Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Julai 2024

Keselamatan Kampus Holistik: Gabungan Naqli dan Aqli untuk Persekitaran Kondusif

Keselamatan kampus merupakan elemen penting dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selamat untuk semua warga kampus. Namun, keselamatan kampus tidak hanya bergantung kepada jumlah pengawal keselamatan, pemeriksaan di pintu masuk utama, atau kekerapan rondaan. Keselamatan kampus juga melibatkan aspek mental dan spiritual.Melihat dari perspektif yang lebih luas, keselamatan kampus merangkumi lebih daripada elemen fizikal. Pendekatan holistik yang mengintegrasikan ilmu naqli (agama) dan aqli (sains) boleh menjadi asas penting dalam mewujudkan kampus yang selamat, harmoni, dan kondusif.Dalam era moden ini, integrasi ilmu naqli dan aqli semakin relevan untuk diaplikasikan dalam pelbagai pendekatan, tindakan, polisi, dan dasar demi kebaikan warga kampus. Pendekatan yang menggabungkan kedua-dua jenis ilmu ini memberikan impak yang lebih holistik, inklusif, dan komprehensif dalam memastikan keselamatan kampus lebih terjamin.Ajaran agama Islam, sebagai contoh, menggariskan prinsip penting dalam menjaga nyawa, kehormatan, dan harta benda. Prinsip ini selari dengan kajian etika dan moral dalam sains sosial yang menekankan kepentingan persekitaran selamat dan sihat. Menggabungkan nilai agama dan pengetahuan saintifik dapat membentuk komuniti kampus yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia melalui penguatkuasaan peraturan di kampus. Hukum syariah dalam Islam menekankan prinsip keadilan dan perlindungan. Apabila konsep ini digabungkan dengan undang-undang sivil dalam penggubalan polisi keselamatan kampus, ia menghasilkan polisi yang efektif dan komprehensif, didasari hikmah adil dan bukti kukuh.Kesihatan mental dan fizikal adalah aspek penting dalam keselamatan kampus yang tidak boleh diabaikan. Ajaran agama sering menekankan kepentingan menjaga kesihatan tubuh dan minda sebagai bentuk ibadah. Pada masa yang sama, bidang psikologi dan perubatan moden menyediakan panduan dan kaedah [...]

USIM – PERKESO Jalin Kerjasama Perkasa Komuniti OKU Dalam Bidang Pekerjaan

NILAI– Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai langkah untuk mendokong usaha pemerkasaan Orang Kurang Upaya (OKU) dan pengupayaan masyarakat yang inklusif. Majlis tersebut telah diadakan pada 11 Julai 2024 bertempat di Executive Lounge, Bangunan Canselori USIM. Jaringan kerjasama USIM dan PERKESO ini bakal menyumbang ke arah penambahbaikan melalui latihan, kajian dan inovasi kepada kedua belah pihak demi meningkatkan keterlihatan kedua-dua institusi khususnya dalam menguruskan keperluan pencarum dalam kalangan OKU. Melalui usaha ini, USIM akan menawarkan khidmat konsultasi dan kepakaran dalam bidang penyelidikan dan inovasi serta sinergi latihan dan pemindahan ilmu bagi mendepani isu dan cabaran pekerja OKU selaras dengan matlamat PERKESO dan kesejahteraan sosial komuniti OKU. Berdasarkan perangkaan PERKESO seramai 76,390 individu berjaya kembali bekerja ke dunia pekerjaan selepas menjalani latihan pemulihan sejak program Return to Work (RTW)  dilaksanakan pada 2007 hingga Mei 2024, sekali gus membuktikan prinsip ‘no one is left behind’ yang dibawa PERKESO. Majlis menandatangan ini turut menyaksikan Simbolik Pengenalan Risalah Braille Return To Work (RTW) PERKESO edisi pertama yang diserahkan kepada Dato’ Haji Mah Hassan Haji Omar, Pengarah Urusan KL Braille Resources. Program RTW ini merupakan program pengurusan hilang upaya yang dilaksanakan oleh PERKESO dalam membantu pencarum yang cedera atau menghidapi penyakit untuk dipulihkan dan kembali semula bekerja. Majlis menandatangani MoU ini telah disempurnakan oleh Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM dan Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO. Turut [...]

USIM Hargai 70 Rakan Industri dan Agensi

NILAI – Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan majlis penghargaan untuk rakan industri dan agensi pada 10 Julai 2024 di Hotel Nilai Springs Resort. Majlis ini bertujuan untuk menghargai rakan industry dan agensi yang telah bekerjasama dengan USIM dalam memajukan inisiatif bersama merangkumi penyelidikan, perundingan, latihan, pembelajaran, pembangunan produk inovasi dan pengkomersialan, serta program-program libatsama masyarakat. Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, menyatakan, “Latihan industri membantu pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang tidak terkandung dalam silibus akademik, sering kali dirujuk sebagai 'Street Smart'. Di USIM, kami komited untuk memperluas dan meningkatkan aspek ini dalam pendekatan pendidikan kami.” "Kami bergerak ke arah melengkapkan pelajar dengan pengalaman praktikal dunia nyata yang melengkapi pembelajaran akademik mereka dan menyediakan mereka untuk keperluan pekerjaan sebenar,” tambah beliau. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Tauffiq Mohd Noor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USIM juga menyatakan, "Kerjasama strategik ini memudahkan pemindahan dan penyebaran pengetahuan yang dihasilkan dalam universiti, dan ia dapat ditonjolkan melalui penglibatan pelbagai pihak, terutamanya industri." Beliau juga menekankan realiti semasa pendidikan tinggi yang didorong oleh industri, menggariskan keperluan untuk kerjasama proaktif dan berpandangan jauh antara universiti dan industri untuk manfaat bersama. Turut diadakan dalam majlis ini adalah penyampaian anugerah dan pengiktirafan kepada industri dan agensi. Penerima anugerah dipilih berdasarkan sumbangan dan kerjasama mereka dengan USIM sepanjang tahun 2023. Anugerah yang disampaikan pada majlis tersebut termasuk Anugerah Khas untuk Projek Perundingan, Anugerah Khas untuk Geran Penyelidikan, Anugerah Khas untuk Sumbangan/Endowmen, Anugerah [...]

USIM menganjurkan Simposium Antarabangsa Malaysia Madani 2024: Islam Dan Kesederhanaan

KUALA LUMPUR – Dengan membawa tema ‘Envisioning Moderate Muslims for the Contemporary World’, penganjuran Simposium Antarabangsa Malaysia Madani 2024: Islam dan Kesederhanaan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Angkatan Belia Islam (ABIM) merupakan yang julung kali dianjurkan. Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir turut menjadi panel jemputan dalam salah satu sesi perbincangan bersama sarjana jemputan seterusnya merasmikan majlis penutup simposium. Simposium yang berlangsung selama dua hari bermula 3 dan 4 Julai 2024 ini menampilkan lebih 15 tokoh terkemuka seluruh dunia seperti Presiden Institut Maqasid Kanada, Prof Jasser Auda, Imam Besar Universiti Al-Azhar, Syeikh Ahmed Mohamed Ahmed El-Tayeb, Ketua Esekutif, Cambridge Muslim College United Kingdom, Prof Joel Hayward, Mufti Australia, Dr Ibrahim Abu Mohamad dan beberapa lagi sarjana jemputan dari dalam dan luar negara. Sementara itu, Naib Canselor Prof. Ts. Dato Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapan aluannya berkata, dalam usaha kita mendepani umat Islam dalam kesederhanaan, kita mesti memperkasakan belia, membina komuniti inklusif, dan menggalakkan perpaduan dalam kalangan umat Islam. “Belia Muslim perlu memperkukuh diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran berfikir secara kritis untuk terlibat dalam perbincangan mengenai Islam dan isu-isu kontemporari. Langkah-langkah praktikal termasuklah mewujudkan platform serta mempromosikan dialog antara agama dengan penglibatan para belia, mengetengahkan nilai-nilai bersama, dan menggalakkan pertukaran budaya untuk mencapai persefahaman bersama yang akan mengurangkan salah tanggapan”, ujarnya lagi. Simposium ini diadakan untuk mendalami kefahaman prinsip dan nilai Islam moderat yang menjadi asas kepada idea semasa tentang Islam dan [...]

Jun 2024

Ibnu Ummi Maktum Raih 3 Emas, 2 Perak di Melaka International Intellectual Exposition (MIIEX 2024)

MELAKA – Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) sekali lagi telah mengharumkan nama USIM melalui kemenangan memperoleh 3 pingat Emas dan 2 pingat Perak di Melaka International Intellectual Exposition (MIIEX 2024) yang telah berlangsung di UiTM Kampus Melaka pada 12 Jun 2024 baru-baru ini. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Kalsom Noordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka. Kemenangan tersebut turut diraikan melalui penerimaan dua pengiktirafan khas melalui Anugerah Tuah (Best Innovation Award) - Projek The Innovation of Eight New Braille Codes for Mashaf Quran Braille Malaysia dan Anugerah Kasturi (Best Design Award) - Projek Malaysia Sign Language Development Model for Islamic Terminology. Menurut Dr. Nur Atiqah Abdul Aziz, Ketua Penyelidik bagi Projek The Innovation of Eight New Braille Codes for Mashaf Quran Braille Malaysia, projek ini merupakan inovasi terhadap penambahan 8 kod baru Braille di dalam Mashaf Al-Quran Braille Malaysia. “Projek ini adalah usaha dan sumbangan dalam memelihara serta mengangkat kesucian Al-Quran dalam komuniti OKU Penglihatan di samping mengukuhkan rasa inklusiviti dalam kalangan masyarakat” ujarnya. “Sudah pasti kejayaan ini adalah hasil sinergi bersama di samping komitmen dan kesungguhan serta  usaha gigih yang diberikan oleh ahli kumpulan dalam memastikan kelancaran semasa pertandingan.  “Semoga kemenangan ini memberi inspirasi & semangat untuk kami terus menghasilkan penyelidikan & inovasi yang memberi manfaat berpanjangan kepada Ummah & masyarakat” ujarnya lagi. Sementara itu, Profesor Madya Dr. Haji Norakyairee Mohd Raus, Pengarah UMMI berharap agar UMMI ini menjadi platform penyampaian dakwah OKU melalui pendekatan integrasi ilmu Naqli dan Aqli yang sentiasa menyokong mana-mana [...]

146 Pegawai Kadet selesai Perbarisan Ulung Komandan PALAPES USIM

NILAI - Seramai 146 orang Pegawai Kadet PALAPES USIM telah berjaya menjalani Perbarisan Ulung Komandan PALAPES USIM yang berlangsung di Markas PALAPES Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah pada 22 Jun 2024 baru-baru ini. Sebelum itu, pegawai kadey ini telah menyempurnakan Latihan Kem Tahunan bersama PALAPES Universiti Putra Malaysia (UPM) di sekitar Raub, Pahang dan Kem 8 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kuala Lipis, Pahang pada bulan februari yang lalu. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Mejar Rozaimi Kamarudin Timbalan Komandan dan juga Mejar Mohammad Norfadzlin Kamarudin Ketua Jurulatih Naib Canselor Prof Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani merangkap Komandan berucap, “Saya berpendapat bahawa program ini amat baik bagi membina sahsiah diri setiap pelajar yang menyertainya dan sedaya upaya melatih semua Pegawai Kadet ini sebaik yang  mungkin  dengan  bantuan  dari  barisan jurulatih PALAPES USIM sendiri. Kamu semua bertuah dan seharusnya berbangga kerana dapat  menjalani  latihan  yang  memerlukan pengorbanan  dari  segi  masa,  tenaga  dan komitmen”. Ujarnya lagi, perancangan pembangunan dan peningkatan bagi PALAPES USIM haruslah diteruskan dan dipertingkatkan dalam usaha memberi peluang kepada anak watan USIM ini untuk terus menabur bakti demi maruah negara dengan menyertai pasukan askar wataniah setelah tamat pengajian di universiti ini. “Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada PALAPES Canselori yang diterajui oleh Sarjan Md Khairul Daud dan beberapa anggota staf PALAPES lain dengan kerjasama PPKI telah melaksanakan modul pertama berbentuk survival iaitu modul meredah hutan dan ikhtiar hidup kepada 60 orang pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) bersempena program motivasi dan peningkatan PNGK pada awal bulan jun yang lepas”, [...]

USIM Perkenal Ebrelle (Laptop For The Blind) Terunggul Di Pusat Sains Negara Untuk Golongan OKU Penglihatan

KUALA LUMPUR – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) telah menyerahkan komputer Braille, eBrelle kepada pihak Pusat Sains Negara melalui Program Hari Istimewa Sains yang telah dijalankan pada hari ini 25 Jun 2024. Produk tersebut telah diserahkan oleh Naib Canselor USIM, Yang Berbahagia Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani kepada Pengarah Pusat Sains Negara, Encik Mohammad Fuad Rahman dengan disaksikan oleh YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, isteri YAB Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Pendaftar USIM, Yang Berbahagia Dato’ Muhammad Haizuan Rozali serta Pengarah Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum, Profesor Madya Dr. Norakyairee Mohd Raus. Menurut Penyelaras (Penyelidikan Inklusif) UMMI, Dr. Mohd Nur Adzam Rasdi berkata, inovasi inklusif, eBrelle (Laptop for the Blind) merupakan peranti elektronik yang berfungsi sebagai komputer riba khusus bagi individu OKU Penglihatan. Produk ini telah direka cipta oleh Syarikat eDote Sdn Bhd yang diketuai oleh Ts. Dr. Shaharil Mad Saad dan produk ini mampu untuk menulis dan mencatat teks dalam tulisan Braille serta mentranskripsi fail-fail digital dalam format PDF, Word dan Power Point. ”UMMI telah membangunkan kandungan bahan bacaan Islamik versi Braille bagi produk ini dengan kerjasama Syarikat eDote Sdn. Bhd.” ujarnya. ”Permintaan komuniti OKU terhadap bahan bacaan Islamik mengukuhkan kolaborasi strategik antara USIM dan Syarikat eDote Sdn. Bhd. dalam menawarkan peranti yang boleh memanfaatkan bahan bacaan Islamik seperti kandungan Quran Braille baharu yang memenuhi standard Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran, Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN)” ujarnya lagi. Sementara itu, Naib [...]

USIM terima Kunjungan Wakil dari Kedutaan Rusia

NILAI- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui International Law Unit (ILU), Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) berbesar hati menerima kunjungan dari Kedutaan Rusia di Kuala Lumpur buat julung kalinya pada 19 Jun 2024 baru-baru ini. Bersempena kunjungan tersebut, turut diadakan “Special Talk Session With The Russian Embassy” yang disertai oleh pembicara dari universiti di Rusia, iaitu Far Eastern Federal University (FEFU) di Vladivostok. Program ini merupakan satu hasil pulangan (return on investment) penganjuran program edu-pelancongan tahunan ASEAN CLASSROOM (ACL) anjuran International Law Unit (ILU), USIM, di mana Dr. Hazmi Mohd Rusli Pensyarah FSU USIM pernah menjadi profesor pelawat di FEFU beberapa tahun yang lalu. Kunjungan Kedutaan Rusia diwakili oleh Encik Alexey Salnikov, Kaunselor Kedutaan Rusia dan Kapten Victor Shkulepa serta Major Valerii V. Tishevskii, attache ketenteraan Udara & Laut Kedutaan Rusia di Malaysia. Menurut Dr Hazmi, mereka menyampaikan kuliah berkenaan prospek pendidikan tinggi di Rusia serta hubungan Rusia dengan negara-negara lain serta isu berkaitan Rusia dan undang-undang antarabangsa. “Kunjungan kedutaan Rusia ini bukan sahaja telah memberi peluang dan manfaat kepada para pelajar dan pensyarah atas perkongsian diberikan, malah menjadi satu wacana untuk membawa nama USIM ke persada antarabangsa. Ia merupakan satu pengiktirafan yang sangat besar apabila wakil dari Kedutaan Rusia, negara yang sangat berpengaruh di dunia dalam pelbagai bidang sudi hadir dan melaksanakan kerjasama dengan USIM. Ini juga adalah satu bentuk manifestasi bahawa USIM adalah sebuah institusi disegani yang meraikan segala bentuk ilmu naqli dan aqli”, ujarnya lagi. Selain itu, Prof Dr. Rafidah Hanim Moktar dari Fakulti Perubatan dan Sains [...]

Kolokium Pergigian USIM ke-10: Menerajui Transformasi dalam Kesihatan Oral

NILAI - Fakulti Pergigian (FPg) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan jayanya menganjurkan Kolokium Pelajar Pergigian USIM kali ke-10 pada 5 Mac 2024 baru-baru ini bertempat di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Sebanyak 11 pembentangan poster, 12 pembentangan lisan oleh pelajar tahun akhir yang sertai kolokium ini. Selain itu, acara ini juga disertai oleh Dentanova, pempamer dari syarikat Systema dan juga gerai jualan dari Dental Student’s Club (DSC), FPg USIM. Dengan tema "Transforming Oral Health Through Integration of Academic Clinical and Research," melambangkan usaha memartabatkan pendekatan transformatif dalam kesihatan oral melalui integrasi pengajaran akademik, amalan klinikal dan penyelidikan. Kolokium tidak hanya berhasil menjadi platform untuk bertukar ilmu dan pengalaman, tetapi juga sebagai medan bagi pelajar untuk mendemonstrasikan keunggulan akademik melalui pertandingan penyelidikan. Acara tersebut dimeriahkan dengan kehadiran Profesor Dr. Rafidah Hanim Mokhtar sebagai penceramah ucaptama, yang merupakan pakar Fisiologi dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM. Beliau yang memiliki minat mendalam dalam fisiologi gender dan aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan dan advokasi, memberikan pencerahan kepada hadirin mengenai isu-isu terkini dalam kesihatan. Dekan Fakulti Pergigian USIM, Dr. Ainuddin Yushar Yusof dalam ucapan aluannya mengatakan beliau menyambut baik penyertaan para peserta dan menekankan pentingnya kolokium ini dalam membangunkan asas yang kukuh dalam pengendalian penyelidikan di kalangan pelajar serta mendorong perlindungan harta intelek melalui hak cipta dan paten produk inovatif pergigian. Sementara itu, Dr. Asfizahrasby Mohd Rasoul, pengarah kolokium ini turut menzahirkan penghargaan atas sokongan berterusan daripada pengurusan fakulti dan penaja yang turut menjayakan program ini bagi memastikan ia berjalan dengan lancar. “Barisan Panel [...]

USIM Perkenal Figura 3D Celik Solat OKU Penglihatan Pertama di Malaysia Sempena Karnival Minggu Sains Negara 2024

KUALA LUMPUR –  Sejarah terukir apabila Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui hasil penyelidikan Smart Manufacturing and Advanced Renewable Technology Research Group (SMART RG) dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) memperkenalkan Figura 3D Celik Solat Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan pertama di Malaysia sempena Majlis Perasmian Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2024 yang berlangsung di Atrium, Pusat Sains Negara petang semalam. Gimik penyerahan Figura 3D Celik Solat OKU Penglihatan tersebut telah disempurnakan oleh Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM kepada YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang turut disaksikan oleh Puan Ruziah Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), MOSTI; Encik Abdullah Daud, Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), MOSTI; dan Encik Mohammad Fuad Rahman, Pengarah Pusat Sains Negara dalam majlis tersebut. Bertemakan “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi dan Mengarusperdanakan Inovasi”, MSN 2024 mensasarkan penglibatan 600,000 pelajar sekolah, institusi pendidikan tinggi serta masyarakat umum. “Pelaksanaan Minggu Sains Negara (MSN) adalah selaras dengan Pelan Tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021 – 2030 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) melalui usaha bersepadu dengan menggerakkan pelbagai aktiviti berlandaskan STI secara besar-besaran seluruh Malaysia,” kata YB Chang Lih Kang semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival MSN 2024. Figura ini akan dipamerkan di Pusat Sains Negara sebagai salah satu inisiatif infaq dan dakwah USIM kepada seluruh masyarakat di Malaysia terutama komuniti OKU penglihatan.   Oleh: Adika Hakmi [...]

Go to Top