Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Disember 2025

Reintegrating Humanity into Education

With the advent of Artificial Intelligence (AI), the world is witnessing changes that affect nearly every aspect of human life. Education, in particular, is no longer what we once knew. The conventional idea of imparting knowledge solely through human educators is now being challenged by the presence of AI tutors. This new educational landscape compels many to reflect on the way forward in the era of Artificial Intelligence. At a programme held by the USIM Writers’ Pool (UWP) on 28 July 2025, Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak delivered a thought-provoking talk on these challenges. His presentation, “Humanising Education Through Authentic Intelligence,” offered an essential and timely perspective on reevaluating our collective stance on education. In a world increasingly shaped by AI, automation, and digital advancements, Prof. Dzulkifli urged educators and decision-makers to focus on what he calls Authentic Intelligence, a learning framework rooted in ethics, empathy, spiritual depth, and our common humanity. At the heart of his message was the conviction that education must be reimagined as more than just a path to academic success or economic gain. Instead of reducing education to the mechanical transfer of information or the relentless pursuit of grades, rankings, and performance metrics, it should be seen as a transformative experience for the soul. Education, he argued, must nurture not only cognitive abilities but also moral character, emotional intelligence, critical thinking, and self-awareness. Prof. Dzulkifli emphasised that Authentic Intelligence cannot be measured by test scores, publication counts, [...]

Peranan Universiti Islam dalam Menangani Islamofobia

Tidak lama dahulu, sebuah laporan media dari Australia menggariskan peningkatan drastik dalam Islamofobia yang termasuklah penganiayaan, penghinaan di tempat awam, vandalisme terhadap institusi Islam, malah gangguan secara dalam talian yang kini dianggap sebagai “normal baharu”. Sebagai contoh, sejak konflik Israel-Hamas bermula pada 7 Oktober 2023, insiden Islamofobia di Australia dikatakan melonjak secara mendadak merangkumi perbuatan fizikal, kata-kata nista, dan serangan atas prinsip kepercayaan semakin kerap terjadi.Di Malaysia pula, mesej kebimbangan telah disuarakan secara rasmi. Dalam Mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang lalu, kerajaan menyatakan Islamofobia bukan sahaja meningkat tetapi lebih menyedihkan telah menjadi “justifikasi” kepada serangan terhadap umat Islam di banyak negara.Dengan insiden-insiden sedemikian, kita seharusnya tidak boleh tinggal diam. Kita harus melihat bahawa Islamofobia bukan sekadar istilah akademik, tetapi realiti yang menjejaskan kehidupan seharian umat Islam. Simbol keagamaan, perlakuan hubungan sosial, serta naratif media boleh melukakan dan membentuk persepsi palsu menerusi proses perkongsian maklumat dan pemahaman yang songsang.Umumnya, perkataan Islamofobia merujuk kepada rasa takut, curiga dan prejudis terhadap umat Islam. Manakala istilah “radikal Islam” acap kali digunakan dalam liputan media antarabangsa apabila berlaku insiden keganasan, walhal, sebahagian besar umat Islam adalah penyumbang keamanan, kebajikan, dan pembangunan.Di Malaysia, walaupun suasana umumnya harmoni, masih ada kesan Islamofobia dalam beberapa isu: tudung dan serban sering menjadi sasaran pandangan prejudis; perdebatan mengenai syariah dan agama kadang kala dilabel “radikal” tanpa rujukan kukuh; dan isu-isu kecil seperti kontroversi stokin bertulis “Allah” menunjukkan betapa sensitiviti agama masih mudah tercabar dalam konteks komersial atau sosial.Dalam pada itu, kita juga harus faham bahawa [...]

Perbankan Islam ke Arus Perdana

Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa aset kewangan Islam di Malaysia kini mencecah lebih 45 peratus daripada jumlah keseluruhan aset kewangan negara. Angka ini mengujakan kerana bukan sahaja mencerminkan pertumbuhan pesat sektor perbankan Islam, tetapi juga menunjukkan keyakinan masyarakat terhadap sistem yang berteraskan syariah. Di peringkat global, Malaysia terus mengekalkan kedudukan sebagai antara hab kewangan Islam paling dinamik, seiring dengan negara seperti Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu. Perkembangan ini sebenarnya amat signifikan. Jika dahulu perbankan Islam dilihat sebagai produk alternatif atau khusus untuk umat Islam, kini ia mula menjadi pilihan arus perdana. Malah, semakin ramai pelanggan bukan Islam juga memilih produk perbankan Islam kerana kelebihannya yang telus, adil, dan stabil. Secara ringkas, perbankan Islam beroperasi berdasarkan prinsip syariah. Ia menolak unsur riba (faedah), gharar (ketidakpastian melampau), dan maysir (perjudian). Sebaliknya, ia menekankan konsep perkongsian untung rugi, urus niaga berasaskan aset sebenar, serta keadilan dalam kontrak. Antara kontrak popular ialah murabahah (jual beli dengan keuntungan dinyatakan), mudarabah (perkongsian modal dan tenaga), dan ijarah (sewaan). Apa yang membezakan perbankan Islam daripada sistem konvensional ialah penekanan kepada nilai moral. Keuntungan tetap penting, tetapi tidak boleh dicapai dengan cara menzalimi pelanggan. Misalnya, bank Islam tidak boleh memberi pinjaman yang menjerat peminjam dengan kadar faedah melampau, sebaliknya ia harus berasaskan transaksi yang adil dan beretika. Di Malaysia, ramai antara kita yang sudah pun merasai manfaat perbankan Islam. Tabung Haji misalnya, bukan sahaja menjadi wadah simpanan patuh syariah, malah memudahkan urusan ibadah haji berjuta-juta umat Islam sejak 1960-an. Ia [...]

Bila Isu OKU Menjadi Trending: Peluang Universiti Islam Turun Padang

Tidak lama dulu, video di media sosial tular memaparkan seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) mental dari kampus awam di negeri selatan Malaysia yang menghadapi kesukaran besar mencari akses masuk ke bangunan kuliah kerana lif rosak. Kecewaannya menjadi cerminan bahawa walau banyak dasar sudah wujud untuk menyokong dan memperkasa golongan OKU, pelaksanaan dan perhatian terhadap OKU masih ada yang terlepas pandang. Kejadian seperti ini memancing reaksi masyarakat bahawa universiti dan pihak berkepentingan perlu lebih serius dalam memastikan kampus benar-benar mesra OKU. Dalam pada itu, di pihak kerajaan, permohonan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) dan Program Pendidikan Khas bagi pelajar baharu sesi 2025/2026 dibuka oleh Kementerian Pengajian Tinggi, menunjukkan wujud komitmen untuk meringankan beban kewangan pelajar OKU yang ingin melanjutkan pengajian tinggi. Walaupun kad OKU dan bantuan kewangan tersedia, pelajar OKU tetap menghadapi pelbagai halangan. Antaranya: Akses fizikal ke bangunan kuliah, makmal, tandas dan infrastruktur kampus sering tidak mesra OKU. Perkhidmatan sokongan seperti tutor khas, nota audio, alat bantu pembelajaran kurang tersedia di beberapa IPT. Kos hidup dan pengangkutan boleh menjadi beban tambahan, terutama bagi OKU di luar bandar atau yang memerlukan penjaga atau bantuan khusus. Stigma sosial dan kurang kefahaman dalam kalangan warga universiti dan rakan pelajar boleh menjejaskan semangat OKU untuk terus belajar. Dalam cabaran semasa ini, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) konsisten menunjukkan keprihatinan terhadap komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) melalui pelbagai inisiatif yang inklusif. Antara program yang pernah dianjurkan termasuklah Hari Menyantuni OKU 2023 dengan pameran Braille dan forum kesedaran, Program [...]

Halal Bukan Hanya Sekadar Logo

Baru-baru ini, tular berita tentang sebuah restoran antarabangsa yang disaman selepas didapati menggunakan logo halal palsu. Peristiwa ini mencetuskan kebimbangan kerana isu halal bukan sekadar label kecil pada bungkusan makanan, tetapi melibatkan soal keyakinan, integriti dan identiti umat Islam. Di Malaysia sendiri, kes produk tidak bersijil halal yang dipasarkan sebagai halal sering menjadi isu hangat, menandakan perlunya kesedaran dan penguatkuasaan yang lebih tegas. Bagi umat Islam, halal tidak hanya terbatas pada makanan. Ia meliputi gaya hidup, dari aspek pakaian, kosmetik, ubat-ubatan, sehinggalah kepada sistem kewangan. Halal umumnya bermaksud sesuatu yang dibenarkan syariah, manakala haram ialah perkara yang ditegah. Apabila sesuatu produk disahkan halal, ia membawa ketenangan jiwa. Pengguna juga yakin proses penyediaannya bersih, beretika dan selamat. Malah, perkembangan menarik hari ini ialah ramai pengguna bukan Islam yang memilih produk halal kerana standard kebersihan dan kualitinya yang lebih diyakini. Membanggakan kerana Malaysia dikenali sebagai antara peneraju industri halal global. Nilai pasaran halal dunia dianggarkan melebihi US$2 trilion setahun yang meliputi makanan, farmaseutikal, kosmetik, logistik dan pelancongan. Malaysia melalui badan seperti JAKIM menjadi rujukan antarabangsa dalam pensijilan halal. Namun cabarannya tetap besar: isu logo halal palsu, kurangnya pemahaman awam, dan persaingan global memerlukan Malaysia terus melahirkan pakar halal yang berwibawa. Di sinilah letaknya peranan universiti-universiti tempatan seperti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebagai universiti Islam yang menekankan integrasi ilmu naqli (wahyu) dan aqli (akal), USIM berada pada kedudukan strategik untuk memperkasakan agenda halal negara. USIM misalnya telah menubuhkan institut penyelidikan halal yang memberi tumpuan kepada kajian produk [...]

Temuduga LKP PALAPES USIM Perkukuh Kepimpinan dan Disiplin Pegawai Kadet

NILAI - Seramai 95 orang Pegawai Kadet peringkat Intermediate dan Senior Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah terlibat dalam Temuduga Lembaga Kenaikan Peringkat dan Kenaikan Pangkat (LKP) sebagai sebahagian daripada proses penilaian kenaikan peringkat dan kenaikan pangkat PALAPES USIM bagi Tahun 2026. Proses temuduga ini bertujuan menilai tahap kepimpinan, disiplin, integriti, keyakinan diri serta kefahaman calon terhadap peranan dan tanggungjawab sebagai Pegawai Kadet, khususnya dalam kalangan calon yang bakal memegang jawatan kepimpinan (Rank Holder) dalam organisasi PALAPES USIM. Temuduga LKP ini telah dikendalikan oleh tujuh (7) orang ahli panel yang terdiri daripada empat (4) Pegawai dan tiga (3) anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Pasukan PALAPES USIM, dan dipengerusikan oleh Ketua Jurulatih PALAPES USIM, Mej Noor Efendy bin Hj Samih. Menurut Mej Noor Efendy Hj Samih, pelaksanaan Temuduga LKP ini turut menyokong aspirasi universiti selaras dengan Amanat Naib Canselor menerusi Teras Ke-3, yang memberi penekanan kepada pembangunan kesejahteraan dan kesihatan holistik dalam melahirkan warga USIM yang seimbang, berdisiplin dan berdaya kepimpinan. Di samping itu, pelaksanaan ini juga mendukung Perintah Ulung Panglima Latihan Tentera Darat Ke-24, khususnya dalam aspek pembentukan sahsiah perwira dan kepimpinan berteraskan nilai murni. "Antara fokus utama penilaian adalah keupayaan calon mengendalikan Pegawai Kadet bawahan, membuat keputusan berlandaskan disiplin ketenteraan, mengurus konflik serta mempamerkan kepimpinan melalui teladan. Soalan temuduga turut menilai tahap kematangan, kecekapan komunikasi serta kesediaan calon untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar sejajar dengan peranan kepimpinan yang bakal diamanahkan", katanya. "Proses temuduga ini menjadi platform penting bagi memastikan hanya Pegawai Kadet yang benar-benar [...]

Menghargai Perwira, Menyemai Sahsiah: PALAPES USIM Anjur Majlis Perpisahan Penuh Bermakna

NILAI – Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Majlis Perpisahan “Jasamu Dikenang” bagi meraikan Sjn Mohd Hafez bin Mat Saat yang bakal menamatkan perkhidmatan selepas 21 tahun menabur bakti dalam Angkatan Tentera Malaysia, khususnya dalam Rejimen Artileri Diraja. Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh penghargaan ini menghimpunkan barisan Timbalan Komandan, Ketua Jurulatih, Pegawai Tetap dan Setiausaha Urus Setia (SUK), anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) serta Pegawai Kadet PALAPES USIM Batch 45. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Pendaftar Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI), Puan Norrufilzah Shahari selaku wakil rasmi PPKI. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Sjn Ku Mohd Ridzuan bin Ku Bahari daripada Kor Armor Diraja bersama keluarga yang telah menyelesaikan kursus di PERHEBAT selepas 21 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan. Penganjuran majlis ini bertujuan menghargai jasa dan sumbangan anggota yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan disiplin, memupuk nilai setiakawan, hormat dan penghargaan dalam kalangan warga pasukan serta Pegawai Kadet, selain menyemai budaya mengenang jasa sebagai sebahagian daripada pembentukan sahsiah dan nilai keperwiraan dalam organisasi ketenteraan. Untuk makluman, Sjn Mohd Hafez bin Mat Saat akan mula bercuti pada 24 Disember 2025 sebelum melaporkan diri ke PERHEBAT bagi mengikuti kursus persediaan peralihan sebelum menamatkan perkhidmatan. Sebagai tanda penghargaan, beliau telah menerima Sijil Penghargaan daripada USIM yang disampaikan oleh Timbalan Komandan, selain cenderahati daripada PALAPES USIM sebagai kenangan. Penganjuran majlis ini adalah selari dengan Perintah Ulung Panglima Latihan Tentera Darat Ke-24, khususnya dalam memperkukuh Sahsiah Keperwiraan (Warrior Ethos) melalui amalan menghargai jasa, kesetiaan kepada perkhidmatan serta pembentukan [...]

INSPIRE 2025: Pentas Kreativiti Media Baharu Pelajar USIM

NILAI — Program Komunikasi Media Baharu, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan INSPIRE 2025: New Media Day, sebuah program akademik dan kreatif yang menghimpunkan pelajar Komunikasi Media Baharu bagi mempamerkan hasil karya serta pencapaian pembelajaran mereka dalam bidang media baharu. Program yang berlangsung pada 16 dan 18 Disember 2025 ini melibatkan seramai 164 orang pelajar Tahun dua,tiga dan empat sekali gus mencerminkan pendekatan pembelajaran bersepadu merentas tahun pengajian yang diterapkan dalam Program Komunikasi Media Baharu. INSPIRE 2025 merangkumi beberapa komponen utama termasuk FYP Exhibition, forum kesedaran Flotilla Talk: Break the Silence, Animation Showcase, New Media Design, serta INSPIRE INAQ (SULAM Showcase). Kesemua komponen ini bertujuan mempamerkan hasil pembelajaran, kemahiran teknikal, kreativiti serta kesedaran sosial pelajar dalam konteks komunikasi dan reka bentuk media baharu. Pada 16 Disember 2025, program dimulakan dengan penganjuran FYP Exhibition yang menampilkan pembentangan dan pameran Projek Tahun Akhir (Final Year Project – FYP) oleh pelajar Tahun 4. Pameran ini diadakan di bawah seliaan Dr. Afiqah Mior Kamarulbaid dan berfungsi sebagai platform akademik bagi pelajar mempersembahkan hasil penyelidikan, produksi media serta inovasi kreatif kepada warga universiti. Siri program diteruskan pada 18 Disember 2025 dengan penganjuran forum Flotilla Talk: Break the Silence pada sesi pagi, yang turut berada di bawah seliaan Dr. Afiqah Mior Kamarulbaid. Forum ini memberi fokus kepada isu Palestin dalam konteks kemajuan teknologi, selain menekankan peranan media baharu dalam membentuk kesedaran awam secara beretika dan bertanggungjawab. Pada hari yang sama, turut diadakan Animation Showcase bagi mempamerkan hasil karya animasi pelajar [...]

USIM Himpunkan Tokoh Kemanusiaan: Angkat Isu Palestin Melalui Wacana Media Baharu

NILAI- Program Komunikasi Media Baharu, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan forum Break the Silence sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu kemanusiaan Palestin serta peranan media baharu dalam menyampaikan maklumat secara beretika dan bertanggungjawab. Penganjuran forum ini merupakan sebahagian daripada inisiatif akademik dan kesedaran awam sempena INSPIRE 2025: New Media Day, dengan penyertaan lebih 200 orang peserta yang terdiri daripada pelajar USIM pelbagai fakulti, warga staf universiti, orang awam serta pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), termasuk 30 orang pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka. Forum ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai realiti semasa konflik di Palestin, cabaran yang dihadapi oleh misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa, serta peranan strategik media dan platform digital dalam menyuarakan isu kemanusiaan. Perbincangan turut menyentuh inisiatif seperti Global Sumud Flotilla dan Freedom Flotilla Coalition, yang menjadi simbol solidariti masyarakat antarabangsa terhadap rakyat Palestin. Forum tersebut menampilkan tokoh berpengalaman dalam bidang kemanusiaan dan komunikasi media, antaranya YBhg. Dato’ (Dr.) Ahmad Sani bin Dato’ Abdul Alim Araby, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAPIM; Hj. Kamarulzaman bin Shaharul Anwar, CEO MyCARE; serta wartawan Astro Awani, En. Syafik Shukri bin Abdul Jalil. Sesi forum telah dimoderatorkan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Kasmani. Dalam sesi perkongsian, En. Syafik Shukri menekankan kepentingan generasi muda memanfaatkan kemajuan teknologi digital secara berhemah dalam menyuarakan isu kemanusiaan. “Generasi muda hari ini mempunyai kelebihan besar dari segi akses dan kemahiran teknologi. Kelebihan ini seharusnya digunakan untuk menyuarakan kebenaran serta menyebarkan kesedaran mengenai isu kemanusiaan, khususnya Palestin, [...]

Beyond Boundaries 2025 Perkasa Kepimpinan dan Kebolehpasaran Pelajar USIM

NILAI– Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus komited memperkasa pembangunan kepimpinan dan kebolehpasaran graduan menerusi penganjuran Program Beyond Boundaries 2025: Meneroka Potensi, Membina Masa Depan, yang menghimpunkan seramai 200 pelajar berpotensi tinggi di Dewan Kuliah Pusat 4, USIM. Program yang berlangsung pada 6 Disember 2025 ini melibatkan barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), wakil badan pelajar universiti serta penerima Program Pembangunan Siswa Sulung 3.0, dan dianjurkan oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Pusat Hal Ehwal Pelajar USIM dengan kerjasama TalentCorp Malaysia serta Graduate Readiness for Employment & Apprenticeship Training Centre (GREAT). Penganjurannya memberi penekanan kepada pembangunan kerjaya, peningkatan kebolehpasaran graduan serta pengukuhan nilai kepimpinan kendiri dalam kalangan mahasiswa. Tumpuan turut diberikan kepada kumpulan Pelajar Sulung, iaitu pelajar yang merupakan generasi pertama dalam keluarga melanjutkan pengajian ke peringkat universiti. Sebagai penerima Program Pembangunan Siswa Sulung 3.0, mereka dibimbing melalui inisiatif strategik USIM yang menyokong kecemerlangan akademik pelajar daripada keluarga B40, memperluas akses pendidikan serta melahirkan graduan berdaya saing yang berupaya menjadi agen perubahan dalam keluarga dan komuniti. Seiring keperluan pasaran kerja semasa, program ini menekankan kepentingan pendedahan awal terhadap pembinaan jaringan profesional dan penjenamaan diri. Graduan masa kini bukan sahaja dituntut untuk cemerlang dalam akademik, malah perlu memiliki keupayaan membina hubungan profesional yang kukuh serta hala tuju kerjaya yang jelas dan strategik. Antara pengisian utama program termasuk slot Build A Foundation for Success oleh TalentCorp, Create A Vision, LinkedIn for Greater Employability, serta FLUENTS: Doing Network Right bersama panel industri. Melalui pendekatan interaktif, peserta dibimbing untuk mengenal pasti potensi diri, mengoptimumkan kekuatan peribadi [...]

Go to Top