Disember 2011
Tuanku Aishah Rohani Canselor Kedua USIM
PUTRAJAYA, 3 Dis. – Hari ini, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyaksikan lakaran sejarah tercipta pada Majlis Konvokesyen kesembilan dengan berlansungnya Istiadat Pemasyhuran Canselor yang baru sebagai Canselor kedua USIM, Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. Turut berangkat ke Majlis ini, Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Majlis Kovokesyen kali ini dimulai dengan Istiadat Pemasyhuran Canselor USIM, Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. Perisytiharan pelantikan Canselor diumumkan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM mewakili Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Baginda bertitah di dalam ucapanya, sistem pendidikan berteraskan ilmu Islam merupakan pemangkin kepada umat Islam terutamanya yang berada di rantau Asia Tengah. jaringan hubungan luar bersama negara Islam lain perlu diperkukuhkan supaya hasrat dan cita-cita tersebut terlaksana. "Setelah lebih 10 tahun universiti ini membangun, ia telah menjadi salah satu institusi Islam yang disegani di rantau ini kerana graduan USIM bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah dalam bidang kokurikulum. "Kecemerlangan dalam bidang seperti perbahasan, kesenian dan kebudayaan Islam, sukan dan juga hubungan antarabangsa adalah satu tanda ukur bahawa USIM mampu mengorak langkah lebih maju ke hadapan dalam merealisasikan dasar pendidikan tinggi negara. "Malahan, cendekiawan yang diasah oleh USIM juga mampu mengorak langkah ke peringkat global dan memperkenalkan pendidikan tinggi berasaskan ilmu naqli dan ilmu aqli," titahnya. Konvokesyen pada kali ini menyaksikan [...]
USIM UNGGULI PERTANDINGAN MAHKAMAH MUT SYARIAH 2011
NILAI, 13 Dis. – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengungguli Pertandingan Mahkamah Mut Syariah (PMMS) Peringkat Kebangsaan 2011 apabila muncul sebagai pasukan terbaik dalam pertandingan yang diadakan di USIM baru-baru ini. Kejayaan itu menyaksikan pasukan USIM yang diwakili oleh mahasiswa dari Fakulti Syariah Undang-Undang menerima wang tunai RM5,000 beserta piala. Pertandingan ini adalah anjuran USIM dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), Majlis Tatatertib dan Disiplin Universiti-universiti Malaysia (MATDUM) dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sementara itu, penuntut Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula dianugerahkan Hujahan Bertulis Terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai RM3,000 dan piala. Dalam pertandingan tersebut, Saudari Syamimi Abdul Rahman, penuntut di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dinobatkan sebagai Penghujah Terbaik dan menggondol hadiah wang tunai RM1,500 bersama piala. Pertandingan dua hari itu telah disertai oleh tujuh institusi pengajian tinggi (IPT) antaranya USIM, UKM, UIAM, Universiti Malaya (UM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Majlis penutup PMMS 2011 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia mewakili Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Dalam pada itu, Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda ketika berucap pada penutup pertandingan tersebut memberitahu, PMMS tahun ini sudah masuk kali kedua penganjurannya, di mana kali pertama ia diadakan adalah pada 2009. “Dengan izin Allah, USIM akan terus menganjurkan PMMS pada tahun akan datang memandangkan pertandingan ini mendapat sokongan yang kuat dari pihak KPT, Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Persatuan Peguam [...]
November 2011
Abdul Shukor Anggap Pengiktirafan Perangsang Terus Berbakti
PUTRAJAYA 28 Nov. – Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) merangkap pengarah di Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, 69, dipilih sebagai tokoh Maal Hijrah 1433H/2011M. Abdul Shukor yang juga merupakan mantan Naib Canselor USIM berkata, pada mulanya, beliau tidak menyangka akan dipilih kerana menganggap khidmat yang disumbangkan kepada negara tidak begitu besar jika dibandingkan dengan pemimpin sedia ada. “Walaupun begitu, saya rasa bersyukur dan berterima kasih di atas pengiktirafan ini. Secara tidak langsung menjadi perangsang kepada saya, dan saya akan terus berkhidmat mengikut kemampuan. “Saya berpegang kepada konsep yang dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW, sebaik-baik manusia itu adalah orang yang memberi manfaat kepada manusia lain sebanyak-banyaknya,” katanya yang berasal dari Kampung Tebing Tinggi, Jerantut, Pahang itu. Abdul Shukor diminta mengulas mengenai pengiktirafan tersebut ketika ditemui pemberita pada sidang akhbar Majlis Sambutan Maal Hijrah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam. Selaku penerima anugerah, Abdul Shukor membawa pulang hadiah wang tunai RM110,000 iaitu RM100,000 sumbangan kerajaan dan RM10,000 lagi diberikan oleh Yayasan Ubaidi, pingat Tokoh Maal Hijrah, cenderahati serta sijil penghargaan bertulisan khat. Majlis penyampaian anugerah dan hadiah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman. Sumber: Utusan [...]
TUNKU ALI PRO-CANSELOR PERTAMA USIM
NILAI - Seluruh warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyaksikan sebuah lagi lembaran sejarah tercipta pada Majlis Konvokesyen Kesepuluh USIM apabila, Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor pertama universiti ini. Istiadat pemasyhuran Pro-Canselor telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, Canselor USIM. Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz adalah putera sulung kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani Ibni Almarhum Tengku Besar Mahmud. Yang Amat Mulia Tunku diputerakan di Hospital Universiti, Kuala Lumpur pada 26 April 1977, iaitu genap tiga tahun satu hari selepas perkahwinan ayahanda dan bondanya. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Sri Inai Junior dan The Alice Smith School Kuala Lumpur sebelum melanjutkan persekolahan menengahnya di Marlborough College di Wiltshire, United Kingdom di peringkat GCSE (‘O’ Level) dan GCE ‘A’ Level, Yang Amat Mulia Tunku juga bergiat aktif mewakili kolej dalam sukan badminton dan bola keranjang, dan menjalani latihan asas ketenteraan dengan menganggotai Angkatan Kadet Campuran (CCF). Yang Amat Mulia Tunku mencapai keputusan cemerlang di peringkat ‘A’ Level dan dianugerahkan biasiswa Sime Darby / Cambridge Commonwealth Trust untuk melanjutkan pelajaran di University of Cambridge dalam bidang Sejarah dan Sains Sosial & Politik dan seterusnya dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kepujian, BA (Hons) dalam [...]
USIM LANCAR PESTA KONVOKESYEN KALI KE-10
NILAI- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kumpulan Utusan buat kali yang keduanya bekerjasama menganjurkan Pesta Konvokesyen USIM Kesepuluh yang akan diadakan padai 22 hingga 25 November ini. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah berkata, jalinan kerjasama yang dibuat dengan pihak Utusan ini menampakkan kematangan USIM dalam memperkenalkan universiti di mata masyarakat melalui media perdana Negara. Melalui inisiatif ini, secara tidak lansung USIM lebih dikenali dari segi kualitinya sama ada dalam aspek akademik, pentadbiran, graduan dan sumbanganya terhadap masyarakat. “Konvokesyen USIM telah melangkah ke tahun yang ke-10. Ia menggambarkan bahawa ramai graduan USIM telah berkhidmat dan menabur bakti di merata tempat. USIM juga telah mencapai tahap kematangan yang sewajarnya dan ini terbukti apabila baru-baru ini, USIM telah menerima pengiktirafan cemerlang, 'Tier 5' menerusi penilaian Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi 2011 (Setara 11) yang dikendalikan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)” Baliau berkata demikian pada Majlis Pra Pelancaran Pesta Konvokesyen USIM Kali Ke-10 di Pusat Komersial, USIM di sini semalam. Menurut Mohamed Asin lagi, antara aktiviti menarik yang bakal diadakan sepanjang pesta konvokesyen itu nanti adalah, Larian Pesta Konvokesyen, Karnival Eksplorasi Kerjaya, Pertunjukan Automobil, Pertunjukan Haiwan Kesayangan, Pertandingan Tarik Tali Terbuka, Kejohanan Futsal dan Bola Jaring Terbuka dan banyak lagi. Tambah beliau lagi, sebahagian daripada kutipan penyertaan dalam Larian Pesta Konvokesyen itu nanti akan disumbangkan kepada Tabung Kemanusiaan Rohingya. Dalam pada itu, Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Melayu (Malaysia), YBhg. Datuk Zaini Hassan berkata, melalui kerjasama kali pertama pada tahun lalu, seramai 14 [...]
Interakcee Catat Kemenangan di Festival Nasyid MAKUM 2011
Merealisasikan nasyid sebagai khazanah warisan budaya telah berjaya mencungkil kreativiti dan bakat-bakat pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam Festival Nasyid MAKUM 2011 yang bertemakan 1 Malaysia, bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 30 Oktober yang lalu . Sebanyak 16 IPTA telah menyertai Festival Nasyid MAKUM 2011, dan pertandingan ini terbahagi kepada dua sesi yang berlangsung disebelah petang dan malam. Terdapat lapan kategori anugerah dan hadiah yang ditawarkan pada festival kali ini. Setiap kategori menawarkan tiga pingat iaitu emas, perak dan gangsa. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Mohd Fadzil Abd. Rahman, Timbalan Naib Canselor HEPA UniMAS merangkap Pengerusi MAKUM. Universiti Kebangsaan Malaysia dinobatkan sebagai johan keseluruhan dengan membawa pulang wang tunai RM2000 beserta piala iringan dan pingat emas manakala naib johan di menangi oleh Universiti Putra Malaysia dengan menerima wang tunai RM1500 beserta piala iringan dan pingat perak. “Seiring Melangkah” hasil karya kreatif Syukri Dahari yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Interakcee, Urusetia Kesenian Pelajar Unit Kebudayaan BHEP Universiti Sains Islam Malaysia berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan dengan membawa pulang RM1000 beserta piala iringan dan pingat gangsa. USIM juga berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam kategori anugerah persembahan terbaik. Menurut salah seorang peserta nasyid USIM, Mohd Juhairee Mohd Junaidie Khan “ Kemenangan ini merupakan satu lagi titik tolak untuk kami terus bangkit memperjuangkan seni nasyid sekaligus mengharumkan nama USIM bukan sahaja di peringkat IPTA malahan diseluruh mata dunia.” “Beliau juga turut mengatakan festival seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silatulrahim dan berkongsi pengalaman dengan mahasiswa [...]
EJEN BERITA HEP WARNAI BERITA KAMPUS USIM
Unit Kebudayaan (UK) Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya meneruskan kelangsungan aktivitinya dalam memberi pendedahan kepada mahasiswa USIM melalui penganjuran Bengkel Penyiaran Media Lanjutan 2011 yang telah diadakan pada 2 hingga 3 November bertempat di Studio Latihan Seni, Unit Kebudayaan BHEP baru-baru ini. Melalui penyertaan seramai 35 orang peserta, bengkel ini bertepatan dengan objektif Projek Kecemerlangan Mahasiswa iaitu ke arah memperkasakan nilai tambah melalui elemen pembangunan kemahiran insaniah mahasiswa USIM. Meneruskan kelangsungan aktiviti terdahulu melalui penganjuran Bengkel Penyiaran Media 1 pada Mei 2011, bengkel kali ini juga dilaksanakan melalui kolaborasi pintar bersama media cetak cetak dan elektronik seperti Utusan Malaysia, TV3 dan pegawai sukan USIM merangkap Penyelaras Media KPT.Selain itu, bengkel ini juga dilihat sejajar dengan USIM KRA 1 iaitu ke arah membentuk dan melahirkan graduan holistik dan berdaya gaji tinggi. Menurut Encik Nasrul Hakim Ahmad, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM dalam ucapan perasmiannya, beliau melihat potensi dan keberkesanan bengkel ini dalam melatih pelajar supaya berupaya menghasilkan hasil penulisan yang dapat disalurkan kepada media cetak dan elektronik. Langkah progresif ini adalah sebagai inisiatif BHEP untuk membuat hebahan dan juga mengadakan promosi aktiviti mahasiswa yang dijalankan di kampus. “Kita memerlukan promosi dan publisiti yang meluas untuk membina imej yang sihat dan baik di samping mengubah persepsi lama dengan melihat bahawa melalui penglibatan pelajar dalam bengkel ini diharap dapat menjadi satu platform membina softskills mahasiswa USIM. Universiti berhasrat melahirkan generasi mahasiswa yang bukan sahaja mengikuti pembelajaran dalam bilik kulliah semata- mata tetapi pro aktif menceburi bidang-bidang luar [...]
Oktober 2011
USIM, UTUSAN ANJUR PESTA KONVO
SEREMBAN 28 Okt. - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kumpulan Utusan buat julung kalinya bekerjasama menganjurkan Pesta Konvokesyen USIM Kesembilan yang akan diadakan di universiti berkenaan di Nilai dekat sini dari 1 hingga 4 Disember ini. Naib Canselor USIM, Profesor Dato' Dr. Muhamad Muda berkata, menerusi kerjasama tersebut, program berkenaan diyakini akan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dan sekali gus menjadikannya pesta konvo terbesar yang pernah dianjurkan oleh universiti itu. "Kita menyasarkan 10,000 hingga 15,000 orang akan mengunjungi pesta yang menyediakan pelbagai aktiviti serta pengisian menarik yang dirangka oleh USIM dan Kumpulan Utusan. "Kami yakin dengan publisiti yang diberikan oleh Kumpulan Utusan, ia akan dapat mempromosikan program ini kepada orang ramai terutama penduduk berhampiran seperti dari Nilai dan Bangi untuk berkunjung ke pesta empat hari itu," katanya. Muhamad berkata demikian pada majlis pra pelancaran pesta konvokesyen itu di bangunan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM di sini hari ini. Turut hadir, Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Zaini Hassan dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM, Profesor Dato' Dr. Mohamed Asin Dollah. Menurut Muhamad, aktiviti menarik yang akan dijalankan sepanjang pesta tersebut termasuk pameran kereta, karnival kerjaya, pertandingan nasyid, futsal, mewarna serta bola jaring yang turut menawarkan hadiah wang tunai. "Bagi memeriahkan lagi sambutan pesta tersebut, sebanyak 140 gerai jualan akan dibuka kepada para pengunjung. Lebih menarik pesta ini turut menyaksikan Kumpulan Utusan menganjurkan konsert Pancaindera, pertandingan memancing dan karaoke," katanya. Sementara itu, Zaini dalam ucapannya berkata, cabaran untuk menjayakan program itu akan digalas [...]
45 PENGAWAL USIM GOTONG ROYONG BERSIH TASIK
SEREMBAN 29 Okt. - Seramai 45 pengawal keselamatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan tasik di sekitar kawasan universiti berkenaan menjelang Pesta Konvo yang akan berlangsung dari 1 hingga 4 Disember ini. Ketua Bahagian Keselamatan USIM, Kapt. (B) Abdul Wahab Mat Zin berkata, program tersebut merupakan persediaan awal pihaknya sebelum menjalankan aktiviti gotong-royong perdana yang dijangka selepas Aidiladha nanti. "Ini merupakan salah satu inisiatif pihak bahagian keselamatan USIM yang mana kita tidak mahu dilihat hanya terikat pada tugas hakiki semata-mata, tetapi turut berperanan membantu pihak universiti dalam segala aspek. "Pada masa sama, kita melihat tasik yang berkeluasan hampir 10 hektar ini mempunyai daya tarikan dan sesuai bagi menjalani pelbagai aktiviti sukan air dan memancing,'' katanya di sini, hari ini. Tasik berkenaan dijangka dibuka kepada umum pada Pertandingan Memancing Terbuka sempena Pesta Konvokesyen Ke-9 anjuran USIM dan Kumpulan Utusan pada 4 Disember ini. Abdul Wahab menjelaskan, tasik mempunyai potensi tersendiri yang mana ia bukan sahaja luas dari segi saiznya, malah ia juga mampu dikomersialkan bukan sahaja pada warga USIM semata-mata, malah boleh menarik orang ramai untuk mengunjunginya. Malah katanya, terdapat pelbagai jenis ikan yang terdapat di kawasan tasik ini termasuklah ikan toman dan tilapia. "Kita melihat pertandingan memancing yang dianjurkan oleh pihak USIM dan Kumpulan Utusan ini adalah satu langkah yang tepat kerana sudah sampai masanya tasik ini dijadikan sebagai tarikan kepada orang ramai," katanya. "Saya yakin bahawa pihak pengurusan universiti mempunyai perancangan mereka untuk menjadikan kawasan ini sebagai lokasi yang sesuai bukan sahaja [...]
USIM JUARA PERTANDINGAN DEBAT PIALA PERDANA MENTERI 2011
KUALA LUMPUR 26 Okt. - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) muncul juara kali pertama bagi kategori Bahasa Melayu apabila berjaya menewaskan Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada pusingan akhir, Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2011 (PPM) yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, semalam. Pendebat USIM yang terdiri daripada Ummu Umairah Azahari, Mohd. Ikhwan Mohd Rosseli, Mohammad Shah Izad Saleh dan Mohammad Irhamuddin Ibrahim telah berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000, piala dan sijil penyertaan. Pertandingan itu juga menyaksikan pendebat USIM, Mohd. Ikhwan dipilih sebagai pendebat terbaik yang melayakkan mereka membawa pulang RM2,000. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mewakili Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak. Debat PPM yang pertama kali dianjurkan disertai 44 institusi pengajian tinggi. Debat ini berlangsung selama lima hari bermula 20 Oktober lalu. Sebelum ini, PPM hanya diadakan pada peringkat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sejak 1974. PPM 2011 adalah anjuran MyHarapan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan UIAM. Oleh: Khairul Azizi Elias Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia Tel: 06-798 8027








