September 2015
AMIRUL DAN IMRAN IKUTI SIMPOSIUM KEMPIMPINAN ANTARABANGSA DI HONG KONG
HONG KONG, OGOS -Peluang menyertai 6th University Scholars Leadership Symposium bertempat di Hong Kong baru-baru ini menjadi pengalaman bermakna kepada dua mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Muhamad Amirul Razali, 21 dan Imran Razalle, 21 merasai sendiri denyut nadi kota metropolitan ini. Kedua-duanya merupakan penuntut Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang, Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM menyertai simposium bertaraf antarabangsa yang dianjurkan oleh Humanitarian Affairs dengan kerjasama The Hong Kong Polytechnic University. Bertemakan “Enrich. Educate. Enlighten”, program ini mengumpulkan seramai 876 delegasi yang merupakan penuntut institusi pengajian tinggi dari 57 negara seperti Indonesia, German, Austrlia, China, Oman dan Brunei. Selain padat jadual harian mengikuti pengisian berbentuk akademik seperti menghadiri 12 slot pembentangan oleh penceramah antarabangsa sepanjang di sana, masa senggang yang ada tetap dimanfaatkan untuk menyelami jiwa kota Hong Kong. “Hong Kong mempunyai kawasan persekitaran yang bersih selain perkhidmatan pengangkutan awamnya yang sangat efisien dan diiktiraf oleh pelancong. Salah satu pengisian di sini ialah kami di bawa menyantuni orang-orang tua dan memberi bantuan ringan kepada mereka”. “Polisi kerajaan Hong Kong begitu mengambil berat tentang kebajikan warga tua. Mereka yang berumur 70 tahun tahun ke atas biasanya akan diberikan tempat tinggal secara percuma dan wang belanja dalam sekitar HKD 1000-2000 sebulan. Ini dasar yang amat saya kagumi” ujar Amirul Razali. Pengalaman menarik bagi Imran pula ialah menjalankan aktiviti bersama etnik minoriti terbesar di Hong Kong. “Empat kaum minoriti yang besar di sini ialah Indonesia, Pakistan, Nepal dan Korea dan mereka ini diberikan taraf warganegara. Saya bersama 47 orang peserta yang lain [...]
500 PESERTA BERLARI UNTUK FIT USIM CHARITY RUN 2015
NILAI, 12 SEPT 2015 - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Sekretariat Pelajar Luar Kampus (OCSS) USIM buat julung kalinya telah menganjurkan Fit USIM Charity Run 2015 pada 12 September 2015 lalu. Merupakan sebahagian daripada acara sempena Hari Terbuka USIM yang turut diadakan pada hari yang sama, lebih 500 peserta terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar Universiti dan pelbagai lapisan masyarakat berkumpul di Dewan Tuanku Canselor seawal 6.30 pagi untuk menyertai larian amal ini. Antara objektif larian amal tersebut diadakan adalah bagi mengumpul dana untuk tabung kebajikan pelajar USIM selain memberikan galakan kepada komuniti setempat untuk bergiat aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat. Dengan membawa tema “Run For Deeds”, para peserta dilepaskan secara rasmi oleh Profesor Dato' Dr. Hassan Basri Bin Awang Mat Dahan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM. Turut bersama peserta berlari adalah Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad. “Saya amat berpuas hati dengan penganjuran acara larian kampus ini yang merupakan program kemuncak bagi Biro Sukan dan Pembangunan Belia MPP, sambutan yang diterima amat memberangsangkan daripada orang ramai dan juga warga USIM” ujar Muhammad Nor Amin Bin Jamaluddin selaku pengarah Fit USIM Charity Run ’15 dan Exco Sukan dan Pembangunan Belia MPP. “InsyaAllah jika tiada aral yang melintang acara larian kampus sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang setelah menerima maklumbalas positif daripada rata-rata peserta. Saya turut berharap budaya bersukan di USIM akan terus subur dan lebih berkembang pesat melalui gerakan Fit USIM yang dipelopori MPP USIM”, tambah Amin [...]
Marbawi Zulkifli (FST)
Adelakun Olawumi Azeezat (FKP)
Iffah Zakirah Jalil (FPBU)
Nurdeena Qayyim Mokhtar (FPQS)
Muhammad Azrul Hisyam Mohd Sohani (FEM)
Riza Asma Saari (FST)
70 PEGAWAI KADET PALAPES USIM TERIMA TAULIAH SEBAGAI LEFTENAN MUDA
NILAI, 1 SEPTEMBER 2015 – Tempoh kursus dan latihan yang panjang selama 6 semester bersama Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), akhirnya memberi kejayaan buat 70 orang pelajar PALAPES Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila berjaya bergelar Leftenen Muda. Terdiri daripada 41 orang lelaki dan 29 orang perempuan, mereka ditauliahkan sempena Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam ke-34 pada 15 Ogos lalu di Universiti Putra Malaysia (UPM). Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, berkenan mencemar duli ke majlis ini dan menyampaikan watikah bertempat di Dewan Besar Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). PALAPES USIM yang bergerak secara rasmi menggunakan platform pasukan PALAPES UKM buat masa ini, telah berjaya melahirkan empat kumpulan Pegawai Muda PALAPES sejak pengambilan kumpulan pegawai kadet pertama diadakan pada 2009. Sempena kejayaan pentauliahan bersama PALAPES UKM, mereka diraikan di Majlis Santapan Malam Regimental bersama DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang merupakan Canselor UKM dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Canselor USIM baru-baru ini. Bertempat di The Royale Bintang Resort & Spa, Seremban Negeri Sembilan, kesemua Leftenan Muda PALAPES UKM USIM turut menerima Anugerah Kesatria Jaya. Selain itu, dua orang Pegawai Kadet USIM iaitu Lt M Muhammad Siddiq Bin Rohizan dan Lt M Muhammad Qusyairi Bin Muda masing-masing menerima Anugerah Pegawai Muda Terbaik dan Anugerah Khas Komandan Pegawai [...]
#BEBAS: TUAH BUAT INTRACKSEE
NILAI, 24 OGOS 2015 - Kumpulan nasyid USIM yang dikenali dengan nama Intracksee tampil beraksi di pentas Pertandingan Nasyid Ihtifal IPT ASEAN 2015. Dengan memperjuangkan lagu baharu mereka iaitu #BEBAS, Intracksee mencipta tuah baharu dek berjaya merangkul anugerah Naib Johan dalam pertandingan kali ini. Kesungguhan mereka dalam memperjuangkan irama kesyahduan Islam nasyid jelas kelihatan apabila kumpulan ini tampil dengan persembahan berbeza dengan kumpulan yang lain. Kumpulan Intracksee, Urus Setia Kesenian Pelajar yang dibimbing oleh Huzaimi Nowseeheart dan Juhairee Pegawai Kebudayaan USIM tampil berbeza dengan props seakan-akan penjara menggambarkan mesej moral seiring dengan fokus lirik dan seni kata lagu dendangan mereka iaitu #BEBAS. Lagu ini memberi pesanan serta kesedaran kepada hamba yang dihimpit dosa dan noda kepada Pencipta, lantas mahu lari dan membebaskan dirinya dari terus dibelenggu dosa yang lalu. Menurut Fauzi Marzuki merangkap ketua juri berkata, lagu #BEBAS ini sangat menarik kerana melodinya segar dan mudah diikuti oleh pendengar. Walaupun rezeki untuk bergelar Johan dalam pertandingan ini tidak berpihak buat mereka, namun ianya diterima dan disahut oleh mereka sebagai pembakar semangat serta menjadi ukuran untuk terus bergiat dan menjadi yang terbaik di masa hadapan, ujar Rahimi yang merupakan ketua bagi kumpulan Intracksee. Kumpulan ini pernah merangkul Johan Pertandingan Nasyid Ihtifal IPT ASEAN pada tahun 2013 dan menewaskan 11 kumpulan lain. Penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Naib Canselor USIM pada Majlis Penutupan Ihitifal IPT ASEAN dengan membawa pulang wang tunai RM2,000 berserta piala iringan serta sijil penyertaan. Disediakan oleh: Ejen Berita (EB Muhamad Arif Che’ Soh), Pusat Kebudayaan USIM Dikemaskini [...]









