Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Disember 2023

Setia bersama USIM, lengkapkan semua Peringkat Tinggi Pengajian di USIM

NILAI- Perjalanan akademik graduan Doktor Falsafah dalam bidang Sains dan Teknologi ini panjang. Lebih menarik, beliau berjaya melengkapkan semua peringkat pengajian akademik di peringkat tertiary beliau kesemuanya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Muhammad Harith Noor Azam, 28, yang berasal dari Pulau Pinang memulakan pengajian awalnya dengan mengikuti Program Tamhidi di USIM sebelum menyambung pengajian pada peringkat ijazah dalam program Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat). Beliau seterusnya menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam program Sarjana Sains dan menyelesaikan Ijazah Kedoktoran beliau dalam bidang Sains dan Teknologi. Bercerita mengenai pengalaman kerjayanya, Harith pernah bekerja dalam bidang Sains Komputer selama tujuh tahun selepas menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana muda selain turut menyatakan hasrat untuk bertukar bidang dengan memohon untuk menjadi tenaga akademik di universiti tempatan. Berkongsi perasaan gembira dan pengalaman sepanjang mengikuti pengajian di peringkat Doktor Falsafah ini, banyak cabaran yang perlu dihadapi dan salah satunya ialah menyiapkan tesis dan penyelidikan beliau dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan pandemik COVID-19. Kata beliau, waktu itu adalah waktu yang mencabar kerana beliau mengalami kesukaran untuk bertemu dengan penyelia bagi menyiapkan tesis. Walaupun keadaan pada waktu sangat sulit, tetapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk menyiapkan tesis sehingga berjaya menggenggam ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains dan Teknologi pada sidang pertama hari ini. Selain kesukaran menyambung pengajian dikala pandemik menular, graduan yang merupakan anak sulung dalam adik beradiknya ini juga turut membuat kerja-kerja sambilan bagi menampung kos pembelajarannya suatu ketika dahulu. Tiada kata yang lebih indah yang boleh diberikan [...]

Duta Besar Palestin hadir terima Ijazah Anumerta wakili dua graduan USIM yang syahid dalam serangan Zionis

NILAI – Duta Besar Palestin, Tuan Yang Terutama Walid A. M. Abu Ali hadir ke Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-21 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi menerima Ijazah Anumerta mewakili dua graduan USIM yang terkorban dalam serangan Zionis di Gaza, Palestin, iaitu Mohammed J. H. Alzaanin, Doktor Falsafah (Pengurusan Sumber Manusia) serta isteri, Kholoud M. H. Elzaneen, Sarjana Sains (Mod Penyelidikan), Fakulti Sains dan Teknologi. Ijazah dianugerahkan oleh Canselor USIM, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud yang berkenan menganugerahkan ijazah itu kepada Duta yang mewakili pasangan tersebut. Dalam serangan pada 8 Oktober 2023 itu, Mohammed disahkan terbunuh bersama isteri di perkampungan mereka di Bait Hanon.Turut terkorban adalah tiga orang anak mereka manakala seorang lagi anak lelaki Mohammed, Jamil Mohammed, disahkan selamat. Walid yang ditemui berkata, beliau berbesar hati dan turut menzahirkan rasa terima kasih kepada USIM kerana telah menganugerahkan ijazah Doktor falsafah dan Sarjana ini kepada Mohammed dan Kholoud yang sepatutnya hadir meraikan hari kejayaan mereka menamatkan pengajian ini serta mengharapkan agar rakyat dan Kerajaan Malaysia meneruskan sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin yang terkesan dalam peperangan yang melibatkan rejim Zionis ini.

Amarah pada hati kering Amerika dan kesatuan solidariti untuk Palestin

Semenjak konflik antara Palestin dan Israel kembali marak semula sejak 7 Oktober lalu, pihak berkuasa Gaza melaporkan lebih 17,000 penduduk telah terbunuh di Gaza. Wanita dan kanak-kanak merupakan jumlah korban terbesar dalam konflik kali ini iaitu kira-kira 70 peratus dari angka nyawa yang melayang akibat kekejaman rejim Zionis. Lebih 46,000 lagi cedera manakala yang masih selamat menjadi sebahagian dari 1.8 juta rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal. Penindasan dan kekejaman terbaharu yang berlaku di sana belum menampakkan akan menemui titik noktah dalam masa terdekat. Pada satu Ketika, dunia melihat ada sinar untuk gencatan senjata dikuatkuasakan melalui satu draf resolusi yang dicadangkan oleh Emeriah Arab Bersatu (UAE) kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Antara kandungan draf resolusi berkenaan adalah yang menggesa semua pihak terlibat dalam konflik untuk mematuhi undang-undang antarabangsa, terutamanya perlindungan orang awam, menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera dilaksanakan dan menyeru Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres untuk melaporkan kepada Majlis Keselamatan mengenai pelaksanaan gencatan senjata. Ditaja hampir 100 negara anggota, menerima sokongan 13 ahli Majlis Keselamatan PBB dengan United Kingdom (UK) berkecuali, tetapi akhirnya usaha ini musnah begitu sahaja apabila Amerika Syarikat (AS) tetap dengan hati keringnya, menggunakan kuasa veto untuk membatalkan resolusi ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sejak awal konflik ini berlaku konsisten mengecam tindak tanduk rejim Israel yang disokong oleh AS melahirkan rasa kesal dan membantah tindakan terkini AS. Beliau turut kesal dengan sikap AS yang masih mempertahankan tindakan pembunuhan anak-anak kecil tanpa sekatan di Gaza. “Tolonglah, kita mesti hentikan pembunuhan [...]

Bawa Tema ‘Graduan USIM Pemangkin Masyarakat Madani’, Konvokesyen USIM ke-21 rai 3,146 graduan

NILAI - Seramai 3,146 graduan dari 89 program pengajian diraikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kali ke-21 yang dijadualkan berlangsung pada 12 sehingga 15 Disember 2023. Dengan tema “Graduan USIM Pemangkin Masyarakat Madani”, majlis yang penuh bermakna bagi graduan ini diraikan dengan penuh adat isitiadat dan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor USIM, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. DYMM Tuanku Canselor berkenan berangkat mencemar duli bagi mengisytiharkan majlis konvokesyen dan seterusnya menganugerahkan ijazah kepada para graduan pada sidang pertama. Naib Canselor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, dari 3,146 graduan tersebut, seramai 110 orang merupakan graduan Doktor Falsafah (PhD), 108 merupakan graduan Sarjana, 340 orang merupakan graduan Diploma Siswazah serta 2,588 lagi merupakan graduan program Sarjana Muda. “Majlis konvokesyen kali ini bakal melakar sejarah tersendiri apabila USIM turut meraikan graduan sulung bagi lima program pengajian Baharu. Mereka adalah graduan Sarjana Muda Syariah (Industri Halal) dengan Kepujian, Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Perdagangan (Kepujian), Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan Islam dengan Kepujian, Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi dengan Kepujian dan Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian. “Pada majlis yang sama Tuanku Canselor turut berkenaan mengurniakan Ijazah Kehormat serta gelaran Profesor Emeritus dan Profesor Emerita serta anugerah-anugerah kecemerlangan akademik”. Ijazah Kehormat (Doktor Falsafah) dianugerahkan kepada Tuan Yousef Abdul Latif Jameel, iaitu pengasas Syarikat Abdul Latif Jameel Company, sebuah Syarikat pengedar kenderaan Toyota di Kerajaan Arab Saudi. Menurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin lagi, [...]

USIM teruskan inisiatif solidariti, anjur solat hajat & qunut nazilah untuk Palestin

NILAI– Serangan bertubi-tubi daripada Zionis Israil terhadap bumi Palestin sejak peristiwa 7 Oktober membuatkan umat Islam di seluruh dunia berhimpun dan menyatakan sokongan untuk membela nasib rakyat Palestin. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) juga turut sama mengadakan beberapa siri solidariti bagi menyatakan sokongan terhadap pembebasan Negara Palestin. Antara inisiatif solidariti pertama yang dibuat oleh USIM adalah dengan melancarkan Tabung USIM Prihatin Palestin pada 13 Oktober 2023. Pada 6 Disember 2023, USIM meneruskan kempen solidariti dengan menganjurkan program ’USIM Berzikir untuk Palestin’ yang diadakan dengan hasrat untuk menyeru warga USIM dan masyarakat muslim sekitar untuk bersama-sama menyatakan dan mengukuhkan solidariti terhadap Palestin dengan pelbagai pengisian antaranya, solat hajat, bacaan Doa Qunut Nazilah serta Zikir Munajat. Lebih bermakna, semua pelajar dan kakitangan warganegara Palestin yang berada di USIM turut dijemput bagi merasai kebersamaan warga USIM bersama dengan rakyat Palestin selain berkongsi pengalaman, perkembangan terkini di tanah air Palestin dan nasihat yang boleh dikongsikan kepada warga USIM khasnya, dan kepada masyarakat sekitar umumnya. Naib Canselor, Profesor Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapannya berkata, sebagai tanda sokongan dan cakna kepada warga Palestin, satu pertemuan antara Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) USIM dengan warga Palestin USIM telah diadakan pada 23 November 2023. Pengurusan USIM juga bersetuju agar pelajar Palestin di USIM yang terkesan dengan peperangan ini diberikan kadar yuran pengajian tempatan, penangguhan khas pengajian bagi pelajar siswazah selain kutipan berjumlah RM33,210.47 yang dikumpul melalui Kempen #USIMPrihatin Palestin yang telah dilancarkan pada bulan Oktober 2023 yang lepas diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di atas [...]

USIM Catat 91.83 Peratus Pelajar Keluar Mengundi Dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2023/2024

NILAI – Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2023/2024 semalam berlangsung dengan lancar dan aman dan menyaksikan 91.83 peratus pelajar turun mengundi berbanding 83.73 peratus pada tahun lepas. Keputusan ini merupakan antara yang tertinggi dicatatkan oleh Universiti Awam. Sebanyak sembilan  kerusi umum dan 18 kerusi fakulti menjadi rebutan calon-calon yang bertanding. Proses pemilihan calon diadakan pada 5 Disember 2023 secara dalam talian melalui laman web pilihmpp.usim.edu.my dengan 19 calon menawarkan diri bertanding di Kerusi Umum dan 31 calon bertanding di kerusi fakulti. Kerusi Tertinggi pencalonan adalah dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) iaitu dengan saingan lima penjuru. Manakala Kerusi Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) menyaksikan pencalonan empat penjuru. Sementara itu, bagi kerusi Fakulti Kejuruteraan Alam Bina (FKAB), Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan Fakulti Pengajian Quran Sunnah (FPQS) pula dengan saingan tiga penjuru. Bagi kerusi Fakulti Pergigian (FPg) tiada pertandingan kerana calon-calon menang tanpa bertanding. Sementara itu, Nazurah Farzana Zulkifflee, 20, yang berasal dari Sabah merupakan mahasiswa tahun dua FPg yang mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 7,530 undian berbanding 7,474 undian yang dimenangi oleh saudara Ibni Umar Abdul Aziz Iswady Fazly dari FPQS. Nazurah Farzana dalam kenyataannya berkata, beliau tidak menyangka akan memenangi undian tertinggi, dan hanya mendapat tahu ketika menyaksikan pengumuman secara dalam talian menerusi platform facebook USIMTV. "Terima kasih kepada semua mahasiswa yang telah turun mengundi dan menjalankan tanggungjawab anda, saya akan pikul tanggungjawab dan amanah ini [...]

Makanan Jalanan: Kesedaran Tentang Amalan Pengendalian Makanan yang Baik

Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat popular dengan makanan jalanan ataupun lebih kenali sebagai “street food”. Rakyat Malaysia gemar membeli makanan jalanan kerana harganya yang lebih murah serta lokasi gerai yang strategik tanpa perlu memasuki premis makanan. Antara makanan jalanan yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia adalah pasar malam atau pasar minggu. Ini kerana pasar ini sering dipenuhi dengan pelbagai juadah makanan yang menyelerakan serta menarik perhatian pembeli. Namun, apa yang dibimbangkan adalah aspek kebersihan makanan jalanan. Ini kerana makanan jalanan amat terdedah dengan persekitaran yang kurang bersih seperti asap kenderaan atau bau perparitan yang kurang menyenangkan. Adakalanya penyediaan makanan daripada penjual juga kurang memuaskan. Penjual menyediakan makanan dengan tangan yang tidak memakai sarung tangan dan penutup kepala, mencampuradukkan beberapa jenis bahan mentah, serta menggunakan peralatan memasak berulang kali tanpa membasuhnya terlebih dahulu. Justeru, untuk memastikan penyediaan makanan adalah baik dan bersih, pengendali makanan perlu cakna terhadap garis panduan amalan pengendalian makanan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Biasanya, untuk menjalankan perniagaan makanan jalanan, mereka perlu mendapatkan lesen daripada Majlis Daerah dan juga memenuhi syarat KKM. Ini termasuk mengambil suntikan tifoid, memastikan kuku sentiasa pendek, memakai penutup kepala, serta tidak memakai sebarang perhiasan seperti cincin, jam tangan atau rantai tangan. Penggunaan peralatan memasak berasaskan kayu juga tidak dibenarkan bagi mengendalikan makanan kerana sifat bahan ini yang menyerap lembapan sekaligus membenarkan pembiakan bakteria dengan mudah. Adalah menjadi tanggungjawab seorang pengendali makanan untuk memenuhi syarat semasa memohon lesen makanan jalanan serta menambah ilmu pengetahuan [...]

November 2023

Beri Peluang Belia B40 dan Masyarakat Orang Asli Jadi Tenaga Mahir, Tingkat Kemahiran Dalam Sektor Pelancongan di Negeri Sembilan

REMBAU - Dalam usaha untuk melahirkan usahawan dan komuniti profesional dari kalangan golongan belia B40 dan Orang Asli dalam industri pelancongan, Universiti Sains islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) dan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau, Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Latihan Modul I-Skilled Keusahawanan Pelancongan Digital Produk Pelancongan Berasaskan Komuniti (Community Based Tourism) Bagi Golongan Belia B40 Dan Orang Asli Negeri Sembilan bermula 25 hingga 26 November 2023 bertempat di UiTM Rembau. Program turut mendapat kerjasama daripada Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan Pusat Keusahawanan Universiti. Dianggarkan seramai 50 peserta yang terdiri daripada kalangan belia B40 dan Masyarakat orang asli sekitar Negeri Sembilan telah diberi pendedahan secara teori dan praktis serta dilatih untuk menguruskan perniagaan dengan kemahiran keusahawanan pelancongan digital yang diberikan. Di samping itu, program ini sebagai salah satu cara untuk membentuk keperibadian diri sebagai usahawan pelancongan komuniti yang beretika dan berintegriti tinggi, selain menaik taraf kehidupan keluarga dan generasinya. Penganjuran program itu juga memberi ruang kepada peserta untuk memiliki sijil kompetensi sebagai usahawan dan pekerja yang telah mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas mengenai kerjaya di dalam industri inap desa dan pelancongan berasaskan komuniti. Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.B. Dato' Zaifulbahri bin Idris (EXCO & DUN Chembong). Turut hadir sama adalah Professor Dr. Mohd Radhi Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Yamin Yasin, Rektor UiTM Kampus Rembau dan Ketua Kampung/Tok Batin ke majlis ini. Program ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada peserta, masyarakat setempat, dan [...]

The Black Widow dinobat sebagai Juara Keseluruhan SUFA 2023!

NILAI- The Black Widow Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) telah berjaya memenangi gelaran Juara Keseluruhan SUFA 2023, mencatat kemenangan terbesar sejak capaian cemerlang pada tahun 2009 yang lalu. Kemuncak kejohanan berakhir malam tadi di Kompleks Sukan Tuanku Najihah dengan menyaksikan FBeast gabungan (Fakulti Sains dan Teknologi & Fakulti Kejuteraan Alam Bina) rangkul Naib Johan, manakala Tempat Ketiga jatuh kepada pasukan The Eagle Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM). SUFA 2023 menyaksikan kejutan apabila The Black Widow dan FBeast terpaksa ditentukan dengan pungutan pingat terbanyak apabila kedua-dua pasukan berkongsi 112 mata yang sama hingga acara olahraga berpasukan yang terakhir semalam. Juara bertahan tahun lalu 2022 FEM The Eagle terpaksa berpuas hati di kedudukan ketiga  walaupun telah berjaya mengikat kedudukan teratas sehingga saingan fasa kedua. Penyampaian hadiah dan perasmian penutup dirasmikan oleh Prof Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Misi Jelajah Kesukarelawanan Kuala Pilah 2023 Terap Bina Jati Diri Islam

KUALA PILAH - Selaras dengan pentingnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kesukarelawanan, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, SekreFEM Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terdiri daripada 40 mahasiswa dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Gachong, Kuala Pilah telah menganjurkan Program Misi Jelajah Kesukarelawanan Kuala Pilah 2023 pada 11 November 2023 baru-baru ini. Bertempat di Masjid Kampung Gachong, Kuala Pilah seramai lebih 20 kanak-kanak dari kariah kampung telah mengambil peluang untuk menyertai program membentuk jati diri anak muda Islam. Misi Jelajah Kesukarelawanan Kuala Pilah 2023 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat, Dato’ Adnan Hj Abu Hassan, Ahli Parlimen Kuala Pilah. Selain itu, lima pensyarah dari Universitas Negeri Surabaya (UNESA) dan Universitas Muhammadiyah (UNISMUH) Makassar turut serta dalam misi jelajah tahun ini. Sementara itu, saudari Najah Binti Khairudin, mahasiswa tahun akhir Program Pentadbiran Korporat selaku Timbalan Pengarah program berkata, pelbagai aktiviti bermanfaat telah dijalankan antaranya gotong-royong, Smart Solat yang diselaraskan dengan keperluan komuniti, dan perkongsian adat perpatih. Jelasnya lagi, program ini mampu memberi impak positif kepada komuniti setempat dan sukarelawan khususnya. Dengan adanya program sebegini, USIM dapat melahirkan mahasiswa yang holistik dalam segenap aspek terutamanya dalam berbakti kepada masyarakat melalui kemahiran insaniah yang diperoleh daripada aktiviti kesukarelawanan “Melalui aktiviti gotong-royong, mahasiswa dapat memupuk nilai-nilai keprihatinan dan kebersamaan terhadap komuniti di luar kampus. Selain itu, kami turut mengajar dan mendidik kanak-kanak ini mengenai asas solat yang betul dalam membentuk jati diri Muslim dalam kalangan generasi muda. Tok Paduka Menti, Kamaruzaman Hussin juga turut berkongsi pengetahuan mengenai adat perpatih supaya dapat memastikan warisan [...]

Go to Top