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dato’ Dr. Mustafa Mohd Hanefah yang berada di sana selama lima hari bermula 26 – 30 November 2016 di Banjul, ibu Negara bagi Gambia. Hasil bantuan daripada Duta Gambia di Malaysia, TYT Mr. Abubacarr Jah, USIM telah mengadakan lawatan ke 16 institusi di Gambia termasuk University of The Gambia (UTG), Gambia Investment Export and Promotion Agency (GiEPA), Gambian Chamber and Commerce Industry (GCCI), Talinding & Tadamun Islamic School, Ministry of Higher Education, Research, Science & Technology, National Accreditation & Quality Assurance Authority (NAQAA), Arab Gambia Islamic Bank (AGIP), Ministry of Foreign Affairs (MOFA) dan beberapa agensi lain lagi. Lawatan ini bertujuan untuk mempromosikan USIM di Negara Gambia khususnya dalam bidang Pengajian Islam dan Sains bagi meningkatkan tahap pendidikan masyarakat Gambia seterusnya membantu masyarakat untuk memajukan lagi Negara. Menerusi lawatan tersebut, USIM berhasrat untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Negara Gambia menerusi NAQAA bagi membolehkan USIM membuka kampus cawangan di Gambia serta mengurangkan kos bagi perjalanan pelajar ke Malaysia. Di samping itu, menerusi lawatan ke GiEPA, GCCI, AGIP dan The Gambia Bankers Association, USIM turut berhasrat untuk mengadakan Program Eksekutif Halal bagi meningkatkan lagi keupayaan dan ilmu kepada [...]
MAJLIS PELANCARAN C-FEST SEMPENA KONVOKESYEN KE 14 USIM DISEMPURNAKAN OLEH YAM PRO CANSELOR
NILAI, 18 NOV 2016 – Memasuki edisi ke-14 penganjurannya sebagai salah satu pengisian utama sempena Majlis Konvokesyen USIM, kali ini Pesta Konvokesyen atau dikenali sebagai C-FEST diurus selia oleh ahli barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2015/2016 dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Ia berlangsung bermula 18 November sehingga 21 November 2016 bertempat di perkarangan Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM. Perasmian disempurnakan oleh YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Pro Canselor USIM. Bertemakan “Menuju Kampus Barakah”, C-FEST pada kali ini menarik 30,000 pengunjung hadir memeriahkan tapak pesta dengan pelbagai pengisian aktiviti dan jualan yang berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari. Sebanyak 50 gerai jualan yang menjual pelbagai produk seperti makanan, pakaian, bahan bacaan dan aksesori kita tawarkan untuk memenuhi dan memberi pilihan citarasa pengunjung yang datang. Selain itu, turut dianjurkan kejohanan futsal, perlumbaan kereta mini, pertandingan memancing dan bola jaring yang menawarkan hadiah wang tunai sebagai ganjaran kepada para pemenang. Manakala kemuncak pesta konvokesyen adalah penganjuran Konsert Malam Manifestasi Sang Hamba pada Ahad malam dengan persembahan yang pasti dinantikan adalah Caliph Buskers dan Spider. Selain itu, sepanjang C-FEST ini juga turut diadakan pameran untuk para pengunjung mendapat pelbagai informasi mengenai Universiti dengan dilibatkan pelbagai wakil pelajar persatuan dan kelab di bawah satu bumbung iaitu Karnival Siswa (KARSIS) manakala fakulti dan jabatan dengan pameran Showcase USIM ‘Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli’. Turut diadakan perasmian ‘Ibnu Haitham – Centre of Islamic Technology’ dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara USIM dan Kumpulan Utusan [...]
PENGANUGERAHAN IJAZAH KEHORMAT DOKTOR FALSAFAH DAN PROFESOR EMERITA SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-14
NILAI, 19 NOV 2016 - Di Majlis Istiadat Pembukaan Majlis Konvokesyen kali ke-14, DYMM Tuanku Canselor berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Da’wah dan Pengurusan Islam kepada YBhg. Dato’ Dr Mohamed Asin bin Dollah, yang merupakan antara barisan Pengurusan Kanan terawal universiti pada awal penubuhan USIM pada tahun 2000. Penerima gelaran Profesor Emerita dianugerahkan kepada Profesor Puan Sri Datuk Dr. Hajah Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim yang merupakan pensyarah di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM dan juga Mantan Pengarah Kolej PERMATA Insan. Profesor Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah dilahirkan di Kerdau, Temerloh, Pahang pada 8 Mei 1952. Pada tahun 1976 beliau telah menerima menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ijazah Sarjana (M.LITT.) dari Universiti Glasgow pada tahun 1980 dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Birmingham United Kingdom dalam Bidang Pemikiran Islam dan Pengajian Agama-Agama pada tahun 1989. Khidmat kepakaran beliau dalam perkembangan pendidikan dan dakwah telah membolehkan beliau dilantik sebagai Pakar Rujuk, Jawatankuasa Kawalan Mutu Buku Teks, Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (1998–1999); Pengerusi Jawatankuasa Kesepakaran Kurikulum Diploma Pengajian Islam, KIPSAS pada 2003; Pengerusi Jawatankuasa Semakan Kurikulum Diploma Pengajian Islam, KIPSAS (2003-2008); Kumpulan Pakar/Penceramah Khas, Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia (2000–2001); AJK Penilai, Modul Program Pembangunan Sosial, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2001; dan Ahli Lembaga Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru, Selangor (2004–2007) serta Ahli Panel Penasihat Akademik Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 2004. Selain itu, beliau turut aktif sebagai penilai luar dan [...]
2,523 GRADUAN TERIMA IJAZAH DI MAJLIS KONVOKESYEN USIM KALI KE-14
NILAI, 21 Nov - Seramai 2,523 graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah masing-masing sempena Majlis Konvokesyen USIM kali ke-14 yang berlangsung bermula pada 19 November hingga 21 November 2016 bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM. Pada tahun ini, sebanyak lima (5) sidang berlangsung bermula dengan Istiadat Pembukaan Majlis Konvokesyen Ke-14 pada 19 November (Sidang 1) yang disempurnakan oleh DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Canselor USIM. Majlis Konvokesyen tahun ini memperkenalkan Model Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (GIINA) yang merangkumi 3 elemen utama iaitu holistik, berkeusahawanan dan keseimbangan. Melalui model ini setiap mahasiswa dipandu supaya terlibat dengan berbagai aktiviti di kampus selain mengaplikasi kemahiran dan bakat diri untuk membentuk jati diri serta membina ciri-ciri graduan berkualiti untuk lebih berdaya saing dan berdaya maju di masa akan datang. Daripada jumlah 2,523 graduan yang menerima ijazah, pecahan penerima adalah 73 orang penerima Doktor Falsafah; 132 orang penerima Sarjana; 23 orang penerima Diploma dan 2,295 orang penerima Ijazah Sarjana Muda. Sempena Majlis Istiadat Pembukaan, DYMM Tuanku Canselor berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Da’wah dan Pengurusan Islam kepada YBhg. Dato’ Dr Mohamed Asin bin Dollah, yang merupakan antara barisan Pengurusan Kanan terawal universiti pada awal penubuhan USIM pada tahun 2000. Penerima gelaran Profesor Emerita dianugerahkan kepada Profesor Puan Sri Datuk Dr. Hajah Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim yang merupakan pensyarah di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM dan juga Mantan Pengarah Kolej PERMATA Insan. Sementera [...]
PRU LAKSANA KEMBARA KASIH MERENTAS BUDAYA DI HOKKAIDO
JEPUN, 20 NOV 2016 – Seramai 15 orang peserta dan seorang pegawai pengiring dari Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menjayakan misi kembara Global Islamic Student Outreach (GISO) di Hokkaido, Jepun baru-baru ini. Misi selama tujuh hari itu bertemakan “Kembara Kasih Merentas Budaya” iaitu lebih menfokuskan kepada perkongsian ilmu dari segi pendidikan, mengenali lebih dekat budaya Jepun, dan melihat sendiri adat Jepun yang terkenal dengan kesopanan dan disiplinnya yang tinggi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperkenalkan Islam dan cara hidup Islam kepada masyarakat di Sapporo, Hokkaido. Menurut Pengarah program, Abdullah bin Azmi, giso merupakan program yang sangat baik serta berkesan untuk memberi pendedahan kepada pelajar menerokai dan belajar sesuatu yang baru. “Pelbagai aktiviti dan pengisian diadakan bersama masyarakat yang berbeza latar belakang agama di Sapporo, Hokkaido antaranya Spread The love, iaitu sesi beramah mesra dengan warga Sapporo sambil mengedarkan penanda buku berkaitan kata-kata motivasi dalam tiga bahasa iaitu melayu, inggeris dan Jepun serta berkaitan keindahan Islam. Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk menyebarkan dakwah. Selain itu, kami turut menjalankan program Tahsin Al-Quran iaitu mengajar membaca Al-Quran dan Iqra dengan memberi penekanan kepada tajwid serta mengajar doa selepas membaca Al-Quran secara nasyid. Kemudian kami teruskan dengan sesi penyerahan sumbangan berbentuk 5 naskhah al-Quran dan cenderahati turut diberikan kepada imam Masjid Masjid Al-Noor, Otaru sebagai kenangan selepas program bersama pelajar diadakan,” katanya. Menurutnya, lawatan ke Universiti Hokkaido pada hari berikutnya sangat bermanfaat dan memberi semangat kepada pelajar malaysia untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya serta dapat [...]
USIM BERSAMA DUA RAKAN INDUSTRI PERLUAS JARINGAN KERJASAMA
NILAI, 16 NOV 2016 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjalin kerjasama dengan dua agensi luar dalam satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama 3M Malaysia Sdn Bhd dan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd. Menurut Naib Canselor USIM, Prof Dato Dr. Musa Ahmad Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi menyarankan agar Universiti Awam memperluaskan jaringan kerjasama bersama rakan industri bagi memperkasakan kurikulum yang sedia ada. Ini bermaksud kurikulum yang sedia ada dapat dilonjakkan dengan kemahiran-kemahiran amali melalui rakan industri yang berkaitan. Dalam erti kata lain, mahasiswa khususnya akan mendapat manfaat yang banyak melalui kerjasama seperti ini di mana mereka akan mempelajari teori ketika di kuliah dan mempelajari kemahiran serta teknikal bersama rakan industri. Perkara ini juga sekaligus mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui sokongan rakan-rakan industri. “USIM dengan dengan kerjasama 3M Malaysia Sdn Bhd telah bersetuju untuk menjalinkan hubungan dua hala dan kerjasama strategik dalam menjayakan program-program yang akan dilaksanakan khususnya oleh Fakulti Pergigian (FPg). 3M Malaysia Sdn Bhd merancang untuk menaja anugerah pelajar Fakulti Pergigian yang cemerlang dalam Majlis Konvokesyen USIM bermula pada tahun 2017 yang mana tajaannya adalah berupa Sijil, Plak dan Satu Tempat Percuma untuk menghadiri bengkel 3M di 3M Customer Innovation Centre bagi setiap anugerah Best Student Award, Best Clinical Award, Best Research Award”. “Manakala, USIM dengan kerjasama Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd pula telah bersetuju untuk menjalinkan hubungan dua hala dan kerjasama strategik dalam melaksanakan kajian berkaitan ujian klinikal dan makmal menggunakan produk penjagaan kesihatan yang halal serta penganjuran persidangan, seminar serta bengkel berkaitan bidang [...]
PHTP HASRAT LAHIR EKSEKUTIF HALAL BERKEMAHIRAN TINGGI
NILAI, 10 NOV 2016 - Seiring dengan kemajuan industri halal yang semakin berkembang pesat di negara ini, seramai 31 orang peserta terdiri dari pelbagai latar belakang melibatkan pihak pemain industri, graduan universiti, penyelidik dan individu yang berminat bagi memenuhi keperluan Eksekutif Halal telah menghadiri Program Latihan Profesional Halal (PHTP) yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bermula pada 6 Ogos hingga 9 Oktober 2016 lalu. Penganjuran kali ke-3 sejak tahun 2014 diperkenalkan, ini merupakan julung-julung kalinya program ini diadakan pada hujung minggu bagi membolehkan lebih ramai pemain industri mengikuti program ini. Objektif program ini adalah untuk membentuk modal insan yang komprehensif serta memenuhi keperluan industri Halal, menghasilkan graduan eksekutif halal yang kompeten, dan membantu dalam melahirkan lebih banyak syarikat pengusaha makanan yang patuh Syariah dan standard yang telah ditetapkan. Naib Canselor USIM Prof Dato Dr Musa Ahmad dalam ucapannya berkata, program ini telah direka dengan modul-modul yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu yang terdiri daripada empat modul yang dibangunkan oleh USIM iaitu Halal Syariah dan Perundangan, Pengurusan Halal dan Halal Sains dan Teknologi bagi Instrumentasi Analisis Halal, dan Sains Pemakanan dan Perundangan berkaitan. Pihak HDC pula terlibat dalam membangunkan modul Standard dan Pengauditan Halal dan modul Ujian Kemahiran Halal (Halal Competency Testing) pula dibangunkan oleh pihak TPM. Manakala menurut Datuk Hj. Muhamad Nordin, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pengurusan Halal di negara kita berdepan dengan cabaran dalam memastikan keseluruhan rantaian bekalan (supply chain) melaksanakan sistem patuh syariah secara menyeluruh terutama di dalam industri pemakanan bermula dari [...]
I-INOVA’16 -INSPIRING NAQLI AQLI INNOVATIONS TOWARDS UMMAH WELL BEING
NILAI, 11 Nov 2016 – Bertemakan “Inspiring Naqli Aqli Innovations Towards Ummah Well Being” selaras dengan misi USIM yang bertekad untuk memperkenalkan inovasi dalam penciptaan produk Islam disamping mempertingkatkan kesedaran tentang hak-hak pengguna dan kepentingan produk Islam dalam masyarakat setempat dan antarabangsa, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dengan sokongan sepenuhnya daripada pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Ekspo Inovasi Islam (i-Inova’16) kali ke-7 pada 10 November 2016 di Dewan Tuanku Canselor. i-Inova kali ini berjaya mengumpulkan seramai 56 pempamer produk inovasi serta turut mendapatkan kerjasama dari Permodalan Nasional Berhad (PNB), Bank Muamalat Malaysia Berhad, Affin Islamic Bank Berhad dan Objective Connection Sdn. Bhd. Dua ketegori telah dibahagikan dalam i-Inova’16 kali ini iaitu Kategori Prasiswazah yang terbuka kepada semua pelajar Universiti Awam dan Swasta manakala Kategori Terbuka adalah kepada staf akademik dan penyelidik dari pelbagai institusi penyelidikan, industri di Malaysia dan dari luar negara. Seramai 39 penyertaan diterima bagi kategori terbuka manakala bagi kategori prasiswazah sebanyak 17 penyertaan. Pada tahun ini, USIM telah menghantar sebanyak 25 penyertaan dan berjaya memenangi 3 anugerah emas dan 1anugerah perak bagi Kategori Prasiswazah, 1anugerah emas dan 1 anugerah perak bagi Kategori Terbuka, serta 4 anugerah gangsa bagi Kategori Prasiswazah dan Terbuka. USIM turut memenangi Anugerah Khas – Ibnu Sina dan membawa pulang RM1500 beserta piala. Menurut Pengarah i-Inova kali ini, Dr Ernie Suzana Ali, “matlamat utama penganjuran i-Inova ini ialah sebahagian daripada usaha kita mengembalikan kegemilangan ilmu Islam dalam bentuk yang diterjemahkan melalui penghasilan produk yang dapat menyelesaikan permasalahan berkaitan umat Islam”. Naib [...]









