Januari 2015
PENYELIDIK USIM BANGUNKAN PANDUAN IBADAH BAGI MANGSA BANJIR
NILAI - Musibah banjir yang menimpa negara sejak pertengahan Disember 2014 mencatatkan jumlah mangsa banjir yang amat tinggi termasuklah beberapa kes kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda serta banyak kemudahan awam. Ia turut menjejaskan kehidupan harian mangsa banjir yang terputus bekalan api dan air, dan perlu menetap di penempatan sementara dalam tempoh masa yang lama. Bagi umat Islam, banjir turut memberi kesan kepada amalan beribadat seharian. Kerana itu lapan orang penyelidik daripada Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif melawat ke kawasan-kawasan yang teruk dilanda banjir bagi mendapatkan maklumat mengenai isu-isu berkenaan fiqah bencana banjir terutama berkaitan ibadat solat. Menurut ketua penyelidik Dr. Irwan bin Mohd Subri merangkap Pengarah INFAD, setakat ini masih belum ada panduan khusus berkaitan fiqah banjir di negara ini. “Penyelidikan ini adalah usaha awal dan perintis untuk mengetahui isu-isu fiqah dan akidah yang berlaku di pusat penempatan banjir. Panduan fiqah bencana banjir ini penting bagi mengatasi sebarang kekeliruan tentang isu-isu ibadat yang dialami oleh mangsa bencana alam seperti dalam perkara bersuci (taharah), solat, aurat, percampuran lelaki dan wanita, pengurusan jenazah, harta yang dijumpai, pelupusan ayat suci al-Quran dan banyak lagi”, tambah beliau. Selain itu menurut Dr Irwan kajian mereka turut memfokuskan isu-isu keagamaan dari sudut akidah mangsa banjir. “Kita juga ingin tahu sejauh manakah bencana banjir ini memberi kesan terhadap akidah mereka yang terlibat dengan bencana yang cukup dahsyat ini. Dapatan awal menunjukkan mangsa banjir menerima kejadian yang berlaku sebagai qada’ dan qadar daripada Allah S.W.T”. Antara kawasan yang [...]
USIM SUMBANG RM10,000 KEPADA TABUNG BANTUAN BANJIR KEMENTERIAN PENDIDIKAN
NILAI, 9 JAN 2015 –Sebagai tanda sokongan kepada usaha murni Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meringankan para mangsa yang terlibat dalam musibah banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) member sumbangan sebanyak RM 10,000 kepadaTabung Bantuan Banjir KPM. Sumbangan ini disampaikan sempena Majlis Pelancaran Tabung Bantuan Banjir KPM di Dewan Jamuan Kementerian Pendidikan yang disempurnakan oleh YB Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II sebentar tadi. Pihak USIM di wakili oleh Encik Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar bagi pihak Naib Canselor. Pada majlis ini, sebanyak RM1.5 juta Berjaya dikumpulkan hasil sumbangan pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta. Sumbangan ini diserahkan kepada Datuk Zuraidah Atan, Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang turut hadir di majlis ini. Antara IPT yang menyumbang ialah Universiti Malaysa, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Kelantan,Universiti Malaysia Perlis, Universiti SEGi, MAHSA University, Sunway University dan Taylor's University. Menurut Muhammad Haizuan, sumbangan yang diberikan oleh USIM kepada tabung ini sebagai tanda sokongan kepada inisiatif murni yang dibuat oleh KPM. Di pihak Universiti, nilai sumbangan yang telah diberikan lebih besar sebenarnya melibatkan kos logistik, pembelian barangan pembersihan, keperluan harian dan lain-lain untuk misi bantuan yang dijalankan iaitu mencecah RM 100, 000. Semenjak musibah banjir besar melanda, USIM telah menggerakkan kempen USIMPRIHATIN bagi mengumpul sumbangan dalam bentuk kewangan dan barangan daripada warganya dan masyarakat sekitar Nilai. Selain bantuan dalam bentuk kewangan, USIM turut menggerakkan tenaga sukarelawan dikalangan kakitangan dan pelajar. USIM juga turut sama terlibat dalam menjayakan Ops Pasca Banjir yang digerakkan [...]
USIM METERAI MOU BERSAMA UNIVERSITI NIGERIA
NILAI, 5 JAN 2015 – Satu Majlis Menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) antara USIM dengan dua universiti terkemuka di Nigeria sebagai rakan strategik iaitu Al-Qalam University dan University of Ilorin berlangsung dengan jayanya di Galeri, Bangunan Canselori. Menurut Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM, perjanjian ini merupakan inisiatif universiti bagi memenuhi kehendak serta keperluan institusi untuk menggalakkan pemindahan kepakaran dan idea. “Menerusi MoU yang ditandatangani bersama Universiti Al Qalam dan Universiti Ilorin, pelbagai peluang akan dicapai menerusi sesi bengkel dan latihan yang bakal dijalankan secara bersama serta penerokaan projek-projek penyelidikan dan pembangunan”. “Selain itu, kita juga akan bekerjasama dalam penerbitan percambahan idea bagi isu-isu kepemimpinan dan pengurusan di dalam Islam”, tambah beliau lagi. USIM diwakili oleh Naib Canselor, YBhg Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Al Qalam University diwakili oleh Naib Canselor Prof. Shehu G. Ado, Universiti of Ilorin diwakili oleh Naib Canselor Prof. Abdulganiyu Ambali. MoU ini disaksikan oleh Dato’ Prof Asma Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pendaftar USIM, Encik Muhammad Haizuan Rozali. Sejurus selepas majlis MoU berlangsung, Kursi Kepemimpinan Islam di bawah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dengan kerjasama USIM ‘Alamiyyah mengadakan Bengkel Kolaboratif Kepemimpinan untuk Pendidikan Tinggi bertemakan Visi dari Perspektif Islam yang berlangsung pada 5 hingga 7 Januari 2015 yang melibatkan 8 orang delegasi dari Nigeria. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204
USIM FOKUS BANTUAN SUKARELAWAN DAN TENAGA PAKAR BAGI PASCA BANJIR KE KAWASAN GUA MUSANG, KELANTAN
NILAI, 2 Jan 2015 - Musibah banjir yang melanda beberapa negeri khususnya di Pantai Timur mula menunjukkan pengurangan mangsa di pusat pemindahan apabila di beberapa tempat air mulai surut. Mangsa banjir kini mula kembali ke kediaman masing-masing dan kini mereka memasuki fasa kedua yang turut mencabar iaitu pasca banjir yang menyaksikan kemusnahan kediaman, harta benda, kemudahan awam dan kehilangan nyawa ahli keluarga kesan dari banjir yang disifatkan terburuk kali ini. Susulan Mesyuarat Khas Ops Banjir yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan telah diadakan pada 31 Disember lalu, USIM telah diberi tanggungjawab untuk memfokuskan misi bantuan dan sukarelawan pasca banjir ke Gua Musang, Kelantan. Tidak dapat dinafikan bahawa Negeri Kelantan menjadi antara negeri yang menerima kesan terbesar dalam ujian banjir kali ini. Justeru itu, satu pasukan khas telah ditubuhkan diperingkat Universiti dikenali sebagai SMART Team yang akan menyelaraskan operasi ini. Pasukan ini terdiri daripada gabungan pelbagai pihak dalaman USIM antaranya Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisan USIM (PRAGMATIS), Jabatan Keselamatan, Pusat Kesihatan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Sekretariat Kesukarelawan Mahasiswa (SKM). Operasi pasca banjir akan ditumpukan kepada agihan bekalan makanan dan keperluan harian serta pembersihan kemudahan awam seperti sekolah, masjid, dewan dan kediaman penduduk. Pada 2 Januari 2015 (Jumaat) jam 10.45 malam, satu majlis pelepasan ringkas kumpulan Fasa Pertama Sukarelawan USIM telah diadakan di lobi Canselori USIM. Seramai 60 orang sukarelawan telah bertolak ke Gua Musang menggunakan kenderaan Universiti yang turut disertai Pengurusan Universiti iaitu Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad ; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan [...]
Disember 2014
AKSIS SUNTIK SEMANGAT MAHASISWA USIM TEMPA KEJAYAAN
PUTRAJAYA, 10 Dis - Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa (AKSIS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2013 telah berlangsung meriah di Hotel Sama Sama KLIA untuk kali ke 6 penganjurannya. Ia sebagai tanda simbolik USIM memberi penghargaan dan pengiktirafan atas pencapaian cemerlang pelajar yang telah mempamer daya saing dan motivasi yang tinggi dalam aktiviti berpersatuan serta pertandingan hasil garapan kemahiran insaniah yang ditonjolkan serta melonjakkan nama USIM di peringkat nasional dan antarabangsa sepanjang tahun 2013. “Adalah amat unik dan membanggakan apabila pelajar USIM yang majoritinya berlatarbelakangkan sekolah agama mampu mempamer persembahan kesenian yang cemerlang yang mana mampu menandingi dan mencabar keupayaan mahasiswa/i dari IPTA lain,” ujar Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad dalam ucapannya. Prof. Dato Dr Musa turut menyatakan penglibatan pelajar dalam aktiviti kemahasiswaan yang tidak dapat diperolehi di dalam kuliah mampu membina kemahiran insaniah sekaligus membentuk kualiti menjadi pemimpin cemerlang dalam bidang kepakaran masing-masing apabila masuk ke alam kerjaya nanti. Manakala menurut Prof. Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti “Penerapan kemahiran insaniah hendaklah dititikberatkan dalam usaha melahirkan graduan yang holistik, seimbang, berdaya saing dan meluaskan pengalaman yang berupaya memberi nilai tambah terhadap kebolehpasaran pelajar di alam kerjaya,”ucap Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti. “Saya menyeru supaya setiap aktiviti pelajar ini dipastikan mempunyai elemen kemahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi, kemahiran berfikiran kritis, penyelesaian masalah, kemahiran bekerja berpasukan, kemahiran keusahawanan, pembelajaran berterusan selaras dengan pembangunan etika dan moral pelajar. Ini kerana potensi pelajar USIM untuk menjawat pelbagai jawatan amat cerah berpaksikan kepada sistem pembelajaran yang unik iaitu integrasi [...]
“JOM SISWA JEJAK DI GUANGZHOU” CAPAI MATLAMAT
CHINA, 29 Ogos 2014 - Seramai 26 orang pelajar tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa Fakulti Syariah dan Undang-Undang telah menyumbang bakti di bumi Guangzhou, China bermula pada 24 sehingga 29 Ogos 2014. Dengan berobjektifkan Global Islamic Student Outreach (GISO), mereka telah berkampung selama enam hari lima malam untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat dari aspek sumbangan tenaga, ilmu dan material seterusnya menjadi mahasiswa yang prihatin dengan kebajikan masyarakat Islam seluruh dunia. Bertemakan ‘Jom Siswa Jejak Di Guangzhou’, para peserta juga diterapkan dengan nilai kepimpinan dan sahsiah dalam diri pelajar serta pendedahan terhadap aktiviti pengantarabangsaan dalam menyumbang bakti dan jasa. Antara aktiviti yang dijalankan di sana termasuk gotong royong membersihkan kawasan masjid, tadarus, dakwah jalanan, menyalurkan sumbangan kepada penduduk tempatan dan juga mewakafkan al-Quran kepada pihak masjid iaitu Masjid Huaisheng, Masjid Xian Xian dan Masjid Xiaodongying. Menurut salah seorang peserta, Muhamad Shakir Abdul Sahood berkata, pengembaraan berkenaan memberi manfaat kepada peserta seperti dapat mengetahui budaya yang diamalkan oleh penduduk muslim cina di Guangzhou. “Kami sempat menemubual imam Masjid Xiaodongying, beliau menceritakan komuniti Muslim di Guangzhou tidak mendapat peruntukan daripada kerajaan untuk membangunkan Islam disana. “Dana yang mereka perolehi hanya daripada individu-individu yang sudi menyalurkan bantuan kepada pihak masjid. Berbeza dengan situasi kita di Malaysia yang sentiasa mendapat suntikan dana daripada kerajaan untuk terus membangunkan Islam,” katanya. Muhamad Shakir juga sempat berkongsi kegembiraan apabila berpeluang menunaikan solat fardhu dan solat Jumaat secara berjemaah bersama penduduk serta berpeluang untuk melihat dan merasai sendiri suasana yang meriah dan unik di kawasan sekitar [...]
PELAJAR FSU DEKATI MASYARAKAT INDIA MUSLIM,NEW DELHI
INDIA, 29 OKT - Seramai 22 orang pelajar tahun 4 program Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa daripada Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia(USIM)dan seorang pegawai pengiring memperoleh pengalaman yang amat berharga dalam usaha mendekati komuniti Muslim di New Delhi, India. Program Misi Tautan Mahabbah dan Kebajikan telah diadakan pada 25 - 29 Oktober 2014 yang bertujuan memberi khidmat masyarakat dari aspek sumbangan tenaga, ilmu dan material di benua kecil India seterusnya menjadi mahasiswa yang prihatin dengan kebajikan masyarakat Islam seluruh dunia.Menurut pegawai pengiring yang juga merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang yang mengetuai misi ini , Dr Muhammad Aunurrochim Bin Mas’ad berkata: “ Program ini dapat membuka mata dan minda peserta untuk mencari sesuatu yang tersirat di Negara yang paling ramai penduduknya yang dianggarkan 1.2 billion orang selepas China “ Aktiviti dan pengisian yang dijalankan adalah tertumpu kepada komuniti penduduk islam , masjid-masjid di sekitar New Delhi dan Agra, Madrasah Tahfiz , rumah anak yatim juga Institusi pengajian di sana antaranya penyerahan barangan sumbangan Al-quran daripada penyumbang syarikat Konsortium Waqaf Al-quran dan Wakaf Sejuta Al-Quran dan juga barangan lain seperti sejadah , kain pelikat , telekung dan juga alat tulis . Selain itu juga mengadakan program bersama pelajar sekolah dan sesi dua hala bersama pihak pengurusan disana. Disamping memberi khidmat masyarakat, peserta juga dapat melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar India seperti Taj Mahal yang merupakan salah satu tujuh keajaiban dunia.Selain itu,kami juga melawat Qutub Minar yang mana merupakan monumen yang dibina oleh sultan pertama Delhi, Qutbuddin [...]
MISI LAWATAN INTELEK MPP USIM SANTUNI MASYARAKAT JEPUN
JEPUN, 20 November 2014 - Majlis Perwakilan Pelajar USIM sesi akademik 2013/2014 telah menjalankan Misi Lawatan Intelek ke Negara Matahari Terbit, Jepun dianggotai seramai 21 orang pelajar dan seorang pegawai pengiring pada 20 November 2014. Umum sentiasa dengar ungkapan “Jepun merupakan sebuah negara maju yang hebat dengan pembangunannya serta tinggi budaya ketimurannya”. Justeru, dek kerana terpanggil untuk melihat sendiri hakikat kebenaran kata-kata masyhur itu, akhirnya mendorong misi ini dilaksanakan di sana. Antara objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan yang meluas kepada pelajar berkaitan kebudayaan dan kemasyarakatan di negara Jepun. Selain itu usaha tersebut dilihat sebagai satu usaha untuk menjalinkan hubungan kerjasama mahasiswa dengan masyarakat Jepun dan mahasiswa Malaysia di Jepun. Penganjuran program tersebut merupakan medium berkesan untuk memperkenalkan serta mempromosi USIM dan Malaysia di peringkat antarabangsa. Disamping itu lawatan tersebut bertindak untuk menggalakkan para peserta untuk melihat dan mengambil pengajaran daripada sistem pendidikan Jepun, di samping melawat ke tempat bersejarah dan pusat tumpuan pelancong. Setiap detik di Tokyo merupakan pengalaman manis diperolehi oleh setiap peserta. Pengalaman-pengalaman tersebut mengajar para peserta seribu satu pengajaran yang menyentuh setiap aspek kehidupan mereka, antaranya dari sudut ketertinggian nilai kebudayaan masyarakat Jepun dan keteguhan disiplin mereka. Masyarakat Jepun bukan sahaja berusaha memelihara warisan budaya daripada nenek moyang mereka, bahkan juga berjaya mengekalkan nilai budaya ketimuran yang tinggi dalam diri. Ketepatan masa telah sebati di dalam kehidupan seharian mereka bahkan telah mendarah daging di dalam diri setiap warga Jepun. Segala-galanya bergerak dengan pantas dan sistematik. Maka, sudah menjadi kebiasaan melihat orang awam berjalan laju, [...]
KELAB WARDAH LAWAT KANAK-KANAK DI WAD PEDIATRIK HOSPITAL SEREMBAN
SEREMBAN – Kelab Kakitangan Wanita dan Isteri Kakitangan, Universiti Sains Islam Malaysia (Kelab Wardah USIM) baru-baru ini telah mengadakan lawatan ke Wad Pediatrik di Hospital Tunku Ja’afar, Seremban. Lawatan ini telah disertai oleh seramai 18 orang ahli Kelab Wardah dan diketuai oleh Pengerusi Kelab, Datin Salmi Abd. Rahman. Menurut Puan Nor Haizan Shaari, Exco Biro kebajikan Kelab Wardah, lawatan ini diadakan dengan hasrat untuk menzahirkan rasa prihatin ahli Kelab Wardah terhadap keadaan sukar yang sedang dihadapi oleh para pesakit dan keluarganya sepanjang berada di hospital. Kunjungan ahli Kelab Wardah beserta sedikit sumbangan yang dihulurkan kepada 56 orang pesakit di Wad itu diharap akan dapat menggembirakan kanak-kanak di Wad tersebut terutama bagi yang perlu menjalani rawatan untuk jangka masa yang panjang. Melalui perkongsian pengalaman bersama para penjaga kanak-kanak di wad tersebut juga diharap akan turut memberikan kesedaran kepada ahli yang menyertai lawatan akan kepentingan penjagaan kesihatan anak-anak dan penyakit-penyakit yang mungkin dihidapi oleh kanak-kanak. Disediakan oleh: Nor Azzah Momin Penasihat Kelab Wardah USIM
IHRAM KERJASAMA DENGAN IPPJ DAN KPDNKK ANJUR PROGRAM HALAL NEGERI SEMBILAN 2014
NILAI, 17 DIS - Memandang serius kepada sensitiviti isu halal haram sesuatu makan pada masa kini, Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) dengan kerjasama Institut Penyelidikan & Pengurusan Halal (IHRAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Halal Negeri Sembilan 2014 pada 17 Disember 2014 bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM. Bertemakan “Pematuhan & Insentif Dalam Perniagaan” beberapa objektif telah digariskan antaranya, bagi meningkatkan kefahaman, keperluan dan kepentingan standard, penguatkuasaan dan Pematuhan Pensijilan Halal, mewujudkan jaringan dan peluang pasaran kepada pengusaha dalam pembangunan perniagaan industri halal dan memberi pendedahan maklumat dan kesedaran tentang keberkatan bines halal melalui amalan berzakat dan berwakaf. Menurut Prof. Dato’ Dr. Mustafa Mohd Hanefah, Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi) USIM, pada masa kini lebih dari separuh pemegang sijil halal terdiri daripada peniaga bukan bumiputera. Hal ini menunjukkan bahawa peniaga bukan Islam mula mengambil berat akan keperluan pengguna Islam terhadap produk makanan halal. ”Justeru, umat Islam seharusnya mempunyai sensitiviti untuk membangunkan perusahaan bagi memenuhi keperluan pengguna Islam tanah air”. Sekiranya sesuatu produk makanan itu dibangunkan sendiri oleh umat Islam, secara tidak langsung keyakinan pengguna terhadap status halal sesuatu produk makanan itu akan lebih dipercayai, jelas Dato’ Mustafa dalam ucapan perasmian beliau. Program ini telah disertai oleh lebih 280 penyertaan terdiri daripada pelbagai industri, pengusaha makanan, pembekal dan pelajar. Sebanyak lima kertas kerja yang telah dibentangkan antaranya dari JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Syarikat QSR Brands Holdings Sdn Bhd, [...]