Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Februari 2025

USIM Lancar Iqra’ Centre for Ummah, Pusat Kecemerlangan Quran untuk Masyarakat Sempena Amanat Naib Canselor 2025

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memulakan langkah 2025 dengan pelancaran Iqra’ Centre for Ummah, sebuah pusat kecemerlangan al-Quran yang bakal menjadi rujukan utama dalam bidang tajwid, tarannum, tahfiz, tafsir, tadabbur, qira’at serta mushaf. Pelancaran pusat ini dibuat secara rasmi dalam Amanat Naib Canselor 2025 yang berlangsung pada 24 Januari 2025 baru-baru ini. Penubuhan Iqra’ Centre for Ummah berakar umbi daripada kejayaan para pelajar USIM, khususnya dari program Pengajian Qiraat, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), yang cemerlang dalam Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri dan Kebangsaan 2024. Kejayaan ini menjadi pemangkin kepada idea penubuhan pusat kecemerlangan yang menawarkan kepakaran pelbagai dalam khidmat al-Quran untuk ummah. Menurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM, “Pusat ini bukan sekadar untuk warga universiti, tetapi juga terbuka kepada masyarakat umum yang ingin mendalami ilmu al-Quran”. Dengan visi menjadi pusat kecemerlangan al-Quran yang ulung di peringkat nasional dan antarabangsa, Iqra’ Centre for Ummah bakal berfungsi sebagai platform utama dalam mengembangkan kajian, latihan serta program yang berkaitan dengan al-Quran. Pelancaran ini seiring dengan empat sasaran utama USIM bagi tahun 2025, iaitu memperkasa kecemerlangan akademik dan kebolehpasaran graduan, memperkukuh penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi, memperhebat pengantarabangsaan universiti, serta mempertingkat kesinambungan kewangan dan keberdayasaingan institusi. Keempat-empat sasaran ini menjadi pemacu utama dalam memastikan USIM terus relevan dan berdaya saing sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi Islam yang unggul. Naib Canselor dalam amanatnya turut menyeru warga USIM agar menghayati nilai kecintaan dalam pekerjaan bagi meningkatkan daya kerja dan produktiviti. “Tidak kira apa jua jawatan, [...]

Januari 2025

Santuni Warga Emas, Mengeratkan Hubungan antara Pelajar dan Warga Emas

NILAI – Program Santun Budi anjuran Kelab Media dan Komunikasi Strategik (Stracomm Clique) telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan seramai 38 peserta. Program ini bertujuan mempereratkan hubungan antara pelajar dan warga emas serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menghargai golongan ini dalam masyarakat. Bertempat di Nur Hasanah Care Centre, Beranang, Selangor, program ini melibatkan 20 penghuni lelaki warga emas di pusat penjagaan tersebut pada 18 Januari 2025 baru-baru ini. Aktiviti utama termasuk gotong-royong membersihkan kawasan surau dan bilik fisioterapi serta memperindah ruang-ruang tersebut. Selain itu, para pelajar turut berinteraksi mesra dengan penghuni melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Nurun Nafeesah Roslan,22, dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan merangkap Pengarah program berkata, antara aktiviti yang dijalankan ialah brisk walk, permainan “Tiru Gaya, Teka Siapa,” dan sesi perkongsian cerita dalam program “Halaqah Ukhuwah: Tell Me Your Story”. “Aktiviti-aktiviti ini bertujuan menghilangkan kebosanan dan membawa kegembiraan kepada warga emas. Senyuman dan gelak tawa mereka turut menyentuh hati para pelajar, yang merasai kehangatan kasih sayang yang terjalin sepanjang program ini”, ujarnya. Ujarnya lagi, program ini juga memberi impak mendalam kepada pelajar, yang berpeluang mendengar pengalaman hidup warga emas. Kisah suka dan duka yang dikongsi memberikan pengajaran berharga, khususnya tentang menghargai hubungan dengan mereka yang lebih tua. Salah seorang daripada penghuni turut berkongsi pesan bermakna kepada peserta, “Selagi ada ibu bapa, hargailah mereka. Walau apa pun kerja kita, jangan lupa menjenguk mereka.” Pesanan ini mengingatkan peserta akan pentingnya menjaga hubungan dan berhati-hati dengan setiap tutur kata agar tidak melukai perasaan orang tua. Para penghuni di pusat penjagaan turut [...]

Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa (AKSIS) 2023/2024 USIM: Semarak Kecemerlangan Holistik

NILAI– Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa (AKSIS) 2023/2024 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berlangsung penuh gilang-gemilang untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan atas pencapaian kecemerlangan mahasiswa dalam akademik dan pelbagai bidang aktiviti kemahasiswaan  bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah pada 16 Januari 2025 baru-baru ini. Penganjuran tahun ini menampilkan 17 kategori anugerah yang dinilai berdasarkan kriteria sejajar dengan pemilihan Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan (ATS) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Istimewanya, para penerima anugerah ini secara automatiknya akan mewakili USIM di peringkat kebangsaan melalui Anugerah Tokoh Siswa (ATS) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi. Naib Canselor USIM, YBhg. Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifuddin Md Shaarani, dalam ucapan aluannya berkata, majlis ini mencerminkan komitmen universiti dalam melahirkan graduan seimbang, holistik dan berkeusahawanan berdasarkan Model Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (GIINA). Beliau turut memaklumkan sebanyak 17 kategori anugerah dipertandingkan tahun ini, dengan 99 pencalonan diterima, meningkat berbanding 83 permohonan pada tahun sebelumnya. Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah USIM, YBhg. Datuk Haji Md Yahaya Basimin, dalam ucapannya menyeru para mahasiswa untuk terus mengadaptasi diri dengan cabaran global serta menekankan kepentingan integrasi ilmu, kemahiran praktikal, dan kepimpinan unggul. Beliau juga memuji usaha USIM dalam menyediakan pelbagai platform bagi mengembangkan potensi mahasiswa, selaras dengan agenda pemerkasaan mahasiswa yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Beliau turut menyeru penerima anugerah agar tidak mudah berpuas hati, tetapi terus berusaha memperbaiki diri dan mencari peluang untuk memberi impak positif kepada masyarakat. Selaras dengan hala tuju pendidikan tinggi negara, Datuk Yahaya juga mengingatkan bahawa mahasiswa perlu menjadi agen perubahan yang [...]

USIM perkukuh peranan mahasiswa melalui Wacana Ilmiah bersama YB Senator Dr. Zulkifli Hasan

NILAI - USIM melalui Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) menganjurkan Wacana Minda Madani bertajuk Mahasiswa & Budaya Integrasi Ilmu yang disampaikan YB Senator Dr Zulkifli Hasan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertempat di Dewan Kuliah Fakulti 1.2 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan pada 15 Januari 2025. Turut hadir sama Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Encik Shahrizal Mat, Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) serta 200 orang pelajar dari pelbagai program pengajian. Program yang bertemakan Mahasiswa & Budaya Integrasi Ilmu merupakan satu bentuk pengisian ilmu yang dianjurkan bertujuan memberikan pendedahan pada mahasiswa dalam konteks Malaysia Madani. Wacana ini memfokuskan perbincangan ilmiah tentang kepentingan dan cabaran dakwah dan penerapan nilai-nilai murni yang menjadi teras jati diri mahasiswa sebagai bakal pemimpin negara. YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), menekankan pentingnya integrasi ilmu dalam membentuk mahasiswa sebagai pemimpin masa depan. Beliau mengetengahkan konsep MADANI, yang bermaksud membangunkan tanah air berteraskan keseimbangan antara daya cipta, nilai hormat, keyakinan, dan ihsan. MADANI berfungsi sebagai asas kepada masyarakat yang adil, inklusif, dan sejahtera. Dr. Zulkifli turut membincangkan pentingnya tajdid, islah, dan nahdah sebagai langkah memperbaharui tamadun melalui pemerkasaan ilmu, budaya, dan nilai Islam. Mahasiswa diseru untuk berperanan sebagai ejen perubahan dengan menanamkan pemikiran dan pandangan dunia yang betul. Di samping itu, universiti [...]

USIM dan SE-MOF Jayakan Inovasi Sosial: Halia Fertigasi dan Ready-To-Eat (RTE) Jadi Tarikan

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melakar kejayaan dengan menganjurkan Majlis Perasmian Penutup Program Perusahaan Sosial Kementerian Kewangan (SE-MOF) pada 7 Januari 2025, bertempat di Galeri Canselori USIM. Program ini, sebahagian daripada inisiatif Belanjawan 2022, bertujuan memperkasakan keusahawanan sosial dalam kalangan komuniti setempat. Majlis tersebut dirasmikan oleh Dato’ Indera Ab Rahman Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan. Turut hadir sama Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Prof Dato' Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi  dan Prof. Madya Dr. Asmaddy Haris Pengarah USIM PACE. Dalam ucapannya, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin mengucapkan penghargaan kepada Kementerian Kewangan (MOF) kerana memilih USIM sebagai rakan strategik dalam inisiatif ini. “Keusahawanan sosial adalah elemen penting dalam pembangunan masyarakat dan ekonomi negara. Projek fertigasi halia dan dapur triangulasi Ghost Kitchen yang dilaksanakan membuktikan manfaat besar kepada peserta dan komuniti setempat,” katanya. Beliau turut menegaskan tanggungjawab universiti dalam menyokong perusahaan sosial sebagai usaha memberikan impak langsung kepada masyarakat sekitar. "USIM, walaupun bukan universiti berasaskan pertanian, berjaya menghasilkan produk inovasi seperti halia fertigasi dan makanan Ready-to-Eat (RTE), sekali gus membuktikan peranan institusi pendidikan tinggi sebagai pemangkin pembangunan sosial dan ekonomi," tambah beliau. Kerjasama erat antara USIM PACE dan pelajar Program Teknologi Pemakanan, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), turut mencipta kejayaan besar. Melalui pertandingan inovasi, pelbagai produk berasaskan halia telah dihasilkan dengan potensi pengkomersialan melalui dapur Ghost Kitchen. Dua entiti perniagaan juga lahir daripada program ini, iaitu Maeda Global Resources yang memfokuskan kepada industri makanan (F&B) dan Pertubuhan Lestari [...]

Disember 2024

USIM dan Aslein Malaya Jalin Kerjasama Strategik Dalam Ilmu Warisan

KUALA LUMPUR– Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melangkah ke hadapan dalam usaha memperkasa ilmu warisan Islam melalui kerjasama strategik dengan Aslein Malaya Sdn. Bhd. Perjanjian ini dimeterai dalam Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) yang berlangsung di Restoran Aras, Menara KL, Kuala Lumpur pada 19 Disember 2024. Kerjasama ini bertujuan mempromosikan penyelidikan, penerbitan, dan inisiatif akademik dalam bidang kajian Turath Islam. Majlis ini dihadiri oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, bersama wakil utama dari kedua-dua pihak. Turut hadir ialah Dato’ Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM; Profesor Madya Dr. Asmaddy Haris, Pengarah Pusat Pengajian Profesional dan Pendidikan Berterusan (PACE) USIM; dan Encik Khairuzzaman Ahmad, Pengarah Eksekutif Aslein Malaya Sdn. Bhd. Dalam ucapannya, Naib Canselor Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani menekankan kepentingan menjalin kerjasama bermakna bagi mencapai misi universiti yang mengintegrasikan ilmu Naqli (wahyu) dan Aqli (akal). “Kerjasama antara USIM dan Aslein Malaya ini adalah bukti komitmen bersama untuk memperkasa ilmu warisan Islam. Bersama-sama, kita berusaha memperkukuhkan penyelidikan, penerbitan, dan wacana intelektual dalam bidang penting ini,” katanya. Kerjasama ini memberi tumpuan kepada lima inisiatif utama, termasuk pelantikan Sheikh Dr. Saeed Abdul Latif Fudah sebagai Fellow Kehormat di Pusat Ilmu Warisan Islam (U-KIT) USIM, program Kalam Ambassador untuk melatih pelajar berbakat, projek penyelidikan bersama, diskusi intelektual, dan penerbitan buku. Penubuhan U-KIT pada Februari 2024 menunjukkan kesungguhan USIM dalam memajukan ilmu Turath Islam. Di bawah pimpinan Ustaz Muhammad Aizuddin Abdul Aziz, pusat ini aktif menjalankan penyelidikan, pengajaran, dan aktiviti perundingan untuk mempromosikan kajian dan pemeliharaan warisan Islam. “Penubuhan [...]

Mahrajan Thaqafat Alamiyyah 2024 USIM: Rai Hari Bahasa Arab Sedunia

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyatukan pelajar dari pelbagai latar belakang untuk meraikan budaya, bahasa, dan persefahaman global dengan penganjuran program Mahrajan Thaqafat Alamiyyah 2024. Majlis Penutup dirasmikan oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani. Program ini berlangsung selama sepuluh hari bermula dari 9 hingga 18 Disember 2024 bertempat di Dewan Utama Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU). Dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dengan kerjasama USIM ‘Alamiyyah, Nadi Thaqafah, dan Persatuan Pelajar Antarabangsa (INSAN), program ini menampilkan pelbagai aktiviti yang bertujuan memupuk pertukaran budaya dan meningkatkan kemahiran berbahasa. Dalam ucapannya, Naib Canselor Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani menegaskan kepentingan festival ini sebagai jambatan perpaduan dan saling menghormati. “Mahrajan Thaqafat Alamiyyah 2024 bukan sekadar meraikan kepelbagaian budaya. Ia membuktikan kekuatan dalam perpaduan dan mengingatkan kita bahawa perbezaan menjadikan kita lebih kuat. Melalui acara seperti ini, kita membentuk komuniti global berteraskan hormat, kefahaman, dan kemanusiaan bersama,” katanya. Program ini menampilkan pelbagai aktiviti seperti Explorace, Malam Teater, Pertandingan Inovasi Pendidikan Digital, dan Pertandingan Pembentangan Berita Arab. Aktiviti-aktiviti ini menyediakan platform untuk pelajar mengasah kemahiran dalam bahasa Arab dan Inggeris sambil memupuk penghargaan terhadap budaya yang berbeza. Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin turut menekankan peranan penting bahasa Arab dalam festival ini, selari dengan sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia pada 18 Disember. “Penekanan kepada bahasa Arab dalam program ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan USIM untuk meningkatkan penguasaan pelajar terhadap bahasa tersebut. Acara seperti Pertandingan Pembentangan Berita Arab menunjukkan peranan penting bahasa Arab sebagai bahasa global,” tambah [...]

USIM Introduces AI-Powered Panas Express Kiosk for 24/7 Food Access

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) continues to advance campus innovation with the launch of the Panas Express Kiosk, the first AI-powered convenience store concept in a higher education institution in Negeri Sembilan. This initiative is a strategic collaboration between USIM and Panas Express, marking a new chapter in providing 24-hour self-service facilities for students. The launching ceremony, held at the Panas Express Lot at USIM’s Student Entrepreneurship Center (PKP), was officiated by USIM’s Vice-Chancellor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani. Also in attendance were the Deputy Vice-Chancellor (Student Affairs and Alumni), Prof. Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff, USIM’s Bursary, Mr. Hezan Shah Zainuddin, Panas Express Founder, Mr. Vincent Siow, and Co-Founder, Ms. Alicia Tey. Panas Express is an unmanned AI self-service kiosk with over 80 operational locations nationwide. Its latest installation, the 55th kiosk, is now operational at USIM, enabling students to purchase food and beverages conveniently at any time of the day. According to Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, “This initiative not only provides convenience for students but also educates them on the importance of integrity and trust in daily transactions.” The AI kiosk concept paves the way for a technological revolution in business in Malaysia. With this self-service technology, students gain easier access to 24/7 services, while entrepreneurs and customers are encouraged to adopt more transparent and trustworthy practices in their dealings. This collaboration extends beyond merely providing campus facilities; it also nurtures the value of integrity, reflecting USIM's efforts to incorporate holistic [...]

Prof. Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin: Melakar Kerangka Baharu Perhubungan Media di Malaysia

NILAI – Bagi mempamerkan kesarjanaan dan mengukuhkan reputasi akademik dalam kepakaran bidang profesor yang disandang oleh Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Prof. Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Majlis Syarahan Perdana Profesor bertajuk Kerangka Baharu Perhubungan Media di Malaysia yang diadakan di Dewan Kuliah Fakulti 1.2, FKP pada 11 Disember 2024 dengan kehadiran 150 orang dalam kalangan warga USIM dan pelbagai agensi luar dalam bidang Komunikasi. Prof. Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin dilahirkan di Teluk Intan, Perak pada 29 April 1965. Beliau melanjutkan pengajiannya ke peringkat Sarjana Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Sastera (Komunikasi) pada tahun 1990 dan memasuki alam pekerjaan sebagai Pegawai Perhubungan Awam di UKM sejurus menamatkan pengajian. Dalam kesibukan bertugas, beliau bertekad melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana di universiti yang sama dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana pada tahun 1999. Pada tahun 2001 beliau menamatkan perkhidmatan di UKM kerana ditawarkan sebagai pensyarah di Universiti Malaya (UM). Berkhidmat sebagai pensyarah telah membuka peluang beliau untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) di UM dan dianugerahkan PhD pada tahun 2010. Sepanjang berkhidmat sebagai pensyarah, Profesor Dr Mohd Yahya memberi tumpuan kepada tugas hakiki dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan di samping berkongsi ilmu dengan pihak industri. Beliau telah berkhidmat selama 10 tahun di UM dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, dan Pensyarah Kanan. Mohd Yahya meneruskan kerjaya ahli akademik dalam Program Komunikasi, di FKP USIM pada 1 Disember 2011 dengan jawatan [...]

Dua permata FEM USIM: Abdul Muiz dan Marfuuah bersinar di arena profesional

NILAI - Menjadi graduan pertama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menerima Sijil Profesional Setiausaha dan Tadbir Urus Korporat daripada Institut Setiausaha Bertauliah dan Pentadbir Malaysia (MAICSA) merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan bagi Abdul Muiz Abdul Wahab, 22. Beliau merupakan salah seorang daripada 382 graduan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) yang diraikan semalam  bukan sahaja menggenggam segulung ijazah akan tetapi turut menerima pengiktirafan dan tauliah rasmi sebagai salah seorang badan pengamal. Abdul Muiz yang berasal dari Kuala Lumpur ini telah berjaya membuktikan bahawa pelajar Ijazah Sarjana Muda mampu lulus dengan cemerlang dalam Peperiksaan dan Penilaian Profesional yang dikendalikan oleh Institut Tadbir Urus Bertauliah Malaysia (CGI MALAYSIA). Kini beliau sedang bekerja sebagai setiausaha korporat Syarikat Petronas di Kuala Lumpur. Sementara itu, Marfuuah Mohd Hassan, 23, salah seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian juga dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) turut mengharumkan nama USIM ketika beliau menerima MIA National Accounting Student Excellence Award (NASEA) 2023 pada 12 Jun 2024. Pengiktirafan ini diberikan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sempena Malaysian Institute of Accountants International Conference (MIAC) 2024. Anugerah tersebut mengiktiraf pelajar perakaunan terbaik di peringkat kebangsaan, membuktikan kemampuan Marfuuah dalam bidang yang diceburinya. Gadis kelahiran Manir, Kuala Terengganu, Terengganu ini sedang melanjutkan pengajian dalam program ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) di bawah tajaan MyPAC-Bank Islam. “Saya berharap dapat mendalami bidang perakaunan dengan lebih mendalam dan mengaplikasikan ilmu ini dalam industri. Selain itu, saya juga ingin menjadi motivasi kepada ahli keluarga dan rakan-rakan untuk terus menuntut ilmu dan memanfaatkan pengetahuan [...]

Go to Top