Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Oktober 2010

DELEGASI LIBYA DAN USIM JALIN PERSAHABATAN

Bandar Baru Nilai, 22 Oktober 2010 – Seruan kerajaan dalam usaha mengantarabangsakan universiti disambut baik oleh semua universiti. Universiti Sains Islam Malayia (USIM) juga tidak ketinggalan dalam proses memartabatkan universiti ke peringkat global. Ke arah itu, USIM baru-baru ini menerima kunjungan dari delegasi Menteri Pengajian Tinggi dan Saintifik Libya. Seramai 13 orang yang terdiri dari delegasi dan kedutaan libya menyertai kunjungan ini. Kunjungan yang diketuai oleh Y.Bhg. Dr. Abdul Kabir Mohamed Al-Fakhri ini tiba di USIM lebih kurang pukul 5.00 petang dan disambut oleh Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM bersama para penguruan universiti. Dalam ucapannya Muhamad Muda sangat berbesar hati dan mengalu-alukan kunjungan dari delegasi libya. “Saya sangat mengalu-alukan kedatangan pelajar Libya untuk ke USIM dan berharap agar USIM menjadi universiti pertama yang menjadi pilihan warga Libya untuk menyambung pengajian”, tambah Muhamad lagi. Sementara itu, Y.Bhg. Dr. Abdul Kabir Mohamed Al-Fakhri berkata, adalah agat penting jalinan perahabatan ini berterusan dan berterima kaih diatas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pelajar Libya yang belajar di USIM. Oleh : Siti Maizatul Akmar Ismail Pembantu Wartawan Unit Komunikasi Korporat pwartawan@usim.edu.my Tel : 06-7988025/8026/8027/8028 Gambar oleh : Mohd Yusrizal Mohd Yunus (06-7988058)

SANGGAR PUISI AGUNGKAN BAHASA MELAYU

Bandar Baru Nilai, 15 Oktober 2010 –  Gabungan pelajar Malaysia dan Antarabanga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berentap menyampaikan puisi dalam bahasa melayu begitu mengujakan dalam program Sanggar Puisi Antarabangsa (Bahasa Melayu) Piala Tan Sri Yusof Noor baru-baru. Sebanyak 15 penyertaan secara berkumpulan telah bertanding di peringkat saringan dan 6 finalis terpilih untuk ke pertandingan akhir. Setiap kumpulan terdiri dari dua atau lebih ahli kumpulan dan perlu ada gabungan dari pelajar Malaysia dan antarabangsa seperti negara China, Indonesia, Nigeria, Thailand dan Gambia. Menurut Y.bhg. Profesor Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), program sebegini dapat memperkenalkan bahasa melayu ke peringkat antarabanga disamping memberi galakan dan suntikan semangat kepada pelajar setempat dalam mengagungkan bahasa ibunda mereka. “Saya berharap program ini akan diangkat menjadi program antarabangsa dengan penyertaan dari semua pelajar universiti seluruh Malaysia”, tambah beliau lagi. Salah seorang peserta Ma Wei Xia dari China, pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) USIM berkata, beliau begitu teruja untuk belajar bahasa melayu walaupun agak susah pada mulanya untuk menghafal puisi. “Saya mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk menghafal puisi dalam bahasa melayu. Ini merupakan satu pengalaman baru bagi saya disamping dapat mempelajari bahasa lain selain bahasa ibunda. Sementara itu Abu Bacarr Saho dari Gambia begitu teruja mendeklamasikan puisi dalam bahasa melayu. “Saya seronok mempelajari bahasa melayu kerana bahasa melayu begitu indah dan lembut. Walaupun baru kali pertama menyertai pertandingan ini, kumpulan saya berjaya mendapat tempat kedua hasil gabungan kawan-kawan saya dari Malaysia dan Thailand”. Tempat pertama [...]

iBAF 2010 LANCAR MINI ENSIKLOPEDIA MUAMALAT

Bandar Baru Nilai, 13 Oktober 2010 –  Seiring dengan misi untuk menegakkan perkhidmatan kewangan syariah dan perbankan Islam, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melancarkan sebuah mini ensiklopedia muamalat yang memuatkan pelbagai kertas kerja berkaitan dengan bidang kewangan dan perbankan Islam sebagai sumber rujukan tambahan. Mini Ensiklopedia Muamalat ini dilancarkan bersempena dengan Islamic Banking, Accounting and Finance Conference(iBAF 2010) anjuran FEM. Persidangan selama dua hari ini bermula pada 13 hingga 14 oktober 2010 merupakan kali ke-4 penganjurannya. Sebanyak 50 buah kertas kerja yang dibahagikan kepada tujuh tema dimuatkan dalam mini eksiklopedia muamalat ini. Antara temanya adalah Produk Pembangunan Islam & Inovasi Perbankan Islam, Institusi Kewangan Islam: Prospek & Cabaran dan Globalisai & Kemampanan Servis Kewangan Islam. Para peserta terdiri daripada agensi awam dan swasta seperti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Malaysia (USM), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), International Center for Education in Islamic Finance (INCEIF), Universiti of Sriwijaya dan La Trobe University. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Eksekutif, Bank Muamalat Malaysia Berhad. Menurut beliau, persidangan sebegni sangat penting dalam usaha menghasilkan kerja sama antara ahli akademik dan pengamal kewangan tentang potensi sektor kewangan dan perbankan syariah di Malaysia. Persidangan yang bertemakan “Globalization Sutainability in Islamic Financial services : Prospect and challenges” ini bertujuan untuk mengangkat isu-isu dan pelan tindakan yang didasarkan pada undang-undang syariah serta peranan utama sejauh Malaysia dalam bidang kewangan dan perbankan Islam secara global. Selain itu ia [...]

USIM ANUGERAH GELARAN PROFESOR EMERITUS PERTAMA

Putrajaya, 25 September 2010 –  Universiti Sains Islam Malaysia melakar kegemilangannya apabila berjaya menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus yang pertama kepada Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin, mantan Naib Canselor USIM. Beliau telah diamanahkan menerajui USIM pada 1 Disember 1999 sebagai Naib Canselor pertama. Selama 10 tahun menerajui USIM, hasrat beliau untuk melahirkan sebuah pusat pengajian yang berpendidikan bersepadu telah terserlah dengan penubuhan lapan fakulti, dua institut dan tiga pusat tamhidi. Selepas menamatkan khidmat sebagai Naib Canselor USIM, khidmat beliau terus diperlukan. Pada masa ini, Abdul Shukor mengetuai Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) di samping tugas beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan di bawah Majlis Raja-Raja. Dalam bidang akademik pula, Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor sering dilantik sebagai Profesor Madya di beberapa universiti tempatan dan luar negara. Menjadi Penilai Luar kepada tesis master dan PhD di beberapa pusat di Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan. Khidmat beliau kepada negara dan agama yang tidak mengenal erti penat dan lelah, disiplin serta komitmen yang tinggi terhadap kejayaan dan kecemerlangan amatlah disanjungi dan ini membuktikan keperibadian beliau yang mulia. Oleh : Siti Maizatul Akmar Ismail Pembantu Wartawan Unit Komunikasi Korporat pwartawan@usim.edu.my Tel : 06-7988025/8026/8027/8028

892 TERIMA SKROL – KONVOKESYEN KE-8 USIM

Putrajaya, 25 September 2010 - Tahniah diucapkan kepada Para Graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sempena Majlis Konvokesyen ke-8 USIM. Pada tahun ini, seramai 892 graduan menerima ijazah mereka dalam pelbagai bidang pengajian termasuk graduan siswazah. Majlis konvokesyen kali ini didahului dengan Majlis Konvokesyen Khas Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Ekonomi dan Muamalat) kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad Mantan Perdana Menteri Malaysia yang bertanggung jawab meluluskan penubuhan universiti ini. Ia merupakan tahun bersejarah bagi USIM kerana buat pertama kali telah dapat menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat yang pertama, dan lebih berasa bertuah dan berbangga, adalah kerana penerimanya adalah seorang negarawan yang terkenal dan tidak asing lagi iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri, Malaysia. Pada kali ini, USIM buat pertama kalinya melahirkan graduan sulung bagi Program Profesional Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang (program dwi-pengkhususan) dan Program Sarjana Muda Perakaunan. Majlis konvokesyen kali ini juga menyaksikan penganugerahan gelaran Profesor Emeritus yang pertama kepada Yang Berbahagia Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin, Mantan Naib Canselor USIM dan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada seorang lagi tokoh terkemuka dari luar negara. Bersempena dengan sambutan ulang tahun kesepuluh penubuhan USIM, majlis konvokesyen kali ini amat bermakna sekali bagi para graduan, warga USIM dan KPT seluruhnya dan konvokesyen kali ini buat pertama kali diadakan dalam dua sesi. Oleh : Siti Maizatul Akmar Ismail Pembantu Wartawan Unit Komunikasi Korporat pwartawan@usim.edu.my Tel : 06-7988025/8026/8027/8028

TUN MAHATHIR TERIMA IJAZAH KEHORMAT USIM

Putrajaya, 24 September 2010 – YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Kehormat) Ekonomi & Pentadbiran Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Anugerah tersebut disampaikan oleh Canselor USIM, Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin dalam Majlis Konvokesyen Khas USIM yang diadakan di PICC Putrajaya pada 24 September 2010. Penganugerahan itu bertujuan mengiktiraf sumbangan beliau terhadap perkembangan ekonomi Islam serta peranannya mengangkat sistem kewangan Islam dipersada antarabangsa disamping meletakkan Malaysia sebagai hab kewangan Islam. Selain itu, sumbangan Tun dalam bidang pembangunan Islam di Malaysia juga tidak dapat dinafikan. Antaranya Tun Mahathir adalah perintis kepada penubuhan Bank Islam Malaysia, Bank Muamalat Malaysia, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Muzium Kesenian Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Atas jasa dan warisan bakti ini, USIM berbesar hati dan mengucapkan jutaan tahniah kepada YABhg Tun atas penganugerah ini. Oleh : Siti Maizatul Akmar Ismail Pembantu Wartawan Unit Komunikasi Korporat pwartawan@usim.edu.my Tel : 06-7988025/8026/8027/8028

September 2010

C-FEST ’08 LEBIH MERIAH

Bandar Baru Nilai, 21 September 2010 –  Seperti tahun-tahun sebelumnya, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan lagi acara yang menjadi tradisi setiap tahun iaitu penganjuran Pesta Konvokesyen kali ke-8 (C-FEST) yang diadakan bermula 20 hingga 26 September di Stadium Tertutup Nilai Negeri Sembilan. Penganjuran kali ini adalah kerjasama Sekretariat Naib Yang Dipertua, Majlis Perwakilan Pelajar USIM dengan Badan-badan Pelajar USIM. Hampir 20 gerai pameran dan jualan telah dibuka sepanjang pesta konvokesyen ini berlangsung. Sebanyak 14 penyertaan dari agensi kerajaan dan swasta seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Lembaga Tabung Haji Malaysia (LUTH) Johor Corporation, KFC Holdings dan sebagainya. Menurut Saudara Abdullah Long, selaku Pengarah Program Pesta Konvokesyen kali ke-8, pada tahun ini sekretariat pesta konvokesyen telah mewujudkan gerai-gerai jualan dan juga korporat. “Kerjasama dengan badan-badan korporat ini adalah sangat penting dalam memastikan penganjuran kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai serta membawa dan meningkatkan imej universiti. Selain itu, pihak tabung Haji juga mengambil kesempatan untuk mengadakan pendaftaran Kelab Taha@U bagi menggalakkan mahasiswa membuka akaun haji mereka”, kata Abdullah. “Antara aktiviti menarik sepanjang pesta konvokesyen adalah Seminar Gerakan Usahawan, Pertandingan Dikir Barat IPT Malaysia, Forum Perdana, Malam Memperingati Al-Quds, Solat Hajat Perdana, Cabaran Catur Bestari dan sebagainya. Orang ramai dijemput hadir memeriahkan pesta konvokesyen pada kali ini”, tambah Abdullah lagi. Pesta Konvokesyen kali ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor USIM, Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda. “Tradisi penganjuran pesta konvokesyen ini harus menjadi kebanggaan semua pelajar USIM kerana ia merupakan titik untuk memperingati pelajar lain bahawa [...]

18 ANAK YATIM DAN MISKIN TERIMA DUIT RAYA DARI BKKUSIM

Dengkil, 4 September 2010 – Kira-kira 18 orang anak yatim dan miskin dari Taman Baiduri, Dengkil Selangor menerima sumbangan makanan, pakaian dan duit raya sempena program ziarah dan penyampaian sumbangan aidilfitri anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (BKKUSIM). Pengerusi BKKUSIM, En. Nur Ekmal Buhary berkata, program ziarah ini bertujuan untuk melihat sendiri kehidupan anak-anak yatim dan miskin di samping menyampaikan sedikit sumbangan sebagai ingatan dan kasih sayang dari USIM kepada mereka. “Mungkin sumbangan yang diberikan oleh kami ini tidak seberapa tetapi mempunyai erti yang besar bagi anak-anak yatim dan miskin Taman Baiduri. Saya berharap dengan sumbangan ini dapatlah kiranya anak-anak ini menyambut aidilfitri dengan sempurna dan gembira”, tambah Ekmal lagi Menurut En. Mohd Shukry Md Latar selaku pengerusi rumah tersebut berkata, rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri telah dibuka pada 15 Mac 2009 di sebuah kediaman yang diwakafkan khusus untuk anak-anak yatim dan miskin lelaki. “Rumah ini bertujuan membantu anak-anak yatim dan miskin lelaki yang terbiar, tiada tempat tinggal, tiada waris yang sudi menjaga, tercicir dari alam persekolahan serta buta huruf dan mendapat jagaan yang sempurna terutama dari segi pendidikan, tempat tinggal, makanan dan pakaian”, tambah Shukry lagi. “Anak-anak ibu tunggal yang memerlukan jagaan sementara kerana kematian bapa atau perceraian, adik-beradik ramai, ibu berpenyakit kronik dan hidup dalam kemiskinan juga diberi perhatian oleh rumah ini”, katanya. Penghuni rumah ini bermula dengan 7 orang anak-anak yatim dan miskin sehinggalah mencecah 18 orang. Mereka datang dari pelbagai negeri dan negara seperti Kedah, Negeri Sembilan, Selangor, Thailand dan Acheh. Salah seorang anak [...]

Ogos 2010

NIKMAT KEMERDEKAAN HARUS DI SYUKURI – DATO’ NAIB CANSELOR

Nilai, 20 Ogos 2010 – Sempena sambutan bulan kemerdekaan ke-53, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 bertempat di Kolej Kediaman Nilam Court, USIM. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda Naib Canelor USIM. Sambutan Bulan Kemerdekaan ini merupakan program tahunan USIM yang bertujuan memperkasa semangat patriotisme di kalangan kakitangan dan pelajar. Disamping itu menimbulkan kesedaran, kefahaman, menanam dan memperkuat semangat patriotisme kepada pelajar agar mereka berupaya menjadi pelapis kepimpinan negara yang mempunyai jati diri yang tinggi. Y.Bhg Dato’ Naib Canselor ketika menyampaikan ucapan pelancaran berkata “kemerdekaan yang dikecapi hari ini bukan datang secara bergolek namun dataag dengan usaha yang tidak mengenal penat lelah para pejuang kemerdekaan dan limpah rahmat daripada Allah. Jesteru, sebagai generasi selepas kemerdekaan harus sentiasa syukur dengan nikmat kemerdekaan ini dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang dikecapi” ujarnya. Selain itu, sambutan bulan kemerdekaan ini turut dilancarkan di kampus USIM cawangan Pandan Indah yang dirasmikan oleh Y.Bhg. Profesor Dr. Musa Ahmad, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa. Memandangkan pada kali ini Sambutan kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadhan, USIM mengambil kesempatan menggabungkan sambutan bulan kemerdekaan ini dengan majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama warga USIM. Turut diadakan tazkirah kemerdekaan yang disampaikan oleh Exco MPP USIM dan gotong-royong memasak bubur lambuk oleh kakitangan Bahagian Keselamatan USIM. Menu istimewa yang menjadi hidangan setiap kali bulan Ramadhan itu disediakan seawal pagi dan diedarkan kepada semua pelajar dan kakitangan USIM bermula pukul 6.00 petang. Oleh : Siti Maizatul Akmar Ismail Pembantu [...]

RADIO USIM CARI BAKAT BARU

Bandar Baru Nilai, 19 Ogos 2010 –  Hampir 100 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyertai program pencarian juruhebah radio USIM. Pencarian ini bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru disamping menjadi platform buat pelajar-pelajar dalam mempamerkan bakat mereka sebagai juruhebah. Menurut En. Muhamad Zaki Mustafa, pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) merangkap Penyelaras Radio USIM, pencarian juruhebah radio ini merupakan kali ketiga dianjurkan dan merupakan program tahunan. “Sebelum ini kami telah mengadakan program jelajah fakulti untuk pencarian bakat baru disamping mempromosikan radio USIM kepada semua warga USIM”. “Ini kerana ramai yang beranggapan bahawa radio USIM  hanya terhad untuk Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan sahaja sedangkan ianya terbuka kepada semua warga USIM yang berminat untuk menjadi juruhebah”, tambah Muhamad Zaki lagi. “Antara kriteria penting untuk menjadi seorang juruhebah adalah mempunyai minat, bakat dan gaya tersendiri. Suara memainkan peranan yang penting untuk menjadi juruhebah radio”, kata Muhammad Zaki. Radio USIM merupakan satu-satunya stesen radio yang terdapat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bernaung dibawah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP). Radio USIM beroperasi dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Sebelum ini stesen radio USIM ini telah beroperasi secara percubaan dari bulan Januari 2009. Kini, stesen radio kampus ini telah menjadi stesen radio digital tercanggih di kalangan IPTA/IPTS. Membawakan liputan langsung secara online streaming menerusi Http://radio.usim.edu.my dan menawarkan beberapa bentuk program serta wawancara secara interaktif kepada pendengar. Ia juga menampilkan ulasan berita utama mengenai USIM serta hebahan terkini kepada warga USIM. Salah seorang peserta, Munirah Mazlan, 20, Pelajar tahun 2, Fakulti Sains Teknologi (FST) [...]

Go to Top