KEMENTERIAN PENDIDIKAN IKTIRAF USIM DENGAN STATUS AUTONOMI
NILAI, 16 Jan - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencipta kejayaan membanggakan di awal jendela tahun baharu 2015 apabila menerima pengiktirafan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan penganugerahan status autonomi kepada Universiti ini. Ia menjadikan USIM antara 12 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) setakat ini yang menerima status autonomi daripada Kementerian. Penyampaian watikah autonomi [...]