Disember 2024
Prof. Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin: Melakar Kerangka Baharu Perhubungan Media di Malaysia
NILAI – Bagi mempamerkan kesarjanaan dan mengukuhkan reputasi akademik dalam kepakaran bidang profesor yang disandang oleh Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Prof. Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Majlis Syarahan Perdana Profesor bertajuk Kerangka Baharu Perhubungan Media di Malaysia yang diadakan di Dewan Kuliah Fakulti 1.2, FKP pada 11 Disember 2024 dengan kehadiran 150 orang dalam kalangan warga USIM dan pelbagai agensi luar dalam bidang Komunikasi. Prof. Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin dilahirkan di Teluk Intan, Perak pada 29 April 1965. Beliau melanjutkan pengajiannya ke peringkat Sarjana Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Sastera (Komunikasi) pada tahun 1990 dan memasuki alam pekerjaan sebagai Pegawai Perhubungan Awam di UKM sejurus menamatkan pengajian. Dalam kesibukan bertugas, beliau bertekad melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana di universiti yang sama dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana pada tahun 1999. Pada tahun 2001 beliau menamatkan perkhidmatan di UKM kerana ditawarkan sebagai pensyarah di Universiti Malaya (UM). Berkhidmat sebagai pensyarah telah membuka peluang beliau untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) di UM dan dianugerahkan PhD pada tahun 2010. Sepanjang berkhidmat sebagai pensyarah, Profesor Dr Mohd Yahya memberi tumpuan kepada tugas hakiki dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan di samping berkongsi ilmu dengan pihak industri. Beliau telah berkhidmat selama 10 tahun di UM dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, dan Pensyarah Kanan. Mohd Yahya meneruskan kerjaya ahli akademik dalam Program Komunikasi, di FKP USIM pada 1 Disember 2011 dengan jawatan [...]
Dua permata FEM USIM: Abdul Muiz dan Marfuuah bersinar di arena profesional
NILAI - Menjadi graduan pertama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menerima Sijil Profesional Setiausaha dan Tadbir Urus Korporat daripada Institut Setiausaha Bertauliah dan Pentadbir Malaysia (MAICSA) merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan bagi Abdul Muiz Abdul Wahab, 22. Beliau merupakan salah seorang daripada 382 graduan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) yang diraikan semalam bukan sahaja menggenggam segulung ijazah akan tetapi turut menerima pengiktirafan dan tauliah rasmi sebagai salah seorang badan pengamal. Abdul Muiz yang berasal dari Kuala Lumpur ini telah berjaya membuktikan bahawa pelajar Ijazah Sarjana Muda mampu lulus dengan cemerlang dalam Peperiksaan dan Penilaian Profesional yang dikendalikan oleh Institut Tadbir Urus Bertauliah Malaysia (CGI MALAYSIA). Kini beliau sedang bekerja sebagai setiausaha korporat Syarikat Petronas di Kuala Lumpur. Sementara itu, Marfuuah Mohd Hassan, 23, salah seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian juga dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) turut mengharumkan nama USIM ketika beliau menerima MIA National Accounting Student Excellence Award (NASEA) 2023 pada 12 Jun 2024. Pengiktirafan ini diberikan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sempena Malaysian Institute of Accountants International Conference (MIAC) 2024. Anugerah tersebut mengiktiraf pelajar perakaunan terbaik di peringkat kebangsaan, membuktikan kemampuan Marfuuah dalam bidang yang diceburinya. Gadis kelahiran Manir, Kuala Terengganu, Terengganu ini sedang melanjutkan pengajian dalam program ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) di bawah tajaan MyPAC-Bank Islam. “Saya berharap dapat mendalami bidang perakaunan dengan lebih mendalam dan mengaplikasikan ilmu ini dalam industri. Selain itu, saya juga ingin menjadi motivasi kepada ahli keluarga dan rakan-rakan untuk terus menuntut ilmu dan memanfaatkan pengetahuan [...]
Inspirasi: Dua wanita india genggam Ijazah di USIM walau hadapi cabaran hidup
NILAI – Perjalanan hidup sering kali membawa kita ke destinasi luar biasa. Dua graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk mengejar impian, menjadi inspirasi kepada semua. Sivakameni A/P Indran, 42, seorang pensyarah IT dengan pengalaman 15 tahun di SEGi College Subang Jaya, berjaya menamatkan pengajian Sarjana Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) dengan Anugerah Kelas Pertama di Majlis Konvokesyen ke-22 USIM baru-baru ini. Memilih USIM kerana program yang relevan dan yuran berpatutan, beliau menghadapi cabaran Bahasa Arab tetapi mengatasinya dengan sokongan pensyarah berdedikasi. “Mahasiswa dan pensyarah USIM sangat mesra walaupun berlainan kaum. Pengalaman ini amat berharga bagi saya,” katanya, sambil berkongsi impian untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD pada 2025. Navaneswary A/P TamilSelvan, 38, pula ialah ibu kepada dua anak yang meninggalkan kerjaya sebagai tutor farmasi selama tujuh tahun untuk mengejar impian dalam bidang psikologi. Kini, beliau berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Kaunseling (Kaunseling Keluarga) dan bercita-cita menjadi kaunselor keluarga yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat. “Saya ingin membantu keluarga membina hubungan yang lebih baik. Sebagai seorang ibu, saya memahami peranan penting ini,” ujar Navaneswary, yang mendapat sokongan penuh daripada suaminya untuk menyeimbangkan tanggungjawab keluarga dan pembelajaran. Sebagai anak sulung dalam keluarga, Navaneswary berbangga menjadi individu pertama yang menamatkan pengajian di peringkat sarjana. Kisah mereka menjadi bukti bahawa tekad dan dedikasi mampu mengatasi segala rintangan. Sivakameni dan Navaneswary telah menunjukkan bahawa kejayaan adalah milik mereka yang berani bermimpi dan tidak putus asa. Oleh: Siti Nurafiqah Azwan
20 tahun pengalaman dalam bidang guaman, kini raih Diploma Guaman Syarie
NILAI - Dengan tekad dan keazaman yang tinggi untuk membantu masyarakat menangani Permasalahan Syarie, Muzaffar Fariduddin, 50, Graduan Fakulti Syariah dan Undang-undang berjaya menggenggam segulung ijazah melalui Program Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DIIJAP) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Muzaffar, merupakan seorang peguambela dan peguamcara yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang undang-undang sivil tampak gembira dengan penganugerahan sijil Diploma yang diterimanya pada hari ini. Bagi dirinya, beliau telah berjaya memenuhi keinginan untuk beramal sebagai seorang peguam Syarie dan dapat membantu menyelesaikan masalah masyarakat. Ditanya mengenai sebab beliau memilih USIM untuk menyambung pengajian, beliau berkata tertarik dengan konsep integrasi ilmu Naqli dan Aqli. Menurutnya, “USIM menyediakan kursus yang kompetitif dari segi kewangan dan masa serta kualiti pembelajaran yang lebih menarik perhatian saya untuk menyambung pelajaran di sini”. “Para pensyarah di sini juga turut memberikan sokongan dan dorongan kepada saya dan ini terus memberikan saya inspirasi dan semangat untuk belajar tentang kehakiman Syarie ini secara mendalam,” tambahnya yang kini mempunyai Firma guaman miliknya sendiri, Muzzafar&Co. di Seremban 2, Negeri Sembilan Bagi Muzaffar, penganugerahan sijil Diploma ini bukanlah untuk dirinya semata-mata. Beliau menyatakan hasratnya untuk membantu masyarakat dalam permasalahan undang-undang khususnya berkaitan dengan permasalahan dari sudut pandang Syarie. “Saya membuat keputusan untuk mengambil Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DIIJAP) kerana sebelum ini saya tidak dapat membantu pelanggan saya jika mereka mempunyai masalah berkaitan hukum syarie, jadi apabila saya tidak dapat membantu mereka, saya berasa sedikit terkilan.” katanya pada sesi temubual pagi ini. Oleh: Ihsan Hakim Zefendy, Aina [...]
Mengimbangi dua dunia: Graduan USIM bukti kehebatan hafalan dan kejuruteraan
NILAI – Minat mendalam terhadap bidang kejuruteraan sejak kecil telah mendorong Firdaus Zaid, 23, mencapai kejayaan membanggakan apabila berjaya menggenggam ijazah dalam Kejuruteraan Elektronik pada Sidang Kedua di Majlis Konvokesyen Ke-22 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini. Firdaus, anak kelima daripada tujuh beradik dari Dungun, Terengganu, turut mempunyai latar belakang istimewa sebagai seorang hafiz Al-Quran. Beliau memulakan hafalan sejak Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun dan menamatkan hafalan 30 juzuk dalam masa empat tahun. Mengenang pengalaman belajar semasa pandemik COVID-19 pada Oktober 2020, Firdaus mengakui bahawa cabaran pembelajaran dalam talian menjadi halangan besar. “Ketika itu, saya rasa agak sukar memahami pelajaran secara dalam talian kerana tiada interaksi secara langsung dengan pensyarah,” katanya. Namun, beliau bersyukur kerana menjadi antara pelajar terawal dibenarkan kembali ke kampus selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan untuk pelajar dengan keperluan khas. Selain cemerlang dalam akademik, Firdaus juga aktif dalam bidang sukan. Baru-baru ini, beliau mewakili USIM dalam Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2024 bagi acara bola tampar berkumpulan. Apabila ditanya bagaimana beliau membahagikan masa antara pengajian dan hafalan Al-Quran, Firdaus berkata beliau sentiasa memastikan waktu khusus setiap hari untuk mengulangkaji hafalan. “Biasanya saya tetapkan masa selepas solat Subuh dan Maghrib untuk membaca atau mengulang hafalan, dan yang penting, saya lakukan setiap hari tanpa gagal,” jelasnya. Mengakhiri temu bual, Firdaus menitipkan nasihat yang menjadi pegangan hidupnya, “Jaga hubungan dengan Allah. Apabila kita kembali kepada Tuhan, segala ujian akan terasa ringan dan hati kita akan tenang,” katanya yang bercita-cita menjadi pensyarah dalam bidang kejuruteraan. [...]
Dua sahabat hafiz quran kongsi kisah dakwah di Jepun, genggam ijazah di USIM
NILAI - Pengalaman menjadi imam solat tarawih ketika bulan ramadan di Jepun merupakan salah satu kenangan manis yang mahal nilainya buat dua rakan karib, Wan Ahmad Mujahid Wan Fajrulhisyam, 23, dan Nik Ahmad Nik Aziz, 25 yang berjaya mengenggam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sempena Majlis Konvokesyen ke-22. Wan Ahmad Mujahid berkata beliau tidak menyangka rezeki dia dan sahabatnya dipilih oleh pensyarah yang mengajar mereka subjek berkaitan Al-Quran untuk mewakili universiti menjalani latihan industri di Japan Da’wah Centre (JDC) dan Osaka Islamic Centre (OIC) selama sebulan sepuluh hari. Antara kisah yang menarik perhatian Wan Ahmad Mujahid ketika beliau merasai pengalaman tinggal bersama keluarga angkat di Jepun ialah sikap berjimat-cermat yang diamalkan dalam kehidupan mereka. “Antara nilai baik agama Islam telah ajar kita yang saya dapati wujud dalam keluarga mereka adalah sikap tidak membazir sehinggakan sekecil-kecil perkara seperti mainan anak-anak kecil mereka yang menggunakan bateri akan dicabut jika tidak digunakan atau selesai menggunakannya”. Sementara itu, Nik Ahmad pula turut menceritakan perasaan terujanya untuk menyampaikan mesej dakwah Islam kepada komuniti masyarakat Islam di sana. Beliau berkata masyarakat di sana rata-rata mempunyai pemikiran yang intelektual dan rasa ingin tahu yang kuat terhadap perkara baharu sekali gus memudahkan lagi urusannya untuk berkongsi tentang dakwah. “Ketika saya agihkan risalah berkaitan Islam, mereka tertarik untuk bertanya lebih lanjut mengenai agama Islam dan apabila saya menerangkan bahawa Islam adalah satu cara hidup mereka baru mengetahui tentang perkara itu”. “Di sana saya belajar erti [...]
Bawa tema ‘Menerajui Integrasi Ilmu’, Konvokesyen USIM Ke-22 rai 3,079 graduan
NILAI - Seramai 3,079 graduan dari 73 program pengajian diraikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kali ke-22 yang berlangsung pada 3 sehingga 6 Disember 2024. Dengan tema “Menerajui Integrasi Ilmu”, majlis yang penuh bermakna bagi graduan ini diraikan dengan penuh adat isitiadat dan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor USIM, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. DYMM Tuanku Canselor akan berangkat mencemar duli bagi mengisytiharkan majlis konvokesyen tersebut dan seterusnya berkenan untuk menganugerahkan ijazah kepada para graduan pada sidang pertama. Majlis Konvokesyen kali ini turut menyaksikan istiadat Pemasyhuran dan Perisytiharan Pro-Canselor Baharu kepada Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz dan Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Wahid Omar. Dari jumlah 3,079 graduan tersebut, seramai 104 orang merupakan graduan Doktor Falsafah (PhD), 119 merupakan graduan Sarjana, 174 orang merupakan graduan Diploma Siswazah serta 2,682 lagi merupakan graduan program Sarjana Muda. Majlis konvokesyen kali ini melakar sejarah tersendiri apabila USIM turut meraikan graduan sulung bagi program Doktor Falsafah Kejuruteraan. Pada majlis yang sama Tuanku Canselor turut berkenaan mengurniakan Ijazah Kehormat serta gelaran Profesor Emeritus serta anugerah-anugerah kecemerlangan akademik. Penerima Anugerah Ijazah Kehormat (Doktor Falsafah) dianugerahkan kepada dua penerima iaitu Ijazah Kehormat (Doktor Falsafah) Pengajian Bahasa Arab akan dianugerahkan kepada YBhg. Tan Sri Dr. Ismail Haji Ibrahim, beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI). Manakala Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Da’wah dan Pengurusan Islam dianugerahkan kepada YBhg. Dato’ Seri Dr. Abdul Aziz bin Sheikh Abdul Kadir, [...]
November 2024
Pelajar Malaysia perlu ambil kursus intensif bahasa Arab di USIM sebelum ke Universiti Al Azhar – PM
KAHERAH: Semua pelajar Malaysia yang mahu melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar Al-Sharif di sini, perlu melalui kursus intensif bahasa Arab di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bermula tahun depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pelaksanaan program bahasa Arab itu yang dijalankan dengan kerjasama Institut Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Al-Sharif itu dibuat bagi memastikan penguasaan bahasa Arab pelajar terbabit menepati piawaian ditetapkan sebelum mereka meneruskan pengajian. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahan biasiswa kepada pelajar Malaysia yang cemerlang dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan teknologi di Universiti Al-Azhar Al-Sharif antara tiga perkara yang dipersetujui Sheikh Al-Azhar, Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb pada pertemuan yang diadakan petang tadi. Perdana Menteri berkata, dalam perbincangan itu juga, Sheikh Al-Azhar turut bersetuju mewujudkan program Sains Islam (Ulum Islamiah) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Institut Bahasa Arab Al-Azhar Al-Sharif dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang akan dimulakan pada pengajian semester akan datang. Anwar berkata, persetujuan juga dicapai bagi menyahut pelawaan Sheikh Al-Azhar untuk menubuhkan Majlis Hukama' al Muslimin pimpinan beliau di Kuala Lumpur dengan menamakan wakil Malaysia termasuk seorang wanita. Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media pada hari terakhir lawatan rasminya selama empat hari ke Mesir, hari ini. Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Sumber: Berita Harian Foto: Pejabat Perdana Menteri
Oktober 2024
USIM dan SJK(C) Kampung Baru Semenyih raih Tempat Ketiga dalam Program Sincerely Setia Youth Synergy
SHAH ALAM – Selaras dengan usaha Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam memperkukuh hubungan antara masyarakat berbilang kaum, Kelab Seni Budaya Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama SJK © Kampung Baru Semenyih telah berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan Sincerely Setia Youth Synergy Programme anjuran Yayasan SP Setia yang berlangsung pada 26 September 2024 baru-baru ini. Program rintis SP ini mengangkat tema “Manifestasi Perpaduan Melalui Kesenian”, integrasi pelbagai disiplin seni seperti nyanyian, lakonan dan puisi digabungkan dalam satu persembahan. Persembahan ini digabungjalin bertujuan mengatasi perbezaan, menghapuskan prasangka demi mencapai kerhomonian dan kesepakatan dalam kepelbagaian budaya. Sketsa “Nak Jadi Apa?” yang disajikan mengangkat elemen kebersamaan dan semangat sayang kepada negara sekali gus memberi inspirasi untuk mengejar cita-cita dan berbakti kepada negara. Menurut pengarah program, Najmi Adli Mustaffa berkata, “penganjuran program seperti ini merupakan satu pendekatan yang baik dalam usaha melibatkan pelbagai kelompok komuniti bagi membina kesatuan dan keharmonian sesama rakyat Malaysia berbilang kaum dan budaya.” Katanya lagi, berhadapan dengan kanak-kanak yang berbeza umur, agama dan kaum merupakan satu cabaran yang hebat. Namun, nilai toleransi dan hormat-menghormati yang diterapkan sepanjang sesi latihan mampu merapatkan jurang perbezaan. Dalam pada itu, guru pengiring SJK(C) Kampung Baru Semenyih Norhaleza Wan Ahmad, berpendapat bahawa penganjuran program seperti ini banyak memberi manfaat kepada murid-murid. “Program ini tidak hanya mampu meningkatkan kemahiran berbahasa melayu, malah ianya mampu membentuk karakter dan kemahiran sosial murid, selain mencungkil bakat terpendam yang mungkin tidak mereka sedari sebelum ini”, katanya ketika ditanya berkenaan impak positif terhadap murid-murid yang terlibat dengan program [...]
Alumni USIM Perkasa Pematuhan Halal di Eropah
BELGIUM - “Saya bercita-cita untuk melihat industri halal berkembang secara global, dengan pematuhan yang lebih kuat terhadap standard antarabangsa dan pengiktirafan yang lebih luas terhadap pensijilan halal”. Itu lah harapan anak Malaysia Muhammad Irhammudin Ibrahim, 34 tahun yang kini bertugas sebagai Auditor Halal di Badan Pensijilan Halal Antarabangsa Eropah yang berpusat di Belgium. Muhammad Irhammudin Ibrahim, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Makanan di Universiti Sains Islam Malaysia telah berkecimpung dengan industri halal sejak 2012. “Di sini saya bertanggungjawab menjalankan audit pematuhan halal secara terperinci, menyediakan laporan yang komprehensif, dan memantau tindakan pembetulan. Saya telah berkhidmat dalam pelbagai industri seperti tenusu, konfeksi, biofermentasi, dan produk hasilan poultri di negara-negara seperti Republik Czech, Belanda, Sepanyol, Jerman, dan Belgium”. “Selain menjalanka tugas audit, saya turut berinteraksi dengan pihak berkepentingan untuk memberi panduan dalam mencapai piawaian pensijilan halal, berdasarkan standard yang diiktiraf antarabangsa seperti OIC/SMIIC, UAE.S 2055-1:2015, dan GSO 2055-1/2015”, ujarnya lagi. Menurut Irhammudin, beliau perlu memastikan bahawa organisasi yang diaudit bukan sahaja memenuhi keperluan halal tempatan, tetapi juga mematuhi piawaian global. Di samping tugas audit, beliau menyumbang dalam mesyuarat jawatankuasa pensijilan dan pembangunan dasar dengan berkongsi pandangan hasil audit lapangan serta bekerjasama dalam menangani kes-kes yang rumit. Sebagai Koordinator Latihan di Akademi Halal Eropah, beliau turut merancang dan memimpin program latihan untuk industri di Eropah dan Asia Tenggara. Irhammudin sebelum ini mempunyai pengalaman tujuh tahun sebagai pengajar halal di Kolej Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur. Sebagai Pegawai Perhubungan Pensijilan Halal bagi Asia Tenggara, beliau turut mewakili Badan Pensijilan Halal Antarabangsa Eropah dalam berurusan dengan [...]









