Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Disember 2012

USIM Ketuai Jalinan Hubungan Kerjasama Tiga Negara

Nilai– Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diberi kepercayaan untuk mengetuai penubuhan konsortium kerjasama Institusi Pengajian Tinggi Islam antara tiga negara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia. Kepercayaan itu diberikan kepada USIM hasil perbincangan meja bulat di antara 30 wakil ketua jabatan Pengajian Islam seluruh IPTA/S di Malaysia, Universiti Islam Sultan  Sharif Ali (UNISSA) Brunei dan Institut Studi Islam Darussalam (ISID) Indonesia yang berlangsung sempena Seminar Serantau Institusi Pengajian Tinggi Islam (SeIPTI) 2012 di Dewan Senat USIM. Menurut Naib Canselor USIM, YBhg Profesor Dr. Asma Ismail, penubuhan konsortium ini amat penting demi membangunkan institusi pengajian Islam sekaligus ke arah menjadikan pengajian Islam satu bidang profesional. “Selain mengadakan penerbitan, penyelidikan dan program sangkutan ahli akademik, penubuhan konsortium ini akan menjadi satu penanda aras dalam mengangkat institusi pengajian tinggi Islam dan saya percaya jalinan antara UNISSA dan ISID dapat memperluaskan dan mengangkat penubuhan konsortium ini ke peringkat antarabangsa,” katanya ketika mempengerusikan perbincangan meja bulat tersebut. Beliau berkata bahawa kertas cadangan penubuhan ini perlu diusulkan ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia selewat-lewatnya pada Februari tahun hadapan. Sementara itu, Pengarah SeIPTI 2012, YBhg Profesor Dr. Zulkiple Abd Ghani pula berkata, seminar SeIPTI kali ini bukan sahaja berjaya mengumpulkan ahli akademik di peringkat serantau malah idea yang dicetuskan oleh YBhg Naib Canselor untuk menubuhkan konsortium merupakan cadangan bernas yang akan menjamin hubungan erat tiga negara akan terus terjalin. “Saya pasti bahawa penubuhan konsortium ini akan berperanan mengangkat imej Institusi Pengajian Tinggi Islam di mata dunia sekaligus menjadikan bidang Pengajian Islam ini adalah penting dan diiktiraf seluruh dunia terutama [...]

USIM Lancar Album Qasidah Inovasi Karya Seni

UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (USIM) melancarkan album nasyid Qasidah Inovasi Karya Seni yang pertama diterbitkan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) baru-baru ini. Album ini dinyanyikan oleh enam pelajar USIM yang menggelarkan diri sebagai kumpulan Bushra Lana menggunakan pendekatan susunan muzik kontemporari dalam menarik minat belia dan mahasiswa supaya mencintai lagu-lagu yang memuji Rasullulah S.A.W selain memacu keupayaan universiti meningkatkan karya seni berteraskan Islam. Antara enam buah lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah, Assalamu'alaik; Bushra Lana; Khairul Bariyyah; In Qiila Zurtum; Salamun Kamiskil Khitam dan Ya Imam Rusli. Penerbitan album ini juga menerapkan hiburan keislaman dalam menyemarakkan industri nasyid tanah air selain meningkatkan pembangunan sahsiah di kalangan warga IPTA dalam melayari hiburan yang mendidik jiwa. Album tersebut dilancarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim. Turut hadir, Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda. Ketua Kumpulan Bushra Lana, Mohd Husaini Mahmur berkata, kewujudan album ini bertujuan memelihara dan mencintai hiburan yang berteraskan Islam. "Lagu-lagu ini menekankan aspek meningkat kerohanian dan mendidik jiwa bagi setiap pendengar. Kami mengharapkan ia dapat diterima oleh mahasiswa di IPTA di seluruh negara. "Lagu-lagu ini mengajak masyarakat ke arah kebaikan. Tidak seperti muzik dan genre lagu lain yang melalaikan masa kini," katanya. Mohd Husaini berkata, kumpulan Bushra Lana mengeksperimen gabungan muzik kontemporari Islam dan moden untuk menjadikan ia lebih dirasai dan dapat diterima oleh semua generasi tanpa mengubah dan menghilangkan keaslian kesenian muzik Islam. "Qasidah Kontemporari mengandungi enam lagu yang dirakamkan di studio rakaman Unit Kebudayaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar [...]

Profesor Dr. Asma Ismail NaIb Canselor USIM

NILAI – Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baru, YBhg. Profesor Dr. Asma Ismail hari ini dengan rasminya memulakan tugas beliau sebagai Naib Canselor universiti ini. Pelantikan beliau berkuatkuasa pada 1 Disember 2012. Kehadiran Profesor Dr. Asma Ismail disambut oleh para kakitangan pentadbiran di bangunan Canselori USIM seawal jam 8 pagi. Turut serta menyambut dan mengalu-alukan kehadiran Naib Canselor USIM itu, barisan pengurusan tertinggi universiti. Profesor Dr. Asma Ismail dilahirkan pada tanggal 15 Jun 1958 di Jitra, Kedah. Beliau merupakan lulusan dari Universiti Nevada, Reno, Amerika Syarikat dalam bidang Biologi dan memperoleh PhD di universiti yang sama dalam bidang Biologi Selular dan Molekul pada tahun 1986. Beliau memperoleh Ijazah sarjana dalam bidang Mikrobiologi dari Universiti Indiana, Bloomington, Amerika Syarikat. Profesor Dr. Asma Ismail memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di Jabatan Perubatan Mikrobiologi dan Parasitologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia pada tahun 1986. Pada tahun 1989, beliau telah dilantik sebagai Saintis Pelawat di Universiti Tokyo dan Felo Pelawat di Kolej Perubatan, Hospital St Bartholomew di London pada tahun 1992. Pada tahun 1993, Profesor Dr. Asma Ismail telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya dan berkhidmat sebagai Timbalan Dekan Pentadbiran pada tahun 1994. Beliau kemudiannya telah dinaikkan pangkat kepada profesor penuh pada tahun 2000 dan dilantik sebagai Timbalan Dekan Penyelidikan pada tahun yang sama. Sepanjang berkhidmat di USM, beliau telah banyak memegang pelbagai jawatan termasuklah sebagai Pengarah Pusat Perubatan Inovasi dan Pembangunan Teknologi, USM (2001); Pengarah Pengasas, Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM)(2003) dan merupakan wanita pertama di USM memegang [...]

Profesor Asma Mula Tugas

NILAI – Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baru, YBhg. Profesor Dr. Asma Ismail hari ini dengan rasminya memulakan tugas beliau sebagai Naib Canselor universiti ini. Pelantikan beliau berkuatkuasa pada 1 Disember 2012. Kehadiran Profesor Dr. Asma Ismail disambut oleh para kakitangan pentadbiran di bangunan Canselori USIM seawal jam 8 pagi. Turut serta menyambut dan mengalu-alukan kehadiran Naib Canselor USIM itu, barisan pengurusan tertinggi universiti. Profesor Dr. Asma Ismail dilahirkan pada tanggal 15 Jun 1958 di Jitra, Kedah. Beliau merupakan lulusan dari Universiti Nevada, Reno, Amerika Syarikat dalam bidang Biologi dan memperoleh PhD di universiti yang sama dalam bidang Biologi Selular dan Molekul pada tahun 1986. Beliau memperoleh Ijazah sarjana dalam bidang Mikrobiologi dari Universiti Indiana, Bloomington, Amerika Syarikat. Profesor Dr. Asma Ismail memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di Jabatan Perubatan Mikrobiologi dan Parasitologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia pada tahun 1986. Pada tahun 1989, beliau telah dilantik sebagai Saintis Pelawat di Universiti Tokyo dan Felo Pelawat di Kolej Perubatan, Hospital St Bartholomew di London pada tahun 1992. Pada tahun 1993, Profesor Dr. Asma Ismail telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya dan berkhidmat sebagai Timbalan Dekan Pentadbiran pada tahun 1994. Beliau kemudiannya telah dinaikkan pangkat kepada profesor penuh pada tahun 2000 dan dilantik sebagai Timbalan Dekan Penyelidikan pada tahun yang sama. Sepanjang berkhidmat di USM, beliau telah banyak memegang pelbagai jawatan termasuklah sebagai Pengarah Pusat Perubatan Inovasi dan Pembangunan Teknologi, USM (2001); Pengarah Pengasas, Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM)(2003) dan merupakan wanita pertama di USM memegang [...]

November 2012

USIM Perlu Teruskan Kecemerlangan

NILAI -  Usaha memacu kecemerlangan pendidikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) perlu diteruskan demi mencapai matlamat melahirkan insan berkualiti. Naib Canselor USIM yang mengakhiri perkhidmatannya semalam, Profesor Dato’  Dr. Muhamad Muda berkata, modal insan berkualiti merupakan perjuangan yang perlu digalas oleh USIM bagi memastikan keperluan negara dapat dipenuhi. "USIM ditubuhkan oleh kerajaan dengan mempunyai identiti dan keunikan yang tersendiri. Sudah pasti roh ini akan terus dipertahan dan dikekalkan oleh setiap warganya," kata beliau. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis jamuan perpisahannya selaku Naib Canselor USIM di sini semalam. Jawatan Muhamad akan diganti oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Asma Ismail berkuatkuasa 1 Disember sehingga 30 November 2015. Dalam ucapannya, Muhamad turut berterima kasih di atas segala kerjasama yang telah diberikan kepada beliau sepanjang berkhidmat sebagai Naib Canselor di universiti tersebut. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM, Profesor Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah berkata, peranan Muhamad selaku Naib Canselor telah membawa perubahan terutama cara pengurusan yang strategik dan dinamik kepada kakitangan USIM. “Sokongan jitu beliau kepada program pembangunan mahasiswa berimpak tinggi melalui idea-idea baharu yang diketengahkan pasati akan diteruskan selepas ini,” Katanya. Sumber: Utusan Malaysia

TUNKU ALI PRO-CANSELOR PERTAMA USIM

NILAI - Seluruh warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyaksikan sebuah lagi lembaran sejarah tercipta pada Majlis Konvokesyen Kesepuluh USIM apabila, Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor pertama universiti ini. Istiadat pemasyhuran Pro-Canselor telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, Canselor USIM. Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz adalah putera sulung kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir dan  Duli  Yang  Maha  Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani Ibni Almarhum Tengku Besar Mahmud. Yang Amat Mulia Tunku diputerakan di Hospital Universiti, Kuala Lumpur pada 26 April 1977, iaitu genap tiga tahun satu hari selepas perkahwinan ayahanda dan bondanya. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Sri Inai Junior dan The Alice Smith School Kuala Lumpur sebelum melanjutkan persekolahan menengahnya di Marlborough College di Wiltshire, United Kingdom di peringkat GCSE (‘O’ Level) dan GCE ‘A’ Level,  Yang  Amat  Mulia  Tunku  juga bergiat aktif mewakili kolej dalam sukan badminton dan bola keranjang, dan menjalani latihan asas ketenteraan dengan menganggotai Angkatan Kadet Campuran (CCF). Yang Amat Mulia Tunku mencapai keputusan cemerlang di peringkat ‘A’ Level dan dianugerahkan biasiswa Sime Darby / Cambridge Commonwealth Trust untuk melanjutkan pelajaran di University of Cambridge dalam bidang Sejarah dan Sains Sosial & Politik dan seterusnya dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kepujian, BA (Hons) dalam [...]

USIM LAHIR 1346 GRADUAN PADA MAJLIS KONVOKESYEN KE-10

NILAI-  Seramai 1346 graduan dilahirkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada Majlis Konvokesyen Ke-10 universiti ini. Daripada jumlah tersebut,  seramai 1,228 orang dianugerahkan ijazah diperingkat sarjana muda manakala 79 orang lagi diperingkat diploma lepasan ijazah, 30 orang diperingkat sarjana dan 9 orang diperingkat PhD. Canselor USIM, Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan mencemar duli berangkat ke majlis yang penuh adat istiadat itu. Sebuah lembaran sejarah baru turut terukir apabila Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor pertama USIM. D.Y.M.M Tuanku Canselor dalam titah ucapannya menyatakan rasa sukacita baginda tuanku tentang pencapaian-pencapaian cemerlang yang telah dikecapi oleh USIM walaupun ianya boleh dianggap sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang muda dari segi usianya di negara ini. “Beta menyeru agar seluruh warga USIM untuk terus berganding bahu dan mengukuhkan tekad yang satu, mengharumkan nama USIM di segenap bidang” “USIM seharusnya mengorak langkah untuk menjadi pencetus inovasi serta pusat rujukan utama kepada pelbagai disiplin ilmu bukan sahaja kepada negara ini bahkan negara-negara jiran di rantau ini.” “Beta yakin, bidang ilmu baru yang lahir, hasil daripada inovasi dan kreativiti sesebuah gedung ilmu, akan memberi manfaat yang berguna kepada masyarakat sejagat”, titah baginda. Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan turut dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Kehormat) Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat pada majlis yang penuh gilang gemilang itu. Mohamad dalam ucapannya meyatakan, pengiktirafan serta penganugerahan yang [...]

Oktober 2012

USIM Sampaikan Watikah Kepada Tiga Sekolah Angkat Baru

NILAI – Program Sekolah Kluster dan Sekolah Angkat USIM yang dimulakan sejak tahun 2010 yang diurusetiakan oleh Pusat Tamhidi telah menampakkan hasil yang membanggakan dengan pelbagai program telah diadakan bersama pihak sekolah terbabit seperti penganjuran seminar, kem kepimpinan, program pemantapan bahasa serta dilibatkan secara langsung dalam program rasmi USIM. Melihat kepada komitmen yang amat tinggi diberikan oleh USIM dalam melaksakanan pelbagai program bersama Sekolah Kluster dan Sekolah Angkat ini, permohonan daripada pihak pengurusan sekolah dan ibu-bapa agar sekolah anak-anak mereka turut diambil  menjadi sekolah angkat di bawah USIM sentiasa ada. Sehingga kini, sebanyak empat buah Sekolah Kluster telah ditindikkan khusus oleh Kementerian Pelajaran Malaysia  kepada USIM selain 12 buah sekolah angkat yang mana majlis penyerahan watikah perlantikan telah disampaikan  kepada pengetua-pengetua sekolah ini pada awal tahun 2012. Justeru, baru-baru ini sebanyak tiga buah sekolah angkat lagi telah menerima watikah perlantikan yang disampaikan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM dalam satu majlis khusus di Dewan Senat. Ketiga-tiga sekolah berkenaan ialah MRSM Kota Putra (Besut,Terengganu), SMKA Putrajaya (Putrajaya) dan SMA (Arab) An-Nur (Benut, Johor) menjadikan USIM kini mempunyai 15 buah sekolah angkat kesemuanya. “USIM tidak mahu menjadi sebuah IPTA yang biasa, Universiti ini mempunyai matlamat, visi dan misi yang penting untuk membawa Pendidikan Islam ke arus perdana dan tanggungjawab ini dilaksanakan sebaik mungkin dan salah satu pendekatannya adalah melalui projek Sekolah Kluster dan Sekolah Angkat” ujar Naib Canselor dalam ucapannya. “Kita di sini amat komited untuk mensinergikan hubungan strategik yang terjalin ini untuk melahirkan para pelajar yang berjiwa [...]

Himpunan Memperingati Rasulullah Tonjol Kesepaduan

NILAI – Sebagai salah satu bentuk penzahiran kecintaan kepada Rasulullah SAW serta protes terhadap penghinaan kepada Baginda yang dilakukan oleh media Barat, warga USIM telah turun beramai-ramai ke Perhimpunan Mengingati Rasulullah SAW “We Love Prophet Muhammad” yang diadakan di Dataran Canselori USIM baru-baru ini. Kebiadapan media Barat atas alasan dangkal menjunjung kebebasan dan hak asasi dalam mempelopori penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW dan Agama Islam melalui penerbitan karikatur, penulisan serta kenyataan yang mempertikaikan kesucian Agama Islam telah membangkitkan kemarahan masyarakat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia. Kemuncak kemarahan masyarakat Islam seluruh dunia apabila filem berjudul “Innocent of Muslims” ditayangkan di laman sesawang You Tube yang menggambarkan Nabi Muhammad SAW sebagi penipu, melakukan hubungan seks serta menyeru untuk pembunuhan beramai-ramai telah mencetuskan penentangan dan kecaman hebat  . Melihat kepada keadaan semasa, perhimpunan yang berlangsung aman ini bukan sahaja melambangkan keprihatinan dan kesepaduan warga USIM dalam mengecam sebarang tindakan yang menghina Rasulullah SAW dam Agama Islam, malah turut menjadi medan para hadirin bermuhasabah bagi menginsafi punca berlakunya penghinaan dan penindasan kepada umat Islam saban hari. Majlis yang turut dihadiri oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM serta Pengurusan Tertinggi Universiti dimulakan dengan alunan bacaan ayat suci al-Quran bersama tafsirannya oleh Saudara Mohd Husaini Mahmur yang menceritakan ketertinggian pekerti Rasulullah SAW. Selepas itu, para hadirin di bawa untuk menghayati tazkirah yang disampaikan dalam tiga bahasa (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab) secara bersilih ganti oleh kakitangan USIM sendiri iaitu Dr. Irwan Subri, Ketua Program Fakulti Syariah dan Undang-Undang; [...]

USIM Meterai 25 MoU dengan Universiti Asia Barat

PUTRAJAYA – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menandatangani 25 Memorandum Persefahaman (MoU) dengan universiti-universiti di Asia Barat dalam meluaskan lagi jaringan kerjasama antarabangsa disamping memperkukuhkan lagi hubungan sesama universiti-universiti tersebut. Majlis menandatangani MoU itu diadakan bersempena dengan Persidangan ”Arab-Malaysian Global Higher Education Summit 2012 (AMGHE SUMMIT 2012)” yang di adakan di Hotel Marriott, Putrajaya pada 4-5 Oktober baru-baru ini. Universiti-universiti yang terlibat adalah Peace University Sudan, Open University Sudan, Al Neelain University Sudan, University of Gezira Sudan, Nile Valley University Sudan, Al Zaiem Al Azhari University Sudan, Al-Azhar University Gaza Palestine, Hebron University Palestine, Islamic University of Gaza Palestine, Al Aqsa University Gaza Palestine, Menoufia University Egypt, Nahda University EgyptAin Shams University Egypt, Future University Egypt, The World Islamic Sciences and University Jordan, Jerash University Jordan, Petra University Jordan, Royal University for Medical Sciences Jordan, Princess Sumaya University for Technology Jordan, IBB University Yemen, University of Science & Tecnology Yemen, Global University Beirut Lebanon, Islamic University of Lebanon, University of Mosul Iraq dan International Institution of Islamic Waqaf. Melalui perjanjian yang ditandatangani bersama itu, USIM dan universiti-universiti yang terbabit akan bekerjasama dalam bidang-bidang berkaitan penyelidikan bersama, pertukaran penyelidik, pertukaran staf, pertukaran pelajar dan kerjasama-kerjasama lain yang dipersetujui bersama. Majlis penuh bersejarah itu turut disaksikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), YBhg. Profesor Dato’ Dr. Rujhan Mustafa. Beliau yang mewakili Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YBhg. Dato’ Seri Mohamed Khalid Nordin hadir bagi merasmikan  persidangan yang julung-julung kali diadakan ini. Rujhan semasa membacakan teks ucapan YB Menteri [...]

Go to Top