Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Mac 2015

BINA SEMANGAT PELAJAR MELALUI OPS PSIKOSOSIAL PASCA BANJIR

Nilai 24 Mac 2015 – OPS Psikososial Pasca Banjir Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) anjuran Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti-universiti Malaysia (MAKUMA) dan Majlis Sukarelawan Universiti-universiti Malaysia (MASKUM) menyaksikan gabungan tenaga di antara kakitangan dan pelajar-pelajar USIM. Program Ops Psikososial ini melibatkan dua buah kawasan yang terlibat banjir pada tahun lepas iaitu kawasan Gua Musang dan Kuala Krai. Program 3 hari 2 malam ini bermula pada 22 hingga 24 Mac 2015 melibatkan pelajar Tingkatan Empat dan Lima, Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai dan pelajar Darjah Enam Sekolah Kebangsaan Gua Musang, Gua Musang. Seramai 83 orang telah terlibat dalam menjayakan program ini iaitu 56 orang fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa/i USIM - gabungan daripada ahli Kelab Pembimbing Rakan Universiti, pelajar-pelajar Program Kaunseling dan Urus Setia Perlindungan Perubatan Pelajar. Manakala 27 orang kakitangan daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pusat Kesihatan Universiti,  Jabatan Keselamatan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan serta Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti turut sama terlibat. Menurut Muhammad Faris Amran, pengarah program, program ini merupakan suatu bentuk wasilah dan bantuan kepada pelajar-pelajar yang menjadi mangsa banjir supaya lebih bermotivasi melalui aktiviti-aktiviti yang dapat membina kecergasan diri dan pembentukan personaliti. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar-pelajar sekolah yang terlibat tetapi juga memberi impak yang besar kepada mahasiswa/i yang yang terlibat sebagai fasilitator. Kemahiran berkomunikasi, berkreativiti dan menyelesaikan masalah perlu ada dalam diri setiap fasilitator supaya dapat membina hubungan yang baik dengan peserta. Program berunsurkan psikososial ini menampilkan program-program [...]

KOLEJ KEDIAMAN PERTAMA GAH DI SUKOL 2015

NILAI, 29 Mac - Penganjuran Sukan Antara Kolej Kediaman (SUKOL) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2015 menyaksikan Kolej Kediaman Pertama (KK1) muncul johan keseluruhan dalam edisi kelima SUKOL kali ini. Berlangsung dari 21 hingga 29 Mac di Pusat Sukan Tunku Najihah USIM, seramai 1722 atlet dari 7 buah kolej kediaman mengambil bahagian dalam 14 acara yang dipertandingkan seperti bola sepak, futsal, catur, ping-pong dan tenpin boling. Kontinjen KK1 yang diketuai oleh Muhammad Hafiz Jalil yang menghantar seramai 80 atlet menunjuk penguasaan bergaya apabila mengumpul 40 mata hasil kutipan 4 pingat emas, 6 perak dan 1 gangsa. Pingat emas disumbangkan melalui acara Badminton Berpasukan, Bola Jaring, Olahraga Lelaki dan Olahraga Wanita. SUKOL yang diurusetiakan oleh Pusat Perumahan Pelajar diadakan secara tahunan oleh kolej-kolej kediaman di USIM secara penggiliran. Pada kali ini, Kolej Kediaman Sutera Indah (KKSI) menjadi penganjurnya yang dipengerusikan oleh Dr Nik Shafikudin Nik Tajuddin selaku Pengetua KKSI. "Kejayaan ini adalah hasil persiapan baik yang dilakukan oleh Kolej terutama dalam memilih atlet berpotensi melalui sesi saringan yang diadakan. Semangat juang dan kesukanan tinggi mereka amat saya kagumi walaupun tidak dijanjikan ganjaran. InsyaAllah, kita usahakan majlis penghargaan yang sesuai untuk mereka nanti" ulas Dr Khairunneezam Mohd Noor selaku Pengetua KK1. Program kesukanan seperti ini menjadi platform berkesan untuk mengetengahkan bakat mahasiswa dalam bidang sukan disamping mewujudkan persaingan sihat antara atlet dalam menaikkan nama kolej masing-masing. Majlis perasmian penutup SUKOL yang dirasmikan oleh Y. Bhg. Profesor Dato' Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM yang turut dihadiri Prof Dato' Dr. Mohamad Asin Dollah, [...]

GRADUAN USIM TERIMA PINGAT KECEMERLANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN

KUALA LUMPUR, 24 Mac - Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin, 24 mencipta sejarah tersendiri buat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila menjadi graduan pertama USIM menerima Anugerah Pingat Tunku Abdul Rahman sejak ia diperkenalkan oleh Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) pada 2010. Graduan Sarjana Muda Perakaunan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) ini merupakan penerima Anugerah Pelajaran DiRaja – Pingat Jaya Cemerlang dalam Majlis Konvokesyen Ke-12 USIM pada tahun lalu. Iqmal menerima Anugerah Pingat Tunku Abdul Rahman daripada YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YTAR dalam satu majlis khas di Memorial Tunku Rahman Putra, Kuala Lumpur. Beliau yang ditemani kedua ibu-bapanya menerima sebentuk pingat perak padu 32gm dan wang tunai RM 3000. Merupakan seorang pelajar yang cemerlang di dalam akademik dan kokurikulum antaranya menerima Anugerah Dekan bagi setiap semester pengajian, penerima Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan bagi Kategori Pemimpin Program Pengucapan Awam Terbaik 2013 dan Anugerah Tokoh Perdana Siswa USIM 2013. Amat aktif dalam bidang pengucapan awam khususnya debat, Iqmal telah dipilih mewakili Malaysia ke World Heritage Youth Forum Qatar 2014. “Bersyukur dan berbangga dengan penganugerahan ini kerana segala sumbangan dan penglibatan dalam aktiviti khususnya buat Universiti dan juga Malaysia secara umumnya mendapat pengiktirafan oleh YTAR. Ia secara tidak langsung membutikan bahawa mahasiswa keluaran USIM juga mampu bersaing dan mendapat tempat di peringkat kebangsaan,” “Pemilihan penerima dilakukan oleh satu panel khas yang terdiri daripada Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah YTAR.  Seramai 14 orang calon dari seluruh negara disenarai pendek  termasuk saya untuk menjalani sesi [...]

GRADUAN USIM TERIMA PINGAT KECEMERLANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN

KUALA LUMPUR, 24 Mac - Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin, 24 mencipta sejarah tersendiri buat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila menjadi graduan pertama USIM menerima Anugerah Pingat Tunku Abdul Rahman sejak ia diperkenalkan oleh Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) pada 2010. Graduan Sarjana Muda Perakaunan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) ini merupakan penerima Anugerah Pelajaran DiRaja – Pingat Jaya Cemerlang dalam Majlis Konvokesyen Ke-12 USIM pada tahun lalu. Iqmal menerima Anugerah Pingat Tunku Abdul Rahman daripada YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YTAR dalam satu majlis khas di Memorial Tunku Rahman Putra, Kuala Lumpur. Beliau yang ditemani kedua ibu-bapanya menerima sebentuk pingat perak padu 32gm dan wang tunai RM 3000. Merupakan seorang pelajar yang cemerlang di dalam akademik dan kokurikulum antaranya menerima Anugerah Dekan bagi setiap semester pengajian, penerima Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan bagi Kategori Pemimpin Program Pengucapan Awam Terbaik 2013 dan Anugerah Tokoh Perdana Siswa USIM 2013. Amat aktif dalam bidang pengucapan awam khususnya debat, Iqmal telah dipilih mewakili Malaysia ke World Heritage Youth Forum Qatar 2014. “Bersyukur dan berbangga dengan penganugerahan ini kerana segala sumbangan dan penglibatan dalam aktiviti khususnya buat Universiti dan juga Malaysia secara umumnya mendapat pengiktirafan oleh YTAR. Ia secara tidak langsung membutikan bahawa mahasiswa keluaran USIM juga mampu bersaing dan mendapat tempat di peringkat kebangsaan,” “Pemilihan penerima dilakukan oleh satu panel khas yang terdiri daripada Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah YTAR. Seramai 14 orang calon dari seluruh negara disenarai pendek termasuk saya untuk menjalani sesi [...]

KUMPULAN INTRACKSEE USIM MELAKAR NAMA DI FESTMA 2015

NILAI,  8 MAC  2015 – Kumpulan Interacksee terus mencipta nama apabila dinobatkan sebagai Johan di Festival Marhaban Harmoni V Terbuka, Universiti Putra Malaysia 1 Malaysia (FESTMA) yang  diadakan di Dewan Sri Harmoni, Kolej Kelima UPM pada 8 Mac baru baru ini. Festival ini turut disertai oleh IPTA lain antaranya ialah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Teknologi Petronas (UTP), UNISZA dan termasuk tiga kolej kediaman UPM. Naib Johan dimenangi oleh  Universiti Teknologi Petronas, manakala Tempat Ketiga dimenangi oleh Universiti Islam Antarabangsa. Menurut Ab Rahimi Ab Rezaf, pelajar dari Fakulti Syariah dan Undang-undang berkata, mereka sangat bersyukur kerana ini merupakan pertama kali kumpulan Intracksee bertanding dalam kategori marhaban, dan  kemenangan ini tidak disangka kerana berjaya mengalahkan kumpulan dari UTP yang merupakan Johan Bertahan sebelum ini. “Latihan yang singkat selama seminggu kami manfaatkan sepenuhya kerana kebanyakkan ahli kumpulan adalah berlainan program pengajian dan jadual kuliah yang padat, itu antara cabaran yang kami hadapi sepanjang tempoh latihan”. “Kami berharap untuk lebih berusaha keras selepas ini bagi mengharumkan nama USIM dalam apa jua pertandingan yang berunsur nasyid, qasidah mahupun marhaban kerana tiada apa yang mustahil sekiranya kita berusaha dan tidak berputus asa”, tambah Rahimi selaku Ketua Kumpulan. Johan membawa pulang wang tunai RM1000, piala pusingan dan piala iringan. Sebelum ini kumpulan Intracksee pernah memenangi Johan pada Festival Nasyid, Berzanji dan Marhaban peringkat zon Seremban, dan Naib Johan di Festival Nasyid Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM).   Disediakan oleh : Noorumaina Mohamed Yunus PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 [...]

KEJOHANAN BALAPAN USIM MEDAN UJIAN ATLET PELAPIS

NILAI, 14 Mac 2015 – Kejohanan Balapan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  anjuran Biro Pembangunan Sukan dan Belia Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM merupakan medan terbaik dalam menggilap atlet pelapis dalam acara  sukan olahraga di universiti ini bagi diketengahkan ke kejohanan lebih besar. Kejohanan yang julung kali diadakan berlangsung di Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM mempertandingkan tujuh acara iaitu  100m, 200m, 400m, 800m, 1500m, 4x100m dan 4x400m. Penganjuran kali pertama dilihat amat berjaya apabila seramai 139 pelajar menyertainya dengan mempamerkan larian yang bertenaga untuk setiap kategori yang dipertandingkan. Menurut Ketua Biro Pembangunan Sukan dan Belia MPP USIM, Saudara Muhammad Nor Amin Jamaluddin “Penyertaan yang amat memberangsangkan daripada mahasiswa dan mahasiswi USIM menunjukkan USIM mempunyai ramai atlet yang berpotensi dalam bidang olahraga. Hal ini selari dengan visi Biro Sukan dan Pembangunan Belia MPP iaitu melestarikan budaya sukan dalam kalangan warga USIM”. “Pasca Kejohanan Balapan USIM, kami akan membukukan rekod catatan masa para atlet yang terlibat bagi menaikkan semangat atlet olahraga untuk memecah rekod yang ada pada kejohanan seumpanya di tahun hadapan. Ia akan mewujudkan persaingan yang sihat seterusnya meningkatkan kualiti atlet dari semasa ke semasa” “Saya yakin selepas kejohanan ini berlangsung, semakin ramai mahasiswa dan mahasiswi akan turun ke Pavillion untuk melakukan aktiviti sukan. Selepas kejayaan program ini, perancangan selepas ini adalah mengadakan Hari Terbuka Sukan USIM dan Majlis Pelancaran kempen ‘Fit USIM’. ujarnya. Kejohanan yang berlangsung selama sehari ini ditutup secara rasmi oleh Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ). Dalam majlis [...]

KUMPULAN INTRACKSEE USIM MELAKAR NAMA DI FESTMA 2015

NILAI,  8 MAC  2015 – Kumpulan Interacksee terus mencipta nama apabila dinobatkan sebagai Johan di Festival Marhaban Harmoni V Terbuka, Universiti Putra Malaysia 1 Malaysia (FESTMA) yang  diadakan di Dewan Sri Harmoni, Kolej Kelima UPM pada 8 Mac baru baru ini. Festival ini turut disertai oleh IPTA lain antaranya ialah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Teknologi Petronas (UTP), UNISZA dan termasuk tiga kolej kediaman UPM. Naib Johan dimenangi oleh  Universiti Teknologi Petronas, manakala Tempat Ketiga dimenangi oleh Universiti Islam Antarabangsa. Menurut Ab Rahimi Ab Rezaf, pelajar dari Fakulti Syariah dan Undang-undang berkata, mereka sangat bersyukur kerana ini merupakan pertama kali kumpulan Intracksee bertanding dalam kategori marhaban, dan  kemenangan ini tidak disangka kerana berjaya mengalahkan kumpulan dari UTP yang merupakan Johan Bertahan sebelum ini. “Latihan yang singkat selama seminggu kami manfaatkan sepenuhya kerana kebanyakkan ahli kumpulan adalah berlainan program pengajian dan jadual kuliah yang padat, itu antara cabaran yang kami hadapi sepanjang tempoh latihan”. “Kami berharap untuk lebih berusaha keras selepas ini bagi mengharumkan nama USIM dalam apa jua pertandingan yang berunsur nasyid, qasidah mahupun marhaban kerana tiada apa yang mustahil sekiranya kita berusaha dan tidak berputus asa”, tambah Rahimi selaku Ketua Kumpulan. Johan membawa pulang wang tunai RM1000, piala pusingan dan piala iringan. Sebelum ini kumpulan Intracksee pernah memenangi Johan pada Festival Nasyid, Berzanji dan Marhaban peringkat zon Seremban, dan Naib Johan di Festival Nasyid Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM). Disediakan oleh : Noorumaina Mohamed Yunus PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, [...]

KEMENTERIAN PENDIDIKAN IKTIRAF USIM DENGAN STATUS AUTONOMI

NILAI, 16 Jan - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencipta kejayaan membanggakan di awal jendela tahun baharu 2015 apabila menerima pengiktirafan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan penganugerahan status autonomi kepada Universiti ini. Ia menjadikan USIM antara 12 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) setakat ini yang menerima status autonomi daripada Kementerian. Penyampaian watikah autonomi ini disampaikan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan kepada USIM yang diterima oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor Hj Husin bersama Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2015 Kementerian Pendidikan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada pagi tadi. USIM pada 2011 telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan bersama UKM dan USM sebagai universiti projek perintis (pilot project) untuk pengauditan autonomi sebelum dasar ini dilaksanakan. Pengalaman yang diambil semasa terlibat dalam projek rintis ini menjadikan USIM membuat persiapan terbaik dan menyeluruh apabila pengauditan sebenar (audit kedua) dijalankan oleh KPM. Status autonomi diberikan apabila sesebuah IPTA melepasi penilaian tahap kesediaan autonomi melebihi skor 85% dalam komponen tertentu yang dinilai. “Autonomi ini ialah satu tanggungjawab dan amanah yang perlu kita tunaikan selepas ini. Universiti harus lebih peka dan berusaha keras kerana pihak Kementerian akan sentiasa memantau untuk memastikan kita sentiasa memenuhi kriteria yang ditetapkan. Oleh itu, semua kaitangan USIM dipelbagai peringkat perlu memberi perhatian kepada autonomi ini kerana apabila ia berhasil akan memberi banyak faedah kepada Universiti,” ulas Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr.Abdul [...]

USIM STREET DAKWAH TAWAN PASAR SENI

KUALA LUMPUR, 28 FEB 2015 - Berkonsepkan ‘busking’ dan santai, inisiatif penganjuran USIM Street Dakwah (USD) dalam mempelbagaikan metod penyebaran dakwah Islam merupakan pilihan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila berjaya memukau dan menggamit pengunjung di Pasar Seni, Kuala Lumpur semalam. Sementara itu, program sehari ini turut mendapat maklum balas dan respons yang positif daripada Naib Canselor USIM, Prof Dato’ Dr. Musa Ahmad. Beliau hadir untuk merasai sendiri pengalaman sebagai buskers dan dengan mengambil bahagian dalam persembahan deklamasi puisi. Ujar beliau, aktiviti yang direalisasikan oleh Pusat Kebudayaan USIM ini dilihat kreatif dan menjadi satu usaha murni dalam menyampaikan mesej kesederhanaan, bahkan memperkenalkan konsep wasatiyyah dalam Islam. “Aspek seni di dalam program ini diketengahkan sebagai satu wadah dakwah untuk membawa masyarakat kepada kebaikan dan meninggalkan keburukan sejajar dengan tuntutan Islam iaitu amar ma’ruf nahi mungkar,” jelas beliau. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Dato’ Mohd Noordin Abbas, konsep ini sangat berkesan bagi mendekati Generasi Y yang sesuai dengan peredaran zaman pada masa kini. “USIM tampil dengan konsep yang bertepatan dengan golongan sasaran khususnya pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan masyarakat secara amnya, di samping pendedahan mengenai kesenian dan konsep-konsep dalam Islam secara santai,” ujar beliau ketika ditemu ramah. USIM Street Dakwah yang julung kali diadakan ini memberi kelainan dan keunikan tersendiri dengan membawa konsep ‘sharing knowledge dan ‘sharing arewarness’. Pendekatan seumpama ini dizahirkan melalui persembahan-persembahan yang disusuli mesej yang hendak disampaikan kepada masyarakat. “Penyampaian dakwah sebegini mampu menjadi ikutan masyarakat oleh kerana ianya sangat dekat dengan rutin seharian kita dan mudah untuk [...]

Mohammad Aslam, Iqlima Balqis & Nurfathihin Radzlin

Hot off the 3rd UN World Conference on Disaster Risk Reduction from Sendai, Japan! Our proud representatives from USIM,  (3rd Year, Faculty of Economics and Muamalat) got a chance to present a token of appreciation to the First Lady of Japan, Akie Abe. Aslam, Iqlima & Nurfathihin are currently being part of the prestigious Children & Youth Forum at the Third UN World Conference on Disaster Risk Reduction in Japan, together with other 200 youth leaders all over the world! ‪#‎NaqliAqli‬ ‪#‎USIM‬

Go to Top