Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Januari 2023

USIM-CAKNE jalin bekerjasama dalam bidang kesihatan mental dan halatuju bekas pesakit kanser kanak-kanak

NILAI, 12 Januari 2023- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (CAKNE) memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bertempat di Galeri Canselori USIM hari ini. Tujuan utama memorandum ini adalah bagi bekerjasama untuk menganjurkan acara besar kayuhan amal, CAKNE Gold Ribbon Ride 2023: Jelajah Semenanjung (CGRR23) yang merupakan program ‘signature’ bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu berkaitan kanser disamping mensasarkan kutipan dana bagi membiayai pelbagai perkhidmatan untuk membantu pesakit kanser kanak kanak dan keluarga. Selain itu, apa yang penting adalah, kerjasama ini turut berfokus kepada kajian dan penerbitan dalam bidang kesihatan mental serta mengenalpasti halatuju bekas pesakit khususnya yang menjadi OKU akibat kanser. Naib Canselor USIM, Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapan aluannya berkata, USIM dan CAKNE akan mengorak langkah untuk membantu dan menyokong antara satu sama lain dalam bidang-bidang yang memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak termasuklah dengan meneruskan program Larian Amal, pembangunan komunikasi strategik dan media baharu serta pembangunan portal pembiayaan kos rawatan kanser kanak-kanak. Sementara itu, Tn. Hj. Mohd Shah Awaluddin, Pengarah Eksekutif CAKNE berkata, meskipun rawatan-rawatan berkaitan kanser kanak-kanak telah dilaksanakan di hospital dalam negara untuk tempoh yang agak lama, namun begitu, data-data serta dapatan berkaitan kes yang ada agak sukar dikumpulkan dan dengan adanya kerjasama kajian dan penerbitan ilmiah antara USIM dan CAKNE dapat membantu CAKNE dalam mengenalpasti perancangan dan halatuju pesakit kanser. Beliau turut menambah, kos yang ditanggung oleh keluarga pesakit juga agak tinggi. Oleh kerana itu, dengan adanya portal pembiayaan rawatan yang bakal dibangunkan [...]

USIM anjur Karnival Kerjaya buat Penghuni Penjara

KAJANG, 11 Januari 2023 – Dalam usaha meningkatkan motivasi tentang peluang pekerjaan kepada penghuni-penghuni penjara, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia menganjurkan Karnival Kerjaya yang disertai oleh 50 orang penghuni yang sedang menjalani Rawatan Pemulihan Dadah di Penjara Kajang semalam. Program yang diterajui oleh Asian Centre for Research on Drug Abuse (ACREDA) Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) USIM ini merupakan salah satu latihan lapangan bagi peserta kursus Certified Abuse Treatment Practitioner (CSATP) Kohort Pertama yang disertai oleh 30 Pegawai-Pegawai Penjara seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Prof. Madya Dr. Amin Al Haadi Shafie yang juga Pensyarah FKP selaku Ketua Projek CSATP berkata, kursus ini telah dijalankan selama tiga bulan bermula Oktober 2022 sehingga Januari 2023 bagi memberi pendedahan berkaitan kaunseling kerjaya kepada pegawai-pegawai penjara untuk membantu penghuni-penghuni penjara agar mempersiapkan diri dengan persediaan mental dan fizikal dalam dunia pekerjaan selepas dibebaskan kelak. “Kami sasarkan seramai 100 orang peserta yang akan megikuti kursus ini. Kohort kedua akan bermula pada Mac dan April 2023 sehinggalah penyertaan kohort berikutnya. Tenaga pengajar kursus ini terdiri daripada para penyelidik ACREDA, pensyarah daripada program komunikasi, akidah dan dakwah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan serta Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan”. Pelbagai pengisian dijalankan sepanjang karnival ini antaranya Bengkel Penulisan Resume, Bengkel Instrumen Kerjaya dan Bengkel Pengurusan Diri. Beberapa syarikat dan agensi yang hadir adalah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Auto Global Part Sdn Bhd, Second Life Human Resource dan Juwara Resources & Trading Sdn Bhd. Sementara itu, Dato’ Haji Nordin Haji Muhamad, Komisioner Jeneral [...]

Kaedah pelupusan kandungan ayat Al-Quran perlu mengikut garis panduan

Penemuan longgokan bahan hiasan mengandungi ayat suci al-Quran terbuang di Kawasan pelupusan sampah haram seperti yang dilaporkan oleh pihak media baru-baru ini bukanlah kejadian pertama dilaporkan berlaku. Kejadian seperti ini berlaku lantaran sikap ambil mudah pihak tidak bertanggungjawab bagi melepaskan diri dari terbeban dengan bahan-bahan berkenaan yang tidak mahu digunakan lagi sama ada di rumah, stor atau premis atas berbagai faktor seperti rosak, susut nilai, susun atur baharu melibatkan tempat penyimpanan dan sebagainya. Ditambah pula dengan kekurangan ilmu pengetahuan pihak-pihak terlibat, serta nipisnya nilai sensitiviti terhadap hukum dan adab beragama maka berlakulah pembuangan atau pelupusan bahan-bahan ini seperti bahan-bahan terbuang lain. Persoalan ini telah menggamit perbahasan para ulama sejak sekian lama. Justeru, berbagai rujukan dan sumber merakamkan pandangan, fatwa serta panduan, diberikan mengenai tata cara pelupusan mushaf, buku atau bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran. Dalam konteks Malaysia, fatwa mengenai tata cara pelupusan ini telah dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sejak tahun 1992 lagi. Keputusan ini kemudiannya disusuli oleh kebanyakan institusi fatwa negeri yang telah menerima fatwa ini dengan sedikit penyesuaian dan penyelarasan bagi memudahkan pelaksanaannya mengikut situasi serta kondisi negeri masing-masing. Lebih dari itu, kesalahan mengurus dan mengelola bahan-bahan yang mengandungi ayat suci al-Quran al-Karim dengan tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan selaras dengan fatwa ini dikira sebagai satu kesalahan jenayah di bawah Akta Percetakan Teks Al-Quran dan Enakmen Jenayah Syariah Negeri seperti di Negeri Sembilan. Dengan kata lain, pihak yang tidak mematuhi fatwa serta garis panduan yang ditetapkan telah menyalahi akta dan [...]

45 barisan Ahli MPP baharu USIM terima watikah

NILAI, 6 Januari 2023 - Mahasiswa merupakan agen perubahan masyarakat yang mampu mempengaruhi suara dan buah fikiran serta memberikan impak dalam agenda pembangunan sesebuah negara. Penting bagi sebuah universiti untuk memperkasakan mahasiswanya dengan barisan kepimpinan yang mewakili suara mahasiswa dan seterusnya bertindak sebagai ‘orang tengah’ yang dapat memainkan peranan penting dalam membantu Pengurusan Universiti untuk mencapai visi dan misinya. Justeru, bertempat di Dewan Senat, penyampaian watikah kepada 45 orang ahli Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) baharu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi Sesi 2022/2023 disempurnakan oleh Naib Canselor Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani. Lafaz Ikrar telah disampaikan oleh Yang Dipertua MPP baharu iaitu saudara Shamsul Aiman Mua’mar Shamsul Bahrin. Dalam ucapan Naib Canselor, beliau mengharapkan agar barisan MPP yang baharu ini menjadi wadah kepada semua Pusat Tanggungjawab USIM dengan menjaga hubungan baik bersama pihak pengurusan universiti serta mengharmonikan hubungan diantara pelajar dan pihak pengurusan. Tambah beliau lagi, barisan MPP harus berganding bahu bersama pengurusan universiti dalam menterjemahkan 4 agenda utama yang sedang giat dilaksanakan iaitu usaha untuk memastikan USIM mempunyai daya keterlihatan yang tinggi (visibility@USIM), mewujudkan aliran kewangan yang mampan (financial sustainability@USIM), melahirkan warga kampus yang prihatin (care@USIM) serta menjadikan USIM sebagai sebuah Universiti Awam yang cakna terhadap komuniti (community@USIM). Sementara itu, Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dalam ucapan aluannya menyeru barisan MPP untuk melihat dan sama-sama menggembleng tenaga dalam mencapai 5 Misi HEPA bagi tahun 2023 iaitu, Penyerlahan Personaliti Unggul Mahasiswa, Pemerkasaan Tabung Kebajikan dan Pembiayaan Pelajar, Memperkasakan Persatuan [...]

KPI tahun 2023 perlu realistik dan dirangka mengikut usia pekerja

Tahun baru 2023 sudah pun bermula. Semua tempat kerja sama ada di sektor awam ataupun di sektor swasta kini sedang sibuk merangka sasaran kerja untuk dipenuhi sepanjang tahun 2023 ini. Dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ditambah lagi dengan keadaan inflasi serta penularan virus Covid-19 yang masih berlaku pada ketika ini, sasaran kerja yang hendak dirangka kelak perlu mengambil kira faktor keadaan sekeliling yang berlaku pada masa kini. Terdapat pelbagai kaedah yang digunapakai oleh pihak majikan untuk merangka sasaran kerja ditempat kerja mereka. Antara kaedah yang selalu digunakan adalah melalui Petunjuk Prestasi Utama atau lebih dikenali sebagai Key Performance Indicator (KPI). Petunjuk Prestasi Utama atau lebih dikenali sebagai Key Performance Indicator (KPI) adalah satu kaedah pengukuran yang mudah, berkesan dan dapat membantu pihak majikan dan sesebuah organisasi menilai tahap kemajuan pekerjaan dan perkhidmatan yang ingin disampaikan ditempat kerja. Pengunaan KPI adalah penting pada masa kini. Banyak organisasi baik di sektor awam mahupun di sektor swasta dalam negara kita sudah pun mula mengamalkan pengunaan KPI berkenaan dalam merangka perjalanan rancangan, aktiviti serta program yang ingin dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Secara umumnya penggunaan KPI dalam pengukuran prestasi sesebuah organisasi dapat difokuskan kepada tiga perkara utama iaitu menjelaskan hala tuju sesebuah organisasi, memberi tumpuan terhadap bidang – bidang utama serta menilai tahap prestasi yang telah disasarkan. Proses penambahbaikan juga dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan dengan adanya KPI ini. Walaupun penggunaan KPI dilihat dapat membantu perjalanan sesebuah organisasi dalam merangka segala bentuk aktiviti dan [...]

Pakar Perubatan Keluarga, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Dan Inovasi Baharu USIM

NILAI, 3 Januari 2023 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerima Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) baharu, Prof. Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi berkuatkuasa tiga tahun bermula 3 Januari 2023 sehingga 2 Januari 2026. Anak jati kelahiran Negeri Sembilan ini merupakan lulusan Doktor Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan kini merupakan Profesor dalam bidang Perubatan Keluarga di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM sejak 2013. Beliau pernah berkhidmat di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (1994-2004) dan Universiti Malaysia Sabah (2005-2013). Prof. Dato’ Dr. Muhammad Tauffik banyak berjasa dalam membangunkan kurikulum pra-siswazah program perubatan USIM yang berpaksikan kepada integrasi ilmu Naqli dan Aqli, program pasca-siswazah dalam bidang perubatan keluarga, penyelidikan dalam bidang Perubatan Keluarga, Penjagaan Paliatif dan Kesihatan Lelaki. Berdasarkan pengalaman luas dalam pembentukan kurikulum akademik, beliau telah dilantik menjadi ahli Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dari tahun 2011-2013, juga sebagai panel penilai program perubatan oleh MQA dan MMC di IPTA dan IPTS seluruh Malaysia, selain telah diminta oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ketika itu  untuk menilai program perubatan di Tunisia dan Morocco. Sebagai Profesor Perubatan yang mempunyai pengalaman akademik dan klinikal di Sabah selama 8 tahun, Prof. Dato’ Dr. Muhammad Tauffik telah dilantik sebagai wakil Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa sejak tahun 2008 termasuklah sebagai wakil Rural Health Action Party, World Family Doctor (WONCA) dan telah menyumbang kepada penulisan bertajuk “Rural Health Education in Malaysia” dalam buku ‘Rural Health Education Guide Book’. Beliau pernah menjawat jawatan Pengarah Pusat Pakar Kesihatan USIM pada tahun [...]

Supporting the Asnaf Community In Sabah

SEMPORNA, 4th January 2023 - Responding to the university's agenda to empower USIM@community and USIM@Rakan Borneo, the Universiti Sains Islamic Malaysia (USIM) Professor Team together with students from the Faculty of Leadership and Management and the Faculty of Dentistry carried out a humanitarian mission in Sibangkat Island, Semporna, Sabah starting on 29 December 2022 until January 2, 2023. This program is also carried out in collaboration with the Semporna Prihatin Organization, the Taqwa Foundation, the Alumni and Career Center, and the USIM Endowment and Zakat Center. Professor Dato’ Dr. Zulkiple Abdul Ghani, who led the delegation said that, it is the responsibility of the educators, as well as students and alumni to join in community engagement and knowledge transfer. He further explained that USIM sees the potential of alumni as the front line in helping the community. Through the concept of economic preaching, USIM alumni who have been successful in various economic and business sectors can also contribute and bring benefits to society by helping in the provision of basic education, especially for communities in rural areas. “Among the efforts to nurture the Asnaf community carried out by USIM alumni in Sabah is training teachers to teach Asnaf children in the islands around Sabah. As a result, they have started to know letters, basic count, read Iqra and memorize prayer readings”, he said. Specialist dentists from the Faculty of Dentistry that participated in this mission also did not miss the opportunity to provide free dental treatment services to the residents [...]

Disember 2022

USIM Juara Keseluruhan FEStKUM 2022

NILAI, 24 Disember 2022 - Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (FEStKUM) 2022 menyaksikan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dinobatkan sebagai johan keseluruhan dengan mengungguli Johan pertandingan lagu melayu asli, Naib Johan sayembara deklamasi puisi, Tempat Ketiga rentak bitara dan memperoleh tiga anugerah lain iaitu Vokal Terbaik bagi pertandingan lagu melayu asli, Persembahan Terbaik dan Instrumentasi Terbaik bagi pertandingan rentak bitara. FEStKUM anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melibatkan 14 penyertaan daripada universiti awam iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia. Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed berkata, “penyertaan USIM ke FEStKUM pada tahun ini adalah tanggungjawab dan kebersamaan kita dalam sekretariat MAKUM. Rata-rata semangat yang ditonjolkan semua mahasiswa memperlihatkan bahawa mereka memerlukan satu bentuk program untuk menguji bakat dan skil yang dimiliki. Saya percaya penganjuran FEStKUM pada kali ini dapat menyuntik keinginan luar biasa dalam diri mereka untuk meningkatkan ilmu dalam aspek persembahan seni.” “FEStKUM pada kali ini mempertaruhkan empat acara yang dipertandingkan iaitu nyanyian solo lagu melayu asli dan sayembara deklamasi puisi bagi kategori perseorangan, manakala rentak bitara (muzik moden) dan nasyid bagi kategori berkumpulan. Kontinjen USIM diwakili oleh 22 orang delegasi dengan diiringi lima pegawai penyelaras”. Ujarnya lagi, pada tahun 2010 USIM pernah dinobatkan sebagai Tempat Kedua Keseluruhan bagi semua acara FEStKUM [...]

Dua Profesor terbilang USIM dianugerah gelaran Profesor Amerita

NILAI, 14 Disember 2022 - Dua Profesor terbilang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dianugerahkan gelaran Profesor Amerita sempena Majlis Konvokesyen ke-20 USIM baru-baru ini. Mereka adalah Profesor Dr. Hayati Abd Rahman kini merupakan Felo Akademik di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), manakala Profesor Dato` Dr. Roshada Hashim kini merupakan Karyawan Tamu di Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Profesor Dr. Hayati Abd Rahman mempunyai minat mendalam dalam bidang berkaitan bayi dan plasenta. Dengan Biasiswa Balabriga dari Switzerland, beliau telah menyertai program sangkutan dalam bidang patologi plasenta dan perinatal di Queen Victoria Women and Children Hospital, Adelaide, South Australia. Sebagai pakar patologi perinatal yang pertama dan satu-satunya di Malaysia, perjalanan beliau sangat mencabar dan pada tahun 2004 beliau telah menubuhkan unit perinatal pertama di dalam negara yang menjadi pusat rujukan bagi Malaysia, Brunei dan Indonesia. Beliau telah berkhidmat sebagai pakar perunding patologi perinatal di banyak hospital termasuk Hospital Selayang, Serdang dan Gleneagles serta di UPM dan UKM. Di USIM, beliau pernah dilantik sebagai penyelaras perubatan forensik dan sehingga kini kekal sebagai profesor patologi tersohor. Merupakan seorang penyelidik yang aktif dengan penerbitan dan penyeliaan peringkat doktor falsafah dan sarjana selain cemerlang dalam bidang pengurusan dan sebagai ahli akademik. Sejak 2011 di USIM, bersama dengan penyelidik lain beliau telah memperolehi 15 geran penyelidikan (52 geran termasuk ketika di dalam perkhidmatan sebelumnya) daripada Kementerian Pengajian Tinggi bernilai RM1.4 juta (RM3 juta termasuk ketika di dalam perkhidmatan sebelumnya). Kesemua penyelidikan beliau tamat dengan jayanya dan mempunyai hasil penerbitan, prototaip, pelajar yang bergraduat dan beberapa anugerah [...]

Majlis Konvokesyen USIM ke-20 rai 2,955 graduan

NILAI,  13 Disember 2022 - Seramai 2,955 graduan diraikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kali ke-20 yang diadakan pada 13 hingga 15 Disember 2022. Bertemakan “Graduan Cemerlang, USIM Disayangi” sudah pastinya melakarkan detik sejarah kepada para graduan yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya di semua peringkat pengajian. Pada majlis ini, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor USIM, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud telah berangkat mencemar duli bagi mengisytiharkan majlis konvokesyen tersebut dan seterusnya berkenan untuk menganugerahkan ijazah kepada para graduan. Pada Majlis Konvokesyen kali ini turut menyaksikan pengurniaan Ijazah Kehormat, pengurniaan gelaran Profesor Emerita dan penganugerahan anugerah kecemerlangan akademik. Ijazah Kehormat (Doktor Falsafah) Alam Bina telah dianugerahkan kepada YBhg. Dato’ Ar. Haji Hajeedar Haji Abdul Majid, manakala bagi Ijazah Kehormat (Sarjana) Pengajian Quran dan Sunnah dianugerahkan kepada Tuan Haji Jalaluddin Haji Hassanuddin. Turut menerima penganugerahan adalah dua tokoh akademik USIM, iaitu Profesor Dr. Hayati Abd Rahman, Felo Akademik dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan YBhg. Profesor Dato’ Dr. Roshada Hashim, Karyawan Tamu Fakulti Sains dan Teknologi bagi penganugerahan yang membawa gelaran Profesor Emerita. Majlis yang berlangsung selama tiga hari yang melibatkan enam sidang ini turut menyaksikan pengurniaan Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) kepada Anis Syahira Suhaimi, graduan dari Fakulti Sains dan Teknologi, pengkhususan dalam bidang Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat), serta Syed Firdaus Iqmal Syed Zahir, graduan dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat, pengkhususan dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam di peringkat Sarjana Muda. Bagi [...]

Go to Top