Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Oktober 2024

Alumni USIM Perkasa Pematuhan Halal di Eropah

BELGIUM - “Saya bercita-cita untuk melihat industri halal berkembang secara global, dengan pematuhan yang lebih kuat terhadap standard antarabangsa dan pengiktirafan yang lebih luas terhadap pensijilan halal”. Itu lah harapan anak Malaysia Muhammad Irhammudin Ibrahim, 34 tahun yang kini bertugas sebagai Auditor Halal di Badan Pensijilan Halal Antarabangsa Eropah yang berpusat di Belgium. Muhammad Irhammudin Ibrahim, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Makanan di Universiti Sains Islam Malaysia telah berkecimpung dengan industri halal sejak 2012. “Di sini saya bertanggungjawab menjalankan audit pematuhan halal secara terperinci, menyediakan laporan yang komprehensif, dan memantau tindakan pembetulan. Saya telah berkhidmat dalam pelbagai industri seperti tenusu, konfeksi, biofermentasi, dan produk hasilan poultri di negara-negara seperti Republik Czech, Belanda, Sepanyol, Jerman, dan Belgium”. “Selain menjalanka tugas audit, saya turut berinteraksi dengan pihak berkepentingan untuk memberi panduan dalam mencapai piawaian pensijilan halal, berdasarkan standard yang diiktiraf antarabangsa seperti OIC/SMIIC, UAE.S 2055-1:2015, dan GSO 2055-1/2015”, ujarnya lagi. Menurut Irhammudin, beliau perlu memastikan bahawa organisasi yang diaudit bukan sahaja memenuhi keperluan halal tempatan, tetapi juga mematuhi piawaian global. Di samping tugas audit, beliau menyumbang dalam mesyuarat jawatankuasa pensijilan dan pembangunan dasar dengan berkongsi pandangan hasil audit lapangan serta bekerjasama dalam menangani kes-kes yang rumit. Sebagai Koordinator Latihan di Akademi Halal Eropah, beliau turut  merancang dan memimpin program latihan untuk industri di Eropah dan Asia Tenggara. Irhammudin sebelum ini mempunyai pengalaman tujuh tahun sebagai pengajar halal di Kolej Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur. Sebagai Pegawai Perhubungan Pensijilan Halal bagi Asia Tenggara, beliau turut mewakili Badan Pensijilan Halal Antarabangsa Eropah dalam berurusan dengan [...]

USIM Tawan Switzerland: Budaya Malaysia Jadi Tarikan

LAUSANNE – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencatat sejarah apabila 14 pelajarnya dari Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) menjadi kumpulan universiti awam pertama dari Malaysia yang berjaya melaksanakan program libatsama masyarakat di Switzerland pada 18 September hingga 1 Oktober 2024 baru-baru ini. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif USIM Global Islamic Student Outreach (GISO) dengan tema "Unraveling the Essence: Hello Swiss", yang bertujuan memperkasa pelajar melalui kesukarelawanan, pemindahan ilmu, dan pertukaran budaya. Dibimbing oleh pegawai pengiring, Puan Nur Farhana Sulaiman, program ini menekankan pentingnya pembangunan modal insan serta memperkenalkan USIM kepada dunia. Program ini mendapat kerjasama baikn daripada pelbagai pihak seperti Swiss Muslim Hikes, EHL Business School, Lausanne University of Bern Counseling Center, Groupe Musulman Universitaire (GMU), dan Mosque De Lausanne. Salah satu detik yang paling menarik perhatian adalah ketika pelajar USIM memperkenalkan makanan tradisional Malaysia seperti nasi lemak, lemang, dan rendang kepada komuniti tempatan. Hidangan ini disajikan di puncak Les Avants dan di Swiss Federal Institute of Technology in Lausanne, memukau selera masyarakat Switzerland. Selain menjadi penghubung budaya, pertemuan ini turut mencetuskan dialog tentang keunikan budaya Malaysia. Menurut Puan Nur Farhana, kejayaan program ini adalah hasil usaha selama hampir tiga tahun. "Projek ini melibatkan perancangan rapi, penulisan kertas kerja, mencari penajaan, dan menjana pendapatan melalui pelbagai strategi perniagaan. Pelajar kita berjaya melaksanakannya dengan cemerlang, sekali gus membuktikan kemampuan mereka untuk bersaing di peringkat antarabangsa," katanya. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff, menyifatkan program GISO sebagai unik dan berimpak tinggi dalam [...]

i-INNOLED 2024: Platform Antarabangsa Memacu Inovasi Bahasa dan Pendidikan

NILAI - Seramai 108 peserta daripada dalam dan luar negara meliputi sekolah seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak, Kolej Politeknik dan juga Institusi Pengajian Tinggi menghadiri International Language and Education Innovation Competition (i-INNOLED 2024) yang berlangsung bermula daripada 15 hingga 16 Oktober 2024 bertempat di Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Bertemakan ”Navigating the Future of Language and Education in a Transformative Era” | ”Menelusuri Masa Depan Bahasa dan Pendidikan dalam Era Transformasi”, i-INNOLED 2024 merupakan pertandingan inovasi peringkat antarabangsa yang julung kali dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Bahasa Utama USIM dengan kerjasama Malaysian Action Research Network (MARNET), Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei (UNISSA) dan Universitas Lancang Kuning, Pekan Baru, Indonesia (UNILAK). Majlis Perasmian penutup disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Prof Dato’ Muhammad Taufik Mohd Noor. Turut hadir Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama Prof. Madya Dr. Zainur Rijal Abdul Razak. Prof Dato’ Muhammad Taufik Mohd Noor dalam ucapannya berkata matlamat dan objektif utama pertandingan inovasi ini adalah untuk membudayakan penyelidikan dan inovasi serta membolehkan pertukaran gagasan, ilmu, pengalaman, dan pada masa yang sama mengeratkan kerjasama dalam kalangan para profesional, ilmuan, ahli akademik, penyelidik dan pelajar dari seluruh dunia. Ini bagi meninjau ilmu, teori, teknik dan strategi terkini dalam bidang bahasa dan pendidikan demi menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh pada era masa kini yang mencabar. ”Kolaborasi dengan MARNET, UNISSA dan UNILAK telah memperkaya dimensi antarabangsa dan sekaligus memperkuat jaringan inovasi di peringkat Nusantara. i-InnoLED 2024 juga bukan hanya sekadar suatu pertandingan, tetapi juga suatu [...]

Menyemai kasih: Jaulah Kesukarelawanan bersama komuniti orang asli

REMBAU – Seramai 37 mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menjayakan program Jaulah Sukarelawan Semarak Siswa Madani 2024: Jejak Kasih Rembau, Siri 2.0: Komuniti Desa pada 10 Ogos 2024. Program anjuran Sekretariat Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi (SekreFaST) telah menyantuni  komuniti desa di Kampung Orang Asli Ulu Chembong, Rembau, Negeri Sembilan yang merupakan suku kaum “jakun”. Penasihat program Prof. Madya Dr. Sakinah Ali Pitchay menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bagi sumbangan dana menjayakan aktiviti libatsama masyarakat ini. “Peruntukan tersebut bertujuan untuk membuka peluang kepada warga universiti melahirkan graduan yang bersifat empati terhadap komuniti sekeliling serta berharap menjadi salah satu inisiatif melahirkan graduan yang holistik. Mahasiswa dapat memahami realiti kehidupan dunia luar selain meningkatkan rasa kesyukuran dengan segala yang diperolehi.” Libatsama sanggar bakti diterapkan secara menyeluruh dalam jaulah kali ini. Mahasiswa telah menganjurkan sukaneka sebagai 'pemanas badan' bersama kanak-kanak orang asli di Kampung Orang Asli Ulu Chembong. Program diteruskan dengan demonstrasi sains iaitu sanggar ilmu melalui aktiviti FastLab yang menarik perhatian dan minat penduduk kampung khusunya kanak-kanak terhadap ilmu sains. Antara demonstrasi sains yang dilakukan adalah penguraian hidrogen peroksida atau yang lebih dikenali sebagai “Elephant Toothpaste”. Kanak-kanak dapat mengetahui lebih lanjut tentang kehadiran dan kandungan udara di sekeliling seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida dan lain-lain. Dalam pada masa yang sama, aktiviti gotong-royong turut dijalankan bagi membersih kawasan kampung termasuk balai raya, surau dan kawasan kraftangan yang berada di kampung tersebut. Pembersihan dilakukan pada setiap sudut termasuklah mencabut rumput-rumput yang panjang [...]

September 2024

Sahmura Seni USIM lestari bakat seni khat di SK Batang Benar

NILAI - Kumpulan Seni Khat Khufi Farisi Kelab Penerbitan Kreatif dengan kerjasama Pusat Kebudayaan USIM menjalankan program USIM4Community: Lestari Bakat Sahmura Seni Asas Penulisan Khat di Sekolah Kebangsaan Batang Benar pada 29 Jun 2024 baru baru ini. Program ini dijalankan untuk memberi pendedahan awal kepada murid sekolah rendah terutamanya teknik asas penulisan khat. “Kita mendekati warga sekolah rendah untuk menjayakan program ini adalah untuk menyemai minat seni khat dari usia setahun jagung bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, saya juga berharap dapat melahirkan generasi muda yang handal menulis khat dan menghargai hasil seni tangan tersebut,” kata pengarah program, Nur Azizah Ahmad Azam. USIM4Community ini disertai oleh 30 orang murid dibimbing oleh Ahmad Subhi Suhaimi, alumni USIM yang kini berkecimpung secara serius dalam bidang penulisan khat dan turut dibantu oleh kumpulan khat Khufi Farisi sebagai fasilitator. Guru Panitia Pendidikan Islam, Faizah Zainuddin Islam berkata, “penulisan khat antara silibus wajib di dalam subjek Pendidikan Islam di sekolah rendah jadi program seperti ini amat membantu kami warga pendidik untuk memantapkan skill penulisan murid.” Selain itu, peserta program Nurul Qistina menyatakan bahawa program seumpama ini amat bermanfaat dan dapat memberi pendedahan kepada murid dengan lebih meluas dan dapat mengembangkan kreativiti mereka terhadap penulisan khat. Di samping itu kerjasama penganjuran ini turut membantu persediaan sebelum berlangsungnya pertandingan penulisan khat peringkat daerah Seremban. Menariknya penganjuran USIM4Community: Lestari Bakat Sahmura Seni Asas Penulisan Khat pada kali ini turut diadakan pertandingan penulisan khat terbaik kategori lelaki dan perempuan. Pertandingan ini dijadikan sebagai pemangkin semangat [...]

Penuntut USIM Raih Tempat di Ihtifal IPT Kebangsaan 2024

KAJANG: Penyertaan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Najmi Adli Mustaffa dalam Ihtifal Instititut Pendidikan Tinggi Peringkat Kebangsaan 2024 membuahkan hasil apabila berjaya dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan Pidato Hal Ehwal Islam. Ihtifal Institut Pendidikan Tinggi Peringkat Kebangsaan merupakan penganjuran kali kedua oleh Universiti Tenaga Nasional, Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dan Sahabat UIC serta sokongan dan kerjasama beberapa agensi diadakan selama empat hari bermula 21 Julai hingga 24 Julai 2024. Najmi Adli Mustaffa, pelajar tahun ketiga Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan yang juga pengerusi Kelab Penerbitan Kreatif, Pusat Kebudayaan USIM menyifatkan bahawa kemenangannya pada kali ini dengan berbekalkan keazaman yang tinggi. “Demi minat mendalam terhadap bidang pengucapan awam ianya telah membakar semangat untuk saya berusaha gigih walaupun pertandingan diadakan dalam tempoh peperiksaan semester. Pusingan akhir jauh lebih mencabar kerana saya perlu mengolah teks sedia ada dalam tempoh masa yang agak singkat serta perlu bersiap sedia bagi sesi pidato spontan berdasarkan soalan yang dikemukakan oleh juri.” Ujar Najmi bersyukur dan gembira atas kemenangan ini dan setidaknya memberi suntikan semangat serta harapan untuk yakin dan percaya dengan kemampuan diri juga rezeki kurniaan Allah SWT. Tambah beliau, ini merupakan penyertaan kali kedua dalam Ihtifal IPT peringkat kebangsaan setelah mampu melayakkan diri sebagai finalis namun gagal memperoleh kedudukan di pusingan akhir pada penganjuran terdahulu. Pertandingan Pidato Hal Ehwal Islam kategori lelaki menyaksikan 15 penyertaan daripada pelbagai institut pengajian tinggi. Tempat kedua dimenangi oleh Mohammad Nadzrin Raduan daripada Kolej Yayasan UEM dan tempat ketiga Iskandar Muzafar Zalzali daripada Maahad Tahfiz Negeri Pahang. [...]

Ogos 2024

Memartabatkan Pendidikan al-Quran: Dr. Muhammad Hafiz Saleh Dinobatkan sebagai Ikon Huffaz Kebangsaan

NILAI  - Dr. Muhammad Hafiz Saleh, Pengarah Pusat Islam yang juga Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), telah dianugerahkan Anugerah Ikon Huffaz Kebangsaan sempena Majlis Konvokesyen Huffaz PERMATA AL-QURAN Nusantara Kali Ke-9 yang berlangsung pada 4 Ogos 2024 di Dewan Milenium, Kepala Batas, Pulau Pinang baru baru ini. Dr. Muhammad Hafiz Saleh, 49, penerima Anugerah Ikon Huffaz Kebangsaan adalah seorang tokoh yang berpengaruh dalam bidang agama dan pendidikan tahfiz al-Quran. Beliau turut memegang pelbagai jawatan penting seperti Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka, Ahli Lembaga Pengarah Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR), Ketua Perunding bagi Kajian Dasar, Pengurusan, dan Kurikulum Murid-Murid Tahfiz Malaysia Dalam Sistem Pendidikan Negara, Ketua Penyelidik bagi Kajian Garis Panduan Latihan Keguruan Institusi Tahfiz Swasta, Pakar Rujuk Garis Panduan Pengurusan Institusi Tahfiz, JAKIM serta Ketua Penulis Buku Teks Maharat Al-Quran Tingkatan Lima, Kurikulum Bersepadu Tahfiz, Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau pernah dinobatkan sebagai Johan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Melaka bagi kategori 30 Juzuk beserta Tafsir pada tahun 2000 dan 2006, juga pernah dianugerahkan Tokoh al-Muqri’ sempena Sambutan Maulidurrasul Peringkat Negeri Melaka pada tahun 2022. Penganugerahan ini bukan sahaja mengiktiraf sumbangan besar Dr. Muhammad Hafiz Saleh dalam bidang agama dan pendidikan tahfiz, tetapi juga menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha dalam menghayati dan menghafaz al-Quran. Ketokohan beliau dalam memperkasa pendidikan Islam, khususnya dalam konteks hafazan al-Quran, diharap akan terus menjadi teladan dan panduan kepada semua pihak yang terlibat dalam memartabatkan ilmu al-Quran di Malaysia. “Saya berazam untuk terus [...]

Program “Avengers of Innovation”: USIM Menginspirasi Pelajar Perempuan dalam Teknologi

SEREMBAN – 17 peserta dalam kalangan mahasiswa dan pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama IEEE Malaysia Comsoc & VTS Joint Chapters, telah berjaya menganjurkan program "Avengers of Innovation" pada 21 Ogos 2024 baru baru ini di Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani, yang sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Perempuan Negeri Sembilan. Matlamat utama program ini adalah untuk memperkenalkan teknologi Internet of Things (IoT) dan 5G kepada pelajar sekolah menengah, khususnya pelajar perempuan melalui pendekatan yang interaktif dan menyeronokkan. Program ini bertujuan untuk mendedahkan mereka kepada teknologi terkini dalam suasana yang merangsang minat dan pemahaman. Pengarah program yang diketuai oleh Prof. Ir. Dr. Hafizal Mohamad, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik berkata, seramai 61 orang pelajar perempuan serta tiga orang guru telah terlibat secara langsung dalam aktiviti hands-on dan sesi pembelajaran yang dijalankan dalam usaha untuk menggalakkan kerjasama antara universiti khususnya USIM dan sekolah-sekolah bagi memperkasa pelajar, khususnya dalam bidang teknologi yang semakin penting dalam era digital ini. Ujarnya lagi, melalui bengkel hands-on, pelajar berpeluang untuk membina projek inovatif, sekali gus mengembangkan kemahiran teknikal serta kreativiti mereka dalam dunia teknologi serta dapat melahirkan generasi muda yang berkemahiran tinggi, yang mampu bersaing di peringkat global dalam era revolusi industri 4.0. “Saya sangat teruja melihat pelajar perempuan begitu berminat dan bersemangat tentang kejuruteraan dan teknologi. Dengan bantuan IEEE Malaysia Comsoc & VTS Joint Chapters, kami berusaha untuk mencipta suasana yang menarik dan memberikan pendedahan yang betul agar mereka akan lebih yakin untuk meneroka dan [...]

USIM Himpun Pelajar dari 3 Buah Negara Mengkaji Rumah Warisan Negeri Sembilan

SERI MENANTI – 54 pelajar dan pensyarah dari Malaysia, Uzbekistan, dan Indonesia berkumpul bagi menyertai International Architectural Field Study (IAFES) 2024 anjuran Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berlangsung pada 4 hingga 9 Ogos 2024 baru-baru ini di Seri Menanti, Kuala Pilah. Program selama enam hari ini melibatkan pelajar dan pensyarah dari USIM, Tashkent University of Architecture and Civil Engineering, Uzbekistan; dan Universiti Diponegoro, Indonesia. Inisiatif ini merupakan kolaborasi erat antara Jabatan Seni Bina USIM, Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), serta komuniti tempatan. Peserta program berpeluang meneroka keunikan seni bina tradisional Negeri Sembilan, sambil berinteraksi dengan penduduk kampung dan mempelajari adat perpatih yang istimewa. Aktiviti seperti sukan rakyat, mendaki Bukit Sikai, dan bermain layang-layang bersama penduduk tempatan menambah keakraban dan memperkaya pengalaman budaya mereka. Prof. Madya Dr. Nurul Syala Abdul Latip, Pengarah Program IAFES 2024 berkata peserta berpeluang mengkaji dan memelihara warisan seni bina Negeri Sembilan. “Ini adalah peluang pertama bagi pelajar kami untuk terlibat secara langsung dengan isu warisan seni bina di lapangan, dan saya amat gembira dengan semangat yang mereka tunjukkan.” Sementara itu Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina USIM, Prof. Madya Ir. Dr. Khairi Abdul Rahim berkata program ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antarabangsa, tetapi juga menanam kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan warisan tradisional. “IAFES akan diteruskan penganjurannya bagi menanam jati diri budaya yang berterusan dari kaca mata senibina kepada setiap pelajar dalam menyantuni komuniti tempatan.” Tambah beliau, IAFES 2024 telah membuktikan bahawa kerjasama akademik antara negara bukan sahaja memperkayakan [...]

Ahli Akademik USIM Diiktiraf sebagai Sarjana Pelawat Berprestij di Rusia: Memperkukuh Hubungan Antarabangsa

MOSCOW – Dua ahli akademik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dijemput oleh Kementerian Pertahanan Rusia sebagai pembentang ucaptama di Persidangan Keselamatan Moscow yang berlangsung pada 13 Ogos 2024 baru-baru ini. Mereka ialah Profesor Madya Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang dan Profesor Dr. Rafidah Hanim Mokhtar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan). Selain menjadi pembentang jemputan, Dr. Mohd Hazmi dan Prof. Rafidah turut diiktiraf sebagai ‘Sarjana Pelawat’ di ASEAN Centre, Moscow State Institute of International Relations (MGIMO), dan ‘Sarjana Pelawat’ di Institute of China and Contemporary Asia, Russian Academy of Sciences (ICCA-RAS), kedua-duanya institusi berprestij yang terletak di pusat bandar Moscow. Profesor Madya Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli berkata, jemputan sebagai pembentang ucaptama ini adalah peluang yang diberikan susulan kunjungan Kedutaan Rusia ke USIM Jun 2024 lepas. Ujarnya lagi, kerajaan Rusia turut menaja sebahagian daripada lawatan beliau dan Prof. Rafidah ke persidangan tersebut. Lebih menarik, hampir kesemua ahli akademik Rusia yang ditemui di MGIMO dan ICCA-RAS mampu berbahasa Melayu dengan baik.mampu berbahasa Melayu dengan baik. “Peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengembangkan pengaruh USIM dan memperkukuh hubungan akademik dengan Rusia, negara terbesar di dunia. Antara perkara yang dibincangkan termasuk peluang kerjasama penyelidikan, penerbitan, dan program pertukaran pelajar yang berfokuskan kepada topik seperti undang-undang maritim antarabangsa, dasar maritim, undang-undang hak asasi manusia, serta isu-isu berkaitan ASEAN dan Rusia”, Dr. Hazmi berkata lagi. Sementara itu, Profesor Dr. Rafidah Hanim Mokhtar turut berkongsi perasaan gembira dan teruja dengan jemputan ini. “Saya merasa amat gembira dengan peluang untuk berinteraksi dengan [...]

Go to Top