Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

November 2015

DUA TOKOH TERIMA IJAZAH KEHORMAT SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-13 USIM

NILAI, 7 NOV 2015 - Majlis Konvokesyen USIM Ke-13 baru-baru ini telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pendidikan kepada Presiden Universiti Islam Malaysia iaitu Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor manakala Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Syariah dan Kehakiman dianugerahkan kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor adalah antara individu terawal yang memegang amanah sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti sejak awal menubuh pada tahun 2000 hingga tahun 2012. Beliau merupakan pencetus dan penggerak penubuhan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) yang kemudian dinaiktaraf kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2007. Di bawah kepimpinan beliau, USIM bergerak maju dari sebuah universiti yang tidak dikenali di awal penubuhannya menjadi sebuah universiti yang disegani di peringkat serantau dan antarabangsa,  hinggalah terbentukknya lapan fakulti sehingga kini. Kepimpinan beliau yang luar biasa membangkitkan semangat pihak pengurusan,  kakitangan serta  pelajar-pelajar universiti dari semua fakulti termasuk  fakulti Pengajian Bahasa Utama untuk meraih pelbagai anugerah dan pengiktirafan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Berlainan dengan Tun Zaki Tun Azmi, selepas bersara sebagai Ketua Hakim Negara beliau tetap aktif dan terus diberi kepercayaan untuk menyumbang idea dalam pebagai organisasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau merupakan Canselor bagi Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Mahsa turut dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Malaysia Sabah (UMS) selain berperanan sebagai Pengerusi de facto kepada pengerusi-pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam Malaysia dan Hakim Dubai International Financial Centre yang mendengar kes-kes melibatkan isu kewangan antarabangsa yang berpusat di Dubai. Kepakarannya dalam bidang kehakiman dan undang-undang dapat [...]

PENERIMA ANUGERAH DIRAJA BERAZAM TABUR BAKTI SELEPAS BERGRADUASI

NILAI, 7 NOV 2015 – Kejayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melahirkan 2,502 graduan pada Majlis Konvokesyen Ke-13 baru-baru ini merupakan satu titik permulaan graduan berperanan sebagai duta USIM bagi membawa identiti dan nama baik universiti sebaik sahaja melangkah keluar dengan berbekalkan ijazah yang diperolehi. “Bertekadlah untuk menjadi anak yang berbakti, rakyat yang bermanfaat dan pemimpin yang menjunjung nilai murni, demi menyebarkan kesejahteraan dalam kehidupan. Dengan adanya semangat yang tinggi, para graduan mampu menjadi pendukung kepada perubahan sealiran dengan perjalanan masa,” titah Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, Canselor USIM dalam istiadat pembukaan Majlis Konvokesyen Ke-13 di Dewan Tuanku Canselor. Pada majlis itu, Mohd Taqwudin Mohd Yazid, 24, dengan PNGK 3.82 dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama dianugerahkan Anugerah Pelajaran DiRaja(Pingat Jaya Cemerlang). Ketokohannya terserlah apabila pernah memegang jawatan di Biro Pembangunan Akademik dan Intelektual Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi Akademik 2013/2014 malah turut mewakili USIM dan Malaysia ke beberapa program kepimpinan peringkat antarabangsa seperti The 5th University Scholars Leadership Symposium, di Phnom Penh, Kemboja dan The 2nd ASEAN Future Leader Summit di Malaysia-Thailand. Kepetahan beliau dalam berbahasa Arab membolehkan beliau mewakili USIM-Malaysia dalam Maal Hijrah Arabic Debate Championship 2014 dan ASEAN Arabic Debate Championship 2015. Berbekalkan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, beliau telah mengikuti Latihan Industri Antarabangsa di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam. Beliau kini telah dilantik menjadi Felo siswazah di Fakulti Pengajian Bahasa Utama dan sedang bersiap sedia untuk melanjutkan pengajian  ke peringkat Sarjana dalam bidang Linguistik Gunaan Bahasa Arab di Universiti Kebangsaan Malaysia. “Perasaan gembira dan [...]

HAMIDAH DAN FUAD JUARA DAN NAIB JUARA DA’I PENDAKWAH MILENIA TV3

NILAI, 16 OKT 2015 -  Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melahirkan rasa berbangga dan tahniah atas kejayaan yang dikecapi oleh dua pelajarnya Hamidah dan Fuad apabila dinobatkan sebagai Juara dan Naib Juara bagi program realiti tv iaitu Da’i Pendakwah Milenia Musim Ketiga yang berakhir setelah hampir tiga bulan berlangsung setiap Jumaat di TV3. Hamidah, 23, berasal dari Sik Kedah merupakan anak bongsu dari lapan beradik ini merupakan anak kepada pasangan Abd Razak Ag Long dan Azizah Othman. Mendapat pendidikan menengah di Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Pokok Sena Kedah sebelum menyambung pengajian di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM bagi program Ijazah Sarjana Muda Akidah dan Agama. Beliau yang bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik sangat gemar untuk mendapatkan pengalaman baru, disebabkan itu Hamidah pernah bekerja sebagai guru agama semasa belajar untuk mengumpul duit sendiri bagi menampung pengajiannya. “Saya bersyukur dan menganggap ia adalah rezeki daripada Allah kerana matlamat utama bukanlah kemenangan sejak hari pertama saya berada dalam rancangan da’I ini. Saya mahu belajar dan mempertingkatkan keupayaan diri dalam bidang dakwah. Oleh kerana itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pensyarah saya di USIM yang tidak putus-putus mendidik saya begitu juga pengurusan tertinggi USIM khasnya Datuk Profesor Naib Canselor yang telah memberi peluang kepada saya untuk menyertai rancangan Da’i ini”, ujar Hamidah. “Erti hidup ini adalah untuk memberikan manfaat kepada agama dan ummah. Saya akan terus belajar mempertingkatkan ilmu dan kemahiran saya dalam pada masa yang sama akan berusaha menyumbangkan ilmu kepada masyarakat”, tambah Hamidah. Beliau turut memberi kata semangat dan nasihat [...]

MAJLIS KONVOKESYEN KE-13 USIM RAI 2,502 GRADUAN

NILAI, 9 NOV 2015 – Seramai 2,502 graduan menerima ijazah dalam bidang masing-masing di Majlis Konvokesyen ke-13 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diadakan selama tiga hari bermula 7 hingga 9 November 2015 bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Majlis Konvokesyen kali ini mencatat peningkatan graduan berbanding tahun lalu dengan kenaikan sebanyak 48 peratus. Ia merangkumi pecahan mengikut tahap pendidikan iaitu 34 orang penerima Doktor Falsafah; 142 orang penerima Sarjana; 30 orang penerima Diploma dan 2,296 orang penerima Ijazah Sarjana Muda. Daripada jumlah tersebut Doktor Falsafah mencatatkan peningkatan sebanyak 48 peratus, penambahan kepada 34 graduan berbanding 23 graduan pada tahun lepas. Sarjana mencatat peningkatan sebanyak 61 peratus, penambahan kepada 142 graduan  berbanding 88 graduan pada tahun lepas. Turut menunjukkan peningkatan adalah Diploma Lanjutan sebanyak tiga peratus, penambahan kepada 30 berbanding 29 graduan pada tahun lepas. Bagi Ijazah Sarjana Muda pula peningkatan adalah sebanyak 48 peratus, kenaikan kepada 2,292 berbanding 1,549 graduan pada tahun lepas. Pecahan graduan bagi sidang satu seramai 333 graduan, sidang dua seramai 490 graduan, sidang tiga seramai 760 graduan, sidang empat seramai 452 graduan dan sidang lima serama 467 graduan. Majlis Konvokesyen ini mencipta sejarahnya apabila melahirkan seramai 10 orang graduan perintis daripada Program Sarjana Muda Sains Sebibina, Fakulti Sains dan Teknologi. Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) juga melahirkan graduan perintis dari 3 program barunya iaitu Program Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian (PPG), Program Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian (Pendidikan Islam) (PPG) dan Program Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian (Bahasa Inggeris) (PPG). “Saya berharap agar semua graduan dapat [...]

MISI TRAVELOG MAHABBAH FST DI BUMI MELBOURNE

MELBOURNE, 6 NOV 2015 – Seramai 25 mahasiswa Fakulti Sains Dan Teknologi (FST) , USIM mengikuti Misi Travelog Mahabbah di  Bumi Melbourne dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar selama lapan hari bermula 30 Oktober Sehingga 6 November 2015 di sekitar bandar Victoria Melbourne, Australia. Bagi program Giso di Australi kali ini , beberapa objektif utamayang telah digariskan oleh jawatankuasa dan phak universiti  telah tercapai iaitu memberi peluang kepada mahasiswa untuk memberi khidmat komuniti di peringkat antarabangsa, memberi peluang kepada pelajar kearah meningkatkan kefahaman tentang Islam di luar negara dan mempromosikan USIM di peringkat dunia. Menurut Timbalan Pengarah program Zainal Hakim Zakaria, seiring dengan misi USIM iaitu melahirkan mahasiswa berlatangbelakangkan agama yang professional dan mahir dalam pelbagai aspek, program ini adalah suatu langkah yang bagus bagi mahasiswa USIM bagi melatih mahasiswa mengndalikan program pengantarabangsaan bersakala besar seperti ini kerana ia tidak diajar dalam kuliah. Katanya lagi, “Antara program yang kami adakan sepanjang berada disana ialah mengadakan lawatan akademik di Perpustakaan Victoria, mengadakn pertemuan dan perbincangan bersama NGO dan pelajar Malaysia muslim tentang Kemerdekaan , mengadakan lawatan ke Royal Melbourne Institute  of Technology (RMIT) dan University Of Melbourne (MoU), lawatan ke Zoo Melbourne dan Sealife Melbourne untuk melihat kehidupan liar di bumi Melbourne, dan menngadakan sesi perkongsian “Youth and passion : How The World Can Benefit” bersama penduduk melayu di Australia di Kampung Utara Melbourne, membersihkan sekitar Masjid Melbourne Madinah dan melawat sekitar tempat menarik di Melbourne”. Pengalaman selama lapan hari disana memberikan impak yang bagus terutamanya kepada peserta khususnya mempraktikkan apa [...]

KEMBARA KEMASYARAKATAN KE BUMI ACHEH MENJANA MAHASISWA BERWAWASAN

ACHEH, 26 OGOS 2015 – Biro Pengantarabangsaan dan Perhubungan Korporat, NadiThaqafah, Fakulti Pengajian Bahasa Utama dengan kerjasama NGO Angkatan Sukarelawan Asas Sejahtera (ASAS) telah menganjurkan satu program GISO 2015: Kembara Kemasyarakatan Ke Bumi Acheh. Program ini disertai oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada exco Nadi Thaqafah dan diiringi oleh 2 orang pegawai pengiring. Antara objektif program ini adalah memperkenalkan nama USIM di peringkat antarabangsa dan mengeratkan hubungan di antara pelajar USIM dengan pelajar di universiti sekitar Acheh, antaranya UIN Ar-Raniry. Selain itu, kembara ini membuka peluang kepada para peserta untuk bertukar idea dan pandangan berkaitan integriti mahasiswa serta menggalakkan aktiviti perbincangan di antara pelajar USIM dengan pelajar universiti di sana. Selain itu, program ini dapat melahirkan mahasiswa yang berilmu, berketerampilan, berakhlak, berwawasan serta berdaya saing di dalam semua bidang. Menurut Pengarah Kembara Kemasyarakatan Ke Bumi Aceh, Muhammad Amirul Syahid Bin Jumal program libatsama masyarakat di Acheh yang julung kalinya dianjurkan oleh Nadi Thaqafah ini telah mencapai objektifnya apabila kerjasama dan penglibatan peserta GISO bersama mahasiswa di UIN Raniry dan Universitas Syiah Kuala selain penduduk kampung berjalan seperti yang dirancang. Tambah beliau lagi: “Objektif program ini telah dicapai memandangkan aktiviti utama seperti lawatan rasmi ke university dan libatsama masyarakat bersama penduduk kampong serta anak yatim berjalan seperti yang dirancang.” Beberapa aktiviti telah dirancang sepanjang program seperti gotong-royong membaikpulih fasiliti di Kampung Ajee Cut Nyak Dhien di samping menyampaikan sumbangan kepada golongan miskin di sana. Sumbangan yang disampaikan adalah berupa wang tunai, beras, pakaian, barangan persekolahan dan sebagainya. Seterusnya peserta juga [...]

USIM AMBIL PENDEKATAN STRATEGIK HADAPI CABARAN POTONGAN BAJET 2016

NILAI, 2 NOV 2015 – Pengurangan peruntukan kepada universiti dalam Bajet 2016 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini bukanlah menjadi penghalang bagi USIM untuk terus memperkasakan bidang akademik dan meneruskan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan inovasi yang telah direncana. USIM menghargai komitmen Kerajaan selama ini kerana  terus mendapat perhatian dan keutamaan dalam perancangan perbelanjaan negara. Pengurangan peruntukan kewangan yang diterima oleh USIM seperti rakan-rakan dari Universiti Awam yang lain tidak akan memberi impak kepada kenaikan kadar yuran Universiti ini pada tahun hadapan seperti yang dibimbangi oleh masyarakat terutamanya ibu-bapa dan mahasiswa. Pengurusan Universiti melihat tiada keperluan menaikkan yuran pada masa kini bagi menampung kekangan peruntukan yang diterima kerana Universiti mempunyai perancangan strategik dalam mendepani cabaran kewangan Universiti pada tahun hadapan. Menurut Naib Canselor USIM, Prof Dato’ Dr. Musa Ahmad, antara fokus strategik yang akan diambil ialah melaksanakan usaha-usaha bagi memastikan perbelanjaan berhemah dipraktikkan di kalangan warga USIM antaranya dalam penjimatan pengurusan kos utiliti dan penyelenggaraan/kerosakan aset Universiti. “Selain itu bermula tahun 2013 lagi, Universiti telah mengambil pendekatan menggalakkan penjanaan kewangan di kalangan fakulti dan pusat tanggungjawab di USIM melalui penubuhan Tabung Enterprise.  Langkah ini mendapat sambutan yang amat baik dan secara tidak langsung mendayakan Jabatan-jabatan di USIM dalam mengurus perbelanjaan mereka dan mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada peruntukan kewangan Universiti.” “Universiti akan terus memperkasakan syarikat induk milik Universiti iaitu USIM Tijarah Holdings Sdn. Bhd. Lapangan perniagaan baharu yang menguntungkan akan giat diterokai selepas ini untuk memastikan syarikat ini terus berdaya saing dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa”. Ujarnya lagi “Penawaran [...]

KEMBARA ILMIAH MAHASISWA FPQS USIM KE SYDNEY

SYDNEY, 27 OGOS 2015 – Seramai 22 pelajar Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah USIM yang mewakili ahli Sekretariat Perhubungan Pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (SPP FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia telah melakukan misi pengembaraan menerusi program Global Islamic Student Outreach (GISO) ke Sydney, Australia bermula 20 hingga 27 Ogos 2015. Rombongan ke Sydney selama seminggu itu diketuai oleh Prof Madya Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Pengurusan Prestasi Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM. Pengembaraan ilmiah ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa FPQS berkaitan kepentingan bertukar pandangan ilmiah serta menimba pengalaman di peringakat antarabangsa dan juga dapat melaksanakan aktiviti  kemasyarakatan di peringkat antarabangsa. Pada hari awal lawatan, peserta program GISO telah  melakukan kunjungan ke pejabat Mufti Australia, SS Sheikh Dr. Ibrahim Abu Mohammed serta dapat berdialog bersama beliau berkaitan isu sebab ikhtilaf ulama dalam fatwa dan syarat-syarat seorang mufti di pejabatnya Grand Mufti. Di bangunan yang sama peserta dapat melawat station radio al-Quran al-Kareem. Pada hari berikutnya peserta membuat lawatan  ke United Muslims of Australia (UMA) dan Al-Fitra Special Need Centre, di sini pelajar dapat bertukar edia dan pandangan berkaitan dakwah dan cabarannya, serta  projek pengembangan Braille Al-Quran. Seterusnya peserta dapat melawat  pusat pengajian Islam di Islamic Science and Research Academy (ISRA)di South Parade Auburn dan diikuti dengan perbincangan dua hala bersama pengurusan ISRA dengan peserta rombongan berkaitan peluang penyelidikan yang berteraskan Islam. Menurut pengarah program, Muhammad Solehan Fahmi Zulkapli, bumi Sydney memperlihatkan kepada mereka perbezaan budaya di antara Malaysia dan Australia dari aspek [...]

DYMM TUANKU CANSELOR USIM BERKENAN LANCAR BUKU ‘USIM DI NEGERI SEMBILAN’

PUTRAJAYA, 6 NOV 2015 – Universiti Sains Islam Malaysia meraikan para pelajar graduan cemerlang bersama Ibu bapa masing-masing berserta penerima Ijazah Kehormat pada satu Majlis Santapan yang diadakan di Pullman Hotel, Putrajaya malam kelmarin. DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, Canselor USIM berkenan mencemar duli ke majlis tersebut bersama Pro Canselor USIM YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz. “USIM turut melancarkan satu buku khas ‘USIM di Negeri Sembilan’ sebagai tanda menghargai hubungan erat yang terjalin antara keluarga diraja Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri sepanjang 15 tahun penubuhannya.dengan kerajaan negeri dan istana, kelestarian pendidikan, seni budaya dan sukan”, jelas Dr. Faizal Kasmani selaku ketua pengarang buku tersebut. “Buku terbitan Pusat Komunikasi Strategik ini turut mendapat kerjasama dengan Pejabat Pelancongan Negeri Sembilan bagi berkongsi tempat pelancongan menarik, makanan dan adat tradisi di Negeri Sembilan. Ini juga sebagai salah satu bagi mempromosikan USIM yang merupakan satu-satunya university awam yang terletak di Negeri Sembilan”, tambah Dr. Faizal lagi. Buku ini mengandungi 200 halaman muka surat dan sebagai permulaan akan diterbitkan sebanyak 80 buah naskah untuk diedarkan kepada pejabat kerajaan dan sekolah terpilih di Negeri Sembilan. Sementara pada malam itu, seramai lima graduan cemerlang menerima hadiah yang disampaikan oleh DYMM Tuanku Canselor USIM. Mereka adalah Mohd Taqwudin Mohd Yazid dan Amarul Arief Mohd Shuhaimi penerima Anugerah Pelajaran Diraja. Manakala dua penerima Anugerah Canselor adalah Sa’adah Zainal dan Mohammad M Mohd Alghlailat, dan penerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor adalah Noor [...]

FST SERTAI KEMBARA MAHABBAH DI KOREA

SEOUL,KOREA, 27 SEPT 2015 – Seramai 22 pelajar Tahun akhir Fakulti Sains dan Teknologi dibawah seliaan Dr. Sakinah Ali Pitchay telah bermahabbah menyantuni masyarakat sekitar Seoul, Korea selama 6 hari bermula 22 hingga 27 September 2015 yang lalu. Program yang bertemakan Kembara Mahabbah Ummah di bumi Seoul Korea, anjuran Global Islamic Students Outreach (GISO) USIM telah berjaya dilaksanakan. Peluang mengunjungi dua universiti terkemuka di Korea amat mengujakan peserta sepanjang mengikuti GISO ini kerana berpeluang bertutur menggunakan Bahasa Melayu dengan siswa di sana. Di Universiti Hankuk misalnya terdapat 30 orang pelajar tempatan Korea mampu bertutur dalam bahasa Melayu dan Indonesia dengan lancar ibarat berada di tanah air sendiri. Kunjungan ke universiti paling berprestij di negara Korea iaitu Seoul National University (SNU) pula disambut dengan kata aluan Bahasa Melayu yang dituturkan fasih oleh pelajar SNU. Peserta juga berpeluang melawat sekitar universiti serta bertukar pendapat bersama Majlis Pimpinan Pelajar. Melihat rakyat Korea mampu bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu, ia sekaligus membuktikan bahasa ibunda itu indah apabila lebih dihayati dan dipelajari. Menurut pengarah program, Mudzfirah Abdul Halim, pelbagai aktiviti dan pengisian ilmiah telah dijalankan bersama masyarakat Seoul menepati objektif GISO antaranya program “Qurban Insaniah” di Masjid Itaewon pada Hari Raya AidilAdha, program “Wonder Korea” yang membawa misi menyebarkan dakwah Islamiyah di beberapa tempat menarik di Korea dan program “Coffee House: AnnyeongHaseyo” bersama pelajar tempatan di beberapa buah universiti terkemuka Korea. Ia secara langsung menjalin ukhuwah delegasi GISO USIM dengan masyarakat di sana tidak mengira latar belakang. “Pengalaman lawatan ke negara Korea dimana jumlah [...]

Go to Top