Julai 2010
KERJASAMA UNIVERSITI, INDUSTRI DAN MASYARAKAT HASIL TENAGA KERJA BERKEMAHIRAN TINGGI
Putrajaya, 19 Julai 2010 – Dalam mewujudkan kerjasama dan jalinan yang erat di antara pihak universiti, industri dan masyarakat, Kementerian Pegajian Tinggi (KPT) telah menggariskan tujuh rangka kerja bagi mengukuhkan kerjasama universiti-industri dan masyarakat dalam menghasilkan lebih ramai tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Rangka kerja tersebut adalah terdiri daripada pendekatan kluster, latihan indutri di indutri ’high end’ sangkutan akademia industri, kadar dan perolehan pakar perunding, sistem pengiktirafan dan ganjaran akademia sistem penjenamaan dan pemasaran kepakaran penyelidikan dan produk universiti serta program kerjasama pemindahan ilmu. Justeru itu, telah berlangsung satu memorandum persefahaman (MoU) antara beberapa Universiti, industri dan masyarakat. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut terlibat dalam memorandum ini yang diwakili oleh Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canelor USIM. Selain USIM, beberapa universiti awam lain turut terlibat dalam memorandum persefahaman seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Beliau turut melancarkan Pelan Pengukuhan Kerjasama Universiti, Industri dan Masyarakat. Dalam ucapannya beliau berkata, melalui hubungan yang erat diantara universiti, industrI dan masyarakat, dapat meningkatkan sempadan pengetahuan dan transformasi untuk penghasilan produk, proses dan servis baru yang bermanfaat bagi pasaran lokal dan global. Selain itu, kerjasama ini akan menghasilkan pendapatan dari royalti produk komersial yang sekaligus memberi sumbangan terhadap pertumbuhan dan pendapatan ekonomi. Dengan pelancaran Pelan Pengukuhan Kerjasama Universiti, Industri dan Masyarakat beliau berharap dapat menyediakan mekanisme dan amalan terbaik [...]
DEBAT BAHASA ARAB DINAIKTARAF PIALA DIRAJA
Buat kali ketiga Universiti Sains Islam Malaysia bekerjasama dengan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia menganjurkan Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Kali Ketiga 2010. Pertandingan yang berlangsung selama 5 hari bermula 25 hingga 29 Jun 2010 ini melibatkan penyertaan daripada 40 buah sekolah yang terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Kelas Aliran Agama (KAA) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertandingan ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah sebagai persediaan mantap ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, ianya merupakan medan terbaik untuk melatih dan mengasah bakat kepimpinan dan keupayaan berfikir secara kritis dan analitis dalam kalangan pelajar sekolah tentang isu-isu semasa. Majlis Perasmian Penutup dan Pertandingan Akhir telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Hajah Noor Rezan Bapoo Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan), Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah berlangsung pada 29 Jun 2010 di Dewan Kuliah Pusat 3. Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada USIM dan Bahagian Pendidikan Islam, KPM kerana telah berjaya menganjurkan pertandingan yang berprestij ini buat kali ketiga. “ Saya percaya dengan kualiti dan sambutan yang menggalakkan ini saya mencadangkan agar pertandingan ini dinaiktaraf sebagai Pertandingan Debat Bahasa Arab Piala Diraja dan Tetamu kehormatnya nanti adalah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong”. Pertandingan akhir yang menemukan pasukan daripada SMKA Naim Lil Banat, Kelantan selaku kerajaan dan pasukan daripada Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) selaku pembangkang. Pasukan [...]
‘SELANGKAH KE UNIVERSITI’ DEDAH SUASANA KAMPUS
Bandar Baru Nilai, 29 Jun 2010 – Tanggungjawab sosial Universiti dan masyarakat tidak terhad kepada Program Khidmat Masyarakat (OPKIM) oleh pelajar namun program kesedaran kepada pelajar sekolah luar bandar tentang suasana pembelajaran di universiti juga menjadi agenda sosial Universiti sekaligus menyuntik semangat kepada para pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya ke menara gading. Justeru itu melalui pendedahan dan pengalaman sehari di kampus, Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan 14 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah menjayakan ’Program Selangkah Ke Universiti’ yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebelum ini, BAKTI dan KPT telah memilih Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai tuan rumah bagi melaksanakan Majlis Pelancaran Program Selangkah ke Universiti pada 6 April 2010 yang lalu dan kini USIM merupakan destinasi kedua selepas UPM. Selangkah Ke Universiti merupakan program sehari di mana pelajar dibawa ke universiti dan menjalani proses penerapan dan pendedahan kampus yang bertujuan supaya mereka lebih mengenali kehidupan di universiti. Di samping itu menggalakkan mahasiswa universiti untuk terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. ”Seramai 210 pelajar tingkatan 4 dari 3 kawasan di Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Tampin dan Kuala Pilah telah di pilih untuk menyertai program ini. Sasaran kumpulan adalah kepada mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga yang pernah belajar di universiti dan berpotensi untuk berjaya”, kata Y.Bhg. Datin Sri Azlina Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pendidikan BAKTI. Program satu hari ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Hasan Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. ”Program sebegini adalah sangat bagus dan bermanfaat [...]
Jun 2010
GRADUAN HOLISTIK LAHIR DARI SISTEM UNIVERSITI YANG BAIK
Bandar Baru Nilai, 23 Jun 2010 – ”Institut Pengajian Tinggi perlu ada sistem yang dapat mendorong kepada pembentukan graduan yang holistik dan marketable supaya dapat bersaing di arena pasaran terutamanya kepada graduan berkelulusan pengajian Islam”, kata YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa merasmikan Seminar Pengajian Islam Menjana Keintelektualan Ummah (PIMKU) 2010 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Umat Islam hari ini menghadapi cabaran semasa dan pertembungan peradaban yang memerlukan kepada kekuatan serta pembentukan jati diri Islam sebenar. Justeru itu penganjuran PIMKU 2010 oleh Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), USIM bertujuan untuk memperkasakan hala tuju pendidikan Islam, bahasa arab dan bahasa inggeris. Hampir 300 peserta dari Intstitusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta telah menyertai seminar ini seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Kolej Universiti Sunway. Sebanyak 80 kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar yang berlangsung pada 23 hingga 25 Jun 2010. Antara objektif seminar ini adalah untuk meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap peranan Pengajian Islam, penggunaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris selaras dengan kehendak kurikulum, mengenalpasti kaedah pengukuran dan pentaksiran Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris yang autentik menepati matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta menangani isu dan cabaran berkaitan penilaian dan pentaksiran secara formatif dan sumatif. “Saya berharap agar seminar ini dapat membantu menjana maklumat kepada semua peserta bagi memastikan pengajaran Islam, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris mampu berjalan seiring dengan perkembangan teknologi semasa dalam memperkasakan tamadun Islam”, tambah YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim [...]
PEKERJA CEMERLANG DIRAI SEMPENA MINGGU INOVASI
Bandar Baru Nilai, 15 Jun 2010 - Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah di Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi USIM Tahun 2009 yang telah diadakan pada 15 Mei baru-baru ini. Seramai 94 orang kakitangan USIM dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang manakala seramai 61 orang pula menerima Anugerah Terpuji. Selain itu sebanyak 10 anugerah telah diberikan seperti Anugerah Sumbangsih, Anugerah Khidmat Masyarakat, Anugerah Kualiti Naib Canselor dan Anugerah Pengurusan Maklumat. Majlis tersebut diadakan bersempena sambutan Hari Inovasi Bersama Pelanggan peringkat universiti yang turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan seluruh warga kampus. Uniknya pada tahun ini, satu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Istimewa yang julung-julung kalinya diberikan dan bakal menerima hadiah berupa pakej umrah. Pada kali ini turut diadakan pelancaran USIM Online yang merupakan laman web televisyen interaktif yang menyalurkan pelbagai maklumat dan program universiti untuk semua pelajar dan kakitangan USIM. Laman web tersebut mengandungi lima segmen iaitu Buletin, Wawancara, Santapan Rohani, USIM Web TV dan Biar Buku Bicara. Pelancaran USIM Online ini menjadikan USIM muncul sebagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pertama mempunyai laman web televisyen interaktif. Selain itu turut diadakan penyerahan sijil MS ISO 9001:2008 dan MS 1900:2005 (Sistem Pengurusan Kualiti Mengikut Perspektif Islam ) kepada Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Kualiti. Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) telah berjaya memperolehi pengiktirafan pensijilan daripada pihak SIRIM berkuatkuasa mulai 26 Mac 2010 dalam ISO 9001:2008 Penyediaan Khidmat Perancangan dan Pengurusan Projek Fizikal dan MS 1900:2005 Penyediaan Khidmat Perancangan dan Pengurusan Projek Fizikal Mengikut Perspektif Islam. Pengiktirafan ini menjadikan USIM sebagai satu-satunya universiti pertama yang berjaya menerima [...]
LAMAN WEB INTERAKTIF PERTAMA USIMONLINE
SEREMBAN 15 Jun - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) muncul sebagai institut pengajian tinggi awam (IPTA) pertama mempunyai laman web televisyen interaktif, USIMOnline untuk kakitangan dan pelajar. Naib Canselornya, Prof. Dr. Muhammad Muda berkata, kewujudan laman web integrasi itu bagi memberi maklumat mengenai aktiviti kampus termasuk program yang dijalankan untuk semua penuntut dan kakitangan universiti berkenaan. Katanya, melalui laman web televisyen itu segala maklumat mengenai USIM dapat diketahui oleh orang ramai dengan lebih mudah, tepat dan terperinci. "Ia dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan dan tenaga pakar dari universiti ini sendiri bagi membina satu saluran interaksi antara pihak universiti dengan kakitangan serta pelajar. "Ia membolehkan orang ramai mengaksesnya melalui Internet di mana sahaja mereka berada," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kecemerlangan dan Inovasi USIM Tahun 2009 di sini hari ini. Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor. Laman web berkenaan mengandungi empat program yang disediakan iaitu Buletin, Wawancara, Santapan Rohani dan USIM WebTV. Dr. Muhammad berkata, laman web berkenaan juga turut dikendalikan oleh penuntut yang akan memuat turun pelbagai aktiviti mereka ke dalam USIMOnline. ''USIMOnline ini sebenarnya telah dilancarkan sejak awal tahun ini cuma pada hari ini kita melancarkannya secara rasmi. "Kita berharap dengan adanya USIMOnline ini ia akan dimanfaatkan sepenuhnya bukan sahaja oleh kakitangan malah untuk kegunaan para pelajar bagi mengetahui sebarang aktiviti di universiti ini," katanya. Sumber : Utusan Malaysia
PROFESOR DATO’ DR. ABDUL SHUKOR TERIMA DARJAH KEBESARAN PANGLIMA SETIA MAHKOTA
Bandar Baru Nilai, 5 Jun 2010 – Mantan Naib Canselor USIM dan juga Pengarah Institut Pengurusan & Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) Profesor Dato’ Dr Abdul Shukor Haji Husin dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri. Darjah Kebesaran ini disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara bersempena dengan Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 5 Jun 2010. Seramai 33 menerima darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang juga membawa gelaran Tan Sri terdiri antaranya Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri James Foong Cheng Yuen; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Dr Zulkefli A Hassan. Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Datuk Seri Abdul Shukor Abdullah. Mendapat pendidikan M.A dan PhD dalam bidang Akidah dan Falsafah di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Pengalaman dan sumbangan beliau kepada dunia pendidikan dan institusi agama di Malaysia tidak dapat dinafikan lagi. Dalam dunia pendidikan, beliau pernah menjadi Dekan Fakulti Pengajian Islam. Beliau telah menghasilkan banyak buku, artikel dan jurnal di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa serta artikel-artikel dalam majalah, penerbitan popular dan penerbitan terbaru al-Nubuwwah Bainah al-Mutakallimin wa-al-Falasifah yang merupakan terbitan USIM. Sehingga kini beliau telah membentangkan kertas kerta/pengulas kertas kerja, pengerusi persidangan dalam 101 persidangan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa dan kali terakhir adalah pada 5 Februari 2009 iaitu Seminar Antarabangsa Pengajian Tinggi Islam anjuran Universiti Islam Sharif ‘Ali Brunei Darussalam sebagai pembentang kertas kerja: Pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi Islam [...]
RM100,000 UNTUK TABUNG PENGANTARABANGSAAN USIM
Bandar Baru Nilai, 5 Julai 2010 – Seramai 1528 pelajar baru Sarjana Muda telah mendaftar di kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi sesi pengajian akademik 2010/2011. Pendaftaran pelajar baru telah diadakan pada 3 Julai yang lalu bertempat di Stadium Tertutup Nilai Acara kemuncak untuk pelajar baru adalah Majlis Amanat dan Lafaz Ikrar pelajar baru yang dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan. ”Mahasiswa perlu bersedia lebih awal dalam menghadapi era globalisasi dan liberasi yang merupakan zaman mencabar yang perlu dihadapi oleh mahasiswa sama ada semasa berada di Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) mahupun di alam pekerjaan”, ucap beliau di Majlis Amanat dan Lafaz ikrar pelajar baru. ”Sikap hormat-menghormati diantara sesama mahasiswa, kakitangan Universiti, kepimpinan negara dan masyarakat perlu diperkukuh selaras dengan hasrat menjadikan budaya pencapaian di kalangan mahasiswa dapat diterap dan disumbangkan kepada rakyat tambah beliau lagi. YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan turut mengumumkan pemberian wakaf sebanyak RM100,000 untuk tabung pengantarabangsaan mahasiswa USIM. Majlis Amanat dan Lafaz Ikrar Pelajar Baru Sarjana Muda Sesi 2010/2011 turut dihadiri oleh Naib Canselor USIM, Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda. ”1528 merupakan bilangan yang terbesar pada kali ini meliputi pelbagai bidang samada dalam bidang sains sosial, sains dan teknologi mahupun bidang perubatan dan pergigian”, kata Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda semasa menyampaikan ucapan aluan di Majlis Amanat dan Lafaz ikrar Pelajar Baru Sarjana Muda sesi 2010/2011. ”Tiga perkara yang sering menjadi penghalang kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pengajian adalah takut menghadapi cabaran, tiada [...]
IRAMA GEMERSIK TIRAI BESI – Pelajar USIM, Penghuni Penjara Gabung Idea Cipta Lagu
Penjara Kajang, 19 Mei 2010 – Mungkin ramai yang beranggapan bahawa kehidupan di penjara tidak ada langsung kebebasan terutamanya bagi mereka yang minat berkarya. Hakikatnya pelbagai aktiviti telah dijalankan dan dianjurkan bertujuan untuk membentuk sahsiah dan jati diri penghuni penjara disamping menggilap bakat dalam bidang seni. Atas rasa tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi dalam mendekatkan penghuni penjara dengan masyarakat umum serta mengubah persepsi umum mengenai penghuni penjara, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia telah menganjurkan Festival Cipta Lagu Patriotik (CIPTA) 2010. Program yang merupakan kali ketiga ini bertujuan untuk menyemarakkan aktiviti promosi dan pembangunan sahsiah dikalangan warga kampus agar dapat melahirkan mahasiswa yang peka kepada persekitaran masyarakat khususnya pelajar sekolah. Disamping itu memupuk kerjasama dan kesedaran dalam penyertaan mahasiswa, kakitangan dan penghuni penjara yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik di Malaysia. Sebanyak 15 buah lagu hasil ciptaan pelajar USIM dan 15 buah lagi dari Penghuni Penjara berentap untuk di pilih ke peringkat akhir yang bakal berlangsung pada 7 Ogos 2010. Pihak juri yang terdiri dari penyanyi Nash dan Siso memilih 4 lagu terbaik dari USIM dan 4 lagu terbaik dari penjara yang menjadikan 8 buah lagu bakal bertanding ke peringkat akhir. Nash yang merupakan salah seorang juri di peringkat saringan berkata, “Kebanyakan lagu yang dihasilkan mempunyai kualiti dan boleh diketengahkan. Sejujurnya saya akui lagu yang dihasilkan oleh penghuni penjara lebih jujur dan menyentuh jiwa. Ini kerana melodi yang dihasilkan datang dari perasaan yang nampak ketara secara peribadi”. “Tetapi lirik yang di hasilkan oleh pelajar USIM [...]
USIM , INCEIF PERKASA KEWANGAN ISLAM
Bandar Baru Nilai, 27 Mei 2010 – Dalam memperkasakan bidang kewangan di Malaysia sekaligus memberi impak kepada seluruh dunia Islam, USIM telah mengambil inisiatif menjalinkan kerjasama dengan International Centre For Education in Islamic Finance (INCEIF) iaitu sebuah universiti berasaskan industri khas dalam bidang kewangan Islam. Melalui kerjasama ini Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) USIM dan Institut Pengurusan harta dan Kewangan Islam (IFWMI) USIM menjadi entiti yang menyumbang kepada perkembangan ilmu dalam bidang kewangan Islam. Ini dibuktikan dengan penyelidikan dan kerjasama industri yang kukuh antara USIM dengan Bank Negara Malaysia suruhanjaya ekuriti dan juga pihak-pihak swasta yang berkaitan. Menurut Presiden INCEIF, Y.Bhg. Dato’ Agil Natt, melalui kerjasama sebegini, pihak INCEIF dan USIM dapat bertukar pandangan dan pendapat serta dapat menyediakan rangka kerja dalam mempromosi dan membuat penyelidikan tentang kewangan Islam. “USIM mengambil pendekatan serius berkenaan perkembangan ekonomi Islam, perbankan, takaful dan pengurusan aset khususnya dalam penghantaran produk (product delivery) dan disinilah peranan USIM untuk merealisasikannya”, kata Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Muda, Naib Canselor USIM semasa berucap di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara USIM dengan INCEIF. “Perkembangan produk yang berlaku pada masa kini adalah sangat pesat dan perlunya kawalan yang kemas dengan mengikur prosedur yang tertentu berlandaskan pandangan fiqh dan Syariah”, tambah beliau lagi. “Atas kesedaran inilah FEM dan IFWMI perlu bertindak untuk melatih pelajar-pelajar yang mampu menjadi rujukan kepada ekombomi kewangan Islam kelak samada di peringkat negara mahupun global”, kata Y.Bhg. Prof. Dato’ Muhammad Muda. Menurut Presiden INCEIF, Y.Bhg. Dato’ Agil Natt, melalui kerjasama sebegini, pihak INCEIF dan USIM dapat [...]









