DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DILANTIK SEBAGAI CANSELOR USIM
SEREMBAN, 24 OKT 2016 - Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud hari ini berkenan menerima watikah pelantikan sebagai Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi tempoh tujuh tahun berkuat kuasa 1 Dis ini sehingga 30 November 2023. Ini merupakan pelantikan kali kedua baginda selaku Canselor USIM [...]