Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Januari 2026

PALAPES USIM Perkukuh Kesiapsiagaan Melalui Pemeriksaan Peluru dan Bahan Letupan 2026

NILAI – Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melaksanakan Pemeriksaan Peluru dan Bahan Letupan PALAPES USIM 2026 pada 12 dan 13 Januari 2026. Pemeriksaan ini dijalankan di lokasi-lokasi penyimpanan peluru dan bahan letupan serta di Markas Kor PALAPES USIM sebagai sebahagian daripada mekanisme kawalan dan pematuhan yang ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pelaksanaan pemeriksaan ini bertujuan memastikan pengurusan, pengendalian dan dokumentasi peluru serta bahan letupan dilaksanakan secara sistematik, teratur dan mematuhi sepenuhnya peraturan serta arahan sedia ada. Langkah ini penting bagi menjamin tahap keselamatan yang tinggi serta memastikan kelancaran pelaksanaan latihan ketenteraan. Pemeriksaan telah dikendalikan oleh Tim Peluru dan Bahan Letupan yang bertauliah serta berpengalaman dalam pengurusan peluru dan bahan letupan. Kehadiran Tim Pemeriksa ini mencerminkan komitmen berterusan ATM dalam memperkukuh aspek keselamatan, pematuhan prosedur dan tadbir urus yang berintegriti. Proses pemeriksaan dimulakan dengan pemeriksaan fizikal di gudang-gudang peluru. Fokus diberikan kepada aspek keselamatan penyimpanan, kawalan akses serta susun atur peluru dan bahan letupan. Pemeriksaan ini turut memastikan pematuhan terhadap piawaian keselamatan yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan. Selain itu, prosedur penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran peluru turut disemak secara terperinci. Setiap pergerakan peluru perlu direkodkan dengan tepat dan dikawal secara berdisiplin bagi mengelakkan sebarang ketirisan serta mengurangkan risiko keselamatan. Pemeriksaan dokumentasi pula melibatkan semakan menyeluruh terhadap rekod penerimaan dan pengeluaran peluru, buku log serta dokumen sokongan berkaitan. Pematuhan kepada Prosedur Tetap (PROTAP) dan Standard Operating Procedure (SOP) yang digariskan oleh ATM turut diberi perhatian serius. Pemeriksaan ini diakhiri dengan sesi exit conference yang menyaksikan [...]

PALAPES USIM perkukuh kebajikan Pegawai Kadet melalui taklimat SBATM

NILAI  – Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Sains Islam Malaysia (PALAPES USIM) telah menganjurkan Hari Pengajian Pasukan (HPP) Siri 1 yang memberi penekanan terhadap aspek kebajikan Pegawai dan Anggota Tetap PALAPES USIM melalui Taklimat Skim Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia (SBATM). Taklimat ini telah disampaikan oleh Kapt (B) Muhammad Zhariff bin Zainudin dari Koperasi Tentera dan dihadiri oleh semua Pegawai Kadet, dengan fokus utama kepada pelaksanaan pengisian borang insurans Koperasi Tentera bagi Pegawai Kadet Junior. Program ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Pegawai dan Anggota Tetap PALAPES USIM sebagai platform memperkukuh ilmu dan kefahaman berkaitan pengurusan kebajikan anggota. Sepanjang sesi taklimat, pelbagai persoalan telah dikemukakan kepada penceramah merangkumi skop perlindungan skim, prosedur pelaksanaan, kaedah tuntutan serta kesesuaian penyertaan skim bagi Pegawai Kadet yang sedang menjalani latihan. Sesi soal jawab ini secara tidak langsung memperkukuh kefahaman pentadbiran serta peranan Anggota Tetap dalam memastikan kebajikan Pegawai Kadet diurus secara sistematik dan berkesan. Taklimat turut memberi penekanan terhadap Skim Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia (SBATM) yang dikendalikan oleh Koperasi Tentera sebagai mekanisme perlindungan kebajikan anggota. Skim ini merangkumi perlindungan kematian akibat penyakit atau kemalangan, hilang upaya kekal penuh atau separa akibat kemalangan, serta manfaat perubatan akibat kemalangan. Penerangan ini bertujuan memastikan Pegawai dan Anggota Tetap PALAPES USIM memiliki kefahaman jelas bagi membimbing Pegawai Kadet dalam aspek perlindungan dan kebajikan sepanjang tempoh latihan. Selesai sesi taklimat, satu sesi pengisian borang insurans Koperasi Tentera telah dilaksanakan khusus untuk Pegawai Kadet Junior dengan bimbingan staf Koperasi Tentera serta pemantauan Pegawai dan Anggota Tetap PALAPES USIM. Sesi ini bertujuan memastikan Pegawai [...]

PALAPES USIM Laksana Audit Dokumentasi 2026, Perkukuh Tadbir Urus & Integriti Pentadbiran

NILAI – Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Sains Islam Malaysia (PALAPES USIM) telah melaksanakan Audit Dokumentasi Tahunan Tahun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI), Universiti Sains Islam Malaysia. Audit ini merupakan sebahagian daripada mekanisme kawalan dalaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan pengurusan rekod dan dokumentasi pasukan dilaksanakan secara sistematik, teratur serta mematuhi peraturan dan piawaian yang telah ditetapkan. Audit dokumentasi ini telah dijalankan oleh Tim Inspektorat Dokumentasi Jabatan Arah Rekod dan Pencen ATM yang diketuai oleh Mejar Rodziyati binti Mustapha, PS 2 ID dan Dasar bersama ahli-ahli tim pemeriksa. Kehadiran tim audit ini mencerminkan komitmen ATM dalam memastikan aspek tadbir urus, pematuhan prosedur serta integriti dokumentasi sentiasa berada pada tahap terbaik. Pelaksanaan audit dimulakan dengan ketibaan Tim Pemeriksa diikuti sesi taklimat pembukaan yang memberikan gambaran menyeluruh berkaitan struktur pengurusan dokumentasi PALAPES USIM melibatkan anggota tetap, anggota sukarela serta pegawai kadet, selain kaedah penyimpanan rekod yang diguna pakai. Pemeriksaan dokumen seterusnya dijalankan secara terperinci melibatkan fail-fail pentadbiran, fail peribadi anggota serta dokumen sokongan lain yang berkaitan. Tim audit turut melaksanakan pemeriksaan ke atas bilik dokumentasi bagi menilai aspek keselamatan, susun atur, pelabelan serta tahap pematuhan terhadap piawaian penyimpanan rekod yang ditetapkan oleh ATM. Pelaksanaan audit diakhiri dengan sesi taklimat penutup, di mana Tim Inspektorat Dokumentasi telah menyampaikan dapatan awal, ulasan serta cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan lagi tahap pengurusan dokumentasi PALAPES USIM pada masa hadapan. Sesi menandatangani buku lawatan dan sesi bergambar turut diadakan sebagai simbol penutup rasmi Audit Dokumentasi Tahunan PALAPES USIM Tahun 2026. Audit ini [...]

Program “Kembali ke Sekolah” BKUSIM Santuni Anak-anak B40 di AEON Mall Nilai

NILAI – Badan Kebajikan Kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (BKUSIM) meneruskan komitmen kebajikannya melalui penganjuran Program Kembali ke Sekolah menjelang sesi persekolahan baharu 2026 yang berlangsung di AEON Mall Nilai baru-baru ini. Sebagai inisiatif menyantuni anak-anak daripada kategori B40 serta anak-anak istimewa, program ini bertujuan meringankan beban ibu bapa di samping memastikan para pelajar menerima keperluan asas persekolahan seperti beg sekolah, alat tulis dan kelengkapan pembelajaran yang mencukupi. Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi Strategik merangkap Pengerusi BKUSIM, Encik Nur Ekmal Buhary berkata, seramai lebih 50 orang anak terpilih telah menerima tajaan sumbangan barangan persekolahan menerusi inisiatif ini. “Program ini mencerminkan keprihatinan USIM terhadap kebajikan keluarga staf serta komitmen universiti dalam memastikan anak-anak ini dapat memulakan sesi persekolahan baharu dengan lebih ceria dan bersedia,” katanya. Beliau turut memaklumkan bahawa Program Kembali ke Sekolah mendapat sokongan penaja utama Co-opbank Pertama (CBP) serta penaja lokasi AEON Mall Nilai yang menyediakan kemudahan dan ruang pelaksanaan program. Tambah beliau, program ini bukan sahaja membantu menyediakan kelengkapan persekolahan, malah menjadi platform menyemai nilai empati, kebersamaan dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan warga kampus. Usaha ini sejajar dengan aspirasi USIM untuk melahirkan komuniti berdaya saing, berakhlak dan cakna sosial selari dengan agenda kesejahteraan masyarakat. Sementara itu, Ketua Wilayah CBP, Encik Munib Hanis Mohammad berkata, kerjasama tersebut akan diteruskan bagi menerajui pelaksanaan program pada tahun 2026 dengan hasrat untuk meluaskan lagi peluang sumbangan dan manfaat kepada lebih ramai penerima. Dalam pada itu, Mohd Haffiz Ridzwan, Pembantu Keselamatan USIM, menzahirkan penghargaan atas sumbangan barangan persekolahan yang diterima kerana ia sedikit sebanyak [...]

Program Pendidikan sepanjang hayat FPQS USIM dekatkan masyarakat dengan Al-quran dan Sunnah

NILAI-Pelaksanaan Program Pensijilan Program Pendidikan Sepanjang Hayat oleh Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) secara fleksibel dengan kandungan kursus yang inklusif serta sesi pengajian secara sepenuhnya di dalam talian ternyata berjaya menarik penyertaan peserta saban tahun. Terdiri dari kalangan golongan yang bekerjaya dan pesara, program pensijilan yang mula ditawarkan pada tahun 2021 ini telah membuka ruang dan platform kepada masyarakat untuk mendalami ilmu al-Quran dan Sunnah melalui pengajian yang sahih, berautoriti dan berterusan. Menawarkan dua program pensijilan iaitu Pensijilan Pengajian Quran dan Sunnah dan Pensijilan Talaqqi Quran Bersanad, seramai 661 peserta yang berjaya menamatkan kursus tersebut diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kali Keempat Program Pensijilan Pendidikan Sepanjang Hayat FPQS USIM baru-baru ini. Diadakan bertempat di Dewan Kuliah Utama FPQS, ia menyaksikan sejumlah 657 graduan menerima sijil Pengajian Quran dan Sunnah dan empat orang menerima Sijil Talaqqi Quran Bersanad. Masing-masing menerima sijil yang disampaikan oleh Datuk Haji Md Yahaya Basimin, Ahli Lembaga Pengarah Universiti dan Dekan FPQS, Profesor Madya Dr. Mohd Zohdi Mohd Amin. Menurut Profesor Madya Dr Mohd Zohdi, sambutan yang menggalakkan dalam kalangan masyarakat luar kampus yang mendaftar sebagai peserta program pensijilan adalah disebabkan oleh kandungan kedua-dua program pensijilan ini disusun dan dirangka oleh fakulti agar bersesuaian dengan komitmen perserta yang bekerjaya dan kumpulan pesara. “Pihak fakulti turut menyediakan kaedah bayaran yang fleksibel, sama ada bayaran penuh atau ansuran, bagi membuka ruang kepada lebih ramai pencinta ilmu menyertai program ini. Pada hari ini kita dapat melihat para penerima sijil terdiri daripada pelbagai latar usia dan [...]

Dana RM15 Juta Dapur Siswa KPT Pacu Agenda Kebajikan Mahasiswa Nasional

NILAI – Kelulusan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi pelaksanaan inisiatif Bank Makanan Dapur Siswa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Perutusan Tahun Baharu 2026, disifatkan sebagai langkah strategik kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup mahasiswa secara menyeluruh dan mampan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan MADANI dalam memastikan akses kepada bantuan makanan, khususnya kepada mahasiswa daripada golongan B40 dan asnaf, sentiasa dipelihara agar tumpuan terhadap kecemerlangan akademik dapat diteruskan tanpa gangguan. Penyelarasan pelaksanaan di bawah KPT turut diperkukuh bagi memastikan bantuan sampai kepada kumpulan sasaran di peringkat institusi pendidikan tinggi (IPT). Memandangkan keperluan mahasiswa berbeza mengikut lokaliti dan ekosistem kampus, pendekatan ini memberi fleksibiliti kepada IPT untuk menyesuaikan kaedah pelaksanaan mengikut acuan masing-masing bagi menjamin impak yang optimum. Di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), pengumuman ini dijangka memperkukuh kesinambungan Dapur HEPA USIM yang telah menjadi platform kebajikan bersepadu di kampus tersebut. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mushaddad Hasbullah menyifatkan peruntukan ini sebagai pemangkin kepada pemerkasaan ekosistem kebajikan sedia ada. “Dapur HEPA USIM merupakan sebuah ekosistem bersepadu yang menghimpunkan peranan Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ), Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP), Pusat Islam serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Dengan dokongan dana tambahan ini, USIM optimis untuk memperluas jangkauan bantuan sedia ada melepasi rekod agihan sebelum ini melalui kaedah pelaksanaan yang lebih sistematik dan berimpak tinggi,” ujar beliau. Sokongan turut dizahirkan oleh Saudara Nik Faruqi Naim Mohd Fauzi, Yang Dipertua MPP yang menyifatkan inisiatif ini sebagai langkah bermakna yang memberi [...]

Back to School! Kelab Wardah USIM Perkukuh Ukhuwah & Semangat Sisterhood

Kelab Wardah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Majlis Hi-Tea bertemakan “Back to School: Nostalgia Sisterhood” yang dihadiri seramai lebih 99 ahli bertempat di Dewan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) baru-baru ini. Penganjuran majlis ini bertujuan memperkukuh ikatan silaturahim serta meraikan kebersamaan dalam kalangan ahli melalui konsep yang unik, santai dan sarat nilai kekitaan. Pengerusi Kelab Wardah, YBhg. Prof. Madya Datin Dr. Aza Sherin Mohamad Yusuff dalam ucapan perasmiannya menegaskan bahawa program seumpama ini merupakan platform penting bagi menghargai komitmen dan sumbangan ahli-ahli kelab, di samping menyuntik semangat kerjasama serta memupuk budaya kekitaan dalam suasana yang lebih mesra dan santai berbanding persekitaran kerja harian. Majlis turut diserikan dengan kehadiran selebriti jemputan, Fynn Jamal yang menyampaikan sesi perkongsian bertajuk “Ukhuwah Wanita dan Sisterhood: Menjadi Perempuan yang Kuat”. Dalam perkongsiannya, beliau berpesan, “Wanita yang kuat tidak berlumba, tetapi berjalan bersama. Ukhuwah akan terus terpelihara apabila kita kekal beradab walaupun berbeza pandangan.” Selain jamuan minum petang yang menyajikan pelbagai menu tradisional dan moden, majlis ini turut meraikan kecemerlangan akademik keluarga ahli melalui penyampaian saguhati kepada anak-anak ahli yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan qasidah, penyampaian anugerah busana terbaik yang menonjolkan kreativiti ahli mengenakan pakaian seragam sekolah, selain beberapa sesi cabutan bertuah yang menambah keterujaan para hadirin. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan pertukaran hadiah sebelum para tetamu bersurai. Secara keseluruhannya, Majlis Hi-Tea Back to School: Nostalgia Sisterhood ini bukan sahaja berjaya mencetuskan suasana yang ceria dan bermakna, malah menjadi platform berkesan dalam [...]

400 Pelari Pusing Kampus 5KM Sempena Sambutan 25 Tahun USIM

NILAI – Hujan renyai-renyai tidak menghalang lebih 400 peserta Program Larian Sambutan 25 Tahun Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk berlari mengelilingi kampus USIM baru-baru ini. Program yang berlangsung dalam suasana meriah ini menghimpunkan warga USIM merangkumi kakitangan, pelajar, alumni serta peserta luar. Pelepasan larian bermula di Kompleks Sukan Tunku Najihah dengan jarak sejauh lima (5) kilometer melalui beberapa lokasi utama kampus seperti Bulatan IQRA, Bangunan Canselori, Bulatan Ilmu, Kompleks Islam Tuanku Muhriz dan Dewan Tuanku Canselori. Program anjuran Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM bersama Urus Setia Sambutan 25 Tahun USIM ini diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mushaddad Hasbullah yang hadir mewakili Naib Canselor USIM. Sebelum melepaskan peserta, Prof. Dr. Mushaddad turut meluangkan masa bersama peserta dalam sesi senamrobik dan menyampaikan ucapan penghargaan mewakili pihak pengurusan universiti atas sokongan dan penglibatan semua pihak. Menurut Presiden PRAGMATIS, Dr. Helmi Mansor, penganjuran larian kampus bukanlah sesuatu yang baharu. Namun, pihaknya tampil dengan konsep yang lebih unik dan berbeza sempena Sambutan 25 Tahun USIM. “Larian kali ini dimeriahkan dengan penyediaan stesen makanan dan minuman di beberapa lokasi sepanjang laluan. Antara juadah yang disediakan termasuk popia sira, donut dan burger Malaysia,” katanya. Beliau menambah, stesen gorengan panas seperti keropok lekor dan pisang goreng turut menjadi tarikan istimewa, sekali gus menceriakan suasana dan mewujudkan interaksi santai dalam kalangan peserta sepanjang larian. Program ini membawa simbolik kepada sambutan Jubli Perak USIM, di mana angka lima (5) melambangkan 25 tahun perjalanan universiti dalam memacu kecemerlangan pendidikan, penyelidikan [...]

Disember 2025

Satu Padang, Satu Keluarga: Connect & Inspire Satukan Kelab UNESCO USIM

NILAI — Program Connect & Inspire: Kelab UNESCO USIM Sesi 2025/2026 telah berlangsung dengan jayanya melibatkan penyertaan kira-kira 57 orang ahli Kelab UNESCO Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terdiri daripada barisan kepimpinan serta ahli aktif kelab. Program ini diadakan secara bersemuka di Padang B, Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM pada 14 Disember 2025 dengan mengangkat elemen tradisional sebagai teras utama pelaksanaan aktiviti. Penganjuran program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli, di samping memupuk semangat kerjasama dan kebersamaan melalui penglibatan dalam aktiviti kesukanan berkonsepkan permainan tradisional. Para peserta telah dibahagikan kepada lapan kumpulan dan menyertai tujuh permainan berpasukan, antaranya lari dalam kain batik dan pelikat, taji ayam, golek buah kelapa, baling belon air ke belakang, kain batik belon air, bola tampar belon air serta permainan mengisi air ke dalam botol menggunakan span. Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan aktiviti pemanasan badan sebelum diteruskan dengan taklimat permainan oleh Jawatankuasa Pengisian. Keseluruhan pelaksanaan aktiviti berlangsung lancar dan menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta. Kehadiran Penasihat Kelab UNESCO USIM, Prof. Madya Ts. Dr. Sakinah Ali Pitchay, yang turut turun padang menyantuni para peserta telah memberikan suntikan motivasi dan sokongan moral sepanjang program berlangsung. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa “networking is not just about connecting people; it is about connecting people with ideas, and people with opportunities,” sebagai galakan kepada ahli kelab untuk membina jaringan yang bermakna dan berimpak. Secara keseluruhan, Connect & Inspire berjaya mencapai objektif penganjurannya dengan memberikan pengalaman yang bermakna kepada para peserta, di samping memperkukuh nilai kerjasama, [...]

USIM Academics Pave the Way Forward by Inspiring Students and Shaping the Moral Compass of Future Scholars

Professors play a crucial role in academia by not only advancing scholarship but also fostering the intellectual and moral development of students and emerging scholars. Their responsibilities extend beyond simply conveying knowledge; they also inspire, mentor, and nurture future scholarship grounded in integrity and purpose. This vision was vividly illustrated through two programs organized by the USIM Writers’ Pool in August 2025, which featured two distinguished professors whose thought-provoking lectures left a deep impression on both students and faculty. Prof. Dr. Rozhan Mohammed Idrus, in his lecture titled “Life as A PhD: Defending Your Thesis Before the Almighty”, offered a powerful and reflective perspective on the doctoral journey. He redefined the PhD not merely as an academic challenge but as a moral undertaking an amanah (sacred trust) to be defended not only before examiners, but ultimately before Allah. Prof. Rozhan emphasized that, within Islam, the pursuit of knowledge constitutes an act of worship (ibadah). The challenges encountered during doctoral research, including extended hours and intellectual obstacles, serve as tests of character. He asserted that scholars must demonstrate perseverance, sincerity (ikhlas), and ethical resilience. He further highlighted that knowledge (ilmu) is a divine responsibility that demands humility. Genuine scholars should pair intellectual prowess with good conduct (adab), ensuring their legacy is not mere accolades but beneficial knowledge (ilmu yang bermanfaat) that uplifts society. The most striking moment came with his profound question: “Can I defend my thesis before Allah?” This reframed success not as external validation, [...]

Go to Top