November 2016
Vaksinisasi sebagai kaedah pencegahan menurut Islam
Dalam buku “The Development of New Vaccines”, Gordon L. Ada (1994) berkata bahawa antibodi membawa maksud daya pertahanan dan satu-satunya mekanisme yang mana boleh menghalang suntikan digunakan untuk tujuan melawan agen. Vaksin yang efektif boleh membuatkan kebolehdaya tahan antibodi dalam badan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) mendefinisikan “imunisasi” sebagai proses di mana seseorang itu dijadikan imun (kebal) atau tahan penyakit berjangkit, biasanya melalui pengambilan vaksin. Vaksin merangsang sistem imun badan sendiri untuk melindungi seseorang itu daripada jangkitan berikutnya atau sebarang jenis penyakit (http://www.who.int/topics/immunization/en/). Satu istilah yang sama dengan imunisasi ialah vaksinasi. Abd Rahman (2013) mendefinisikan vaksinasi sebagai satu proses pengaktifan sistem imun buatan manusia sebagai usaha untuk melindungi manusia daripada penyakit berjangkit. Untuk kefahaman yang mudah, antibodi merupakan kaedah semulajadi dalam badan untuk melawan penyakit. Walau bagaimanapun, apabila antibodi badan seseorang itu lemah ia boleh diaktifkan semula melalui suntikan vaksin. Suntikan vaksin pelalian atau proses imunisasi boleh mengelakkan penyakit yang mendatang. Imunisasi atau suntikan vaksin pelalian adalah bertujuan untuk menguatkan antibodi/daya tahan badan terhadap penyakit. Kaedahnya adalah melalui suntikan dengan memasukkan “sesuatu” ke dalam badan agar badan dapat bertahan dengan penyakit yang berbahaya. Suntikan satu pelalian/imunisasi hanya bertahan untuk satu jenis penyakit sahaja dan untuk mengimun diri daripada penyakit lain memerlukan suntikan pelalian yang berbeza. Contohnya, untuk penyakit HPV, Hepatatis A,dan Hepatatis B memerlukan suntikan yang berbeza dan bukanya satu dos untuk kesemuanya. Syariat Islam amat menitikberatkan kaedah pencegahan sama ada secara umum ataupun khususnya dalam perubatan. Terdapat beberapa dalil daripada al-Quran yang berkaitan [...]
STAF STRACOMM SERTAI BENGKEL NLP TINGKAT KOMPETENSI DIRI
PORT DICKSON, 30 OKT 2016 - Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyedari bahawa program dan latihan pembangunan kakitangan perlu dilaksanakan secara berterusan untuk membantu dalam membina kompetensi dan juga kemahiran di kalangan kakitangan. Seramai 24 kakitangan StraComm menyertai Bengkel Neuro Linguistic Programmning (NLP) yang diadakan pada 28 hingga 30 Oktober 2016 bertempat di Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Menurut Timbalan Pengarah StraComm Encik Asri Husain, bengkel yang berlangsung selama 3 hari dua malam ini dirancang bagi memberi input-input baharu kepada staf mengenai potensi diri melalui kaedah NLP. Selain itu ia juga bagi mendedahkan mengenai pengurusan psikologi dan pembangunan kendiri yang dapat membantu staf berfikiran positif serta meningkatkan semangat untuk menaikkan potensi kerja dan amalan terbaik hasil dari mengahdiri kursus ini. “Dalam bengkel ini, para peserta didedahkan dengan teknik mengenal potensi dan karakter diri bagi lebih mengenali antara satu sama lain”. “Pelbagai pengisian yang telah diatur oleh enam orang fasilitator yang terlatih antaranya sesi ‘Feel the Wave’, ‘Explore the Power Within’, ‘Be Specific’, dan ‘Timeline’”, tambah Encik Asri. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204
USIM-MYDIN MENANDATANGANI MOA LANCAR KAD ALUMNI
NILAI, 1 NOV 2016 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pejabat Perhubungan Alumni, Bahagian Hal Ehwal Pelajar mengorak langkah dengan menjalinkan kerjasama bersama syarikat runcit dan borong terbesar di Malaysia iaitu Mydin yang berlangsung di Pejabat Mydin Subang Jaya. Mydin Mohamed Holdings Berhad atau biasanya dikenali sebagai MYDIN berpangkalan di Lot No. 675 & 676 Persiaran Subang Permai, USJ 1, 46500 Subang Jaya, Selangor ini mempunyai 107 premis di seluruh negara. Jumlah ini termasuklah 23 pasaraya besar, 16 emporium, 3 bazar, 49 pasaraya mini, 11 kedai serbaneka dan 5 francais. Untuk tujuan majlis menandatangani MOA ini, USIM dengan kerjasama MYDIN Mohamed Holdings Berhad akan melancarkan kad Alumni USIM yang telah ditambahbaik kegunaan dan kelebihannya termasuklah tawaran harga diskaun yang akan diberikan kepada Alumni USIM yang membeli-belah di semua rangkaian pasaraya MYDIN. Menurut Naib Canselor USIM, Prof Dato Dr Musa Ahmad kumpulan pertama yang akan memperolehi kad Alumni ini adalah bakal graduan yang akan diijazahkan pada Majlis Konvokesyen USIM ke-14 pada 19-21 November ini sementara Alumni yang telah diijazahkan pada tahun-tahun sebelumnya, akan turut menikmati kelebihan ini melalui pengagihan kad tersebut secara berperingkat-peringkat. “Pemegang kad Alumni ini juga secara tidak langsung telah mempromosikan USIM di luar kampus dengan menggunakan kad tersebut ketika membeli-belah di MYDIN sekaligus membuka mata masyarakat tentang USIM. Tempoh perjanjian adalah selama 3 tahun dan saya amat berbesar hati sekiranya perjanjian ini akan berterusan kerana ia dilihat dapat memberikan manfaat serta impak yang besar kepada kedua-dua belah pihak, selain Memorandum Perjanjian yang dimeterai ini akan menjadi platform [...]
SYARAHAN PERDANA: ‘MENOPOS SATU REALITI KEHIDUPAN’
NILAI, 19 OKT 2016 – Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Persatuan Menopos Malaysia telah menganjurkan Syarahan Perdana yang bertajuk Menopos: Satu Realiti Kehidupan disampaikan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Nik Mohd Nasri Nik Ismail yang kini merupakan Pengarah Pembangunan Kompleks Kesihatan USIM. Berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang kepakaran Obsterik & Ginekologi dan aktif dalam pelbagai jawatan, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Nik Mohd Nasri sangat terkenal di kalangan doktor pakar O&G kerana beliau telah mempelopori rawatan untuk wanita menopos sejak tahun 1990 dengan menubuhkan Klinik Menopos pertama di Malaysia. Seterusnya menubuhkan Persatuan Menopos Malaysia pada tahun 1997 dan beliau bergiat aktif sehingga hari ini dengan mengendalikan satu-satunya Klinik Menopos yang besar di Malaysia iaitu di Pusat Perubatan UKM. Di USIM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Nik Mohd Nasri dilantik menjadi Dekan Pengasas Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan . Kini, USIM telah menghasilkan enam kumpulan Doktor Perubatan. Dalam syarahan yang disampaikan oleh beliau, menopos berpunca daripada kegagalan ovari untuk mengeluarkan hormon estrogen yang memberi kesan kepada seluruh sistem tubuh wanita. Purata umur menopos wanita Malaysia ialah 50.7 tahun, dan oleh sebab jangka hayat wanita Malaysia adalah 77.2 tahun, satu pertiga hayat mereka adalah selepas menopos. “Mengikut Persatuan Menopos Antarabangsa (International Menopaus Society atau IMS), terapi dengan hormon dikira sebagai kaedah yang paling efektif untuk mengatasi gejala seperti rasa panas, berpeluh dan gejala urogenital (pundi kencing dan faraj). Terapi ini lebih bermanfaat jika digunakan sebelum umur 60 tahun atau dalam masa 10 tahun selepas menopos”. [...]
SWAN 2016 BINCANG TOLERANSI DEMI KESEJAHTERAAN UMAT
THAILAND, 5 OKT 2016 – Bertemakan ‘Toleransi Nabawi Dalam Kepelbagaian Bangsa’, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Seminar Warisan Nabawi kali ke-5 peringkat Antarabangsa buat buat julung kalinya diadakan di luar negara dengan kerjasama Universiti Fatoni, Thailand dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs). Seminar yang berlangsung pada 4 hingga 5 Oktober 2016 di Universiti Fatoni, Thailand ini menyaksikan seramai 70 pembentang dari pelbagai bidang dan negara membentangkan kertas kerja mereka antaranya dari Kuwait, Sudan, Indonesia, Thailand dan Malaysia dan dirasmikan oleh Raja Muda Perlis DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Syed Sirajuddin Jamalullail. Persidangan ini bertujuan menghimpunkan para cendekiawan untuk membincangkan isu berkaitan Sunnah dan fungsinya sebagai asas toleransi demi kesejahteraan umat seluruhnya. Ia turut bagi menjernihkan pandangan orang luar terhadap tohmahan yang dilempar terhadap Islam yang dikatakan menaja keganasan. Diharapkan dengan berlangsungnya seminar ini, idea-idea yang bernas serta penemuan-penemuan yang bermanfaat dapat dijana dan dibincangkan demi menzahirkan kehebatan Sunnah sebagai sumber asas toleransi dan kesejahteraan. Antara lain objektifnya adalah mengemukakan hasil kajian terbaru yang berkaitan Sunnah dan kesejahteraan, meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap Sunnah, serta memartabatkan Sunnah sebagai asas kesejahteraan dan toleransi terhadap umat. “Kita sentiasa berusaha membentuk hubungan dengan pihak institusi pengajian tinggi dan institusi lain untuk sama-sama berganding ilmu, kepakaran, pengalaman dan tenaga bagi merealisasikan peranan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi. Mengembeling tenaga mencari solusi kepada permasalahan yang melanda umat manusia di era ini”, ucap Prof Dr. Zulkiple Abd Ghani, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM. “Kami di USIM akan terus memperjuangkan keutuhan agama Allah [...]
Oktober 2016
TIGA KUMPULAN NASYID USIM BERSAING DALAM FESTIVAL NASYID PERINGKAT KEBANGSAAN 2016
Nilai, 18 OKT 2016 – Majlis pratonton dan pelepasan Kumpulan Nasyid USIM ke Festival Nasyid Kebangsaan telah diadakan di Studio Latihan, Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, semalam. Majlis tersebut dihadiri Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed dan Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Tengku Nur Iftah Tengku Jamil. Tiga kumpulan yang akan bertanding ke Festival Nasyid Kebangsaan pada 20 hingga 23 Oktober 2016 yang dianggotai pelajar dan alumni USIM yang mengelarkan mereka sebagai kumpulan Bachelor mewakili Negeri (Perak), Inspirasi (Selangor) dan Q-Vou (Negeri Sembilan). Pengarah Pusat Kebudayaan, Ismail Ahmed dalam ucapannya memberi komentar bahawa keseluruhan persembahan terdapat beberapa aspek yang perlu dimantapkan lagi dalam persembahan setiap kumpulan. Secara keseluruhannya, beliau berpuas hati rekaan kostum yang dipakai oleh peserta yang disifatkannya sebagai menawan dan sesuai ke pertandingan tersebut. Dalam pada itu juga Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Tengku Nur Iftah Tengku Jamil dalam ucapan aluannya berkata, beliau mengharapkan yang terbaik daripada semua kumpulan, lebih-lebih lagi Kumpulan Q-Vou yang mewakili Negeri Sembilan. Beliau turut menekankan tiga konsep utama yang patut dipegang oleh setiap kumpulan, iaitu fokus, berani dan pimpin diri dalam mencipta kejayaan. “Saya berharap agar semua peserta supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam membuat persembahan dan kalah atau menang merupakan adat pertandingan dan kita perlu berusaha untuk mencapai kejayaan,” katanya. Kumpulan Bachelor bertanding dalam kategori nasyid moden membawakan lagu bertajuk Naskhah Cinta yang mebawa tema kekeluargaan. Ahlinya, Muhammad Hisham Haris berkata, kumpulannya menekankan tema kekeluargaan kerana keluarga merupakan institusi penting untuk kehidupan [...]
KONVENSYEN ZAKAT KEBANGSAAN 2016 BINCANG KONSEP HAD KIFAYAH ZAKAT
NILAI, 11 OKT 2016 – Seramai 250 peserta yang terdiri dari pengamal zakat, ahli akademik, institusi zakat dan majlis agama islam seluruh negeri, jabatan mufti, serta pelajar Universiti Awam (UA) dan IPTS menghadiri Konvensyen Zakat Kebangsaan 2016 yang bertempat di Dewan Kolej Permata Insan USIM. Konvensyen yang berlangsung selama dua hari bermula 11 hingga 12 Oktober 2016 ini akan membincangkan isu-isu yang menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat berkaitan item penolakan dan kadar zakat serta cukai pendapatan yang ditentukan oleh agensi berwajib di Malasia. Selain itu, bagi menerangkan konsep had kifayah zakat menurut Islam dan mengupas item dan kadar zakat had kifayah pendapatan menurut Islam dan pelaksanaannya di Malaysia serta memperkasakan dan menyelaraskan item dan kadar zakat had kifayah zakat pendapatan di Malaysia berdasarkan syarak dan pendekatan wasatiyyah. Ia juga dapat membantu mencadangkan model had zakat kifayah pendapatan. Menurut Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Datuk Haji Che Mat Che Ali dalam ucapan perasmiannya, isu-isu berkaitan zakat sring kali diperkatakan terutamanya apabila menjelang ramadhan seolah-olah tiada kesudahan. Dengan adanya perjumpaan dikalangan mereka yangterlibat secara langsung dan tidak langsung dengan urusan zakat di konvensyen ini akan dapat melahirkan keputusan dan tindakan yang perlu dilakukan bersama bagi menjawab segala persoalan yang dihadapi. ”Selain itu, jika dilihat realitinya di Malaysia, taksiran had kifayah zakat pendapatan adalah berbeza bagi setiap negeri. Perbezaan-perbezaan tersebut melibatkan item-item penolakan dan kadarnya. Justeru satu usaha perlu dibuat bagi mewujudkan keselarasan had kifayah zakat pendapatan antara negeri di Malaysia”, jelas Datuk Haji Che Mat. ”Zakat juga [...]
PESERTA BRITISH INVENTION SHOW 2016 KEKALKAN PRESTASI CEMERLANG
LONDON, 26 OKT 2016 – Penyertaan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam pertandingan inovasi antarabangsa iaitu British Invention Show (BIS) pada 19 hingga 22 Oktober lalu membuah hasil apabila mendapat 2 emas dan 2 perak serta Anugerah Khas Platinum. Penyertaan kali ini juga turut membanggakan apabila produk Mobile Intravenous Drip (MIV) dianugerahkan Special Award : Platinum Award of Consumer Category selain mendapat emas (Innovation Category) dan perak (Design Category). “Anugerah Khas Platinum yang diterima ini merupakan satu permulaan baik untuk kumpulan inovasi lain bagi mendapatkan anugerah tertinggi pada masa akan datang,” ujar YBhg Prof Dato’ Dr Musa Ahmad, Naib Canselor USIM. “Alhamdulilah, kejayaan MIV ni tidak dapat dikecapi tanpa usaha dari rakan kumpulan serta pensyarah penyelia, Prof Madya Ahmad Najib Azmi yang bersama-sama menjayakan projek ini. Selain itu, terima kasih juga kepada USIM kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada kami mewakili universiti untuk bertanding di BIS tahun ini,” ujar Muhammad Akmal Sallahuddin, pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. “Secara umumnya, rawatan Intravenous adalah rawatan biasa di hospital untuk memberi ubat dan menstabilkan cecair dalam badan pesakit. Selalunya pesakit akan ada masalah untuk bergerak dengan set IV seperti untuk ke tandas secara tidak langsung ia boleh tercemar jika diletakkan di tempat yang tidak bersih. Botol IV juga kadang kala diletakkan diparas rendah daripada tangan pesakit boleh mengakibatkan keluarnya darah ke dalam tiub IV. Justeru, kami reka produk MIV ini bagi membantu pesakit bergerak dengan lebih mudah semasa menjalani rawatan di hospital selain dapat menjamin kebersihan set IV malah dapat mengatasi [...]
SEMINAR FIQH PERGIGIAN NUSANTARA 2016 HIMPUN ILMUAN EMPAT BUAH NEGARA SERANTAU
NILAI, 22 OKT 2016 – Seminar Fiqh Pergigian Nusantara 2016 anjuran Fakulti Pergigian Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif dan menzahirkan kepekaan serius dalam isu-isu dan hukum fiqh dalam bidang pergigian dengan memulakan langkah dalam mencuba untuk membolehkan ilmuan-ilmuan agama dan pakar-pakar pergigian membentangkan kertas kerja dan berkongsi ilmu kepada pengamal-pengamal pergigian seluruh negara dan negara serantau yang melibatkan 4 buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei ini diadakan pada 22 & 23 Oktober 2016 bertempat di Wisma Perwira, Angkatan tentera Malaysia, Kuala Lumpur. Seminar ini merupakan kesinambungan daripada rentetan kejayaan penganjuran Seminar Fiqh Pergigian Peringkat Kebangsaan pada Mei tahun lalu. Selaras dengan visi dan misi Universiti Sains Islam Malaysia untuk mengimbangkan ilmu naqli dan aqli, pihak fakulti pergigian mengambil peluang untuk meneruskan penganjuran seminar ini tetapi dengan skala yang lebih besar, melibatkan negara-negara serantau seperti Indonesia, Brunei dan Singapura. Hasil gabungan ilmu dari pakar-pakar fiqh dan pergigian dalam seminar diharap dapat merungkai pelbagai isu dan masalah pergigian yang berkaitan dengan hukum fiqh. Seramai lebih kurang 230 peserta terdiri dari pengamal pergigian dan pelajar dari negara serantau dan sebanyak 10 kertas kerja yang dibentangkan dengan menampilkan penceramah-penceramah yang dijemput khas daripada 4 buah negara tersebut yang mempunyai pengalaman meluas dalam bidang fiqh pergigian. Antara objektif seminar ialah untuk memberi kefahaman dan menghubungkaitkan fiqh dengan isu-isu dalam bidang pergigian kepada pengamal pergigian. Selain itu, seminar ini juga menyediakan platform kepada pengamal dan penyelidik pergigian untuk berkongsi kajian dan idea mereka dalam bidang berkaitan serta berkongsi ilmu dan pengalaman di [...]
ICEPS 12 LAKSANA KONSEP KEUSAHAWANAN AL FALAH
NILAI, 2 OKT 2016 - Konvensyen Keusahawan Islam (iCEPS) kali ke 12 anjuran pelajar tahun empat Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendapatkan sambutan ramai kira-kira 8000 pengunjung yang hadir program berlangsung selama empat hari bermula 29 September hingga 2 Oktober 2016 di perkarangan Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM. Seramai 353 orang pelajar dan jawatankuasa yang terlibat di mana masing-masing mempunyai peranan tersendiri bagi menjayakan setiap aktiviti yang berlangsung. Antara aktivitinya adalah Bicara Siswi, Dikir Zikir, Forum Maal Hijrah, Halaqah Akustika, Pertandingan Bayi Comel, Jobhouse, Seminar Kerjaya dan Konsert Simfoni yang menampilkan artis Faizal Tahir, Ramli Sarip, Wani dan Hyper Act. Turut diadakan juga aktiviti outdoor seperti Flying Fox, Roller Blade, Amazing Race dan Rainbow Shoot Run. Antara objektif penganjurannya adalah bagi memberi pengetahuan dan pemahaman yang jelas kepada pelajar terhadap bidang keusahawanan Islam berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah yang semakin ditinggalkan oleh generasi masa kini, meningkatkan pelbagai kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar seperti kemahiran berfikir, pengurusan organisasi, kemahiran berkomunikasi serta membina keyakinan diri melalui pelbagai usaha dan aktiviti berbentuk penyuntikan ilmu pengetahuan, perencanaan, pengalaman berurusan, dan lain-lain berdasarkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, mempromosikan lagi USIM kepada masyarakat umum sebagai Universiti Awam (UA) yang menekankan aspek penjenamaan Islam dalam pelbagai industri seterusnya membawa nama USIM keserata negara serta menggalakkan peserta khususnya mahasiswa/i melibatkan diri secara langsung dalam program keusahawanan dan seterusnya membina jaringan perniagaan yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah dimana iCEPS12 menerapkan konsep perniagaan adalah Sunnah dan menekankan sumbangan semula kepada masyarkat berlandaskan konsep [...]









