Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Disember 2019

Universiti inklusif menjelang 2020

Mewujudkan kesamarataan, kepelbagaian dan inklusif (Equality, Diversity and Inclusive) menjadi satu tugas baharu yang perlu digalas sebagai sebuah Institusi Pendidikan dengan antaranya menyediakan program pengajian formal mahupun yang bukan formal (menerusi pengajian sepanjang hayat) kepada semua lapisan masyarakat. Dalam meraikan kepelbagaian kehendak, idea, memberi hak kesamarataan, dan memenuhi keperluan semua, era kepemimpinan kerajaan yang baharu ini, banyak menjelmakan pelbagai inisiatif khusus untuk menambah baik fungsi dan peranan sesebuah Universiti. Antaranya adalah usaha menyediakan ruang dan tempat kepada golongan yang kurang upaya untuk turut sama mendapat faedah dan kemudahan, peluang menyambung pengajian, meningkatkan potensi diri dalam bidang sukan, kemahiran sosial dan sebagainya yang bertujuan memberikan kesejahteraan kepada mereka dalam membina masa hadapan yang lebih baik dan terjamin. Penubuhan Dasar Inklusif yang memfokuskan kepada golongan sasar iaitu Orang Kelainan Upaya (OKU) disambut baik oleh semua pengurusan IPT. Rata-rata setiap Universiti Awam telah menyediakan dan berusaha untuk memberi kemudahan yang terbaik kepada golongan OKU untuk menyambung pengajian di peringkat tertinggi. Mengambil contoh, di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) juga adalah antara Universiti yang cakna dengan golongan OKU. Seperti contoh prasarana kemudahan di kampus, Kolej Kediaman, kemudahan pengangkutan, rawatan kesihatan, kaunseling dan laluan di persekitaran USIM menjadikan USIM sebagai salah satu Universiti yang mesra OKU. Selain itu, USIM juga sudah menubuhkan Unit Pelajar Kurang Upaya dan JK Penyelarasan Warga Kurang Upaya untuk memantau dan menjaga kebajikan warga USIM yang kurang upaya termasuk staf. Apa yang menariknya, selain daripada kemudahan asas yang disediakan, USIM juga sebenarnya telah lama berjuang dalam [...]

Menyediakan roadmap USIM sebagai universiti glokal

Ramai sekali yang memperkatakan dan menggunakan perkataan “glokal” suatu masa lalu di Malaysia. Namun hari ini tidak lagi. Bukan lagi terma yang popular apabila “glokal” jarang dijadikan tunjang slogan, visi, iklan atau sebarang bentuk promosi. Namun, bukan popularitinya yang kita debatkan, kerana yang baik belum tentu popular dan mungkin pudar di sebalik pelbagai agenda lain yang lebih perlu dipopularkan untuk apa-apa sebab sekalipun. Paling penting, kita haruslah fahami kepentingan dan keperluan terma ini dalam konteks keperluan semasa, dan menilainya dengan teliti agar tidak ketinggalan dalam menjana kebaikan dalam hikmahnya. Secara mudah, glokal dicirikan dengan kedua-dua kekuatan setempat dan global. Asasnya diperkenalkan dalam konteks perniagaan, untuk menggalakkan syarikat-syarikat mensasarkan pasaran yang lebih meluas. Produk dan perkhidmatan dibangunkan untuk dipasarkan secara global tetapi dalam masa yang sama menepati keperluan pasaran setempat. Konsep ini membenarkan pelbagai negara untuk bersaing secara sihat. Terma glokal yang diperkenalkan pada lewat 1980-an ini diterbitkan dalam Harvard Business Review, dikembangkan perbincangannya dalam persidangan pada 1997 oleh pakar sosiologi Roland Robertson yang mendefinisikan glokal sebagai kewujudan serentak ciri universal dan kecenderungan yang spesifik. Ia kemudian mula mendapat perhatian bukan hanya dalam bidang perniagaan malah dalam bidang-bidang lain termasuk akademik. Dalam konteks pendidikan, bidang pengajian tinggi hari ini mula menunjukkan sifat glokalisasi yang sangat jelas. Antaranya, kemasukan pelajar dan pensyarah antarabangsa ke dalam negara, pelajar Malaysia belajar di universiti luar negara dengan cawangan di Malaysia, kajian yang melihatkan pengkaji dalam dan luar negara untuk menyelesaikan masalah setempat atau membangunkan inovasi baharu, bukan lagi praktis yang [...]

Halangan dan cabaran bukan penghalang untuk cipta kejayaan-Yusrina Yusof, Tokoh AKSIS 18/19

Yusrina Yusof, 22 tahun dinobat sebagai penerima Anugerah Tokoh AKSIS 18/19 di Majlis Anugerah Anugerah Kecemerlangan Siswa (AKSIS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor pada 11 Disember lalu. Yusrina menerima Anugerah Tokoh Pemimpin Siswa dan Anugerah Pemimpin Program Keusahawanan memperlihatkan penglibatan pelajar ini suatu yang amat membanggakan. Beliau merupakan pelajar tahun 4 dari jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan) amat aktif sekali menyertai pelbagai aktiviti melibatkan keusahawanan. Menceburi bidang yang berbeza membuktikan ianya bukanlah suatu yang mustahil untuk mencipta kejayaan baharu di luar bidang pengajiannya. Ikuti temu bual yang disediakan. Pelajar Tahun 4, Program Fizik Gunaan dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dinobat sebagai Tokoh AKSIS 18/19 di Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor. Yusrina Yusof, 22 tahun menganggap pengiktirafan tersebut sebagai satu timbal balas paling bermakna dalam hidupnya sepanjang pengajiannya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Q1 Ceritakan kemenangan saudari di AKSIS. Saya tidak menyangka menerima tiga anugerah pada AKSIS 18/19. Pada awalnya, saya hanya mensasarkan anugerah keusahawanan sahaja namun, dua anugerah lain ini saya kira ia menjadi batu loncatan buat saya untuk lebih yakin dan bersemangat bagi memajukan diri dan berbakti semula kepada USIM. Q2 Kongsikan pengalaman yang saudari peroleh dalam bidang keusahawanan yang diceburi. Program keusahawanan pertama yang saya sertai di USIM adalah Latihan Keusahawanan Islam Siswa (LAKIS 7.0) anjuran Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU). Program tersebut memberi pendedahan peserta kepada pengurusan syarikat dan kewangan. Ia sangat membantu saya yang sudah lama berjinak-jinak dalam [...]

SALAM USIM – MAJLIS MENANDATANGANI MoU USIM dengan IIAU

Prof. Dr. Mohammad Hamiruce Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) Baharu USIM

NILAI, 23 Disember 2019 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) baharu iaitu Profesor Dr. Mohammad Hamiruce Marhaban, 43 yang telah dilantik oleh Menteri Pendidikan bagi tempoh tiga tahun bermula 15 Disember 2019 hingga 14 Disember 2022. Beliau merupakan pakar dalam Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan), Computer Vision (Visi Komputer) dan Robotics(Robotik) memiliki Ph.D dalam Electronics Engineering dari University of Surrey (UK) dan B. Eng. Electrical dan Electronic Engineering dari University of Salford, UK. Beliau sebelum ini adalah Pengarah di Pusat Pengurusan Penyelidikan UPM juga menjawat jawatan Timbalan Pengarah yang pada awalnya memulakan kerjaya sebagai ahli akademik di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai tutor pada November 1998. Kerjaya beliau kemudiannya semakin berkembang sebagai pensyarah di Fakulti Kejuruteraan UPM pada September 2009 seterusnya menjawat pelbagai jawatan antaranya sebagai Head, Control System Unit, Dept of Electrical and Electronics Engineering, Fakulti Kejuruteraan; Program Manager & Associate Researcher for Intelligent System & Robotics Laboratory, ITMA; Head, Academic Field of Control System, Dept. of Electrical and Electronic Engineering, Faculty of Engineering, UPM; Research Coordinator, Dept. Electrical & Electronic Engineering, Faculty of Engineering UPM; Associate Professor, Faculty of Engineering UPM; Electrical Project Advisor, UKM Perunding Kejuruteraan & Arkitek Sdn. Bhd. Dalam perkembangan semasa, beliau merupakan taskforce dalam penilaian Malaysian Research Assessment (MyRA) bagi universiti-universiti awam dan juga taskforce dalam penilaian penarafan Higher Institution Centres of Excellence (Hi-CoE) di bawah Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebagai seorang ahli akademik, beliau telah menerbitkan lebih daripada 100 jurnal selain penerbitan buku tambahan [...]

Menteri Besar Negeri Sembilan sampaikan sumbangan 350 ribu, jayakan agenda kesukarelawanan pelajar

NILAI, 9 Disember 2019 - Seramai 162 anak-anak negeri sembilan yang baru mendaftarkan pengajian bagi sesi akademik  2019/2020 menerima  sumbangan bersempena Majlis Penyerahan Sumbangan Kerajaan Negeri Sembilan Dan Ramah Mesra YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Bersama Anak Negeri Sembilan Dan Majlis Perwakilan Pelajar yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor USIM. Naib Canselor USIM Prof. Dr. Mohamed Ridza Wahiddin berbesar hati dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang sudi menyampaikan sendiri sumbangan dari Kerajaan Negeri Sembilan kepada USIM. Menurut Prof Ridza lagi, USIM dan kesukarelawanan adalah seperti aur dengan tebing, tidak dapat dipisahkan hingga seolah-olah ia merupakan DNA kepada USIM sendiri. Sebagai bukti, sepanjang tahun 2019 sejumlah 167 aktiviti kesukarelawanan telah terlaksana sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa. USIM juga fokus menganjurkan projek khas yang bertumpu di Negeri Sembilan iaitu Jelajah Sukarelawan USIM dan Projek Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji Anak Baik Lagi Cerdik (PROCAST ABC). Dalam ucapan YAB Menteri, kerajaan Negeri Sembilan sangat berbangga dan berterima kasih kepada USIM atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang tahun 2019 yang dilihat sangat besar impaknya kepada masyarakat di Negeri Sembilan khususnya. Projek Jelajah Sukarelawan, Global Islamic Students Outreach (GISO) dan Program Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji Anak Baik Lagi Cerdik (PROCAST ABC) nyata memberikan kesan yang tersendiri kepada masyarakat Negeri Sembilan khususnya. “Kerajaan Negeri Sembilan sangat berbesar hati untuk menyalurkan sejumlah sumbangan kepada USIM dalam usaha menjayakan agenda kesukarelawanan seperti yang digariskan oleh YBhg Naib Canselor. Kerajaan Negeri amat berbesar hati dengan kewujudan [...]

Gap Year 3.0 USIM Santuni Gelandangan, Sertai Program Feed The Homeless 2.0

NILAI, 14 Disember 2019 -  Pasukan Gap Year 3.0 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM)  dengan penglibatan seramai 120 Mahasiswa  yang terdiri daripada 80 Orang mahasiswa USIM dan 40 Orang mahasiswa UPSI yang digelar sebagai Youth Of Strength & Happiness (YOSH) bersama YDKMM Rescue : Action For Disaster (A4D) telah berjaya melaksanakan Program Feed The Homeless 2.0 Program ini bukan hanya aktiviti memberi makanan sahaja kerana sudah terlalu ramai NGO yang datang untuk memberi makan kepada mereka terutamanya pada hari minggu. Namun, kali ini sukarelawan ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu Geng Plastik Hitam, Geng Ngaji, Geng Santun, Geng Jambatan, Geng Data dan ada juga yang membuka kelas jom belajar atau mengaji bersama anak-anak Chow Kit. ”Segelintir masyarakat masih ada yang belum cukup dengan kemewahan yang mereka perolehi di bandar Kuala Lumpur ini. Ada yang masih merasakan diri mereka serba kekurangan kerana mereka sering membandingkan diri mereka dengan kemewahan orang lain. Tanpa mereka sedari, lebih ramai orang yang jauh lebih susah dari mereka tanpa memiliki sedikitpun kemewahan. Bahkan, golongan seperti ini tidak pernah merasakan bahawa terdapat lebih ramai orang yang memerlukan di luar sana”. "Aktiviti FTH ini memberi semua nilai positif dalam membangun masyarakat gelandangan serta mengajar kita erti bersyukur dalam kehidupan seharian kita. Hasrat yang ingin saya sampaikan sebagai mahasiswa supaya golongan gelandangan ini dapat diberi perlindungan dan perhatian yang lebih demi mengurangkan kadar gelandangan di Malaysia", berkata Ahmad Bin Abdul Wahab yang merupakan seorang sukarelawan dari Fakulti Pengajian Quran & Sunnah USIM. [...]

Pelajar Wakili USIM Asah Bakat dalam IMPACT 2019

PULAU PINANG, 16 Disember : Seramai 6 orang pelajar mewakili Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengasah bakat mereka dalam beberapa buah kategori yang dipertandingkan dalam Immersion Appreciation and Tribute (IMPACT) 2019 yang diadakan di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM). Kategori yang dipertandingkan adalah Pengucapan Awam secara individu, Video Pendek berkumpulan dan Pengiklanan Cetak secara individu itu mendapat saingan sengit dari Universiti Awam dan juga Universiti dari Luar Negara seperti Indonesia dan Thailand. Namun, sebanyak tiga kategori yang dipertandingkan, USIM berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan video pendek diwakili oleh Muhammad Fakrullah Abd Wahab, Nurul Najihah Binti Mohd. Roffee, Ahmad Muaz Bin  Mohd Noor dan Farhan Bin Halim serta pengiklanan cetak yang diwakili oleh Muhammad Fakrullah Bin Abd Wahab. Selari dengan objektif IMPACT 2019 yang ingin mengasah bakat pelajar bagi membentangkan hasil kreatif dan idea mereka seperti yang diperkatakan oleh pengasas IMPACT, Prof. Dato’ Dr. Adnan Hussein. “Objektif IMPACT ini diwujudkan adalah bagi membantu pelajar khususnya pelajar akhir tahun membentangkan hasil mereka serta merupakan salah satu tanda penghargaan masyarakat kampus terhadap hasil kerja mereka," kata Prof Adnan selepas tamat majlis penyerahan hadiah kepada pemenang-pemenang. Menurut beliau lagi, IMPACT ini juga merupakan salah satu platform yang membuka ruang kepada pelajar untuk mendedahkan hasil mereka kepada Industri luar seterusnya dapat menggilap bakat mereka sebagai persediaan dalam menceburi bidang industri di dalam atau luar negara. Tambahan pula, dengan IMPACT dapat membantu pelajar dalam mewujudkan hubungan komunikasi dua hala di antara pelajar-pelajar tempatan dan pelajar-pelajar dari luar negara. Selain itu, Pengarah IMPACT 2019, Norhidayatul [...]

Menghargai ketepatan masa

Masa berdetik setiap saat dan diukur oleh jam. Itu sifat jelas masa mengikut Albert Einstein. Sesuatu yang sangat menarik tentang masa ialah ketidakupayaan kita untuk mengundurkan masa, mahupun memohon supaya masa hadapan dipercepatkan. Perkara yang lalu dipanggil sejarah, yang berlaku sekarang ialah masa kini dan masa hadapan adalah apa yang dipanggil sebagai kajian futulogi. Maksudnya, masa dianugerahkan kepada kita hanya “pada masanya”, namun yang penting sekali ialah bagaimana kita memastikan makna yang diberikan kepada masa yang diberikan ketika itu. Dalam konteks ini, masa diberikan kepada manusia dalam bentuk berperingkat-peringkat. Inilah apa yang dimaksudkan ahli fizik John Wheeler yang berpendapat masa dianugerahkan sedemikian rupa untuk mengelakkan segala perkara berlaku pada masa yang sama. Ini maknanya apa kepada kita semua? Maknanya dari segi kehidupan, masa memberi peluang untuk kita berfikir sebelum bertindak. Jika masa diberikan tanpa peringkat, kita tiada masa untuk berfikir sebelum bertinMisalnya, jika hendak membuat keputusan tentang sesuatu perkara, kita mempunyai masa untuk bukan hanya berfikir dan menstrategikannya, tetapi juga untuk mengaitkan keputusan itu dengan impak masa hadapan. Contoh mudah tetapi ekstrem ialah apabila seorang remaja mahu mencuba dadah, fikirlah impaknya pada masa hadapan kerana memang kitab oleh membuat kesilapan dan perbaiki diri pada masa hadapan, tetapi tidak semua jenis kesilapan itu boleh diperbaiki. Ada kesilapan yang jika dibuat pada hari ini, akan terus menggelapkan masa hadapan dan hakikat itu adalah satu sejarah yang tidak dapat diundur lagi. Itu satu aspek penting tentang masa dan bagaimana kita perlu melihat nikmat masa yang sebenarnya memberi banyak [...]

Kolej GENIUS Insan rangkul Johan di STEM Design Asia Competition 2019, Taiwan

TAIWAN, 15 Disember 2019 - Kolej GENIUS Insan terus melakar kecemerlangan buat negara Malaysia apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dalam pertandingan STEM Design Asia Competition 2019 yang berlangsung di Taiwan pada 15 Disember 2019. SAM LABS STEM DESIGN ASIA COMPETITIONS merupakan acara tahunan di Taiwan yang meraikan perkembangan teknologi robotik dan automasi di peringkat sekolah dan universiti.  Kolej GENIUS Insan diwakili oleh pelajar Tahap 1 berusia 16 tahun iaitu, Muadzam Fahmy Bin Mokhtar, Amirah Farahiya Binti Zuraimi, Muhammad Akmal Hamdan Bin Zulkarnain, Muhammad Najmi Bin Shahlan, Muhammad Haziq Bin Kamal Ariffin. Pertandingan yang disertai 23 buah kumpulan dari seluruh negara benua Asia mempunyai dua pusingan.  Pusingan pertama ialah Fastest Fingers Competition – penyelesaian masalah menggunakan computational thinking di mana masalah disediakan oleh pihak penganjur dan pasukan-pasukan ini akan dinilai melalui kecepatan menyelesaikan masalah tersebut dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Pasukan-pasukan terbaik akan pergi ke peringkat seterusnya iaitu separuh akhir dan akhir. Pada pusingan akhir, iaitu Project Presentation – peserta akan dinilai mengikut tema, kreativiti, pemahaman teknikal, tahap automasi yang terlibat, dan penyelesaian masalah. Lebih membanggakan selain mendapat Johan Keseluruhan, pasukan Kolej GENIUS Insan juga berjaya merangkul Emas bagi kategori Best Research Award dan Best Prototype Award.  Menurut Muhammad Akmal Hamdan, 16, beliau berasa sangat teruja dan tidak percaya apabila diumumkan menjadi juara keseluruhan pada pertandingan itu.  Hamdan ketika ditemuramah menyatakan perasaan gembira dan bersyukur kehadrat Ilahi kerana dia dan pasukan berjaya membawa pulang kejayaan buat Malaysia. Hamdan juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang menjadi penasihat mereka dan seluruh [...]

Go to Top