Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Mei 2025

USIM-JKSM lahirkan Sole Mediator Baharu dalam Kalangan Pegawai JBG

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Malaysia telah menganjurkan Majlis Apresiasi dan Penyampaian Sijil Pengantaraan Pensijilan Profesional Kemahiran Sulh-Mediasi bertempat di Dewan Utama, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), USIM sebentar tadi. Majlis yang berlangsung pada 5 Mei 2025 itu meraikan seramai 33 peserta, termasuk 29 pegawai JBG dan empat peserta jemputan yang berjaya menamatkan kursus selama lima hari dan lulus penilaian akhir. Kursus ini melayakkan mereka ditauliahkan sebagai Sole Mediator (Pengantara Persendirian). Majlis disempurnakan oleh Naib Canselor USIM, YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah JKSM, Yang Amat Arif Dato’ Haji Mohd Amran Mat Zain serta Ketua Pengarah JBG, Dato’ Norazmi Mohd Narawi. Hadir sama barisan pentadbiran tertinggi USIM serta tokoh perundangan negara. “Sudah masanya masyarakat diberi galakan bahawa penyelesaian pertikaian secara baik seperti sulh-mediasi ini perlu dipromosi sebagai kaedah utama dan bukan sekadar alternatif. Kaedah ini menjimatkan masa, kos, dan menjamin hubungan yang lebih harmoni,” kata Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin yang juga menzahirkan penghargaan atas komitmen semua pihak dalam menjayakan program ini. "Program ini merupakan siri kelima sejak diperkenalkan dan dilaksanakan menggunakan modul yang dibangunkan oleh kumpulan penyelidik USIM bersama JKSM. Kursus ini menekankan pembelajaran berasaskan pengalaman serta latihan praktikal menerusi kaedah simulasi, kerja berkumpulan, permainan interaktif dan ceramah pakar dari institusi perundangan sivil dan syariah", ujarnya. Sementara itu, Pengarah Program merangkap Ketua Projek Pensijilan Sulh-Mediasi, Prof. Madya Dr. Hendun Abd Rahman [...]

April 2025

USIM perkasa ilmu wahyu: 364 peserta sertai program SPEQS 2025

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) terus memperkasa usaha memasyarakatkan ilmu wahyu menerusi Program Pensijilan Pengajian Quran dan Sunnah (SPEQS) edisi 2025 yang berlangsung secara dalam talian bermula pada 26 April 2025 sehingga 16 Ogos 2025. Program ini menyaksikan seramai 364 peserta daripada pelbagai latar belakang iaitu golongan professional di kalangan doktor perubatan, akauntan dan pegawai PTD, golongan pesara di kalangan Pegawai Kerajaan dan Pengetua, golongan korporat terdiri daripada ketua pegawai eksekutif Syarikat swasta dan NGO serta masyarakat awam dari seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Program SPEQS menawarkan ruang kepada masyarakat untuk mendalami ilmu al-Quran dan al-Sunnah secara santai, terstruktur dan mudah diakses tanpa syarat akademik yang ketat. Menurut Dekan FPQS, Prof. Madya Dr. Mohd Zohdi Mohd Amin, SPEQS bukan sekadar kursus biasa, sebaliknya menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat dengan keindahan ilmu wahyu. SPEQS membuka peluang untuk mereka mendekati al-Quran dan al-Sunnah dalam suasana pembelajaran yang santai, sistematik dan mesra pengguna. “Bagi tahun ini, SPEQS menawarkan empat pakej pembelajaran yang boleh dipilih berdasarkan minat dan tahap penguasaan peserta”. “Saya mengucapkan terima kasih di atas komitmen yang diberikan oleh Ahli Jawatankuasa Program yang diketuai oleh Dr Sobri Ellias serta pensyarah berpengalaman dari FPQS, antaranya Dr. Anuar Hasin, Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi, Dr. Shamsul Hakim, Dr. Lukman Ibrahim dan Dr. Muhammad Arif Musa”, ujarnya. “Sesi kuliah dijalankan secara dalam talian setiap Sabtu dan Ahad, jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, dan direkodkan bagi membolehkan peserta mengakses semula bahan pembelajaran mengikut kesesuaian masa [...]

Sinar Syawal: Sambutan Hari Raya Penuh Makna Di Hasanah Care Centre

BERANANG – Suasana ceria dan penuh kehangatan Aidilfitri menyerikan rumah terbuka Hari Raya yang berlangsung meriah di Hasanah Care Centre baru-baru ini. Majlis ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran seramai 19 orang pelajar daripada kelab Stracomm Clique yang turut serta memeriahkan sambutan tersebut bersama penghuni di Hasanah Care Centre pada 19 April 2025 baru baru ini. Program ini bertujuan menyemai nilai kasih sayang, keprihatinan dan semangat kemasyarakatan dalam kalangan belia dan warga emas, di samping dapat menceriakan penghuni pusat jagaan sempena bulan Syawal. Menariknya, StraComm Clique turut membawa juadah hidangan istimewa iaitu nasi lemak ayam sebagai tambahan kepada menu utama, selain juadah Hari Raya seperti lemang, rendang, ketupat dan kuih-muih yang turut disajikan kepada para tetamu. Para pelajar bukan sahaja hadir sebagai tetamu, malah turut membantu dalam pengurusan sambutan Hari Raya tersebut. Mereka juga berinteraksi mesra dengan kira-kira 19 para penghuni, bertanya khabar dan berkongsi cerita. Kehadiran mereka berjaya mewujudkan suasana kekeluargaan yang cukup menyentuh hati. Bagi memeriahkan lagi sambutan, Hasanah Care Centre turut membuat persembahan khas sempena Hari Raya, yang disambut dengan sorakan dan gelak tawa para penghuni serta tetamu yang hadir. Sebagai tanda penghargaan, pengurusan Hasanah Care Centre telah menyampaikan sijil kepada peserta StraComm Clique sebagai pengiktirafan atas sumbangan dan keprihatinan kelab dalam menganjurkan program bersama penghuni di sana. Pengurusan Hasanah Care turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pelajar USIM yang sudi hadir serta memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. “Kehadiran, penglibatan dan sokongan anda amat kami hargai dan memberi impak yang besar dalam usaha [...]

USIM – Tabung Haji Bangunkan Panduan Haji Dan Umrah Oku Penglihatan

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) telah dilantik sebagai perunding bagi pembangunan panduan kursus Haji dan Umrah Mesra Orang Kurang Upaya (OKU) oleh Bahagian Bimbingan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH). Pembangunan projek ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan komuniti OKU khususnya OKU Penglihatan terhadap praktikal ibadah Haji dan Umrah. Projek ini merupakan projek pertama yang melibatkan kepakaran universiti awam bersama-sama pihak TH untuk menyantuni komuniti OKU Penglihatan. Pengarah UMMI, Profesor Madya Dr. Haji Norakyairee Mohd Raus berkata; inisiatif ini merupakan usaha murni yang menyokong agenda inklusiviti diperingkat antarabangsa melalui pendekatan ‘No One Left Behind’ serta mengangkat gagasan Malaysia MADANI melalui pendekatan daya cipta ke arah pembangunan penyelidikan dan inovasi inklusif selaras dengan kekuatan dan kelainan upaya komuniti istimewa ini. "Skop projek ini meliputi proses mengenal pasti, membangunkan dan menghasilkan buku panduan ibadah Haji dan Umrah bagi komuniti OKU Penglihatan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak iaitu USIM dan TH. Proses transkripsi panduan telah selesai dijalankan dan draf akhir panduan tersebut telah diserahkan kepada pihak TH bagi tujuan semakan.” ujarnya. “Cadangan untuk membangunkan panduan kepada OKU Penglihatan ini telah bermula pada tahun 2024 melalui beberapa siri perbincangan dengan pihak Tabung Haji dan siri bengkel berkaitan penyediaan panduan Haji dan Umrah mesra OKU Penglihatan”. “Projek ini juga menyokong Pelan Tindakan Agensi Agama bagi OKU Muslim 2024-2028 ke arah usaha pengupayaan masyarakat cakna OKU dan pemerkasaan komuniti OKU” ujarnya lagi. Sementara itu, Ustaz Shahrin Awaludin Ketua Bahagian Bimbingan Haji Lembaga Tabung Haji berkata, Lembaga Tabung [...]

Persatuan Gerakan Pengguna Siswa anjur Inisiatif MySaveFood di Bazar Ramadan Lotus Nilai

NILAI – Persatuan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Sembilan telah melaksanakan inisiatif MySaveFood dari 16 hingga 22 Mac 2025 di Bazar Ramadan berhadapan Lotus Nilai. Program ini bertujuan untuk mengurangkan pembaziran makanan dalam kalangan peniaga bazar serta membantu golongan yang memerlukan. Seramai 10 orang ahli GPS termasuk tiga orang ahli Kelab Media dan Komunikasi Strategik USIM (StraComm Clique) turut serta dalam usaha mengumpulkan lebihan makanan yang masih elok daripada para peniaga. Makanan yang dikumpulkan kemudiannya diagihkan ke kolej kediaman, Pusat Islam, serta surau di sekitar Nilai. Menurut Presiden GPS USIM, Amirul Hairie Mohammad, inisiatif ini bukan sahaja dapat mendidik masyarakat mengenai kepentingan mengelakkan pembaziran, tetapi juga memastikan makanan berlebihan dimanfaatkan sebaiknya.“Inisiatif dan langkah yang bijak untuk mengurangkan pembaziran di Malaysia, menyelamatkan makanan lebihan dan turut membantu golongan yang memerlukan seperti pelajar dan asnaf,” katanya. Beliau turut menekankan kepentingan usaha kecil seperti ini dalam memberi impak yang besar kepada masyarakat. “Walaupun langkahnya kecil tapi impaknya besar demi mengelakkan pembaziran dan menghargai makanan.” Salah seorang peniaga bazar turut memuji usaha tersebut dan menyatakan bahawa program seperti ini memberi kesedaran kepada peniaga tentang pengurusan makanan yang lebih baik. Menurutnya, kadangkala makanan yang tidak habis terpaksa dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah walaupun masih elok, dan dengan adanya program ini, sekurang-kurangnya ia dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan. MySaveFood merupakan salah satu inisiatif yang semakin mendapat perhatian dalam usaha menangani isu pembaziran makanan di Malaysia. Kolaborasi antara persatuan mahasiswa dan pihak berkuasa ini diharapkan dapat menjadi [...]

Dana Manfaat Wakaf lebih Rm250,000.00; USIM Perkukuh Kerjasama Strategik dengan ASNB

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) telah menerima sumbangan bagi program Seikhlas Wakaf Seindah Ramadan sempena Iftar Perdana USIM 1446H daripada Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) menerusi Dana Manfaat Wakaf ASNB. Program ini dianjurkan bersama oleh ASNB, PWZ, dan Pusat Islam USIM dengan kehadiran lebih 1,000 peserta di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM pada 21 Mac 2025. Majlis ini juga menyaksikan serahan Dana Manfaat Wakaf yang diterima oleh USIM bagi Projek Perolehan Bas Pelajar berkapasiti 40 tempat duduk hasil sumbangan pewakaf-pewakaf yang juga adalah pelabur ASNB sebanyak RM150,000.00. Pada masa yang sama, USIM turut menerima sumbangan Tabung Pembangunan Pendidikan berjumlah RM15,000.00 dan 30 unit komputer riba bernilai RM90,000.00 kepada 30 orang mahasiswa terpilih yang juga merupakan penerima bantuan zakat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor dalam ucapannya berkata, inisiatif ini mencerminkan peranan penting wakaf dalam menyokong kecemerlangan akademik mahasiswa dengan meringankan beban kewangan serta memperkukuh kemudahan di USIM. Ia juga mencerminkan keprihatinan masyarakat dalam membantu pelajar yang memerlukan serta memperkukuhkan peranan wakaf dalam pendidikan tinggi dan pembangunan komuniti. “USIM berharap agar kerjasama strategik seperti ini dapat terus diperluaskan bagi memastikan akses pendidikan yang lebih inklusif kepada semua pelajar, khususnya mereka yang kurang berkemampuan”, ujarnya lagi. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin menambah, dengan sokongan berterusan daripada rakan strategik dan masyarakat, USIM beraspirasi untuk menjadi institusi pendidikan tinggi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga dalam melahirkan graduan yang berdaya saing serta berakhlak tinggi selaras dengan [...]

“MAN SAHUR: Iklan Ramadan USIM Paling Seram, sasar 100,000 Tontonan

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membawakan "MAN SAHUR", sebuah iklan Ramadan 2025 yang mengetengahkan genre seram dengan mesej mendalam tentang realiti generasi muda. Diterbitkan oleh Pusat Komunikasi Strategik USIM bersama idea kreatif para pelajar, iklan ini telah mencetus fenomena dengan meraih lebih 30,000 tontonan di YouTube USIMTV hanya dalam tempoh seminggu sejak ia disiarkan pada hari pertama puasa. Mengisahkan Aiman Sodiqin, seorang streamer tegar yang terlalu asyik dengan dunia permainan dalam talian sehingga mengabaikan tanggungjawabnya pada bulan ramadan. Namun, segalanya berubah apabila satu insiden misteri berlaku, menghantui hidupnya. Siapakah yang berada di dalam biliknya semalam? Adakah Ramadan kali ini mampu mengubah dirinya menjadi insan yang lebih baik? Terinspirasi daripada realiti kehidupan anak muda masa kini, iklan ini mengetengahkan bagaimana ketagihan dunia digital boleh melalaikan seseorang hingga lupa kewajipan kepada Allah. Lebih daripada sekadar hiburan, "MAN SAHUR" membawa mesej penting tentang kesedaran, refleksi diri, dan nilai Ramadan yang sering diambil ringan. Dibarisi oleh lima pelakon, terdiri daripada tiga pelakon utama dan dua tambahan serta 12 tenaga produksi dalam kalangan staf serta pelajar USIM, iklan ini berjaya memberikan pengalaman menonton yang mendebarkan. Pengarahnya, Habib Halim, berkongsi pengalaman mencabar dalam menghasilkan karya ini. “Kami mengambil masa 3 bulan untuk menyiapkan iklan ini, daripada skrip sehingga proses penyuntingan. Tidak mudah, tetapi melihat hasilnya yang luar biasa di USIMTV, ini adalah impian yang menjadi kenyataan”, ujarnya. Iklan ini bukan sekadar mendapat tontonan tinggi, tetapi juga menerima reaksi luar biasa daripada penonton. Ramai yang tidak menyangka USIM berani tampil dengan pendekatan genre seram yang [...]

10 Pensyarah KPM Bandar Melaka Terima Sijil Eksekutif Kewangan Islam daripada USIM

NILAI – Seramai 10 pensyarah dari Kolej Profesional MARA (KPM) Bandar Melaka telah berjaya menamatkan dua program pensijilan eksekutif dalam bidang kewangan Islam yang ditawarkan oleh Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), sekali gus mencerminkan satu bentuk kerjasama strategik antara USIM dan MARA dalam memperkasa pembangunan kapasiti tenaga pengajar. Para peserta menerima Market Research and Data Analytics for Islamic Finance Executive Certificate serta Islamic Fintech and Blockchain Executive Certificate dalam satu Majlis Penyerahan Sijil Eksekutif Kewangan Islam yang berlangsung di kampus USIM pada 17 April 2025 baru-baru ini. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Syahidawati Hj. Shahwan, Dekan FEM USIM. Turut hadir ialah Tuan Md Zan Md Yausuf, Pengarah KPM Bandar Melaka; Puan Halimahton Kamarudin, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik; dan Dr. Munirah Salim, Ketua Jabatan Perakaunan dan Ekonomi KPM Bandar Melaka. Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan USIM dan MARA melalui KPM Bandar Melaka dalam memperkasa pendidikan kewangan Islam melalui pendekatan latihan berstruktur, berasaskan industri dan berteraskan teknologi semasa. Menurut Prof. Madya Dr. Syahidawati, program ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada para pensyarah MARA, tetapi juga merupakan satu langkah signifikan dalam mengembangkan pengaruh kewangan Islam ke peringkat lebih luas melalui pendidikan dan latihan profesional. USIM komited untuk meneruskan lagi program seumpama ini bersama agensi lain di bawah MARA dan institusi pendidikan tinggi lain, demi menyokong aspirasi negara sebagai pusat kecemerlangan dalam kewangan Islam di peringkat serantau.   Sumber: FEM

MINDEF dan Revolusi Teknologi Pertahanan: Merintis Ekosistem Inovasi Ketenteraan Malaysia

Dalam era inovasi dan teknologi sedang pesat membangun sektor pertahanan negara turut menjadi fokus utama untuk dibangunkan bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin dan mampu bersaing. Teknologi pertahanan yang canggih dan terkini membolehkan sesebuah negara mempertahankan diri daripada ancaman luar tanpa bergantung kepada negara lain. Sistem pertahanan melibatkan pengukuhan kawalan ke atas ruang udara, maritim dan darat bagi melindungi kawasan sempadan negara. Dalam konteks negara Malaysia, Kementerian Pertahanan (MINDEF) memainkan peranan yang signifikan dalam usaha memperkasakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memperkukuh sistem pertahanan negara sedia ada dengan membangunkan dan mengadaptasi teknologi yang relevan bersesuaian dengan inovasi semasa. R & D dalam industri pertahanan negara dalam memastikan negara tidak ketinggalan menerajui arus kemajuan global. Melalui pelaburan dalam penyelidikan melibatkan R & D, negara dapat membangunkan teknologi tersendiri yang akan mengurangkan kebergantungan kepada negara luar dan mengelakkan risiko campur tangan asing dalam hal ehwal menguruskan pertahanan negara. Antara bidang penyelidikan yang wajar diberi keutamaan melibatkan kecerdasan buatan (Ai), sistem senjata autonomi, komunikasi ketenteraan dan sistem pertahanan siber. Sejajar dengan teknologi moden aspek keselamatan negara tidak lagi terhad kepada kaedah peperangan secara konvensional tepati melibatkan ancaman serangan siber dan peperangan maklumat. Justeru, MIDDEF perlu bersiap siaga untuk mengambil beberapa inisiatif stratergik untuk memperkasakan penyelidikan dalam teknologi pertahanan negara. Peranan MINDEF dalam Memperkasakan R&D melibatkan Teknologi Pertahanan Dalam teknologi ketenteraan tradisional, sejarah telah menyaksikan bagaimana kuasa-kuasa besar yang memiliki kepakaran dan sumber melimpah memonopoli hampir keseluruhan industri teknologi ketenteraan global. Akibatnya, negara-negara membangun terpaksa bergantung kepada [...]

USIM Mulakan Kursus Intensif Bahasa Arab: Persiapkan 74 Pelajar Ambilan Pertama Ke Universiti Al-Azhar, Mesir

NILAI – Impian menjejakkan kaki ke menara gading tersohor, Universiti Al-Azhar Al-Sharif di Mesir, semakin hampir menjadi kenyataan bagi 74 pelajar cemerlang yang telah memulakan Kursus Intensif Bahasa Arab di Institut Pengajian Bahasa Arab, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kursus yang bermula pada 13 April 2025 ini merupakan sebahagian daripada program persediaan akademik bagi kohort perdana pelajar yang bakal melanjutkan pengajian mereka ke institusi pengajian Islam tertua dan berprestij di dunia. Menariknya, program ini dijalankan sepenuhnya secara dalam talian, sekali gus membolehkan pelajar dari pelbagai lokasi mengikuti sesi pembelajaran tanpa kekangan geografi. Tempoh kursus intensif ini bergantung kepada tahap penguasaan bahasa Arab setiap pelajar berdasarkan keputusan Imtihan Tahdid Mustawa. Secara keseluruhannya, program ini mempunyai enam tahap pembelajaran, dengan setiap tahap memerlukan tempoh sebulan untuk diselesaikan. Menurut Pengarah Institut Pengajian Bahasa Arab USIM, Dr. Hj. Sulaiman Ismail, pelaksanaan kursus ini adalah manifestasi kerjasama strategik antara kerajaan Malaysia dan Universiti Al-Azhar Al-Sharif yang disalurkan melalui USIM. “Pelajar yang mendapat keputusan pada tahap Mutawassit Thani (tahap 4) akan mengikuti kursus selama tiga bulan, manakala pelajar di tahap Mutaqaddim Awwal (tahap 5) perlu mengikuti kursus selama dua bulan, dan pelajar di tahap Mutaqaddim Thani (tahap 1) hanya perlu melengkapkan kursus selama sebulan sahaja sebelum mereka layak dihantar ke Universiti Al-Azhar Al-Sharif, Mesir”. Ujarnya lagi, berdasarkan keputusan Imtihan Tahdid Mustawa Bil.1/2025 yang dilaksanakan pada 24 Mac lalu di dua pusat peperiksaan utama iaitu Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM (pantai barat) dan Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang (pantai timur), kesemua pelajar telah ditempatkan [...]

Go to Top