Oktober 2025
USIM dan UMS Meterai MOA: Buka Peluang Pengajian DIJAP di Sabah
KOTA KINABALU – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) memeterai Memorandum Perjanjian (MOA) bagi pelaksanaan Program Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DIJAP) secara pesisir di Kampus UMS, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada pelajar di Zon Sabah dan Sarawak untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kehakiman dan guaman syarie . Majlis menandatangani perjanjian yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Lembaga Eksekutif, Bangunan Canselori UMS pada 26 September 2025 itu, dihadiri oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kassim Mansur. Menurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin, pelaksanaan program ini adalah hasil inisiatif bersama antara Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) USIM dan Fakulti Pengajian Islam UMS, sebagai usaha memperkukuh akses pendidikan tinggi Islam di Malaysia Timur. “Program DIJAP ini bukan sekadar memenuhi keperluan akademik, tetapi juga tuntutan industri dalam profesion kehakiman dan guaman syarie. Ia melatih pelajar agar kompeten, beretika dan mahir dalam tatacara mahkamah syariah, selain memahami sistem perundangan Islam yang diamalkan di Malaysia,” jelas beliau. Beliau turut memaklumkan bahawa pengambilan pertama program DIJAP secara pesisir di UMS telah bermula pada Semester I, Sesi Akademik 2024/2025, melibatkan 47 orang pelajar yang dijangka bergraduasi pada penghujung tahun ini. Program ini mendapat akreditasi MQA sejak tahun 2013 dan pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2009. “USIM amat menghargai komitmen UMS dalam menyediakan kemudahan pembelajaran kondusif kepada pelajar-pelajar DIJAP. Kerjasama strategik ini diyakini akan menjadi pemangkin kepada pengukuhan kapasiti profesional dalam bidang kehakiman dan guaman syarie di Negeri [...]
USIM raikan Hari Akademia Malaysia 2025: Integrasi AI Jadi Fokus
NILAI – Sebagai tanda sokongan terhadap agenda Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dipilih sebagai penganjur bersama Majlis Sambutan Hari dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor (DTC), USIM. Majlis berprestij ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi. Sejak tahun 2019, tarikh 5 Oktober telah diisytiharkan sebagai Hari Akademia Malaysia bagi menghargai jasa serta sumbangan warga akademik di pelbagai institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, politeknik, kolej komuniti, institut latihan perguruan, kolej matrikulasi termasuk institut latihan dan vokasional. Selain itu, KPT turut memperkenalkan Oktober sebagai Bulan Akademia, yang diisi dengan pelbagai program wacana serta aktiviti intelektual di seluruh IPT bagi memperkasa peranan akademia dalam membina masyarakat berilmu. Sambutan Hari Akademia diadakan bagi mengangkat dua tujuan utama, iaitu menghargai khidmat bakti dan sumbangan tenaga akademik di pelbagai institusi pendidikan tinggi, di samping memberi pengiktirafan terhadap peranan penting warga pendidik dalam membangunkan modal insan berkualiti serta memperkukuh pendidikan negara di persada antarabangsa. Bertemakan “Integrasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pendidikan Tinggi”, sambutan tahun ini memberi tumpuan kepada keperluan mendepani arus perubahan teknologi dan inovasi dalam landskap pendidikan negara. Penerapan kecerdasan buatan dijangka memperkasa kaedah pengajaran dan pembelajaran, selain memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi selaras dengan agenda Malaysia Madani. Seiring dengan itu, Naib Canselor USIM menekankan bahawa universiti komited memperkasa kurikulum dengan elemen AI dan keusahawanan, meningkatkan kualiti pengajaran berasaskan Outcome-Based Education, serta memacu strategi pembangunan akademik bertunjangkan tiga fokus utama iaitu pengajaran berkualiti, penyelidikan berimpak tinggi, dan [...]
September 2025
The Geneva Conventions at Sea: Civilian Protection and the Global “Sumud” Flotilla
Introduction “Our boats carry bread, not bombs.” This phrase, once painted on the side of a Gaza Freedom Flotilla ship, captures a simple truth: civilians trying to bring relief into a besieged territory are not combatants. Yet in a world where international law often feels fragile, many ask whether the Geneva Conventions or international law in general still matter. The answer is yes. The Geneva Conventions remain the backbone of the modern law of war, designed precisely for situations where civilians risk being crushed between state power and humanitarian need. Alongside them, other instruments of international law — such as the Additional Protocols, the UN Charter, customary rules on the conduct of hostilities, and codifications like the San Remo Manual — reinforce the same commitment to protecting civilians and regulating the use of force. The enduring promise of the Geneva Conventions Adopted in the ruins of the Second World War, the 1949 Geneva Conventions codified the idea that humanity does not end at the water’s edge or at the outbreak of war. The Fourth Geneva Convention (GC IV) and its later Additional Protocol I (API) extend protection to civilians and require access to essential supplies. Article 59 GC IV obliges an occupying power to agree to relief schemes “if the whole or part of the population of an occupied territory is inadequately supplied,” while API article 70 repeats this and adds that consent “shall not be arbitrarily withheld.” Civilian protection at sea At sea, these [...]
USIM Strengthens Global Ties: MJSL Delegation on Strategic Visit to Istanbul
ISTANBUL– A delegation from the Malaysian Journal of Syariah and Law (MJSL), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), undertook a strategic and internationalisation visit to Istanbul, Turkey, from 11 to 18 September 2025. The visit aimed to strengthen academic ties and explore collaborative opportunities with prominent Turkish universities. The MJSL is represented by three distinguished academics from the Faculty of Syariah and Law, who also serve on the MJSL editorial board: Dr Dina Imam Supaat, Associate Professor Dr Hendun Abd Rahman Shah, and Associate Professor Dr Noor Dzuhaidah Osman. Their visit began with the International Discourse on Shariah and Law (Series 4/2025) at Istanbul University’s historic Beyazit Campus, which is recognised as one of the oldest universities in the world. The delegation was received by the Dean of the Law Faculty, Professor Fethi, who chaired the discourse, which was live-streamed via Zoom to give opportunities for both institutions’ members to participate. The discussion covered various aspects of laws, including Malaysian and Turkish law, Islamic law and international law, which were presented by the MJSL delegation and Dr Abdullah Islamoglu as the representative of the law faculty. The discussion was followed by fruitful engagements with the editorial teams of the Faculty of Law journals, including the long-established Istanbul Law Review (IUHFM), Journal of Penal Law and Criminology (JPLC), Journal of Administrative Law and Sciences (JALAS), Istanbul Law Review for Comparative Law, Public and Private International Law Bulletin and Annales de la Faculté de Droit d’Istanbul. The following day, the delegation held productive [...]
Kalam NC: Sentuhan Baharu Naib Canselor Dekati Pelajar Baharu USIM
NILAI – Buat julung kalinya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memperkenalkan “Kalam NC” sebagai pendekatan segar sesi ramah mesra bersama Naib Canselor. Program yang berlangsung malam tadi di Dewan Tuanku Canselor (DTC) ini disusun dalam bentuk talk show santai dan interaktif, memberi peluang kepada kira-kira 2,613 pelajar baharu mendekati pucuk pimpinan universiti dengan lebih mesra dan dekat di hati. Kalam NC hadir dengan susun atur segmen menarik di mana pelajar berpeluang mengenali sisi peribadi beliau dari zaman persekolahan, pengalaman belajar di University of Cambridge, hinggalah hobi unik sebagai penjaga gol dan pendebat. Pelajar bukan sahaja mendengar, malah turut dilibatkan secara langsung menerusi sesi soal jawab, permainan interaktif, kuiz, serta segmen temu bual spontan oleh co-host yang mendekati mereka di ruang audiens. Sepanjang program, Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani turut menyentuh tentang aspirasi USIM melahirkan Muslim profesional, potensi besar mahasiswa, dan keunikan suasana biah solehah yang menjadi identiti kampus. Program ini juga menghidupkan tagline “USIM Cemerlang, USIM Disayang”, dengan penekanan bahawa universiti bukan sahaja tempat menuntut ilmu, tetapi medan membentuk sahsiah dan menabur bakti kepada masyarakat serta ummah. Menutup bicara, Naib Canselor menampilkan pesanan penuh hikmah sebagai seorang bapa menasihati anak. Beliau berpesan bahawa bukan universiti yang menentukan siapa kita, tetapi bagaimana kita memanfaatkan peluang yang ada. “Ramai masuk USIM dengan rasa biasa-biasa, tetapi keluar menjadi luar biasa,” ujar beliau penuh makna. Kalam NC dianjurkan oleh Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) dengan kerjasama Pejabat Naib Canselor dan StraComm Clique Dengan pendekatan baharu ini, Kalam NC menjadi bukan sekadar [...]
Semangat Kembar, Cita-cita Sama: Fahim & Fahmi pilih USIM
NILAI – Kehadiran pasangan kembar Muhammad Fahim bin Mohd Jumari dan adiknya, Muhammad Fahmi bin Mohd Jumari, 19, mencuri perhatian pada pendaftaran pelajar baharu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sesi akademik 2025/2026. Anak keempat dan kelima daripada enam beradik ini berasal dari Tangkak, Johor, dan kedua-duanya memilih untuk menyambung pengajian dalam program Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), USIM. Pasangan kembar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari Sekolah Menengah Agama LughatuL Quran ini bukan sahaja berkongsi cita-cita untuk menjadi ustaz atau guru demi berbakti kepada masyarakat, malah turut mempunyai minat yang sama dalam bidang sukan. Semasa di bangku sekolah menengah, mereka aktif mewakili daerah Tangkak dalam Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) ketika di tingkatan 4, 5 dan 6. Pencapaian terbaik mereka adalah meraih tempat ke-4 semasa tingkatan 5. Selain itu, mereka juga pernah mewakili negeri Johor dalam Kejohanan Sukan Sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) pada tingkatan 4 dan 5. Bagi Fahim dan Fahmi, keberanian menyeimbangkan dunia akademik dengan sukan telah memupuk disiplin dan daya saing yang tinggi. Kini, memasuki alam universiti, mereka tekad untuk mengekalkan semangat itu dalam mengejar kecemerlangan ilmu. “Harapan kami adalah untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang, seterusnya membalas jasa ibu bapa dan keluarga yang sentiasa menyokong. Insya-Allah, kami mahu menjadi insan bermanfaat kepada masyarakat melalui ilmu dan didikan yang diperoleh di USIM,” ujar mereka. Kisah kembar ini menyerlahkan keunikan semangat sejiwa dalam dunia akademik dan sukan, sekali gus menjadi inspirasi kepada rakan-rakan pelajar baharu bahawa perjalanan menuntut [...]
USIM terima Empat Pelajar OKU Mendaftar Sesi 2025/2026
NILAI, 25 September – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berbesar hati menerima kehadiran empat pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang mendaftar sebagai pelajar baharu program Sarjana Muda bagi Sesi Akademik 2025/2026. Salah seorang daripada mereka ialah Nik Nor Mastinaashikin binti Landy, 21, lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari SMKA Durian Guling, Marang, Terengganu. Di sebalik ujian kehilangan pendengaran yang dialami ketika umurnya 19 tahun iaitu kira-kira tiga tahun lepas, Mastinaashikin membuktikan bahawa cabaran kesihatan tidak pernah menjadi penghalang untuk mengejar cita-cita. Anak keenam daripada tujuh beradik ini memilih USIM sebagai universiti pilihan utama kerana tertarik dengan keunikan program yang menggabungkan pengajian Undang-undang dan Syariah secara serentak, yang diiktiraf oleh MQA dan LKPU. Mastinaashikin mengakui cabaran terbesarnya adalah menguruskan sensitiviti terhadap bunyi. “Apabila berada dalam suasana terlalu padat atau bising, saya mudah mengalami sakit kepala dan sukar untuk fokus,” jelasnya. Keadaan ini berpunca daripada masalah saraf pada otak yang memberi kesan langsung terhadap pendengarannya. Namun begitu, beliau berusaha mengawal situasi tersebut dengan belajar membaca bahasa tubuh, memahami konteks komunikasi, serta menyesuaikan diri dengan persekitaran. Di sebalik cabaran itu, Mastinaashikin bersyukur kerana mempunyai sistem sokongan yang kukuh. Kedua-dua ibu bapanya, Tuan Embong binti Syed Nor dan Landy bin Suraidy, sentiasa memberikan dorongan meskipun pernah berasa risau dengan keadaan kesihatannya. Sokongan daripada kakak dan abang turut menjadi sumber kekuatan, di samping penghargaan kepada USIM yang menyediakan pelbagai kemudahan mesra pelajar berkeperluan khas, sekali gus menambah keyakinannya untuk terus menimba ilmu. “Harapan saya adalah untuk menjadi insan seimbang, bukan sahaja cemerlang dalam akademik [...]
Kembar Palestin pilih USIM sebagai destinasi pengajian
NILAI – Kehadiran sepasang kembar dari Palestin, Mohamed Tariq Mansour Wafi dan Mansour Tariq Mansour Wafi, mencuri perhatian apabila kedua-duanya mendaftarkan diri sebagai pelajar baharu Sarjana Muda di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi Sesi Akademik 2025/2026 hari ini. Berusia 19 tahun, Mohamed Tariq kini mengikuti pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), manakala Mansour Tariq pula memilih bidang Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) di Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Kedua-duanya menyatakan Malaysia sebagai destinasi pilihan kerana suasana persekitaran yang hijau dan tenang, menjadikannya tempat ideal untuk menimba ilmu. “Malaysia sangat menarik, terutamanya kerana kehijauan dan suasananya yang menenangkan. Kami rasa ini tempat yang sesuai untuk belajar dan membina masa depan,” kata Mohamed Tariq. Mereka turut mengakui sokongan keluarga menjadi pendorong utama untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi. “Keluarga kami sentiasa memberi semangat agar kami meneruskan pengajian hingga ke peringkat tertinggi. Itu menjadi motivasi besar untuk kami,” tambah Mansour Tariq. Walaupun baru menjejakkan kaki ke alam universiti, kedua-duanya sudah menetapkan impian untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan seterusnya Doktor Falsafah (PhD), dengan harapan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk masyarakat Palestin dan dunia Islam. Kehadiran kembar Palestin ini bukan sahaja menambah warna dalam komuniti pelajar antarabangsa USIM, malah mengukuhkan lagi aspirasi universiti untuk terus menjadi institusi pendidikan bertaraf global yang mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli. Oleh: Adika Hakmi Ab Ghani
USIM Pilihan Pertama Izzati Sambung Pengajian Pendidikan Islam
NILAI – “Saya bercita-cita untuk menjadi Guru Agama. Sebab itu USIM jadi pilihan pertama saya untuk sambung pengajian di sini,” kata Nur Izzati Hazwani Mohamad, 20, dari Kampung Melayu Dit, Sarawak. Izzati merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Saratok, Sarawak. “Ini kali pertama saya berjauhan dengan keluarga demi mengejar impian dalam bidang yang saya minati. Perasaan memang bercampur, ada gementar dan ada gembira, tapi saya cuba kuatkan diri. Harapan saya dapatlah capai keputusan terbaik, mungkin sampai ke tahap Anugerah Dekan,” tambahnya. Menurut Izzati, keputusan memilih USIM dibuat kerana keyakinannya terhadap universiti ini yang menggabungkan ilmu Naqli dan Aqli dalam pengajaran. “Saya percaya suasana di USIM bukan saja membantu kecemerlangan akademik, tapi juga membentuk sahsiah. Itu yang saya cari,” jelasnya. Dalam masa sama, beliau tidak lupa menzahirkan penghargaan kepada ibu bapanya yang sentiasa mendoakan dan memberi sokongan. “Tanpa mereka, mungkin saya tak sekuat ini untuk berani keluar dari kampung halaman,” ujarnya lagi. Izzati turut meletakkan harapan agar pengajian di USIM dapat mematangkan dirinya bukan saja dari segi ilmu, tetapi juga kepimpinan dan kemahiran insaniah.
Terbang Solo dari Bangladesh, Israt Jihan Sertai USIM sebagai Pelajar Baharu
NILAI, 23 September 2025 – Berbekalkan semangat dan harapan keluarga, Israt Jihan Umme, 20, tiba sendirian dari Dhaka, Bangladesh untuk mendaftar sebagai pelajar baharu program Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) Fakulti Sains dan Teknologi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi sesi akademik 2025/2026. Israt, anak sulung daripada dua beradik, tiba di Malaysia pada 15 September lalu. Beliau merupakan harapan keluarga untuk melanjutkan pengajian ke luar negara dan kini melakar langkah pertama dalam mengejar cita-cita akademiknya. “Saya memilih USIM sebagai pilihan utama untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Komputer atas dorongan sepupu saya yang telah menamatkan pengajian di sini,” katanya penuh semangat. Graduan dari Chapainawabganj Govt. Women’s College, Bangladesh itu turut menyatakan harapan agar dapat mencipta kejayaan yang membanggakan keluarga serta menjadi inspirasi kepada adiknya. Israt merupakan salah seorang daripada 29 pelajar antarabangsa yang mendaftar masuk ke USIM pada hari ini. Dijangka seramai 2613 pelajar baharu akan mendaftar di USIM bermula hari ini sehingga esok di Dewan Tuanku Canselor.









