Jun 2024
Merungkai Dilema Nelayan Darat Gua Musang-Perspektif Halal
Pada 10 Jun 2024, akhbar Berita Harian melaporkan kejadian daging babi sejuk beku yang dibuang ke dalam Sungai Nenggiri, berpunca daripada sebuah lori yang membawa muatan hampir 50 ekor babi sejuk beku yang terlibat kemalangan di Kampung Kuala Tool, Gua Musang. Akibatnya, terdapat nelayan yang hampir sebulan tidak lagi menangkap ikan di sungai tersebut, kerana bimbang status ikan yang ditangkap tidak halal, disamping disebarkan berita bahawa ikan-ikan dalam sungai telah memakan ‘daging babi’. Sekaligus, menjejaskan pendapatan mereka. Tidak dinafikan, isu berkaitan najis mughallazah merupakan isu sensitif kepada masyarakat Islam di Malaysia. Bagaimanapun, dalam aspek hukum syarak, terdapat beberapa kekeliruan yang perlu dijelaskan supaya tidak menimbulkan salah faham, khususnya berkaitan kehalalan ikan yang terdapat dalam sungai Nenggiri. ........... ISU 1: ADAKAH BANGKAI BABI MENAJISKAN AIR SUNGAI? Dalam perbahasan fiqah, air yang melebihi kuantiti dua qullah (sekitar 161 liter) tidak akan terkesan dengan najis yang terapung atau berada di sekitarnya, dan dihukumkan sebagai bersih (tahur) secara ijmak ulamak. Ini berdasarkan kepada dalil hadis daripada Abdullah bin Umar R.A berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW ketika ditanya tentang air di padang pasir yang sering didatangi oleh binatang buas dan binatang-binatang lain”, sabda Baginda: إِذا كانَ الماءُ قُلَّتَيْنِ لَمْ يَحْمِلِ الخَبَثَ Maksudnya: “Jika air mencapai dua qullah, ia tidak menanggung najis lagi.” (Riwayat Abu Daud, no. 63) Antara contoh klasik yang dinyatakan al-Nawawi (t.th) ialah kondisi air sungai atau kolam yang berubah bau dengan sebab bangkai yang berada berhampiran dengannya. Beliau menyatakan: لو تغير الماء بجيفة بقربه، يعني: جيفة ملقاة [...]
YB Senator Dr. Zulkifli Hasan rasmi ISRA Corner dan MySIF Blockchain
NILAI – Majlis perasmian International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA) Corner dan Malaysia Islamic Social Finance (MySIF) Blockchain telah dirasmikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertempat di Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada hari ini. ISRA Corner merupakan kerjasama antara USIM dengan Universiti International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF). Naib Canselor Prof. Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapan aluannya berkata, penubuhan ISRA Corner merupakan inisiatif untuk memperkasakan pengetahuan berkaitan kewangan Islam dan menambahkan sumber pendidikan kewangan Islam, selain sebagai platform pelaksanaan program, bengkel, seminar dan lain-lain aktiviti. “ISRA Corner membantu meningkatkan tahap kebolehcapaian akses kepada sumber maklumat terkini berkaitan kewangan Islam menerusi platform repositori digital iaitu Islamic Finance Knowledge Repository (I-FIKR). Selain itu ISRA Corner juga menyediakan koleksi bahan maklumat bercetak seperti buku, jurnal dan sebagainya terbitan Universiti INCEIF”, beliau berkata lagi. Pada majlis yang sama turut dilancarkan Malaysia Islamic Social Finance (MySIF) Blockchain. MySIF Blockchain adalah produk hasil inovasi teknologi yang dibangunkan bersama oleh para penyelidik dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) dan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) USIM, dengan kerjasama pihak industri. “Dalam konteks ekonomi Malaysia yang dinamik dan berkembang pesat, teknologi memainkan peranan yang sangat penting dalam hal berkaitan dengan pengurusan dan tadbir urus sistem kewangan Islam. Teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence - AI) misalnya, telah mempercepatkan transformasi digital di pelbagai sektor, termasuk sektor pendidikan dan kewangan Islam. Di peringkat universiti, kerjasama antara sektor swasta dan institusi akademik adalah [...]
FEM jayakan Kem Kepimpinan Pemimpin Muda Sekolah Kebangsaan Salak
NILAI - Seramai 208 orang pimpinan pelajar sekolah yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas telah menjayakan program Kem Kepimpinan Pemimpin Muda Sekolah Kebangsaan Salak yang diadakan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pad 8 Jun 2024 baru-baru ini. Program yang julung kalinya diadakan ini merupakan anjuran bersama pihak sekolah di bawah Unit Disiplin dan Pengawas, Unit Bimbingan dan Kaunseling (BKK) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Salak dengan kerjasama Chapter Alumni FEM, USIM. Program kerjasama ini merupakan salah satu usaha pihak Chapter Alumni FEM untuk menterjemahkan keterlibatan alumni dalam aspek libatsama masyarakat & pemindahan ilmu yang berkhidmat di institusi awam dan juga agensi swasta. Usaha sama ini dijayakan melalui inisiatif Puan Nor Diana binti Amiruddin, guru di SK Salak, yang juga merupakan graduan FEM tahun 2007. Di dalam program ini, Encik Mohammad Noorizzuddin Nooh telah menyampaikan sesi ceramah kepimpinan dan serta taklimat kemasukan ke FEM oleh Dr. Najwa Mohd Najib. Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Dr. Mohd Shukor Harun, Pengerusi Persatuan Alumni USIM. Majlis juga diserikan dengan penyampaian Sijil Jalinan dan Jaringan di antara pihak sekolah dan Chapter Alumni serta penyampaian sijil kepada fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa FEM, dan juga sijil kepada semua peserta kem. Rata-rata pimpinan pelajar dan guru-guru sangat teruja dengan program ni kerana ianya merupakan kem kepimpinan yang pertama dianjurkan di luar sekolah. Program seperti ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan alumni dengan pihak Fakulti dan USIM keseluruhannya serta mendekatkan USIM dengan masyarakat. [...]
Kemahiran Pengurusan Masa Yang Efektif:Kunci Kejayaan Dalam Kehidupan
7 daripada 10 orang akan menghadapi masalah pengurusan masa sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Secara logiknya, semua orang di dunia ini diberikan hak yang sama iaitu 24 jam dalam satu hari, tiada orang yang dapat 1 saat lebih atau kurang. Kenapa ada orang yang mampu menjadi produktif dan dapat mencapai kejayaan dalam hidup mereka? Ia kerana mereka mengejar matlamat hidup mereka dengan menguruskan masa yang efektif sebagai keutamaan. Pengurusan masa merangkumi cara individu merancang, mengatur, dan mengawal cara mereka menggunakan masa setiap hari. Ia penting kerana masa adalah sumber yang tidak dapat diputar semula, maka kecekapan dalam menguruskan masa menjadi kunci kejayaan dalam mencapai matlamat dan impian. Dalam dunia yang semakin sibuk ini, pengurusan masa boleh dikatakan kemahiran penting yang setiap individu harus kuasai untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Seperti peribahasa Melayu, “Masa itu emas”. Kerana begitu berharganya masa ianya diibaratkan dengan emas yang sangat berharga dan bernilai. Dengan mampu menguruskan waktu dengan efektif, seseorang dapat meningkatkan produktiviti, mengurangkan tekanan, dan mencapai keseimbangan antara kehidupan peribadi dan kerjaya. Salah satu aspek penting dalam kemahiran pengurusan masa adalah kebolehan untuk merancang jadual yang efektif. Memperuntukkan masa yang mencukupi untuk setiap tugas dan aktiviti membantu mengelakkan situasi di mana seseorang terburu-buru atau terlalu lama dalam menyelesaikan sesuatu. Menetapkan keutamaan untuk tugas-tugas yang paling penting juga membantu dalam memastikan bahawa kerja yang perlu diselesaikan benar-benar dilakukan. Selain itu, kemahiran pengurusan masa juga melibatkan keupayaan untuk mengelakkan perangkap multitugas. Meskipun banyak yang mempercayai bahawa dengan melakukan banyak tugas sekaligus dapat [...]
Menjaga Kesahihan Maklumat dalam Komunikasi di Era Infodemik
Pada era globalisasi ini, tidak asing lagi bagi kita tentang teknologi media yang memainkan peranan yang sangat penting pada dasawarsa ini. Media menjadi pengantara antara perhubungan seseorang dengan orang lain seperti menggunakan teks, imej, dan grafik untuk menyampaikan maklumat, pesanan, atau idea. Baru-baru ini, persidangan International Conference On Communication Studies, New Media, and Social (ICCSNS) 2024 dijalankan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) secara hibrid. Program ini adalah program libat sama komuniti antarabangsa yang dianjurkan oleh Universitas Islam Bandung (UNISBA) dengan kerjasama Academic International Dialogue (AID Academy). Persidangan ini menampilkan dua orang penceramah iaitu Prof. Dr. Atie Rachmiatie, M.SI. (Dekan Fakultas Sains Komunikasi, UNISBA), dan Dr Suria Hani A. Rahman (Timbalan Dekan Akademik dan Anatarabangsa, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM). Dalam persidangan tersebut, mereka membicarakan tentang perkembangan media pada masa kini terutamanya di Indonesia dan Malaysia. Prof. Dr. Atie membentangkan wujudnya 47,000 organisasi media yang wujud di Indonesia, yang mana 2,000 adalah organisasi akhbar, 43,000 media siber, 674 radio, dan 523 organisasi televisyen. Media siber yang dimaksudkan termasuklah media sosial, dan blog yang memainkan peraaan yang penting dalam eko-media di negara itu. Dalam pada itu, ini menunjukkan rakyat Indonesia banyak meluangkan masa di media siber berbanding dengan media yang lain. Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Mohammad Mentek pernah berkata bahawa di Malaysia, 28 juta pengguna media sosial atau 86 peratus adalah rakyat Malaysia. Ini menunjukkan rakyat Malaysia juga antara yang aktif menggunakan media sosial, dan bilangan ini meningkat sebanyak dua juta dalam tempoh setahun [...]
Sayembara Puisi Pentas Dunia (SePENA), ekspresi generasi MADANI
Guru Oh Guru hasil karya Usman Awang 1979 adalah antara karya sastera puisi yang malar segar dalam kehidupan masyarakat dan sering kali menjadi rujukan serta pilihan untuk dideklamasikan ketika sambutan hari guru, bulan kebangsaan mahupun majlis-majlis tertentu. Bait-bait puisi ini seolah memberi pengertian tersurat terhadap perjuangan dan pengorbanan warga pendidik dalam mendidik anak bangsa. Puisi Keris Itu Masih Ditangamu hasil karya Ahmad Sarju pula memberi penekanan tentang realiti dunia yang sebenar. Ada manusia berpura-pura baik tetapi penuh hasad sehingga menikam dari belakang dan ada sebahagian yang dianggap hina namun dialah yang paling berbudi. Isi tersurat secara umumnya dinyatakan menerusi kata-kata yang dibaca dan tersiratnya maksud lain secara mendalam yang ingin disampaikan oleh pengarang untuk dihayati oleh pembaca. Menterjemah makna disebalik keindahan bahasa cenderung kepada puisi. Puisi adalah wahana pilihan ramai untuk meluahkan rasa hati. Pada tahun 90-an penerbitan buku puisi menjadi tumpuan tidak mengira kelompok. Tidak terkecuali juga golongan bidang profesional dan kini kian popular di kalangan pemimpin negara yang menulis puisi sehingga genre ini menjadi pilihan terbitan sulung karya mereka. Merujuk kepada Za'ba, puisi ialah karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa (A. Halim Ali, 2006:9). Edger Allan Poe mula mengatakan puisi sebagai ciptaan tentang sesuatu keindahan dalam bentuk berirama dan citarasa adalah unsur yang diutamakan manakala Dante pula menyebut puisi sebagai perkara-perkara benar yang diucapkan dalam bahasa yang indah. Begitulah pandangan para sarjana dan tokoh yang kesemuanya mengabsahkan keindahan disebalik [...]
Belum Terlambat Rakyat Malaysia ‘Belajar’ Menulis Seperti Negara Maju
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL) yang berlangsung dari 24 Mei hingga 2 Jun lalu mendapat sambutan yang hangat dari kalangan peminat buku dan pembaca tegar dari seluruh negara bahkan luar negara turut bertandang. Ia merupakan salah satu acara tahunan yang dinanti-nantikan kerana menjadi platform utama khususnya untuk pencinta buku, penerbit, penulis dan pembaca dari dalam dan luar negara untuk berkumpul dan berkongsi minat mereka terhadap perbukuan. Sedikit imbasan sejarah yang mengenai PABKL, ia mula dianjurkan pada tahun 1981 sebagai satu usaha untuk mempromosikan budaya membaca dan industri perbukuan negara. Dari tahun pertama penganjurannya,PABKL telah berkembang menjadi acara tahunan yang semakin menarik jumlah pengunjung. Menurut Pengerusi Pengelola PABKL, Mohd Khir Ngadiron seramai 1.8 juta pengnjung mengunjungi PABKL2024 sepanjang 10 hari penganjurannya, melebihi sasaran 1.5 juta pengunjung dan ini secara langsung turut memberi kesan kepada peningkatan 30 sehingga 50 peratus hasil jualan. Penulis antara yang berkunjung ke PABKL kali ini, tidak hanya sebagai pengungjung biasa yang mencari buku untuk dijadikan bahan bacaan baharu, tetapi turut juga untuk menyaksikan pelancaran naskah buku yang ditulis bersama rakan-rakan pentadbir universiti berjudul Rendang Maman Itik Salai : Himpunan Memoir Pentadbir Universiti yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM. Bercerita tentang penulisan, ramai kalangan pemimpin hebat dunia yang menjadikan penulisan sebagai salah satu terapi diri kepada mereka atau orang muda kini istilahkan sebagai 'healing'. Secara realitinya, setiap dari kita perlukan ketenangan namun ia bukanlah untuk memperoleh ketenangan dalam senario dan tuntutan [...]
Muzakarah Zakat Kebangsaan Kali Ke-10 2024: Memperkasa Institusi Zakat Malaysia
NILAI – Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM dan Insititut Ahli Sunnah Wal Jamaah (iSWAJ) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai penganjur bersama telah menganjurkan Muzakarah Zakat Kebangsaan Kali ke-10 2024 dengan membawa tema “Institusi Zakat Dalam Membangun Malaysia Madani”. Majlis yang berlangsung di The Everly Hotel Putrajaya bermula 5 hingga 6 Jun 2024 telah disertai oleh 102 peserta dari pelbagai latar belakang dari agensi Kerajaan dan swasta. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Muzakarah Zakat Kebangsaan merupakan sebuah program Flagship yang telah dilaksanakan oleh Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) dan kini diteruskan oleh Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) sejak 2014 lagi. Program ini memfokuskan penyertaan daripada pegawai-pegawai zakat dan mufti-mufti seluruh Malaysia. Dalam program ini, pelbagai resolusi telah dicadangkan dan kemudiannya dilaksanakan oleh agensi yang berautoriti. Tema-tema yang dibentangkan dan dibincangkan adalah berkait rapat dengan isu-isu semasa berkaitan dengan Fatwa Zakat. YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam ucapan perasmiannya berkata, Institusi zakat diyakini dapat memainkan peranan penting dalam menerapkan Rukun Malaysia Madani dengan cara memupuk nilai sosial dan mendorong penglibatan masyarakat dalam kegiatan zakat. Zakat dalam konteks sosial banyak membantu mengurangkan jurang sosial antara golongan miskin dan kaya dengan memberikan bantuan kewangan dan keperluan asas kepada mereka yang memerlukan. “Ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kesejahteraan dan keseimbangan sosial [...]
USIM meterai MoU bersama Jabatan Mufti Negeri Kedah, perkukuh kerjasama dalam pengajian Islam
NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jabatan Mufti Negeri Kedah (JMNK) bertempat di Executive Lounge, Bangunan Canselori pada 5 Jun 2024 baru-baru ini. Majlis ini telah dihadiri oleh Mufti Negeri Kedah iaitu Sahibus Samahah Yang Berbahagia Dato' Paduka Sheikh Fadzil Bin Haji Awang, Timbalan Mufti dan Pegawai daripada Jabatan Mufti Negeri Kedah. Memorandum Persefahaman ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama di antara USIM dan Jabatan Mufti Negeri Kedah dalam bidang penyelidikan, pendidikan, dan pengembangan ilmu Islam. Melalui MoU ini, kedua-dua pihak telah bersepakat untuk menjalankan pelbagai program dan aktiviti yang berteraskan kepada pengajian Islam yang lebih holistik dan komprehensif. Antara inisiatif yang sedang dilaksanakan melalui kerjasama ini termasuklah program pertukaran pelajar industri, pembangunan projek e-tauliah mengajar, dan projek penyelidikan tahqiq kitab tafsir surah Yasin karangan Sheikh Idris al-Marbawi. Naib Canselor USIM, Yang Berbahagia Prof. Dato' Ts. Dr. Sharifudin Bin Md Shaarani, menyatakan bahawa kerjasama ini adalah selaras dengan objektif USIM iaitu untuk memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara. "Kerjasama dengan Jabatan Mufti Negeri Kedah ini merupakan langkah strategik dalam usaha kita untuk memperkasa pendidikan Islam yang lebih inklusif dan relevan dengan keperluan semasa," ujar beliau. Sementara itu, Mufti Negeri Kedah, Sahibus Samahah Yang Berbahagia Dato' Paduka Sheikh Fadzil Bin Haji Awang, mengalu-alukan kerjasama ini dan menekankan pentingnya sinergi antara institusi pendidikan tinggi dan jabatan agama dalam memperkukuh dan memperluas penghayatan ilmu Islam di kalangan masyarakat. "MoU ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, tetapi juga kepada [...]
Bakul Rahmah Aid Series 4: Takaful Malaysia Contributes Rm20,000 To Asnaf Students
NILAI – 200 asnaf students of Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) have received contributions from the Bakul Rahmah Aid in the form of dry food provisions and cash amounting to RM20,000 from Takaful Malaysia Berhad. The replica cheque presentation of the zakat contribution was handed over by Mr. Yassir Azlin, Chief Distribution Officer of Takaful Malaysia, to Professor Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Vice-Chancellor of USIM, as a symbolic gesture of the Bakul Rahmah Aid. Takaful Malaysia Berhad is one of the leading takaful operators in Malaysia, divided into two entities: Takaful Malaysia Berhad as the parent company owning 100% of Takaful Malaysia Am, with the vision, "In My Heart, Takaful Malaysia." Vice-Chancellor Professor Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, in his speech, mentioned that the Bakul Rahmah Aid Distribution Program this year has allocated a total funding of RM73,000 to 600 USIM students, thanks to contributions from corporate bodies, including banking institutions and takaful companies. "USIM undertakes various initiatives to assist in the development and welfare of students, especially those in need, including asnaf students. Other ongoing efforts include semesterly zakat assistance, full study sponsorships, student facility aid, including those affected by disasters, and student medical aid," said the USIM Vice-Chancellor. "Poverty is not a barrier to success, and we hope that the contributions received will serve as a stepping stone for them to remain motivated to change their fate and eventually become contributors in the future," he added. The program, organised by the USIM Endowment and Zakat [...]