Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Jun 2023

Alumni USIM Rangkul Naib Johan dan Tempat Ketiga Majlis Tilawah Al-Quran & Hafazan Kebangsaan 2023 (MTHQK)

PULAU PINANG, 16 Jun 2023 – Alumni kelahiran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi menjadi tumpuan apabila Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan dinobatkan sebagai naib johan dan Mohamad Husaini Mahmur memenangi tempat ketiga bagi kategori tilawah al-Quran sempena Majlis Tilawah & Hafazan Al Quran Kebangsaan 2023 (MTHQK). MTHQK kali ke-65 menyaksikan  penglibatan seluruh negeri dalam pertandingan tahun ini menjadikan jumlah peserta Tilawah adalah seramai 29 orang; iaitu 14 orang Qari dan 14orang Qariah dan seorang Johan Menunggu Qari. Aiman Ridhwan anak jati negeri Perak merupakan salah seorang peserta Johan Menunggu MTHQK tahun ini.  Pemilik Ijazah Sarjana Muda Al-Quran Sunnah USIM ini menanam cita-cita sejak kecil untuk menjadi pensyarah dan mahir dalam bidang al-Quran. Mengulas lanjut tentang keputusan MTHQK, Aiman menyifatkan bahawa kesemua peserta menampilkan persembahan terbaik dan dipelopori oleh generasi muda. Dalam pada itu, Mohamad Husaini Mahmur yang juga alumni USIM memanjat kesyukuran di atas kejayaan yang diperolehinya dan menyifatkan bahawa pesaingan sengit antara peserta dan tahap penguasaan bacaan dalam kalangan peserta semakin baik. Husaini mendapat tempat ketiga buat kali pertamanya pada tahun 2020. Beliau kini merupakan guru al-Quran tetap berazam untuk tampil sebagai johan tilawah peringkat kebangsaan pada suatu  masa nanti. Johan qari disandang oleh peserta yang mewakili negeri Kelantan, Muhamad Qayyim Nizar Sarimi. Seramai 32 orang hakim terlibat dalam pertandingan ini, iaitu 17 orang untuk menilai bacaan para peserta Tilawah manakala 15 orang hakim menilai para huffaz. Negeri Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H/2023M (MTHQK) yang telah berlangsung selama [...]

MoU USIM-Hayrat Foundation Kembangkan Sebaran Dakwah Risalah An-Nur

TURKIYE, 17 Jun 2023 - Cadangan menubuhkan sebuah pusat penyelidikan dan Latihan (Unit Penyelidikan dan Latihan Az-Zahra’) serta mengembangkan penyebaran dakwah Risalah an-Nur di USIM dan dalam kalangan masyarakat sekitar menjadi antara inti pati kandungan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Hayrat Foundation, Turkiye. Pada majlis ringkas menandatangani MoU yang berlangsung di Ibu Pejabat Hayrat Foundation yang terletak di Zeytinburnu, Turkiye itu, USIM telah diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Adnan Mohamed Yusoff, manakala Hayrat Foundation diwakili oleh Said Yavuz, Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Naib Presiden Hayrat Foundation, Turkiye. Selain penubuhan Unit Penyelidikan dan Latihan Az-Zahra’ dan pengembangan aktiviti sebaran dakwah Risalah An-Nur, MoU tersebut turut melibatkan cadangan penawaran program-program dan kelas Risalah an-Nur secara percuma mengikut permintaan, konsultasi kepada staf dan pelajar USIM yang ingin melakukan program mobiliti ke Turki, selain menjadi medium pemudah cara di antara pelajar USIM yang ingin menjalankan semester pendek di Turki dan bagi pelajar Turki yang ingin menyambung pengajian di USIM selain kerjasama dalam kajian penyelidikan atau penerbitan di antara Hayrat Malaysia dan USIM. Sebagai rekod, Hayrat Foundation Turkiye turut mempunyai cawangannya di Malaysia (Hayrat Malaysia) yang telah ditubuhkan sejak September 2012 yang didedikasikan untuk aktiviti bantuan kemanusiaan, perpaduan, budaya, pendidikan dan kesihatan di dalam dan di luar negara. Disediakan oleh: Nor Fadzlina Azahari Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan  

USIM lancar nombor plat khas ‘UN’

NILAI, 12 Jun 2023 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melakar sejarah tersendiri apabila melancarkan siri nombor pendaftaran UN yang dibuka untuk bidaan mulai esok 13 Jun 2023 sehingga 25 Jun hadapan. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Tuan Hanif Yusabra Yusof, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan. Bersempena USIM menyambut ulang tahun yang ke-23 pada bulan ini, pelancaran nombor plat khas ini merupakan kenangan manis buat USIM dan warganya. Naib Canselor Prof Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, pemilikan nombor pendaftaran khas siri USIM “UN” menjadi satu nilai atau simbolik kepada warganya termasuklah para alumni. Dalam konteks ini, beliau menyatakan bahawa terjemahan rasa dekat (sense belonging) dan nilai kepunyaan yang tinggi terhadap USIM ini amat tinggi. “Saya menyeru kepada seluruh warga USIM, para alumni, kakitangan, pelajar, dan orang awam agar merebut peluang ini sebagai tanda sokongan kepada USIM. Hasil yang terkumpul daripada sumbangan dan kutipan nombor pendaftaran khas siri USIM “UN” ini akan dapat dimanfaatkan dalam banyak perkara termasuklah bagi tujuan pemberian biasiswa, mobiliti pelajar, penambahbaikan kualiti penyelidikan dan pembangunan Universiti”, ujarnya lagi. Sementara itu, USIM melalui anak syarikat USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Syarikat Aquatwo yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses pemasaran, penjualan/bidaan, pengurusan kewangan, lantikan ejen pemasaran, promosi dan sistem jualan /bidaan nombor plat khas ini. Bagi sesiapa yang berminat bolehlah melayari laman web www.unplat.com.my bagi mengikuti perkembangan dan bagi melakukan pembidaan nombor pendaftaran UN ini. Turut hadir dalam majlis pelancaran siri nombor pendaftaran khas ini adalah DSP Mat Ghani Lateh, Timbalan [...]

USIM santuni Murid Sekolah Agama Pendidikan Khas

JOHOR BAHRU, 11 Jun 2023- Seramai 19 mahasiswa program Pengajian Qiraat Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Program Khidmat Quran dan Sunnah bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) di Sekolah Agama Pendidikan Khas (SAPK) (Pendengaran) Johor Bahru baru baru ini. Pelbagai pengisian yang dijalankan sepanjang program Khidmat Quran dan Sunnah Bersama OKU ini antaranya pembelajaran Al-Quran seperti kaedah Tahfiz Akhyar,Terapi wudhu’, permainan explorace dan banyak lagi. Selain itu, murid juga berpeluang mendapatkan khidmat bantuan daripada mahasiswa USIM untuk memahami kefahaman serta memperbetulkan ibadah-ibadah yang terdapat di dalam silibus pembelajaran yang juga menjadi rutin harian mereka.    Lebih menarik lagi, program Khidmat ini juga sekaligus telah mewujudkan jalinan pintar di antara pihak sekolah dengan USIM. Selain perkongsian ilmu daripada mahasisiwa USIM kepada murid-murid di SAPK Johor, pihak sekolah juga mendedahkan kepada para mahasiswa tentang rutin pembelajaran khas murid-murid di sekolah tersebut. Menurut Dr. Shah Rizul Izyan Zulkiply, pensyarah bagi subjek Aplikasi Kod Isyarat dalam Pengajaran Quran yang turut mengiringi para peserta bagi menjayakan program ini berkata, matlamat utama program adalah untuk membuka mata dan minda mahasiswa serta pihak berwajib untuk kita sama-sama menyantuni golongan istimewa ini. “Dengan adanya program sebegini, mereka akan rasa lebih dihargai dan dapat merasakan bahawa kehadiran mereka disedari oleh masyarakat sekeliling”. Sementara itu, salah seorang peserta  saudari Norafiqah Tajudin berkata, program ini telah memberi banyak input dan pengalaman serta pendedahan baru untuk merasai sendiri cabaran-cabaran dalam usaha menyampaikan maklumat kepada murid-murid berkeperluan khas pendengaran. “Tanpa kaedah yang sesuai, seseorang itu belum [...]

Pelajar Kolej Genius Insan USIM Peroleh Keputusan Cemerlang SPM 2022

NILAI, 9 Jun 2023 – Seramai 62 murid Kolej Genius Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 baru-baru ini. Keterujaan jelas kelihatan apabila masing-masing memperolehi keputusan yang cemerlang dengan seorang pelajar memperoleh 11A+, 13 orang murid memperoleh keputusan 11A, manakala 13 orang lagi memperoleh keputusan 10A. Ahmad Shauqi Afif Adnan Kameng dari Kolej Genius Insan USIM yang merupakan anak kedua dari enam beradik yang berasal dari Banting, Selangor menjadi antara pelajar yang dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang SPM 2022 yang peroleh 11A+. Mengimbas semula amalan yang dilakukakan sebelum peperiksaan SPM berlangsung, Ahmad Shauqi Afif menyertai kelas tambahan dari pusat tuisyen luar secara dalam talian berikutan penularan pandemik COVID-19, juga sebagai langkah yang selamat untuk mengikuti silibus pembelajaran. Beliau turut mempersiapkan nota kecil sejak dari tingkatan 4 untuk subjek sains seperti Biologi, Fizik, dan Kimia. Baginya dengan menulis dapat menguatkan daya ingatan dan mengukuhkan isi pembelajaran subjek serta memulai dengan menggunakan buku latihan sebagai pengukuhan asas. Setelah dapat menguasai suatu topik, beliau akan mula menyelesaikan permasalahan/silibus yang rumit dan mencabar agar dapat membina pemahaman yang lebih terperinci. Menjelang peperiksaan SPM pula, beliau akan mengulangkaji semula nota lama dan mula membina jadual belajar yang lebih tersusun dan fleksibel, yang mana tidak menganggu waktu rehat atau waktu riadahnya. “Saya bantu dan ajar rakan-rakan yang lain bagi subjek yang saya sudah mahir, lagi banyak saya ajar, lagi banyak saya faham dan saya masih meneruskan latihan kendiri secara konsisten serta doa dan tawakal” ujarnya. Aktif dalam kegiatan kokurikulum dengan [...]

Tawar Program Pesisir antara Inti Pati Kerjasama dengan Universiti Hadhramout, Yemen

NILAI, 8 Jun 2023 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Hadhramout, Yaman. USIM diwakili oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, manakala Universiti Hadhramout diwakili oleh Presiden, Profesor Dr. Mohammed Saeed Khanbash. MoU ini adalah hasil daripada hasil lawatan USIM yang diketuai oleh Naib Canselor ke Kedutaan Yaman pada 10 April tahun ini. Melalui Kerjasama ini, USIM dan Universiti Hadhramout bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang antaranya penerbitan dan geran penyelidikan bersama, program mobiliti pelajar dan pertukaran staf, pelaksanaan kursus bersama secara dalam talian, penyeliaan bersama untuk program Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD), penawaran program Sarjana atau PhD luar pesisir serta penganjuran bersama persidangan, seminar dan simposium. Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapan aluannya berkata, “Melalui MoU ini, kita dapat mempromosikan USIM dan berkongsi kepakaran untuk menarik lebih ramai pelajar dari Yaman belajar di USIM. Setakat ini, USIM mempunyai dua orang pelajar sarjana muda dari Yaman dan 24 pelajar di peringkat Pasca Siswazah”. “Kerjasama ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan memberi impak positif dalam pembangunan sains, pembangunan modal insan dan perkongsian kepakaran dalam Dunia Islam.” Ujar beliau lagi. Disediakan oleh: Nor Fadzlina Azahari Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan  

USIM terbit produk seni berbudaya, kongsi manfaat kepada masyarakat

KUALA LUMPUR, 3 Jun 2023– Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Kebudayaan sekali lagi mengangkat produk seni budaya sebagai ejen mendidik masyarakat dengan menerbitkan tiga buah produk iaitu buku bertajuk ‘Foto Jurnal: Kolo Pilah Di Sini Hati Den Terpaut’, buku kit Mahir Khat dan Jawi dan album ‘USIM Taranum 5 Juara. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti YB Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff di Pusat Dagangan Dunia (WTC) bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung ketika ini. Penghasilan produk ini merupakan hasil kerja kreatif mahasiswa, alumni dan warga USIM yang bertujuan untuk mengangkat seni budaya Islam dan meluaskan capaian jaringan produk seni yang memenuhi kepatuhan syariah untuk memberi manfaat kepada masyarakat. Menurut Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed berkata “penghasilan produk Seni Berbudaya merupakan sumbangan USIM kepada masyarakat untuk memperlihatkan bahawa seni budaya Islam mampu diterjemahkan melalui hasil karya yang memberi manfaat kepada masyarakat. Ini juga bertepatan dengan saranan bagi mengukuhkan keterlihatan USIM di mata masyarakat di luar sana". "Pada tahun ini, Pusat Kebudayaan USIM sekali lagi menjalinkan usahasama penerbitan bersama Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) menerusi penerbitan buku ‘Foto Jurnal: Kolo Pilah Di Sini Hati Den Terpaut’", ujarnya lagi. Secara ringkasnya, Buku ‘Foto Jurnal: Kolo Pilah di Sini Hati Den Terpaut’ merakamkan keindahan dan kekayaan khazanah Kuala Pilah melalui koleksi foto sebagai fokus utama yang dijalinkan dengan naratif teks yang menyentuh emosi. Mengandungi 16 tajuk dan [...]

Mei 2023

USIM anjur Jamuan Pasca Raya Aidilfitri, Hargai Staf Bertugas Satu Syawal

NILAI, 30 Mei 2023 - Sudah menjadi kebiasaan bagi sesebuah organisasi untuk meraikan dan mengeratkan silaturahim antara majikan, staf dan pemegang taruh bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri yang merupakan perayaan utama di negara ini. Walaupun Syawal telah berlalu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diterajui oleh Badan Kebajikan Kakitangan USIM (BKKUSIM) dengan kerjasama persatuan kakitangan, fakulti dan pelbagai jabatan tidak ketinggalan menganjurkan Majlis Jamuan Pasca Raya Aidilfitri untuk warganya bersama komuniti setempat dan rakan-rakan strategik universiti. Lebih bermakna, majlis yang diadakan Bertempat di Dewan Tuanku Canselor dengan kehadiran 1500 tetamu itu turut diserikan dengan kehadiran Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, Tuanku Canselor USIM yang berkenaan  mencemar duli ke majlis jamuan. Lebih 30 gerai dari pelbagai fakulti dan jabatan terlibat dalam menyajikan pelbagai menu makanan tradisional dan minuman dan antara menu yang tarikan utama semestinya sate, ayam dan kambing golek disamping pelbagai menu lain. Majlis turut memberi penghargaan dan meraikan 45 orang kakitangan yang bertugas pada 1 dan 2 Syawal dengan penyampaian sumbangan khas disampaikan oleh Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani. Turut diadakan penyerahan zakat perniagaan Koperasi Kakitangan USIM Berhad bagi tahun kewangan berakhir pada Disember 2021 dan 2022 kepada universiti dengan jumlah sebanyak RM10,000. Hadir memeriahkan majlis Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti YB Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Prof. Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim, [...]

USIM Tuan Rumah Minggu Sains Negara 2023 Peringkat Negeri Sembilan

NILAI 27 Mei 2023 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) komited dalam usaha mempromosikan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) dengan menganjurkan Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2023 Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bermula 26 sehingga 27 Mei 2023. Dengan tema “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi” karnival yang berlangsung selama dua hari ini dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang, Minggu Sains Negara mensasarkan kehadiran pengunjung seramai 2,000 orang yang terdiri dari pelbagai pemegang taruh seperti pelajar sekolah, belia kolej dan institusi pengajian tinggi, para guru, pemain industri serta orang awam di daerah Negeri Sembilan dan kawasan sekitarnya. YB Chang Lih Kang dalam ucapannya berkata bahawa, pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) tidak terhad kepada pendidikan secara formal di dalam kelas atau bilik darjah sahaja. Oleh itu, aktiviti-aktiviti yang disediakan akan menggunapakai kaedah hands-on dan secara langsung daripada pengamal serta pakar STI. Melalui kaedah ini, pembelajaran berteraskan STI ini dapat disampaikan secara interaktif khususnya berkaitan pengaplikasian teknologi dalam kehidupan seharian. Objektif utama penganjuran karnival ini adalah bagi merealisasikan manifestasi komitmen kerajaan negeri dalam membudayakan STI dalam kalangan masyarakat setempat. Ia juga memberi peluang kepada penggerak dan pengamal STI tempatan untuk mengetengahkan teknologi dan inovasi masing-masing untuk menarik minat khususnya golongan belia dalam bidang teknologi. Pelbagai aktiviti dan program yang disediakan untuk para pengunjung antaranya adalah pameran reruai, STEM Workshop, Mini [...]

Tauliah Agama Wajar Diperkasa dengan Strategi

Semasa penulis memohon untuk mendapatkan tauliah mengajar agama di sebuah negeri di semenanjung, penulis sudah pun bergelar pensyarah di salah sebuah Universiti. Tujuan utama penulis memohon tauliah mengajar adalah untuk mengajar Al-Quran khususnya kepada lebih ramai masyarakat setempat. Selain itu, penulis sangat memaklumi bahawa setiap negeri menetapkan bahawa mana-mana asatizah yang ingin menyampaikan ilmu kepada orang awam mesti memperolehi tauliah yang sah dari Jabatan Agama atau Majlis Agama Negeri. Sesiapa pun yang sudah memiliki ijazah sarjana muda, ijazah sarjana atau ijazah doktor falsafah yang diiktiraf oleh senat universiti perlu akur akan peraturan menyampaikan kuliah agama. Ya, terfikir juga akan penat lelah menuntut ilmu di Universiti Al-Azhar dan universiti tempatan seolah tidak dipandang. Tiket besar untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat awam di Malaysia ialah tauliah. Tiada tauliah, tiada guna kepakaran dan sijil-sijil. Isu tauliah tidak boleh dipandang sebelah mata kerana ia melibatkan maruah asatizah dan badan berautoriti yang memberi tauliah apatah lagi melibatkan jawatankuasa yang mewakili pentadbiran agama negeri seperti mufti. Kategori tauliah agama di kebanyakan negeri adalah hampir sama iaitu tauliah mengajar al-Quran, tauliah mengajar Fardu Ain, tauliah berceramah dan tauliah khas seperti motivasi, pengurusan jenazah, haji dan umrah. Walau bagaimanapun ada ketikanya ceramah agama tetap dibenarkan bagi individu yang tidak mempunyai tauliah dengan syarat-syarat tertentu seperti permohonan awal satu atau dua minggu dari tarikh program. Dapat dilihat bahawa sebenarnya tidak sesukar mana untuk memperolehi tauliah ini kerana penulis yakin bahawa jawatankuasa tauliah lebih memahami kaedah al-‘Uruf wal ‘Adah lebih-lebih lagi barisan masyaikh kibar dalam [...]

Go to Top