November 2015
KEMBARA KEMASYARAKATAN KE BUMI ACHEH MENJANA MAHASISWA BERWAWASAN
ACHEH, 26 OGOS 2015 – Biro Pengantarabangsaan dan Perhubungan Korporat, NadiThaqafah, Fakulti Pengajian Bahasa Utama dengan kerjasama NGO Angkatan Sukarelawan Asas Sejahtera (ASAS) telah menganjurkan satu program GISO 2015: Kembara Kemasyarakatan Ke Bumi Acheh. Program ini disertai oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada exco Nadi Thaqafah dan diiringi oleh 2 orang pegawai pengiring. Antara objektif program ini adalah memperkenalkan nama USIM di peringkat antarabangsa dan mengeratkan hubungan di antara pelajar USIM dengan pelajar di universiti sekitar Acheh, antaranya UIN Ar-Raniry. Selain itu, kembara ini membuka peluang kepada para peserta untuk bertukar idea dan pandangan berkaitan integriti mahasiswa serta menggalakkan aktiviti perbincangan di antara pelajar USIM dengan pelajar universiti di sana. Selain itu, program ini dapat melahirkan mahasiswa yang berilmu, berketerampilan, berakhlak, berwawasan serta berdaya saing di dalam semua bidang. Menurut Pengarah Kembara Kemasyarakatan Ke Bumi Aceh, Muhammad Amirul Syahid Bin Jumal program libatsama masyarakat di Acheh yang julung kalinya dianjurkan oleh Nadi Thaqafah ini telah mencapai objektifnya apabila kerjasama dan penglibatan peserta GISO bersama mahasiswa di UIN Raniry dan Universitas Syiah Kuala selain penduduk kampung berjalan seperti yang dirancang. Tambah beliau lagi: “Objektif program ini telah dicapai memandangkan aktiviti utama seperti lawatan rasmi ke university dan libatsama masyarakat bersama penduduk kampong serta anak yatim berjalan seperti yang dirancang.” Beberapa aktiviti telah dirancang sepanjang program seperti gotong-royong membaikpulih fasiliti di Kampung Ajee Cut Nyak Dhien di samping menyampaikan sumbangan kepada golongan miskin di sana. Sumbangan yang disampaikan adalah berupa wang tunai, beras, pakaian, barangan persekolahan dan sebagainya. Seterusnya peserta juga [...]
USIM AMBIL PENDEKATAN STRATEGIK HADAPI CABARAN POTONGAN BAJET 2016
NILAI, 2 NOV 2015 – Pengurangan peruntukan kepada universiti dalam Bajet 2016 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini bukanlah menjadi penghalang bagi USIM untuk terus memperkasakan bidang akademik dan meneruskan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan inovasi yang telah direncana. USIM menghargai komitmen Kerajaan selama ini kerana terus mendapat perhatian dan keutamaan dalam perancangan perbelanjaan negara. Pengurangan peruntukan kewangan yang diterima oleh USIM seperti rakan-rakan dari Universiti Awam yang lain tidak akan memberi impak kepada kenaikan kadar yuran Universiti ini pada tahun hadapan seperti yang dibimbangi oleh masyarakat terutamanya ibu-bapa dan mahasiswa. Pengurusan Universiti melihat tiada keperluan menaikkan yuran pada masa kini bagi menampung kekangan peruntukan yang diterima kerana Universiti mempunyai perancangan strategik dalam mendepani cabaran kewangan Universiti pada tahun hadapan. Menurut Naib Canselor USIM, Prof Dato’ Dr. Musa Ahmad, antara fokus strategik yang akan diambil ialah melaksanakan usaha-usaha bagi memastikan perbelanjaan berhemah dipraktikkan di kalangan warga USIM antaranya dalam penjimatan pengurusan kos utiliti dan penyelenggaraan/kerosakan aset Universiti. “Selain itu bermula tahun 2013 lagi, Universiti telah mengambil pendekatan menggalakkan penjanaan kewangan di kalangan fakulti dan pusat tanggungjawab di USIM melalui penubuhan Tabung Enterprise. Langkah ini mendapat sambutan yang amat baik dan secara tidak langsung mendayakan Jabatan-jabatan di USIM dalam mengurus perbelanjaan mereka dan mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada peruntukan kewangan Universiti.” “Universiti akan terus memperkasakan syarikat induk milik Universiti iaitu USIM Tijarah Holdings Sdn. Bhd. Lapangan perniagaan baharu yang menguntungkan akan giat diterokai selepas ini untuk memastikan syarikat ini terus berdaya saing dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa”. Ujarnya lagi “Penawaran [...]
KEMBARA ILMIAH MAHASISWA FPQS USIM KE SYDNEY
SYDNEY, 27 OGOS 2015 – Seramai 22 pelajar Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah USIM yang mewakili ahli Sekretariat Perhubungan Pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (SPP FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia telah melakukan misi pengembaraan menerusi program Global Islamic Student Outreach (GISO) ke Sydney, Australia bermula 20 hingga 27 Ogos 2015. Rombongan ke Sydney selama seminggu itu diketuai oleh Prof Madya Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Pengurusan Prestasi Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM. Pengembaraan ilmiah ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa FPQS berkaitan kepentingan bertukar pandangan ilmiah serta menimba pengalaman di peringakat antarabangsa dan juga dapat melaksanakan aktiviti kemasyarakatan di peringkat antarabangsa. Pada hari awal lawatan, peserta program GISO telah melakukan kunjungan ke pejabat Mufti Australia, SS Sheikh Dr. Ibrahim Abu Mohammed serta dapat berdialog bersama beliau berkaitan isu sebab ikhtilaf ulama dalam fatwa dan syarat-syarat seorang mufti di pejabatnya Grand Mufti. Di bangunan yang sama peserta dapat melawat station radio al-Quran al-Kareem. Pada hari berikutnya peserta membuat lawatan ke United Muslims of Australia (UMA) dan Al-Fitra Special Need Centre, di sini pelajar dapat bertukar edia dan pandangan berkaitan dakwah dan cabarannya, serta projek pengembangan Braille Al-Quran. Seterusnya peserta dapat melawat pusat pengajian Islam di Islamic Science and Research Academy (ISRA)di South Parade Auburn dan diikuti dengan perbincangan dua hala bersama pengurusan ISRA dengan peserta rombongan berkaitan peluang penyelidikan yang berteraskan Islam. Menurut pengarah program, Muhammad Solehan Fahmi Zulkapli, bumi Sydney memperlihatkan kepada mereka perbezaan budaya di antara Malaysia dan Australia dari aspek [...]
DYMM TUANKU CANSELOR USIM BERKENAN LANCAR BUKU ‘USIM DI NEGERI SEMBILAN’
PUTRAJAYA, 6 NOV 2015 – Universiti Sains Islam Malaysia meraikan para pelajar graduan cemerlang bersama Ibu bapa masing-masing berserta penerima Ijazah Kehormat pada satu Majlis Santapan yang diadakan di Pullman Hotel, Putrajaya malam kelmarin. DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, Canselor USIM berkenan mencemar duli ke majlis tersebut bersama Pro Canselor USIM YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz. “USIM turut melancarkan satu buku khas ‘USIM di Negeri Sembilan’ sebagai tanda menghargai hubungan erat yang terjalin antara keluarga diraja Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri sepanjang 15 tahun penubuhannya.dengan kerajaan negeri dan istana, kelestarian pendidikan, seni budaya dan sukan”, jelas Dr. Faizal Kasmani selaku ketua pengarang buku tersebut. “Buku terbitan Pusat Komunikasi Strategik ini turut mendapat kerjasama dengan Pejabat Pelancongan Negeri Sembilan bagi berkongsi tempat pelancongan menarik, makanan dan adat tradisi di Negeri Sembilan. Ini juga sebagai salah satu bagi mempromosikan USIM yang merupakan satu-satunya university awam yang terletak di Negeri Sembilan”, tambah Dr. Faizal lagi. Buku ini mengandungi 200 halaman muka surat dan sebagai permulaan akan diterbitkan sebanyak 80 buah naskah untuk diedarkan kepada pejabat kerajaan dan sekolah terpilih di Negeri Sembilan. Sementara pada malam itu, seramai lima graduan cemerlang menerima hadiah yang disampaikan oleh DYMM Tuanku Canselor USIM. Mereka adalah Mohd Taqwudin Mohd Yazid dan Amarul Arief Mohd Shuhaimi penerima Anugerah Pelajaran Diraja. Manakala dua penerima Anugerah Canselor adalah Sa’adah Zainal dan Mohammad M Mohd Alghlailat, dan penerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor adalah Noor [...]
FST SERTAI KEMBARA MAHABBAH DI KOREA
SEOUL,KOREA, 27 SEPT 2015 – Seramai 22 pelajar Tahun akhir Fakulti Sains dan Teknologi dibawah seliaan Dr. Sakinah Ali Pitchay telah bermahabbah menyantuni masyarakat sekitar Seoul, Korea selama 6 hari bermula 22 hingga 27 September 2015 yang lalu. Program yang bertemakan Kembara Mahabbah Ummah di bumi Seoul Korea, anjuran Global Islamic Students Outreach (GISO) USIM telah berjaya dilaksanakan. Peluang mengunjungi dua universiti terkemuka di Korea amat mengujakan peserta sepanjang mengikuti GISO ini kerana berpeluang bertutur menggunakan Bahasa Melayu dengan siswa di sana. Di Universiti Hankuk misalnya terdapat 30 orang pelajar tempatan Korea mampu bertutur dalam bahasa Melayu dan Indonesia dengan lancar ibarat berada di tanah air sendiri. Kunjungan ke universiti paling berprestij di negara Korea iaitu Seoul National University (SNU) pula disambut dengan kata aluan Bahasa Melayu yang dituturkan fasih oleh pelajar SNU. Peserta juga berpeluang melawat sekitar universiti serta bertukar pendapat bersama Majlis Pimpinan Pelajar. Melihat rakyat Korea mampu bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu, ia sekaligus membuktikan bahasa ibunda itu indah apabila lebih dihayati dan dipelajari. Menurut pengarah program, Mudzfirah Abdul Halim, pelbagai aktiviti dan pengisian ilmiah telah dijalankan bersama masyarakat Seoul menepati objektif GISO antaranya program “Qurban Insaniah” di Masjid Itaewon pada Hari Raya AidilAdha, program “Wonder Korea” yang membawa misi menyebarkan dakwah Islamiyah di beberapa tempat menarik di Korea dan program “Coffee House: AnnyeongHaseyo” bersama pelajar tempatan di beberapa buah universiti terkemuka Korea. Ia secara langsung menjalin ukhuwah delegasi GISO USIM dengan masyarakat di sana tidak mengira latar belakang. “Pengalaman lawatan ke negara Korea dimana jumlah [...]
RAPTAI PERDANA MAJLIS KONVOKESYEN KE-13 BERJALAN LANCAR
NILAI, 5 NOV 2015 - Persiapan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk meraikan 2498 graduannya dalam Majlis Konvokesyen Ke-13 yang bermula pada Sabtu ini memasuki fasa akhir dengan penganjuran Raptai Perdana pada hari ini di Dewan Tuanku Canselor. Raptai Perdana ini yang melibatkan para graduan yang akan berkonvokesyen nanti bersama Pengurusan Universiti, dekan fakulti dan kakitangan universiti yang betugas. Turut hadir menyaksikan raptai perdana ini adalah Prof Datuk Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor. "Raptai ini amat penting bagi memberi gambaran sepenuhnya perjalanan Majlis Konvokesyen nanti terutamanya para graduan. Hampir 500 petugas merangkumi petugas pentas, penyambut tetamu, jamuan, protokol, teknikal dan fizikal, pengurusan acara serta keselamatan telah dilantik oleh Pengurusan Universiti untuk nemastikan kelancaran Majlis Konvokesyen kita nanti" ujarnya. Beberapa graduan yang ditemui ternyata teruja mengikuti majlis raptai ini. Menurut Amarul Arief Mohd Shuhaimi, 25 bakal graduan Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan gembira dengan perjalanan raptai ini. "Terima kasih kepada Urusetia kerana berusaha sehabis baik untuk memastikan perjalanan hari penting kami berjalan lancar. Saya tidak sabar untuk menerima ijazah pada Sabtu ini dan berkongsinya dengan ahli keluarga yang datang nanti". "Ini adalah majlis konvokesyen saya yang pertama dan berjaya menamatkan pengajian dalam bidang yang mencabar ini, pastinya saya bersyukur. InsyaAllah, suami dan ibu saya akan datang nanti meraikan saya di USIM" ucap Noor Faradzela Mohamad, 24 bakal graduan Ijazah Sarjana Muda Pergigian yang kini berkhidmat sebagai Pembantu Penyelidik di Fakulti Pergigian USIM. Istiadat Pembukaan Majlis Konvokesyen Ke-12 yang akan disempurnakan oleh DYMM Tunku Ampuan Besar [...]
VC Short Interview
Perkongsian ringkas Naib Canselor berkenaan Falsafah USIM, Kampus, USIM di Negeri Sembilan dan lain-lain lagi.
Oktober 2015
I-INOVA PENCETUS IDEA INOVASI ISLAM
NILAI, 25 OKT 2015 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) raih 3 emas bagi kategori terbuka, 7 emas bagi kategori prasiswazah termasuk anugerah Khawarizmi Ibnu Sina dalam Ekspo Inovasi Islam (i-INOVA) yang berlangsung pada 24 dan 25 Oktober 2015 bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM. Penganjuran Ekspo Inovasi Islam (i-Inova’15) Kali ke-6 ini turut mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tema i-Inova 2015 iaitu “Integration of Naqli And Aqli Knowledge Led Innovation” adalah selari dengan misi USIM yang bertekad untuk menjadi sebuah institusi ilmu terkehadapan yang berteraskan pengajian Islam dan menjadi peneraju ilmu baharu yang menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan inovasi yang mampu mentransformasikan negara, ummah dan manusia sejagat. Sebanyak 79 produk inovasi yang dipertandingkan kali ini. Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Prasiswazah iaitu terbuka kepada semua pelajar Universiti Awam dan Swasta manakala Kategori Terbuka adalah kepada staf akademik dan penyelidik pelbagai institusi penyelidikan dan industri dalam dan luar negara. Antaranya yang sertai i-INOVA kali ini adalah UNISEL, UnisZa, MSU, UTP, Jabatan Mufti Melaka, Agensi Nuklear Malaysia dan Egypt. Menurut Naib Canselor USIM Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, i-INOVA 15 kali ini bukan sahaja memenuhi matlamat USIM untuk mengembalikan tradisi keilmuan Islam melalui gabungan ilmu Naqli dan Aqli sepertimana yang terdapat di dalam Visi dan Misi USIM, malahan dapat mencungkil, mengetengahkan serta merangsang idea yang inovatif dan kreatif dalam pembangunan produk Islam di kalangan para pensyarah, penyelidik dan para pelajar IPTA/IPTS seterusnya merealisasikan hasrat kerajaan dalam membudayakan inovasi dan kreativiti. “Pembudayaan ini betepatan dengan lonjakan tujuh [...]
ISCOL 2015 BINCANG ISU SYARIAH DAN PERUNDANGAN
NILAI, 27 OKT 2015 – Bertemakan Wasatiyyah Dalam Pengharmonian Undang-Undang (Exploring Wasatiyyah Approach in the Harmonisation of Syariah and Common Law), bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk menerapkan ciri-ciri wasatiyyah dalam perundangan Malaysia,Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) buat kali ke-3 telah menganjurkan 3rd International Seminar on Syariah and Common Law (ISCOL) 2015 pada 27 dan 28 Oktober 2015 bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM. Seminar kali ini turut mendapat kerjasama dari Institut Wasatiyyah Malaysia. Seminar ini dihadiri seramai 300 peserta dengan sebanyak 84 kertas kerja dibentangkan dalam pelbagai tajuk dalam bidang undang-undang versi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab serta mengumpulkan ahli akademik, hakim-hakim mahkamah, pengamal undang-undang, penyelidik dan para pelajar dari pelbagai institusi dan negara. Perasmian telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki,Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mewakili Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad berkata seminar ini diharap dapat memberi manfaat dan faedah kepada seluruh masyarakat tentang isu-isu yang berbangkit serta menggalakkan persefahaman yang lebih kukuh mengenai isu-isu etika, prinsip undang-undang dan amalan yang wujud dalam undang-undang syariah dan common law. Ia juga menyediakan platfom yang sesuai bagi menyebarkan pemikiran kritikal di kalangan ilmuan yang berkepakaran dalam bidang syariah dan common law. “Selain itu, ia membangunkan model atau kaedah persefahaman yang relevan dengan mengambil kira pendapat dan pendekatan wasatiyyah dalam syariah dan common law. Tambahan ia membantu mempromosikan Common Law Malaysia berdasarkan agama, budaya hidup dan kesesuaian dengan tradisi tempatan [...]
3 KUMPULAN PENYELIDIK MUDA USIM RAIH KEJAYAAN DI PENTAS BIS 2015
LONDON, 24 OKT 2015 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi melakar nama dalam pertandingan inovasi antarabangsa, British Invention Show (BIS) yang berlangsung pada 21-24 Oktober 2015 bertempat di Barbican Exhibition Centre, London. Penyertaan tiga pasukan penyelidik muda USIM tahun ini telah mengulangi kejayaan USIM pada tahun 2013 dan 2014 yang mana kali ini yang lebih membanggakan adalah apabila kesemua kumpulan pelajar USIM membawa pulang 2 emas dan 1 gangsa. Ini adalah kali ketiga USIM merangkul emas dan mendapat Special Award :Double Gold For International Invention of the Year (Consumer) bagi projek Advanced Hospital Gown oleh Kumpulan Hurma. Turut mendapat emas dan Special Award:Double Gould For Intenational Innovation fo the Year (Leisure) adalah projek Enjoyable Indigenous Sustainable Learning Module oleh kumpulan Duta Jauhar manakala projek Novel Marine Biowaste Active Ultrafiltration (Mba-Uf) Membrane For Dyes Waste Water Treatment) mendapat pingat gangsa oleh kumpulan IMTL_X. “Tahniah diucapkan kerana ketiga-tiga kumpulan yang USIM hantar setiap tahun ada peningkatan pencapaiannya. Menarik dan uniknya bagi penyertaan kali ini adalah kumpulan-kumpulan ini dari bidang yang berbeza iaitu kimia bagi projek Mba-Uf manakala perubatan bagi projek Advanced Hospital Gown. Idea yang digarap oleh pelajar dan penyelia mencipta satu produk inovasi untuk Ummah serta bercirikan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli,” ucap Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dato Dr Mustafa Mohd Hanefah dalam satu kenyataan. Kumpulan Hurma memperkenalkan satu pakaian perubatan kepada pesakit di hospital yang patuh syariah serta mematuhi kehendak sebagai seorang Muslim. Ia turut boleh dijadikan telekung yang berfungsi memudahkan Muslim menjalankan kewajipan. Ciptaan [...]








