Ogos 2012
USIM SAMPAIKAN BANTUAN KEPADA ANAK YATIM DAN SAUDARA BARU
Nilai, 17 Ogos 2011 – Seramai 40 anak yatim dari Yayasan Anak Yatim Piatu Islam Daerah Port Dickson menerima bantuan sempena ketibaan Aidilfitri ini daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada majlis yang diadakan di Kolej Kediaman 1, USIM. Program bercirikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan Kakitangan USIM dengan kerjasama Jawatankuasa Pusat Islam USIM, Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas USIM (PRAGMATIS); Kesatuan Kakitangan Sokongan USIM (KUSIMA), dan Kelab Setiausaha USIM (KSU). Bantuan serta sumbangan duit raya termasuk barang keperluan dapur itu disampaikan oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Muhammad Muda. Anak-anak yatim dari rumah kebajikan tersebut turut diraikan dengan majlis berbuka puasa diikuti dengan solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah. Pada majlis yang sama, seramai 30 orang saudara baru dari Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) turut diraikan serta menerima sumbangan hamper. Antara objektif program adalah bertujuan menzahirkan rasa kesyukuran terhadap Allah dengan mengagih-agihkan rezeki yang dikurniakan kepada golongan yang memerlukan. Di samping itu, program sebegini merupakan sebahagian aktiviti kebajikan warga universiti kepada masyarakat. Oleh: Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia
USIM HULUR BANTUAN KEPADA PESAKIT KANAK-KANAK HOSPITAL TEMERLOH
Temerloh, 16 Ogos 2011 – Mengambil teladan dari Pepatah Melayu “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” bersempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Hari Raya Aidilfitril yang akan menjelang tiba, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi Pejabat Naib Canselor mengorak langkah mengambil peluang keberkatan ini untuk turut berkongsi nikmat yang dikecapi bersama-sama golongan kanak-kanak di Wad Kanak-kanak (Wad Melor 1 dan Wad Melor 2) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang. Sumbangan berbentuk hamper ini merupakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) USIM kepada masyarakat dan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM kepada 60 orang pesakit kanak-kanak yang menerima rawatan di hospital tersebut. USIM sebagai sebuah institusi ilmu yang terkehadapan berteraskan pengajian Islam bagi menyelesaikan isu-isu masyarakat dan Islam telah menggariskan objektif utama program ini iaitu untuk membina ikatan persaudaraan Islam yang kental di kalangan saudara semuslim dengan saling ziarah-menziarahi serta menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Berbekalkan iman dan ilmu serta amal jariah yang dilaksanakan, program ini akan membawa kepada peningkatan amal umat Islam di dunia dan akhirat dalam menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Oleh: Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia
USIM, JAKIM METERAI TIGA PERJANJIAN PENYELIDIKAN ISU KEFATWAAN
PUTRAJAYA – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku urus setia Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) menandatangani tiga perjanjian penyelidikan dan kerjasama dalam isu kefatwaan bagi menyelesaikan isu-isu yang melibatkan hukum hakam di Negara ini dan juga diperingkat global. Tiga perjanjian penyelidikan yang juga merupakan projek rintis tersebut ialah; Tahap Keterlibatan, Kepercayaan dan Amalan Masyarakat Islam Terhadap Perkara-perkara Khurafat Serta Cadangan Penyelesaiannya: Kajian di Pulau Besar, Melaka; Kajian Mengenai Mem’Bin/Ti’kan Anak Tak Sah Taraf Menurut Perspektif Syarak, Undang-Undang dan Sosial dan Pengurusan Pengagihan Zakat di Malaysia: Kedudukan Non-Muslim sebagai penerima zakat dan garispanduan pemindahan dana zakat. Majlis menandatangani perjanjian penyelidikan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr. Hajah Musatafa Mohd Hanefah, Dekan Penyelidikan dan Inovasi dan YBhg Pendaftar USIM, En. Muhammad Haizuan Rozali serta wakil dari pihak JAKIM. Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Tuan Hj. Razali bin Hj. Shahabudin berkata, Jawatankuasa Fatwa MKI perlu mengembling sepenuhnya khidmat pakar-pakar dalam pelbagai bidang profesional bagi menyelesaikan isu-isu yang melibatkan hukum hakam dan isu-isu yang bersifat saintifik yang memerlukan penyelidikan supaya fakta dan keputusan yang dihasilkan lebih mantap. Pada 5 Julai 2011 yang lalu, YAB Perdana Menteri semasa pertemuan dengan Jawatankuasa Fatwa MKI telah bersetuju meluluskan dana khas kepada jawatankuasa ini bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelidikan khususnya bagi isu-isu yang memerlukan fatwa. “Tujuan utama peruntukan dana khas ini adalah bagi melaksanakan penyelidikan merangkumi bidang sains dan perubatan, ekonomi dan kewangan, farmaseutikal dan lain-lain lagi” Ujar Tuan Hj. Razali ketika menyampaikan ucapan mewakili Ketua Pengarah [...]
USIM, JAKIM METERAI TIGA PERJANJIAN PENYELIDIKAN ISU KEFATWAAN
PUTRAJAYA – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku urus setia Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) menandatangani tiga perjanjian penyelidikan dan kerjasama dalam isu kefatwaan bagi menyelesaikan isu-isu yang melibatkan hukum hakam di Negara ini dan juga diperingkat global. Tiga perjanjian penyelidikan yang juga merupakan projek rintis tersebut ialah; Tahap Keterlibatan, Kepercayaan dan Amalan Masyarakat Islam Terhadap Perkara-perkara Khurafat Serta Cadangan Penyelesaiannya: Kajian di Pulau Besar, Melaka; Kajian Mengenai Mem’Bin/Ti’kan Anak Tak Sah Taraf Menurut Perspektif Syarak, Undang-Undang dan Sosial dan Pengurusan Pengagihan Zakat di Malaysia: Kedudukan Non-Muslim sebagai penerima zakat dan garispanduan pemindahan dana zakat. Majlis menandatangani perjanjian penyelidikan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr. Hajah Musatafa Mohd Hanefah, Dekan Penyelidikan dan Inovasi dan YBhg Pendaftar USIM, En. Muhammad Haizuan Rozali serta wakil dari pihak JAKIM. Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Tuan Hj. Razali bin Hj. Shahabudin berkata, Jawatankuasa Fatwa MKI perlu mengembling sepenuhnya khidmat pakar-pakar dalam pelbagai bidang profesional bagi menyelesaikan isu-isu yang melibatkan hukum hakam dan isu-isu yang bersifat saintifik yang memerlukan penyelidikan supaya fakta dan keputusan yang dihasilkan lebih mantap. Pada 5 Julai 2011 yang lalu, YAB Perdana Menteri semasa pertemuan dengan Jawatankuasa Fatwa MKI telah bersetuju meluluskan dana khas kepada jawatankuasa ini bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelidikan khususnya bagi isu-isu yang memerlukan fatwa. “Tujuan utama peruntukan dana khas ini adalah bagi melaksanakan penyelidikan merangkumi bidang sains dan perubatan, ekonomi dan kewangan, farmaseutikal dan lain-lain lagi” Ujar Tuan Hj. Razali ketika menyampaikan ucapan mewakili Ketua Pengarah [...]
NC USIM PENGERUSIKAN PERSIDANGAN MEJA BULAT FORUM IKHWAN MUSLIMIN
NILAI – Atas dasar ilmu, profesional dan sikap rasional yang dimiliki oleh warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), satu persidangan meja bulat mengenai gerakan Ikhwan Muslimin telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) yang telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM. Menurut Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, penganjuran forum ini adalah bertujuan untuk kita mengambil kira dan mengetahui tentang isu terkini yang berlaku di negara-negara Islam terutamanya di Mesir, katanya ketika ditemubual. “Saya berharap agar forum ilmiah ini dapat menjadi persediaan kepada kita untuk menghadapi cabaran di masa akan datang agar menjadi umat Islam yang berjaya,” katanya yang turut menyuarakan keberanian Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan atas penganjuran forum ini. Persidangan meja bulat yang dihadiri oleh kakitangan akademik USIM dan para pelajar itu menjadi semakin rancak apabila pelbagai isu dan persoalan dilontarkan kepada ahli panel mengenai gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir dan kesannya kepada Malaysia. Sebelum itu, satu pembentangan khas oleh setiap ahli panel yang dijemput telah diadakan bagi menerangkan tentang fenomena Arab Spring yang telah melanda negara-negara di Asia Barat di Bilik Tayangan DKF 1.2 (FKP). Ahli panel yang telah dijemput ialah Profesor Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya; Profesor Dr. Badlihisham Mohd Nasir, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Dr. Salah Mohamed Zaki Mohamed Ibrahim, Pensyarah di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang itu telah diakhiri dengan Majlis Tahlil dan Majlis Berbuka Puasa.
Julai 2012
MAHASISWA USIM MERENTAS ASEAN
PENGALAMAN ditimba, bakti ditabur, ukhuwah diperkukuh. Itulah antara kata-kata yang terungkap dalam Program Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia Merentas Asean 2011 ke Kemboja dan Vietnam. Program anjuran Urusetia Latihan Pembangunan Mahasiawa (ULPM) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM ini telah berlangsung pada 10 hingga 16 Julai 2011 lalu. Menurut Pengarah Program Aisyah Bt Nasir, objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan sebenar mengenai aktiviti sukaralewan kemasyarakatan, memberi peluang kepada mahasiswa untuk memberi sumbangan berkesan ke arah memajukan masyarakat Islam di luar negara dari segi kerohanian, intelektual dan jasmani sekali gus memperkasa jenama USIM ke persada antarabangsa. “Ahli ULPM USIM pada sesi tahun 2009 terdahulu telah mengadakan kajian keberkesanan aktiviti badan pelajar di beberapa universiti di Korea Selatan, dan ULPM pada sesi kali ini menukar corak objektif program kepada aktiviti pengantarabangsaan dan baktisiswa kemasyarakatan dengan memilih Kemboja dan Vietnam sebagai destinasi khidmat diberi” katanya. “Program selama tiga hari di Kemboja dan empat hari di Vietnam bagi menjalankan beberapa aktiviti-aktiviti yang dirancang telah disertai seramai 24 orang pelajar dan dua orang pegawai pengiring” tambahnya lagi. Antara beberapa program yang berlangsung di Kemboja ialah sumbangan pakaian terpakai kepada penduduk islam di Kampung Terapung Air Tasik Tonle Sap yang merupakan penduduk bertaraf hidup rendah dan golongan minoriti berbanding agama lain. ULPM juga mengadakan pertemuan dua hala bersama Mufti Kemboja, Sohibus Samahah Haji Kamarudin Haji Yusof di pejabatnya di Phnom Penh seterusnya menjalankan aktiviti menulis tulisan khat dan nyanyian nasyid dalam bahasa melayu bersama-sama dengan pelajar Sekolah Menengah Agama An Nikmah, sekolah [...]
MAJLIS KALAM BITARA RAI CENDEKIAWAN USIM
USIM, Nilai – 13 Julai 2011- Bahagian Penerbitan di bawah imprin Penerbit USIM buat kali kedua telah berjaya menyerahkan hasil royalti kepada para penulis buku melalui Majlis Kalam Bitara 2011. Majlis ini bertujuan meraikan penglibatan dan sumbangan cendekiawan USIM dalam memandaikan bangsa melalui karya-karya penulisan yang dihasilkan. Majlis telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Tan Sri Dr. Haji Mohamad Yusof Noor, Pengerusi LPU dan turut dihadiri oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Haji Muhammad Muda, Naib Canselor USIM. Seramai 100 orang penulis telah berjaya memperoleh hasil royalti daripada 52 judul buku yang diterbitkan pada tahun 2002-2009 dan 4 buah modul untuk terbitan tahun 2010. Buku yang berjaya memperoleh nilai royalti terbanyak ialah buku bertajuk “Resipi Istimewa untuk Belajar” cetakan pertama dan kedua berjumlah RM 4620.00. Ini menjadikan keseluruhan jumlah royalti yang diberikan sebanyak RM 48 858.40. Bagi menggalakkan perkembangan penerbitan oleh para pensyarah, Penerbit USIM telah mewujudkan tiga Anugerah Penerbitan sempena majlis ini. Antara anugerah yang diberikan ialah Anugerah Buku Terlaris 2010, Anugerah Penulis Prolifik dan Anugerah Penulis Harapan mengikut kategori bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Anugerah Buku Terlaris 2010 telah diberikan kepada buku Teori Kaunseling dan Psikoterapi – Edisi Kedua karya Prof. Madya Datin Dr. Hajjah Sapora Sipon bagi kategori bahasa Melayu, manakala bagi kategori bahasa Inggeris dan bahasa Arab masing-masing diberikan kepada buku The Modern study of Religion – A Preliminary Survey on Clifford Geertz karya Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali dan buku Muhadrat Fill Aqidah Al-Islamiyah karya Prof. Madya Dr. Syamsul Bahri Andi [...]
KHIDMAT SENI BUDAYA UBAH PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP SENI ISLAM
AJIL– “Tak kenal maka tak cinta” itulah ungkapan yang dizahirkan oleh salah seorang penduduk Kampung Menerong, Ajil Terengganu yang menerima kehadiran mahasiswa Urusetia Kesenian Pelajar, Unit Kebudayaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam program Khidmat Seni Budaya 1Malaysia (KSB 1Malaysia) pada 1 hingga 5 Julai yang lalu. Program yang diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Negeri Ajil, YB. Dato’ Haji Rasol bin Wahid merupakan satu program yang membawa keunikan kesenian dan kebudayaan 1Malaysia selain dari pengisian khidmat komuniti. “Kehadiran pihak USIM sendiri telah membawa perubahan pemikiran masyarakat terhadap kesenian malah dengan berlangsungnya program seperti ini ternyata lebih jelas bahawa Islam dan kesenian itu sendiri tidak boleh dipisahkan” ujar Dato’ Rasol dalam ucapan perasmian beliau. “Kehadiran mahasiswa dan mahasiswi USIM berjaya membuktikan keberanian dan komitmen mahasiswa dalam memperkenalkan dan mempertahankan seni tanah air kita.” tambah beliau. Dato’ Rasol turut menyatakan sokongan dan kegembiraan beliau kepada pihak USIM yang telah menjayakan program KSB 1Malaysia ini. Beliau turut berharap supaya pihak universiti menghidupkan semula tulisan jawi kerana ianya merupakan jalan bagi memperhebatkan jatidiri bangsa Melayu. KSB 1Malaysia merangkumi pengisian seperti Rakan Seni Budaya, Santai Bersama Masakan ibu, Senam Seni, Tazkirah dan Solat Berjemaah, Karnival Permainan Tradisional, dan Manifestasi Seni. Pendekatan dalam segmen Rakan Seni Budaya dan Manifestasi Seni telah memberi peluang kepada masyarakat setempat khususnya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong dan Sekolah Rendah Menerong mengenali dan mencintai Kesenian 1Malaysia seperti Cak Lempong, Nasyid, Tarian Tradisi Melayu, Perkusi pelbagai kaum, Rampaian Tari Cina, India Etnik Sabah Sarawak, Seni Khat, Kompang, [...]
SHAMS, AL-JUNIED JUARA DEBAT BAHASA ARAB ANTARA SEKOLAH
NILAI – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Haji Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan (SHAMS) dan Madrasah Al Junied Al Islamiah, Singapura muncul juara Debat Bahasa Arab Antara Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Dan Jemputan Nusantara 2012 yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia dekat sini baru-baru ini. Debat anjuran Bahagian Pendidkan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama USIM ini merupakan penganjuran kali yang kelima yang menyaksikan penyertaan sebanyak 50 buah sekolah yang bertanding dan turut menampilkan pembaharuan apabila kategori Jemputan Nusantara diperkenalkan. Pasukan debat SHAMS dinobatkan sebagai johan bagi kategori kebangsaan apabila berjaya menewaskan SMKA Al Irsyad, Pulau Pinang yang juga merupakan johan bagi pertandingan ini pada tahun lalu. Dalam pada itu, Madrasah Al Junied Al Islamiah dari Singapura pula berjaya mencipta sejarah mereka yang tersendiri apabila muncul juara bagi kategori jemputan Nusantara dengan menewaskan wakil dari Malaysia, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang. Penganjuran sulung debat jemputan Nusantara ini turut membawa tuah buat Al-Junied apabila pendebat mereka, saudari Nur Afifah Kamarazaman diisytiharkan sebagai pendebat terbaik akhir bagi pertandingan tersebut. Menurut Nur Afifah Kamarazaman, dia amat gembira dan bersyukur atas kejayaan tersebut kerana tidak menyangka terpilih sebagai pendebat terbaik akhir bagi kategori jemputan Nusantara. “saya tidak sangka kami (Aljunied) dapat sampai sehingga ke peringkat akhir dan menjuarai pertandingan sulung ini kerana negara-negara yang bertanding hebat-hebat belaka” ujar Nur Afifah ketika ditemubual. Sementara itu, Wan Amir Asyraf Bin Romlee dari SHAMS pula diisytiharkan sebagai pendebat terbaik akhir bagi kategori kebangsaan dan untuk itu, beliau berjaya membawa pulang hadiah wang tunai [...]
Bakti Siswa Berjaya, 11 Orang Asli Peluk Islam
PEKAN – Seramai 80 mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya mengislamkan seramai 11 orang masyarakat Orang Asli semasa menganjurkan Program Bakti Siswa USIM Bersama Masyarakat Orang Asli berbangsa Jakun di Kg. Api Larat, Pekan, Pahang pada 2 hingga 7 Julai yang lalu. Program yang dianjurkan pada kali ini disifatkan sebagai kejayaan terbesar dan bagai satu hikmah dan nikmat daripada Ilahi apabila sebuah keluarga telah memeluk Islam. Menurut Ustaz Zakaria Junin, Penggerak Dakwah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata, apa yang penting adalah keupayaan kita semua untuk terus sentiasa menjaga kebajikan saudara-saudara baru agar mereka tidak keluar semula daripada Islam. “Pemantauan yang konsisten dan menjaga kebajikan saudara baru serta sembilan keluarga Islam yang lain adalah penting untuk memastikan mereka percaya dengan agama Islam yang baru mereka anuti itu,” katanya ketika ditemubual. Mereka yang telah memeluk Islam ialah Lai bt Yama, Sida a/p Miting, Roslan a/l Miting, Intan a/l Miting, Razali a/l Miting, Sila a/p Miting, Miting bin Daud (serta tiga orang anak yang masih kecil) dan Onyong bt Keduan. Dalam pada itu, Prof. Dr Zulkiple Abd Ghani, Dekan di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) yang juga merupakan pengarah bagi program tersebut berkata program bakti siswa bersama Orang Asli ini boleh dikategorikan sebagai serampang dua mata di mana selain daripada mahasiswa USIM menjalankan aktiviti kemasyarakatan di sana, mereka juga boleh mendapat peluang untuk menyebarkan dakwah Islamiah kepada lebih 600 penduduk di sana. “Saya percaya dengan adanya penganjuran program sebegini akan memberikan lebih banyak pengalaman kepada mahasiswa USIM untuk terus [...]









